citer orang kahwin


Ingat lagi cerita 'kalau sudah jodoh'..post saya beberapa minggu lepas....Alhamdulillah kahwin juga saya ..dan Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun kami bergelar suami isteri.....

Saya pernah mendengar orng tua-tua berkata ( tidaklah tua pun orng yg kata pd saya nih ) ..alam rumahtangga biasanya akan diduga setiap 5 tahun sekali..5 tahun pertama itu biasanya menjadi bulan madu buat pasangan yg berkahwin..hmmm yer ker? saya baru 2 tahun berkahwin...anak baru seorang kalu nak dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain yang anknya dah pun masuk darjah dua tahun ini..( u know who u are..hehehe buddy )

Mungkin benar..buat masa ini segalanya masih lagi berjalan baik....nak kata saya tertunggu-tunggu dugaan apa yg bakal saya terima sepanjang perkahwinan kelak....tidak juga...cuma saya mahu bersedia....siapa mahu  alam perkahwinan nya dilanda gelora dan siapa yg tidak mahu bahagia, namun rasionalnya... pantai mana yg tidak dihempas gelombang.....

Alhamdulillah..saya mengambil kira keputusan untuk bersama suami saya hari ini adalah jawapan yg tepat inshaALlah hasil istikharah saya selama ini.....

Namun  saya  ada terbaca " Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Mengapa dia tidak seperti yg saya harapkan dulu? Padahal dialah pilihanku setelah solat istikharah..Apakah jawapan solat istikharah itu terslah?" Solusi isu keluaran 42  .. baca jgn tak baca menarik tau.....

Menarik kan apa yg ditulis....tp itulah kenyataan untuk sesetengah orng...namun jelas sekali rintihan tersebut bukannya muhasabah yg baik..silap2 kita boleh mempertikaikan kudrat dan iradat ALlah buat kita......

Apakah cukup istikharah di permulaan, kurang di pertengahan dan hilang di hujungnya ( Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri!!!!) ALLah adalah tujuan sepanjang kehidupan, setiap perjalanan dan itulah sepatutnya menjadi tujuan perkahwinan kita semua (maaf yer baru 2 tahun kawin dah pndai cakap gini...hehehe) Kerana ALLah memegang hati suami saya..memegang hati saya dan perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan bila nama ALLah itu hilang dari kembara perhubungan ini... maka hilanglah aturan yg penuh rahmat dan mawaddahnya....bukankah ia jelas menunjukkan cinta ilahi menjana cinta suami isteri (ini kena baca buku ustazah norbahyah : Cakar Harimau, Tips kebahagian Rumahtangga page 38 ;)....thanks na...)


" Katakanlah wahai Muhammad jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yg kamu usahakan  perniagaan dan kediaman kamu lebih kamu kasihi daripada ALlah dan rasulnya dan jihad pada jalannya, maka nantikanlah hingga ALlah mendatangkan perkara Nya... (At Taubah ayat 24)

Perkahwinan merupakan jalan untuk membentuk diri agar menjadi seorang hamba ALlah yg lebih baik...melahirkan zuriat yg baik2 dan memberi khidmat kepada masyarakat dgn keadaan yg lebih baik...(iyalah..kalau ada masalah rumahtangga..sedikit sebanyak emosi ketika bekerja tuh terganggu juga kan......) kerana ia merupakan satu episod kembara kita yg lebih jauh lagi......  Pembentukan diri kita itu bukan dilaksanakan bersendirian...sebaliknya kita punya suami dan anak2 yg menyokong malah menjadi ujian sepanjang perjalanan kita..begitulah juga sebaliknya...

maka untuk suami dan isteri

Setiap kamu adalah pemimpin dan setaip kamu akan disoal tentang rakyatnya. Ketua adalah pemimpin dan lelaki (Suami ) adalah pemimpin atas ahli rumahnya dan wanita (isteri ) pula adalah pemimpin atas rumah suami serta anaknya.... Riwayat bukhari

Untuk suami lagi
Orang Mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya dan orang yg terbaik antara kamu adalah yg paling baik dengan isterinya ( Riwayat Al Tirmizi)

Untuk isteri lagi
Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kpd orang lain, nescaya aku akan menyuruh wanita sujud kepada suaminya ( Riwayat Tirmizi )

Awal perkahwinan kami sering solat jemaah..namun sejak ada Abdul Muhaimin ia semakin berkurangan...sekarang kami bergilir...saya solat, abg jaga Abdul Muhaimin dan begitulah sebaliknya...namun saya rindu untuk berjemaah bersama..rindu suami kucup dahi setiap kali lepas solat.....InshsALlah dah boleh jemaah balik lepas nih

Sebelum berkahwin..saya tidak pernah melepaskan peluang untuk ke kelas agama setiap Ahad di surau Annur Bangi...selepas kahwin....kami sering berulang hujung minggu ke Shah Alam....dan hingga kini saya sudah lama tidak mengunjungi surau tersebut kerana tuntutan masa dan saya risau suami terganggu ..hingga  takut dgn perasaan sendiri untuk minta izin ....saya sangat rindu untuk ke sana...

Adakah saya sudah semakin baik....aduh teringat saya hadis nabi: "Maka celakalah bagi mereka yang semalamnya lebih baik dari hari ini....." huhuhu

Abang selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yg ke 2..terima kasih izinkan saya ke kelas agama untuk Ahad akan datang nih...itulah hadiah terbaik yang pernah saya terima.....

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+