Tanda buat kita


Anak-anak 

Hari ini.. Masih lagi dalam situasi wabak Covid 19

Keadaan dan situasi di Malaysia hari ini mendebarkan. Menakutkan? ALlahu tiada yang lebih menakutkan dari menerima azab Allah... Mudah-mudahan ini ujian.. Tanda sayang ALlah pada kita hambanya. 

Benar,  ALlah tinggalkan tanda di segenap ruang mukabumi.. 

Tanda kita ini masih dalam perjalanan ke Negara abadi

Ibu seronok sangat dapat tanda ingatan di ruangan autograf buku pilihan bacaan ibu hari ini.. 

Namun sebenarnya lebih utama, terima kasih  tak terhingga kepada penulis  kerana meninggalkan tanda di hati ibu..

.

ALlahu 

Ada banyak bab dan perenggan dalam buku ini yang melekat di hati ibu

Kebanyakan bab buat ibu teringin sangat nak mengelilingi dunia. Mentadabbur alam.. 

Lucukan, ibu lahir di luar negara, tapi tidak pernah keluar dari Malaysia (kecuali tanah haram) sejak dipos balik ketika berusia 2 tahun.. (ibu tak ingat ada tak cerita pada anak-anak, nanti ibu tulis sini)  ALlahu Bari'

Ada bab buat ibu rindu sangat tanah haram. Satu-satu nya tanah luar Malaysia yang ibu kunjungi dek nekadnya ibu mahu mengerjakan haji pada usia muda.. Allahu 'Azim

Rindu kenangan mengerjakan haji...

Malah bulan Zulhijjah ini menjadikan rindu ibu itu sangat kuat.

.

Ada bab buat ibu mengaitkannya dengan kisah #justiceforBella,  malah buat ibu tersentak

(Bella cerita anak OKU yang dalam siasatan akibat didera. Bella anak murid salah seorang sahabat baik ibu sebelum diambil jadi anak angkat.., dan anak2 tentu ingat Hanan sepupu kalian, yang sama macam Bella anak syurga) 

Sedangkan manusia yang dikatakan sempurna akal fikiran, belum tentu waras di sisi Tuhan. Barangkali Balqis mampu berlari laju di akhirat nanti berbanding manusia sempurna di dunia yang terikat dengan perbuatan anggota tubuh badannya. Di mahkamah Al Hasib nanti tahulah manusia semua siapakah yang lebih sempurna di sisi Tuhan Nya (mukasurat 125)

.

Dan setiap pembacaan, mengajar ibu mengulang 99 Asma ul Husna

Moga ALlah rahmati puan Raudzah Roslan sekeluarga.. Barakallahufikum.. Anak-anak bila pun kalian baca catatan ibu ini.. Doakan juga untuk puan Rudzhah sekeluarga

Anak-anak : Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila dan Abdul Mateen

Lalui setiap detik dan saat, nikmati dan syukuri suka, duka, pedih dan perit.. Kerana setiap itu adalah nikmat. Tanda kita masih hamba. Dan itu jugalah tanda Dia, Maha Pencipta tinggalkan untuk kita. 

Mudah-mudahan covid ini tanda Dia ALlahu rabbi sayangkan kita semua. 

Mudahan-mudahan tulisan ibu ini juga meninggalkan tanda buat anak-anak ibu semua, Abdul Muhaimin, Nuha Salsabila, Abdul Mateen ( waktu ini awak baru setahun 6 bulan, cerita awak seiring dengan kisah Covid dunia ini) dan mungkin anak-anak murid ibu yang pernah belajar dengan ibu.

❤️ Ibu

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+