Syawal Muhaimin
Assalamualaikum dan salam syawal Abdul Muhaimin.....
Alhamdulillah kita Selamat menyambut aidilfitri di Pahang tahun ini. Seronok tengok Abdul Muhaimin berhari raya kali ini..Sudah boleh jalan, sudah boleh berbaju melayu dan tentunya sudah mula mengenal saudara-mara sebelah Pahang...Seronok tengok anak ibu nih bermain kehulu hilir dengan sepupunya yang adakalanya lebih dewasa dari dia....
Alhamdulillah Syawal ini membuka peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali....Itulah yang sentiasa ibu harapkan untuk Abdul Muhaimin..Menghayati Syawal dalam ertikata sebenar.... Selain dari erti kemenangan setelah berhari melatih nafsu dan mengawal perasaan, untuk anak kecil seperti Muhaimin yang tidak berpuasa ini..ibu mengharapkan ia menjadi ruang untuk anak ibu ini menyesuaikan diri dengan saudara mara sekaligus bersilaturrahim antara satu sama lain.....
Sabda Rasulullah:
Orang mukmin ialah orang yang dapat menyesuaikan diri dan dapat diikut penyesuaian dirinya. Sama sekali tidak ada baiknya orang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya serta sukar diikuti
Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani dan Hakim
Selain itu sayang, ingin ibu menegur sempena Syawal ini.......hindarkanlah dari sikap meminta-minta duit raya hatta bergurau sekalipun.....bukannya ibu marah cuma ibu suka jika Abdul Muhaimin menjadi orang yang banyak memberi dari menerima..bukankah pemberian itu dilihat pada orang yang memberi.. Orang tua-tua turut berpesan...Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima:
Rasulullah SAW ada berpesan:
ada dua budi pekerti yang dicintai ALlah s.w.t iaitu akhlak yang baik serta pemurah. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci ALLAH swt iaitu akhlak yang buruk dan bakhil. Apabila seseorang hamba itu dikehendaki oleh ALlah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh ALLah sebagai jalan untuk memenuhi keperluan orang ramai...
Riwayat Abu Mansur Dailami
Moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki Abdul Muhaimin hingga boleh memberi berbanding menerima...
Oh ya..Syawal ini juga ibu jadi risau bila satu hari abdul Muhaimin jatuh dan muntah-muntah........Alhamdulillah ALlah masih lagi memelihara Abdul Muhaimin untuk kami semua
Tiada daya dan kekuatan melainkan ALLah jua hendaknya...
Moga Abdul Muhaimin terus sihat, cergas dan bertambah ceria menghadapi hari muka.... InsyaAllah menjadi antara yang dicintai Allah..... Amiiin..
Salam Syawal 2012 dari ibu
ketika Abdul Muhaimin berusia 1 tahun 2 bulan 19 hari

Comments