Mujahadah Muharam

 Allahu Rabbi, ALlahu Ghafur, ALlahu Afuun Karim. 


Sukarnya untuk kekal dalam kebaikan. Nafsu dalam diri bertarung umpama bermain tarik tali. 

ALlahuakbar bukan mudah sabar dalam mentaati perintah ILahi, jemu, bosan datang dari bisikan nafsu adakala menjengah diri. 

Mahu jadi baik tapi pada masa yang sama terlalu banyak perkara sekeliling yang menambat diri... 


Mahu solat awal waktu, tapi tugas sekolah depan lap top macam mahu diselesaikan dahulu.. 


Sama macam Muhaimin diajak solat tapi ada perkara perlu ditamatkan jadi jawapannya kejap kejap.. 

ALlahu mana satu keperluan diri.. Dalam hati sungguh mahu ikut apa Rasulullah pesan, mahu turut panggilan azan terus- terusan, tapi di mana kesungguhan? 

Belum lagi bila berbual dengan kawan, konon2 inilah masa meluah perasaan, masa silaturrahim.. ALlahu mana Ar Rahman dan Ar Rahim saat mengurniakan itu semua dalam ingatan ibu.. Bukankah itu perlu didahulukan. 

Benar adakala kita boleh mengelak diri melakukan maksiat nahi mungkar tapi yang mana pula amal maarufnya.. Bersabar dalam ketaatan.. 


Belum lagi maksiat yang kita perbuat.. Dalam tidak sedar hari ini maksiat mata memandang yang tidak sepatutnya, bercakap yang tidak perlu hingga melukakan hati yang lainnya..itu berdosa... Maksiat hati yang berfikir entah apa-apa tanpa panduan yang ALlah beri.. 

Tulisan ini untuk ibu, ibu kongsi sebab ibu yakin jadi manusia yang hidup ini pertarungan nafsunya tidak pernah berhenti... ALlahuakbar dan ibu yakin kalian akan melaluinya nanti. 

Malah, minggu lepas ibu perhatikan Muhaimin leka dengan permainan online.. Masuk kelas hafazan tanpa persiapan.. Ibu berniat mahu berhentikan kelas AL Quran biar ibu bimbing.. Belajar Alquran Online sangat mencabar hari ini.. Tapi kamu Muhaimin tidak mahu berhenti.. Kamu kata disitu lah semangat mahu menghafaz biar lambat pun nanti.. ALlahu nafsu kamu sedang bertarung wahai anak.. Keinginan dunia dan akhirat yang silih berganti. 


Mujahadah.. 


Dulu ibu rangka Rejab, Syaban dan Ramadhan adalah medan mujahadah ibu untuk berubah.. Baiknya ALlah menyusun Ramadhan dalam penuh keberkatan.. Memberi ruang latihan yang Mashaallah dalam penuh kasih sayang.. Allahu Rahman ALlahu Rahim kurniakan pahala berganda... Datangkan lailatulqadr.. Rejab dan Syaaban diberikan peringatan untuk persediaan Ramadhan dengan kebaikan sedikit demi sedikit hinggalah tibanya Bulan yang dinanti.. ALlahuakbar... 


Bagi ibu Syawal datang jadi bulan ujian untuk hambanya.. Yang dikurniakan nikmat dunia berganda.. Inilah waktu iman di duga dalam cara berbeza, tidak lagi lapar tapi cabaran nafsu boleh makan segala makanan yang sedia ada.. Tiada lagi solat terawih tapi kekangan nafsu mampukah meneruskan witir mahupun solat sunat lainnya... Tiada lagi bangun sahur tapi mampukah nafsu mengajak diri bangun mengadap ALlah bersunyi-sunyi dengan Rabbi, bertahajjud mencari cintanya.. Malah tiada lagi ganjaran seperti Lailatulqadr tapi kuatkah nafsu kita untuk bangkit malam hanya kerana ALlahhu Rabbi.. 

ALlahuakbar 

ALlahuRahman ALlahuRahim

Kemudian ALlah datangkan Zulkaedah dan seterusnya Zulhijjah.. Mashaallah sekali lagi bagi ibu dengan segala kebaikan yang ALlah ada ALlahuRahim.. ALlah berikan satu lagi jalan mujahadah melalui Zulhijjah dengan ibadah Hajj... Mendidik diri mencari ALlah dalam setiap hakikat kehidupan, dalam ramai atau sendiri, mengingatkan mahsyar dan janji ALlah bahawa dunia ini akan tamat nanti... Dan dalam kasih syangnya lagi ALlah beri hari Arafah.. Hari antara hari-hari doa diangkat dari bumi...

Dan itulah bulan terakhir dalam islam.. 

Cantik ALlah susun, setelah melalui Rejab hingga la Dzulhijjah.. ALlah datangkan tahun baru yang dimulakan dengan Muharam... ALlahuakbar..Maka semua muslim berniat untuk berhijarah Mashaallah dan cantiknya ALlah penghijrahan itu ALlah susun ceritanya dari bulan-bulan sebelumnya.. Allahu Zaki.. 


Mujahadah..

Kenali nafsu diri... Fahami betul-betul

Dan berdoalah pada ALlah agar nafsu ini sentiasa dipimpin Ilahi.. Sekali lagi kita tidak akan ada kemampuan untuk berhadapan dengan nafsu ini jika tidak dengan kekuatan ALlahu Qawiy yang ALlah beri... Jon kita sama-sama bersabar dalam kebaikan dan ketaatan, bersabar dalam menahan diri melakukan kemungkaran..


Bukankah ALlah ulang berkali-kali sabar dalam Al Quran, bukankah ALlah jamin orang yang bersabar dicintai ALlah,

''Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.'' (QS 3: 146). 


Bukankah ALlah janji untuk bersama orang yang sabar. Surah Al-Baqarah ayat 153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

.

Dia lah sandaran utama..

.

Moga beratnya azab kubur yang ditanggung berhari-hari sebelum menanti dibangkitkan semula nanti jadi motivasi untuk terus mengawal diri.. Allahu ibu tidak terbayang andai matinya awal, qiamatnya belum lagi azab kubur diterima dari hari ke hari menanti dan menanti... 

.

ALlahu Moga ALlah jaga kita agar tidak menjual nikmat Syurga yang kekal abadi, yang penuh ketenangan dan damai hanya untuk menurut nafsu yang bergelora dengan keinginan nikmat dunia yang sekelumit cuma..yang sebenarnya hanya sekejap sahaja di dunia ini. 

Dan hari ini ALlah beri ruang musim covid untuk ibu tafakkur dan perbaiki diri... 

Moga Muharam tahun baru ini penuh dengan rahmat dan kasih sayang ALlah yang tidak berhenti.. Moga ALlah kurniakan kita sabar untuk tetap mengingatinya dalam apa jua keadaan dan situasi. 

Moga apa yang berlaku jadi pengajaran yang baik.. Menyemarakkan azam untuk pengakhiran yang baik. ❤️


Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+