Tekanan n Inspirasi .... :)

Assalamualaikum Abdul Muhaimin sayang...
saat ibu menulis ini...Amin dan ayah masih lagi dibuai mimpi...Ibu berkali-kali cuba melelapkan mata tapi ibu masih tidak boleh tidur.....

Kerungsingan ibu sangat mengganggu.... Akhir-akhir ini ibu rasa terlalu banyak tugas yang bertangguh..dari urusan di sekolah sehinggalah urusan menjemur baju dirumah..namun ibu yakin bukan itu yang menjadi permasalahan.....  Selain itu ibu turut memikirkan anak-anak murid ibu yang bakal menghadapi peperiksaan  UPSR tidak lama kelak....Pelbagai cerita yang ibu ingin kongsikan dengan Amin tentang mereka...Adakalanya mereka buat ibu tertawa...yang pasti mereka juga banyak membuatkan ibu tertekan dalam diam...dalam kesibukan tugasan yang ibu hadapi, karenah mereka adakalanya memeningkan ibu..

Abdul Muhaimin sedang apa sekarang sayang?  Sibukkah anak ibu yang seorang ini?

Sibuk belajarkah Amin? Jika belajar tentu Amin sibuk dengan kerja-kerja rumah, tugasan sekolah atau juga tugasan dan project paper Universiti?

Jika bekerja, tentunya sibuk berhadapan dengan karenah orang ramai tidak kira orang bawahan ataupun orang atasan......

Tugasan tidak pernah selesai sayang, satu tugas habis, satu tugas yang lain akan datang.. atau mungkin juga 2 dan 3 tugas yang akan datang.ditambah pula dengan 1001 masalah yang adakalanya tanpa kita duga, apatah lagi karenah mereka yang berurusan dengan kita....Kadang-kadang ia buat dada rasa senak dan kepala sangat berat..Kalaulah boleh ibu ingin menghentikan semuanya...tapi logiknya mampukah kita menghentikan sesuatu yang akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita? Masa akan terus berjalan dan kita tentunya akan terus hidup..mampukah kita untuk terus hidup tanpa melakukan apa-apa....Tekanan, beban akan terus menghantui kita...namun kitalah yang sepatutnya menguasai tekanan dan beban tersebut...perkataan tekanan, bebanan dan tanggungjawab harus dilihat dan dinilai dari sudut positif... ALLah telah memberi peluang ini agar kita dapat berehat disyurga kelak...ALLah telah memilih kita untuk dilatih supaya menjadi hamba yang lebih kuat sayang...itupun sekiranya kita dapat menguasai dan mengawal tekanan yang dipertanggungjawab di dunia dengan baik.. Syurga lah tempat rehat paling abadi yang penuh ketenangan yang tiada tolak bandingnya.....

Sesungguhnya orng2 yg berbakti, tetap berada dalam syurga yg penuh nikmat: mereka BEREHAT di atas pelamin-pelamin sambil melihat. Engkau dapat melihat pada muka mereka : Cahaya nikmat yang mereka peroleh (Al Mutaffifin: 22-24 )

Tekanan yang ada atasilah dengan bijak..... andai ibu masih ada ketika Amin membaca tulisan ibu ini, InshaALlah ibu bersedia mendengar keluh kesah Abdul Muhaimin, InshaALLah ibu juga akan sentiasa mendoakan agar ALLah sentiasa memberi jalan keluar untuk sebarang permasalahan namun andai sebaliknya.. ...Amin ingatlah yang segalanya datang dari ALLah dan Dia jualah yang berkuasa merungkaikan segala persoalan....ALLah masih ada dan sentiasa ada sayang...

Sabar, sabar dan sabarlah sayang.....Carilah aktiviti yang bermanfaat..carilah sesuatu yang mampu memberi inspirasi agar tugas yang tertangguh dapat dilaksanakan dengan baik..berehatlah seketika untuk melepaskan lelah dan sambunglah perjalanan kehidupan Abdul Muhaimin dengan lebih bersemangat selepas itu....

Buat masa ini, ketika ibu menulis ini...Abdul Muhaimin lah inspirasi ibu........ ;)

Moga Allah permudahkan urusan kita semua ..dan moga kita sama-sama dapat berehat atas pelamin dalam syurga kelak sayang..... Amin

Tidak rugi orang-orang yang sabar.... ;)

 dari ibu Abdul Muhaimin b. Abdul Rahman

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .