Akhir bidadari syurga


 Hari ini ibu kongsi satu lagi cerita

.

Cerita ini dikongsi satu Malaysia hari ini..

.



Mereka kata pemergian yang menghidupkan

.

Mereka kata dia bidadari syurga

.

Mereka kata dia syahid

.

Mereka kata dia ibu, anak dan isteri yang baik

Mereka kata kehidupannya berubah kepada kebaikan


Mereka kata hanya yang baik2 buat dia

.

Bukan seorang yang menangis mendengar khabar dia,

.

Bukan yang mengenalinya sahaja yang terasa permergiannya..

Ramai yang mendoakan dia, bukan sedikit yang memperkatakan tentang kebaikannya, bukan calang-calang orang menyebut kebaikannya.. Ibu yakin apa yang mereka kata itu benar. 



Allahu, 

Kematian demi kematian yang menjadi peringatan akhir-akhir ini, menginsafkan



Benar, bila ALlah mahu  memuliakan ALlah tidak kira dia ustazah, pembesar, pelawak, pelakon malah mungkin tukang cuci. ALlah lihat taqwa. ALlah lihat Usaha untuk berubah ke arah kebaikan. 

Benar, 

Semua orang akan berhadapan dengan kematian, bagaimana pengakhiran kematian itu. 


Benar, 

Mati itu satu pengakhiran untuk kita semua, namun sebnarnya ia juga permulaan untuk kehidupan yang lebih panjang.. Satu kesadaran dari mimpi yang melelahkan

.

Al Fatihah buat Siti Sarah Raisuddin, kebaikannya disebut-sebut dari mulut ke mulut... Moga ia jadi panduan buat anak yang ditinggalkan.

.

Benar kematian ini sebuah pengakhiran hayat si ibu, namun ia adalah permulaan untuk kehidupan anaknya yang bongsu..

.

Moga ALlah jaga kalian sekeluarga sentiasa, kerana ibu ini yakin itulah juga doa ALmarhumah Siti Sarah untuk setiap ahli keluarganya..

.


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس


Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. 

Al Fatihah 

Dan kita yang masih hidup, harus meneruskan perjuangan, mudah-mudahan mati kita semua kelak adalah kerehatan dan saat yang dinanti dalam diri...

.

Dia sedang melalui permulaan hakikat kehidupan, mudah-mudahan jadi semangat buat ibu pada hari terakhir hijrah ini agar memulakan segalanya dengan azam sebuah kematian husnul khatimah..



Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+