Mihrab Al Quran 57: Nilai Kemahsyuran yang hilang

 

Mihrab Al Quran 57 : Nilai Kemahsyuran Yang Barakah.

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa

Al Quran Mukasurat 281: 120 -123 Surah An Nahl

 

Pendahuluan

Nilai terkenal, Mahsyur dan diberi keberkatan dalam kehidupan dan perkaitan dengann kisah Nabi Ibrahim.

Rujuk surah Asyuara ayat 83-84

 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

(Asy-Syu'araa' 26:83)

 

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

(Asy-Syu'araa' 26:84

 

Ini adalah keistimewaan dan kelebihan yg diberi ALLah kepada nabi ALLah Ibrahim. Lhat sahaja solawat yg diajar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Selawat Ibrahimiyyah. Selawat yang sngt digalakkan utk kita memperbanyakkannya. Dalam mathurat dibaca 10 pagi dan 10 petang.

 

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Rabb), (QS. 16:120)

(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. (QS. 16:121)

Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang shalih. (QS. 16:122)

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): ‘Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif,’ dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb.                       (QS. 16:123)” (an-Nahl: 120-123)

 

Kalimah Kana Ummatan : untuk Nabi Ibrahim yang seorang tapi digantikan dengan ummatan, sesebuah ummah. Peribadi seorang itu digambarkan sebagai ummatan, satu Jemaah, satu kumpulan manusia. Nabi Ibrahim adalah sosok lelaki yg memiliki semua kriteria kebaikan yang mungkin dimiliki satu ummah, pada Jemaah dan jumlah yang ramai. MashaALlah.

Kita x kan jadi mcm Nabi Alah Ibrahim, tapi tidak salah utk kita berdoa dengan Doa Nabi Ibrahim dalam surah Asyuara.

 

Makna Ummah juga bermakna Nabi ALLah Ibrahim layak digelar imam, pemimpin yg mnjadi panutan kpd ramai org pada yg sezaman dengan baginda atau selepas baginda. Kerana baginda memiliki kriteria uswah dan banyak keutamaan yang hampir kita temui dalam banyak  memiliki kombinasi kesempurnaan pada ramai org

Ada pada nabi

Abu Nuas memuji khalifah Harun Ar Rashid

Bukan sesuatu yg dianggap mustahil bg ALLah, jika dia menyatukan alam pada satu susuk iaitu Khalifah Harun Ar Rashid..Adapun Nabi ALLah Ibrahim lebih baik dari itu hingga ALLah menyatakan kriterianya dalam AL quran sebagai Ummah.

Penafian Nabi Ibrahim bukn dr golongan Musyrik. Disebut berulang kerana Yahudi dan Nasrani merasakan bhw mereka berada dibwh millah nabi Allah Ibrahim. Mereka dakwa mereka ikut Nabi Allah Ibrahim. Al quran menjelaskan penafian bahawa Nabi ALLah Ibrahim itu yahudi atau Nasrani.

9 Kriteria Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

1.      Bahagian dr sebuah ummah dari umah-ummah. Imam mnjd imam kepada umtnya dan umat-umat selepasnya. Malah, kebenaran itu tidak pada majoriti, ia bkn diukur pd majoriti. Lihat nabi Ibrahim sosoknya seorang shj tapi bersamanya kebenaran. Jgn terasa bhw kebenaran itu pd yg ramai, kebenaran yg jelas itu dr ALLah prinsipnya dan bukan hnya pada ikut-ikutan. Akhir zmn kdg rasa berseorangn, tp jgn rasa lemah, keran tidak tentu yg ramai itu betul. Kerana kebenaran itu nilai dan kekuatan utk sesuatu perkara.

2.     Sosok yg khusyuk dan taat pd perintah Allah. Qanitan lillah: jiwanya khusyuk, hidupnya khusyuk. Iya baginda terkenal, hebat, mahsyur  tp dia x mnjdkn bgnda lupa diri, sombong n bongkak..dia hamba Allah yg tunduk n patuh dn cepat melaksanakan perintah Allah.

3.     Sosok yg hanif : sgt jauh dr syirik  

4.     Bukan termasuk musyrik. Mengesakan Allah dr kecil hingga dewasa. Kisah Nabi Allah mahu dibakar, dtg jibrail menawarkan bantuan, dlm keadaan genting klimaks, baginda menjaga tauhid, kalua minta tolong dgn jibrail bgnda tiada urusan, tp dgn Allah iya, kpdNyalah tmpt bergantung dan bersandar. Garis halus yg memisahkan ketauhidan, tidak minta tolong pd makhluk jibrail tp Allah shj.

5.     Sentiasa mensyukuri nikmat Allah kpdNya. Syakiran an ‘umm jama’ killah. Mensyukuri yg sedikit apatah lg yg banyak. Walau sedikit, Nabi Allah Ibrahim tidak pernah lupa untuk bersyukur. Org sabar ramai, dlm quran diberi jalan utk sabar, tp syukur, Alquran bnyk sebut sngt sedikit yg bersyukur. Mari kita contohi sifat Nabi Allah Ibrahim.

6.     Allah pilih beliau sebagai seorang Nabi.

7.     Allah menunjukkan baginda jalan yg lurus dan meletakkan rasa bencu kpd jln batil. Diberi rasa cinta untuk jalan dakwah.

8.     Allah berikan beliau kebaikan didunia. Dicintai oleh manusia. Malah semua agama mengakui nabi Allah Ibrahim itu seorg yg baik. Hebatnya doa Assyuara ayat 84.

9.     Ayat 122: Termasuk golongan org2 soleh. Para anbiya selalu berdoa utk masuk dlm golongan or soleh..sedangkan mereka dalam golongan para Nabi.

 

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+