Family Gathering

Alhamdulillah ibu dapat bersama dalam tahlil dengan keluarga sebelah arwah tok abah malam semalam.. . 



ALlahuakbar berkesempatan mendapat mutiara ilmu sesi tazkirah dengan paksu . Antara isi yang dikongsi bersama . 

 ALlah telah menciptakan takdir hamba-hambanya 50000 tahun sebelum dunia itu ada lagi... Rujukan hadis sahih Muslim no 4797. Dan kita hari ini sedang menjalani takdir yang telah ALlah susun.. Namun itu tidak bermaksud kita mengharunginya semborono tanpa berusaha.. Dalam keadaan covid hari ini kita perlu ikut susunan dan aturan yang telah dipersetujui... SOP, penjarakan dan sebagainya... . 

Dalam keadaan dan situasi hari ini, kita seharusnya bersyukur, kita masih berkesempatan untuk sama hidup dalam keadaan yang tenang, masih ada makanan, masih ada sumber pendapatan, masih ada rumah, masih boleh bertemu sanak saudara.. Walaupun dalam meet. 


Dalam senangnya kita, mereka di luar sana ada yang berhadapan dengan cabaran dan dugaan, tidak mampu beli susu, tiada sumber pendapatan malah kehilangan orang yang disayangi. ALlahu rabbi. . Maka hulurkanlah bantuan setakat mana yang berkemampuan, namun dahulukan lah saudara yang terdekat... 


Pak Su sentuh tentang ayat ke 2 surah AL Mulk Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa, Maha Pengampun. 

Dunia ini tempat ujian. Kita sekarang ini sedang diuji

 Al Quran Surat Al Baqarah ayat 155
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

Ayat ini membawa kita mengenang situasi wabak covid hari ini. Berita kematian ada di mana-mana, ada setiap hari malah makin lama makin hampir dan dekat dengan kita. . Kita yang hidup harus mengambil pengajaran, betapa ALlah menyusun kematian itu sebagai salah satu ujian untuk apa yang kita perbuat di muka bumi ini. 

Mudah-mudahan, mereka yang meninggalkan kita dikurniakan rahmat ALlah dimasukkan dalam golongan yang beriman, soleh dan solehah serta diselamatkan dari azab kubur. . 

Sayu rasa bila Pak su ibu berdoa agar seluruh ahli keluarga dapat dihimpunkan dalam Jannahtul Firdausi bersama.. Amin ya rabbal Alamin.. . Paksu cerita tentang azab kubur, yang mana nanti akan ada dipamerkan azab neraka jahannam.. 

Sekali lagi ibu berulang kali berfikir.. Melalui hari hari di dunia ini dengan kesakitan atau mungkin gelisah sahaja sudah jadi azab berhari-hari.. Bayangkan azab ALlah dalam kubur yang dilalui hari2 sambil menonton gambaran neraka jahannam sementara menanti hari kebangkitan.. ALlahu akbar.. Azabnya... . 


Makanya sabarlah diatas dunia ini melakukan kebaikan dan sabarlah dalam menahan diri berbuat kejahatan. Betapa ruginya jika dilepaskan hanya kerana nikmat yang sedikit untuk ganjaran yang Mashaallah untuk selama-lamanya. . 

Al Quran Surat Al Baqarah ayat 156

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).

Al Quran Surat Al Baqarah ayat 157

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, surgalah tempat tinggal(nya).An Naziat ayat 40 - 41

Kerana kelak tidak akan ada jalan untuk kembali mengulang semula kehidupan yang telah ditinggalkan 


Surat al-Muminun ayat 99-100 "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)". "Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan". . 

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.” Annaba : 40

Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini.” Al Fajr :24


Berbuat baik hari ini, mujahadah lah wahai diri.. Wahai anak-anak.. .

Terima kasih paksu, membawa taman syurga ke rumah ahli-ahli keluarga... 
Moga ALlah kurniakan ganjaran berganda.. Teguhkan iman datangkan kesihatan yang baik jaga dan rahmati sentiasa.. . 

Alhamdulillah, ALlah kurniakan saudara yang menyatu kerana ALlah... Allahuakbar..maka nikmat yang manakah yang engkau dustakan. .

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+