~ c i n t a ~

Menghadiri majlis penyatuan cinta seorang teman lama
Azlina Azmir dan Mohd Fakhzan di Shah Alam…..
Wah serba biru temanya kali ini…………air minumnya pun biru juga...


Cinta itu universal, maka tak salah rasanya untuk kita terus membicarakannya….
Abdullah Nasih Ulwan telah menyenaraikan cinta kepada 3 kategori utama:

Cinta agung: Cinta yang meletakkan Allah dan RAsul lebih dari segalanya.
Cinta Pertengahan: Mencintai kerana akidah
Cinta Hina: Cinta berlandaskan tuntutan nafsu

Agungkah cinta hingga Qais sanggup berkorban untuk Laila manakala Romeo minum racun, usah lupa cinta agung Saidina Abu Bakar menahan diri dari kesakitan dipatuk ular agar Rasulullah tidak terganggu lenanya, Cinta Rasul untuk ummatnya hingga membawa ungkapan ummati3x diakhir hayatnya dan mungkin juga cinta Rasul junjungan pada Isterinya Saiditina Khadijah yang membawa pada cemburu Si Aishah.

Nyata sekali agungnya cinta kerana agungnya pencipta cinta. Namun sesuatu yang indah tidak akan dicipta untuk mudah dinikmati dan disenangi….Cinta juga mampu membawa manusia keliru mentafsirkan laluan hidupnya malahan cinta juga bukan sesuatu yang mudah untuk diurus…dan itulah sebahagian dari ujian cinta yang Allah berikan buat hambanya.

Buat mereka yg baru melabuhkan bahtera cinta Azlina dan Fakhzan, my cousin yang bakal berkahwin 20hb ini moga cinta kalian terus mekar dan buat Fadhlina..Happy Belated Anniversary: Uruslah cinta anda sebaiknya, moga mereka yang sedang bercinta berhati-hati mentafsir cinta dan bagi yang sedang mencari cinta tak perlulah masuk TV3…kenangilah cinta agungnya sentiasa kerana dia tahu yang terbaik buat hambanya………

Buat teman yang sering bertanya tentang cinta dan perkahwinan pada saya, saya sertakan apa yang tertera dalam sebuah buku tulisan Harun Yahya:

Marriage is acceptable in the presence of Allah. It is not based on money, fame or beauty. But, it intended to gain Allah's pleasure. The only criterion is taqwa; the avoidance of all that is prohibited, the fulfillment of all that is commanded and the fear of Allah. Taqwa being the sole bond…………….. Love that tightens by the precious sole bond…

SeLamaT BerCintA…..

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+