20-09-2009
Alhamdulillah dapat mengerjakan solat Hari Raya bersama mama dan abah...dan antara isi khutbah Hari kemenangan tersebut:
Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya
(surah 29 Al ankabut:69)
Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi hamba ALlah yang telah berusaha bersungguh2 memperbaiki amalannnya ketika Ramadhan... Khatib melaungkan kalimah kebesaran ALLah serta pujian dan kesyukuran atas itu semua.
Menurut beliau, laungan ALLahuakbar dan kalimah takbir tersebut bukan sahaja:
1. tanda kemenangan orang islam melepasi madrasah Ramadhan
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yg padanya
diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yg menjelaskn ptnjuk, & menjelaskan perbezaan antara benar
dgn yg salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yg menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yg sakit @
musafir maka ( bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)sebanyak
hari yg ditinggalkan itu pd hari-hari yg lain. Dengan ketetapan yg demikian itu
ALLah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidaklah menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan
Ramadhan, dan supaya kamu membesarkan ALlah kerana mendpt petunjuknya dan supaya
kamu bersyukur. ( l-Baqarah:185)
2. ia merupakan sebahagian dari syiar islam
3. ia mampu meningkatkan semangat muslim, malah
4. menggentarkan musuh2 islam
5. Laungan tersebut juga merupakan tanda kesyukuran dan berkongsi kegembiraan dengan
fakir miskin yg merupakan salah satu hikmah Ramadhan
untuk itu kita semua perlu istiqamah dan sentiasa menjaga dan memelihara kesucian Islam.
Untuk memperolehi apa yg kita ada sekarang bukan mudah. Ia dimulakan dengan perjuangan Rasulullah yg perlu dihayati dan seterusnya memberi keinsafan kepada diri.
Kita tidak seharusnya berbangga dengan nama islam sebaliknya perlu mementingkan bagaimana kita mengamalkan islam tersebut dalam kehidupan seharian kita.
Dan janganlah kamu merasa lemah dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan islam, dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yg akan menimpa kamu. padahal kamulah org-org yg tertinggi mengatasi musuh dgn mencapai kemenangan, jika kamu org yg bersungguh-sungguh beriman. (Al-Imran: 139)
Perjuangan Rasulullah bukannya mudah, dari Mekah, baginda ke Taif dan seterusnya ke Madinah. Namun, berkat kesabaran baginda, bangsa Arab berubah dan Agama Islam kini tersebur ke segenap pelusuk dunia.
Dunia hari ini pula merupakan dunia globalosasi, penyebaran mampu dilaksanakan dgn pantas dan maklumat mudah tersebar. Dan kini, ia sepatutnya menjadi tugas media untuk menyampaikan nilai-nilai murni islam semaksima mungkin melalui sumber dan teknologi yg mereka meliki. Salah satu tugas media ialah melaksankan tanggungjawab sosial dan penyebaran dan penyampaian maklumat agama islam merupakan salah satu tanggungjawab sosial besar media massa.
Selain media massa, pemerintah turut bertanggungjawab mempertahankan kesucian agama bg mencapai kemenangan yg hakiki. Tugas utama pentadbir ilah meletakkan islam pada kedudukan tertinggi dan melaksankan perintah ALlah. Pemerintah memegang tanggungjawab besar yg menpunyai kewajipan kepada semua org.
Namun Islam memerlukan kerjasama semua pihak, Islam tidak dpt berdiri teguh dgn sendirinya.
Dalam memartabatkan agama islam dalam pemerintahan, banyak perkara dan aktiviti boleh dilaksanakan dan ia tidak perlu memfokuskan pada ibadah khusus sahaja.
Kegiatan seperti pemantapan syariah, konsert bercirikan islam dan karnival sukan islam juga adalah antara aktiviti yg boleh dirancang.
Bagi tiap2 seorg ada malaikat penjaganya silih berganti dari gadapan dan dr belakangnya, yg mengawas dan menjaganya dari sesuatu bahaya dgn perintah ALlah. Sesungguhnya ALLah tidak mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALlah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana disebabkan kesalahan mereka sendiri maka tiada sesiapa pun dapat menolak @ menahan apa yg ditetapkanNya itu, & tidak ada sesiapa pun yg dpt menolong dan melindungi mereka selain daripada Nya.
(Surah Saffat:11)
Sesungguhnya ALLah itu maha besar, terpulang pada manusia untuk membuat pilihan dan penilaian.
Khatib seterusnya menyambung,Madrasah Ramadhan kali ini seharusnya berupaya meningkatkan ketakwaan dan keimanan seorang muslim...
Dan sebaliknya org2 yg menerima petunjuk ke jalan yg benar, ALLah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk , serta memberi kepada mereka dorongan untuk mereka bertakwa. (Muhammad:17)
Amalan2 mulia ketika Ramadhan perlulah diteruskan...bacaan Al Quran perlu istiqamah, puasa Ramadhan boleh digantikan dgn puasa2 sunat lain, zakat boleh berganti dengn sedekah dan begitu jugalah amalan-amalan kebajikan yg lainnya.
Untuk itu generasi hari ini seharusnya menghayati nikmat Ramadhan itu selari dengan penghayatan pengorbanan perjuangan Rasullullah menyebarkan islam dan memperkenalkannya seterusnya memadam segala kegiatan jahiliyyah yg tidak bertamadun.
Sayangnya hari ini, generasi baru ini seolah2 ingin kembali ke zaman tersebut: menghina prinsip2 islam, minum arak, anak2 gadis berpeleseran , perjudian, jenayah, rasuah dan pembunuhan.
Benarlah seperti apa yang diperkatakan syed Qutb:
Zaman Jahiliyyah telah berlalu, namun amalannya masih berterusan.
Dalam hal ini, ibubapa seharusnya bertindak lebih awal memberikan pendidikan agama secukupnya...salah didikan pada anak2, maka rosaklah anak..
Seperti yg telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW riwayat Imam bukhari "Setiap anak itu dilahirkan bersih (fitrah suci). Kedua-dua ibubapanyalah yang akan menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Masyarakat hari ini pula perlulah memainkan peranan membantu membanteras gejala yang tidak sihat.. Menurut satu hadith Agama itu adalah nasihat, maka nasihat menasihati lah antara satu sama lain..
Hari raya @ Aidilfitri adalah hari kemenangan, ia bukan tempat untuk kita melepaskan nafsu syahwat yg kita tahan selama ini...ia bukan hari untuk kita memutuskan hubungan dgn ALlah yg telah kita bina dgn susah payah ketika Ramadhan, ia adalah hari untuk kita meneruskan perjuangan.
Sedih pula bila membaca dada2 akhbr bila ada yg menyambut aidilfitri dgn botol arak di sisi....
ini hari kemenangan...dan untuk diri, secara peribadi...muhasabahlah..adakah ia benar2 hari kemenangan untuk diri sendiri....ish Ramadhan saya sudah jadi rindu.....cepatlah kembali!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Comments