MIHRAB AL QURAN 61: BERUBAH KERANA ALLAH
MIHRAB AL
QURAN 61: BERUBAH KERANA ALLAH
DATUK DR
USTAZAH NORHAFIZAH MUSA
Kita mahu
sama menghayati hijrah Rasulullah SAW. Hijrah yang berlaku dlm bentuk
keseluruhan, soal pengorbanan dan niat dan eleman lain dlm hijrah Rasulullah.
Kita mahu
hijrah sangat bermakna dlm hidup kita. Hijrah kita kerana Allah, kerana mahukan
kedudukan disisi Allah. Kadang nafsu kita mengejar kedudukan disisi manusia,
jgn risau kedudukan disisi manusia, biar Allah menetukan takdir manusia suka
atau tidak. Yg penting di mana kita disisi Allah. Kita ini semakin menjarak
dengan manusia, semakin mendekat dengan Allah, yg kita fikir ini akan
tinggalkan. Apa yg berlaku dlm kedudukan disisi Allah?
Kita mahu
melangkah kedudukan kita disisi Allah. Perubahan kita kerana Allah. Berlarilah
kamu, bersegeralah kamu menuju Allah. Zahir dan batin, jgn zahir sahaja
sekalikan batin.
Ayat-ayat
hijrah Rasulullah SAW dengan para sahabat
Al Imran:
195
Maka Tuhan mereka
memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan
amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan,
(karena) sebagian kamu adalah (keturunan) dari sebagian yang lain. Maka orang
yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada
jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan
mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga-surga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala
yang baik.”
Ayat2
sebelumnya adalah doa-doa dari ayat 192 dan Allah menjawab doa tersebut pada
ayat 195. Allah memperkenankan permohona
mereka, dalam ayat selanjutnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan dr kalangan
kamu, perpindahan dr kata ganti nama ketiga kpd kata ganti nama kedua. Allah
berckp langsung dgn golongan ini. Gambaran penghormatan, satu kemuliaan. Allah
seolah bercakap dgn kita secara langsung biarpun dasarnya ayat ini untuk orang
berhijrah
Literalnya,
siapa yg berhijrah dan kemudian dlm hijrahnya berlaku perkara yg menyakitinya,
tidak selesa pd fizikal, emosi atau apa sahaja keperitan yg ditanggung kerana
hijrah kepada Allah. Allah berikan ganjaran dan jaminan, ALLah akan hapuskan
kesalahan dan kesilapannya. Sekali bila kita letakkan tekad kita untuk berubah,
dan terlalu bnyk perubahan dan banyak perkara yg perlu untuk kita berubah, lihat
pada malam kita, hati kita, keluarga kita, lisan kita, pemikiran kita dengan
tekad kerana Allah, Allah jamin dipadamkan kesalahan dan keampunan kepada Allah
SuhanaALlah Taala.
Sebelum Allah
sebut tentang syurga yg akan diberi kepd org berhijrah, pulangan pahala dan
nikmat pada mereka yg mahu berhijrah, ALLah selesaikan benda-benda busuk yg ada
dlm diri. Allah ampunkan dosa-dosa mereka yg mahu berhijrah. Allah padamkan
kesalahan-kesalahan kita. Keindahan yg patut kita syukuri.
Demikianlah ganjaran mereka yg menghadapi cabaran dan
keperitan dalam diri untuk melalui perjuangan hijrah. Lumrah sunnatullah bila
kita buat sesuatu kerana Allah, cabaran itu besar. Dan vabaran dan keperitan
dan lebih pahit apabila cabaran itu dtg daripada mereka yang terdekat dan rapat
dengan kita. Begitu juga apay g berlaku kepada Rasulullah SAW, pedihnya ujian
hijrah apabila dipulau orang terdekat.
Dan
kemudian diikuti janji Allah memasukkan org2 berhijrah kedalam syurga yg dibawahnya
mengalir sungai2.
Kenapa Allah
sebut pengampunan kemudian baru ganjaran. Syurga tidak dimasuki kecuali org yg
baik2 yg bersih dan suci. Ada org Allah bersihkan siap-siap di dunia,
perjalannya kelak lancer sahaja, bersihkan dengan hijrah ujian. Ada org
dibersihkan dengan celup dlm neraka. Dibersihkan sehingga habis dosa-dosa
kesalahan, lalu baru dimasukkan ke dalam syurga.
Inilah jaminan
Allah SWT kepada mereka yang berhijrah kerananya.
Satu hikmah
besar dlm perjalanan Hijrah Rasulullah SAW. Beliau tidak melakukan hijrahnya
sendirian, Nabi Allah yang maksum ini, yang maksum dan terpilih ini tidak
melakukan hijrah itu berseorangan. Walhal boleh sahaja kalua Allah nak
menetapkan Rasulullah SAW berhijrah sendirian di bawah perlindungan ALLah.
Dalam keadaan diliputi perlindungan ALLah, namun dgn asbab dan elemen2 lain,
1. Sokongan dokongan dan Kerjasama sahabat
Rasulullah SAW. Kita tidak akan terdaya berubah sendirian, tidak mahu menjalin
habluminannas. Berubah perlu lihat signifikannya dalam penghijrahan seseorang.
Jgn fikir guru tidak perlu dlm perubahan diri, saya perlukan restu mak ayah
saya, saya perlukan sahabat yg mendokong diri saya. Jangan berhijrah sorang2
dan menghadapi kemelut dgn org yg terdekat. Benar di tengh2 ada sahabat akidah
kita “ jangan takut ALLah ada”, Namun jgn lupa tentang asbab. Rasulullah SAW
mengambil asbab dalam peristiwa hijrah, sebagaimana Rasulullah SAW mengambil
petunjuk jalan yg mahir dengan jalan ke Madinah, walaupun bukan seorng muslim. Lihat juga persahabatan Rasulullah SAW dengan
Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali. Maka, bila mahu berubah, tolonglah bertegur
sapa, bersahabatlah. Ada penghargaan pada sahabat-sahabat yg hadir dlm hidup
kita.
Peristiwa
Hijrah, bila Rasulullah SAW dtg menemui Saidina Abu Bakar saat panas terik, masuk
menemui Saidina Abu Bakar dan meminta agar orang lain keluar. Saidina Abu Bakar
menjawab “ Mereka ini saudaramu” Saidina Abu Bakar seorg sahabat yg akan
mengikut sahaja arahan Nabi sepertimana Saidina
Abu Bakar menangis saat Rasulullah SAW menangis apabila melihat daging dibakar
dlm kisah yg lain tanpa bertanya..tapi pada hari tersebut Saidina Abu Bakar
telah menyiapkan keluarganya untuk menjadi pendokong agama Allah, sehingga
meminta mereka duduk. Terbukti apabila Asma’ Abu Bakar Siddiq ditampar oleh Abu
Jahal stelah menjawab “ Aku tidak tahu” Ketika ditanya tentang Rasulullah
sehingga dikatakan berdarah. Apabila Rasulullah SAW menyatakan tentang arahan
berhijrah dan Saidina Abu Bakar As Siddiq menerima tanpa bertangguh dengan rasa
yakin kepada Allah.
Comments