Damai dan tenang

 


Alhamdulillah ibu berjaya menamatkan bacaan sebuah buku lagi

.

Membaca adalah cara ibu lari jauh dari memikirkan situasi yang berlaku hari ini, cubaan untuk melarikan diri dari tekanan, depressi dan anxiety. Adakala ibu cuba dengan jauhkan diri dari media sosial, mengemas rumah, memasak, membaca dan menulis untuk kalian semua....Apatah lagi bila  ALlah beri ruang. ABC (ALLah bagi Cuti) untuk ibu. Mudah-mudahan ia menjadi sebahagian dari ibadah.

.

Buku kali ini ibu baca seiring dengan kebangkitan perjuangan pembebasan Palestin yang nampak kian giat dijalankan tahun ini. Untuk pengetahuan anak-anak, tahun ini..Bumi Gaza berdarah lagi, peristiwa yang berlaku Ramadhan baru-baru ini membuka mata banyak pihak. 

Malah, Mashaallah ia menyemarakkan rasa persaudaraan yang kuat dan teguh..Nanti ada masa-masa anak-anak cari maklumat tentang "israel koyak" dan "Sheikh Jarrah". 

.

Dalam buku ini ibu temui Jafah, Hebron, Haifa, Juruselem dan beberapa nama lain..watak-watak yang terdapat


dalam komik Gaza anak-anak...Buku ini tentang realiti yang berlaku di Palestin, bumi yang tercatat dalam Al Quran, bumi para Anbia'. 

.

Seperti biasa, setiap pembacaan membangkitkan naluri ingin berada di tempat yang kita baca. Inshaallah dengan izin ALLah jua, ibu ingin rasa tenang dan damai yang diperkatakan.. Moga ALLah beri ruang dan peluang untuk sama sujud di bumi anbia'.

.

Dalam pengamatan ibu, penulis banyak tekankan tentang solat jemaah. ALLahuakbar, anak-anak tahu kan waktu Covid ini, kita tidak boleh ke rumah ibadah, masjid dan surau sesuka hati..ruang dan peluang yang dahuluya ALlah buka seluas-luasnya untuk semua sudah tidak ada. Tidak semua boleh ke masjid, tidak semua yang beratur kemasjid dapat memasukinya.

.


Gambar ini ibu ambil setahun lalu 17 Julai 2020, masih lagi hari Jumaat. Waktu itu masjid dibuka dengan limitasi tertentu, dan ibu dalam perjalanan balik sekolah... .

Waktu itu apa yang ibu fikir

Orang awal yang bersusah-susah pasti dapat masuk Inshaallah.

Mungkin juga  kalau sudah cukup, ahli jemaah boleh mencari surau atau masjid lain dan beratur..

Tapi, kalau syurga? Benar yang bersusah-susah dan rahmat ALlah Inshaallah dapat menikmatinya, namun dalam barisan yang panjang itu adakah ibu terselit sama....adakah nanti ibu nampak kalian di barisan hadapan atau belakang ibu...Allah.. Ataupun ibu hanya memandang barisan tiada pun dalam barisan Nauzubillah.. Doakan ibu.

Pesanan ibu kali ini..sentiasa ambil peluang melakukan kebaikan , nikmati apa jua tindakan dan situasi hari ini. 

Dalam situasi pandemik...Ibu suka sangat bila dapat mengajar anak-anak membaca Al-Quran, mendengar hafazan anak-anak malah membaca mathurat bersama waktu petang...Nikmat yang manakah yang perlu ibu dustakan..biar pun kadang ibu lihat anak-anak tarik muka masam sebab masa itu masa kalian untuk menonton malah mahu menghabiskan masa main game dengan kawan-kawan...Terima kasih anak-anak masih patuh dengan permintaan ibu, kalian anak soleh-solehah ibu Inshaallah.

.

sebab ibu belajar satu dari buku ini

Anak-anak di rumah perlu di ajak ke masjid. Jangan dibiarkan mereka membuat keputusan sendiri. Ajakan juga mempunyai dua kemungkinan. Pergi ataupun tidak!

Moga bila kalian membaca ini kalian akan meneruskan mathurat petang dan membaca Al quran setiap hari biarpun ibu sudah tiada nanti.. Moga kalian faham, bahawa ibu mahu kalian ke syurga... Mudah-mudahan dapat bertemu di sana.. 

Jangan lupa selawat hari Jumaat.

salam sayang, ibu

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+