ibu dan anak
Bila kata-kata anak pada seorang ibu tidak dipeduli, luahan anak tidak diambil kisah....anak tidak akan bercerita lagi. Sebaliknya si anak akan mencari sahabat yang mahu mendengar, malah mungkin ibu pada sahabat2 mereka yang sabar menadah telinga, timbullah istilah emak angkat dan sebagainya.
Bila sedari kecil anak dibiar tanpa endah, apabila anak dewasa, jangan mengharapkan si anak untuk mengambil kisah... Mereka telah di didik sebegitu. Kita akan memperolehi apa yg kita beri....
Dan andai ibu itu sendiri memilih, mendengar cerita anak yg satu tpi tidak yg lain...maka anak yg satu itulah yg akan dekat dan hampir dan mungkin tidak yg lain.....
Ibu diberi pilihan untuk menjadi ibu yang bagaimana... Adakah hanya menjadi syarat kelahiran insan lain didunia...melahirkan, memberi makan, membesarkan dan seterusnya membina pengharapan pada si anak.
atau menjadi ibu yg bukan sahaja melahirkan dan membesarkan namun memegang amanah ALLah membentuk seorg lagi khalifah di muka bumi ini.... menjadi ibu yang membawa umat nabi Muhammad meniti siratulmustaqim menuju taman syurga kerana dia tahu tidak guna masuk ke syurga sendirian....tanpa teman dan kasih-sayang anak2 dan suami. Menjadi ibu yg mempunyai ikatan dgn anak, dirindui anak2 sentiasa... disayangi.. dan rasa bersalahnya si anak bila tidak berbicara dgn ibu...
Anak itu asal mulanya tidak tahu, tapi si ibu lah yang memberitahu....namun jika tidak diberitahu, anak itu itu tidak tau sehingga org lain yang memberitahu....
Maha suci ALLah yang memberi kuasa penuh bagi seorang ibu....bagaimanapun sikapnya ibu kita tidak boleh derhaka, kata-katanya tidak boleh kita lepasi, nadanya harus berlembut dan pandangan harus pebuh kasih sayang....
Besarnya kuasa yg ALLah turunkan pada seorang ibu...namun harus diingat, sebesar itu jugalah tanggungjawab yang harus dipikul dan dibeban..... Sangat takut bila memikirkannya..namun itu adalah sebahagian dari ujian ALLah untuk menduga sebagaimana kuatkah manusia memagang tanggungjawab yang diberi olehnya....
Malah mencari isteri itu seharusnya dinilai atas dasar mencari bakal ibu untuk anak2 yg dilahirkan...
Khas untuk Fadhlina Zakri, Raudzatul Fathiyah yg menanti hari dan ibu2 lain: kalian amat amat amat saya kagumi.... Moga ALLah pelihara kehidupan kalian...
dan untuk mama saya: sedegil mana pun saya.....malah nakal dan keras hatinya saya...saya sebenarnya sayang mama!!!!
Comments