Adab
Syawal ke 6
Ibu ambil peluang minta ayah bawa ke ikea belikan apa yg ibu rancang lama untuk beli....
Alhamdulillah..terus ambil barang dan bayar...
Terus beratur di kaunter aiskrim utk perancangan yg telah Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila buat ...
Belakang kita 3 anak2 muda yg masih remaja...
Tidak lama kemudian dengar sebutan bodoh yg berulang2
"Bukan macam tu la bodoh"
"La itu pun kau tak tahu ke bodoh"
"Itukan tempat tisu bodoh"
πΆπ₯ππ
Ibu rasa macam nak tutup telinga kamu Abdul Muhaimin...dlm hati ibu ni bergelora jer rasa...dan tangan menggeletar menahan amarah...
Sekali lagi
BODOH...
ibu paling belakang
Adik π boleh tak berhenti cakap bodoh
Yesss....ibu berjaya!!!
Allahuakbar..
Persekitaran yang menakutkan, iklim yang membimbangkan....
Bodoh, bangang dan babi itu seumpama kata biasa yg boleh diluahkan untuk siapa sahaja oleh anak2 muda kini...
Belum lagi kalau terkejut dan melatah sebut perkara2 lucah yang memalukan...
Anak-anak yang lahir dari rahim ibu...Amanah untuk ibu kembalikan dalam keadaan fitrah..
Namun, dunia ini sentiasa penuh dengan ujian dan cabaran, berhadapan dengan kegagalan yg dijanjikan oleh musuh ALlah.
Ibu tak mampu nak simpan dan sorok kalian dari dunia yg ada hari ini...
Ibu tidak akan bersama kalian selamanya...
Dan Ibu tidak mampu menjangka persekitaran yg mana akan kalian lalui kelak
Tolonglah wahai anak...
Jagalah bahasamu
Peliharalah adabmu
Perhatikanlah setiap tindak tandukmu
Nilai dengan segenap petunjuk yg telah diberi Adakah ALlah redha atau sebaliknya...
Tolonglah wahai anak...
Ibu mahu kalian menjadi ahli syurga
Indah bahasanya
Sopan tingkah lakunya
Sabar dalam berbicara
Dan
Sentiasa ada ALlah dalam dadanya...
Sungguh
Doa ibu sahaja yang mampu mengiringi kalian..walau kemana kalian pergi nanti.....
Jangan tinggalkan kerana ibu benci
Tinggalkan, lakukan kerana itu mahunya ALlah satu-satunya Rabbul Izzati
" Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang meninggalkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan salam. Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Al Waqiah : 26-27)
Beradablah wahai anak...
Comments