Best Friend Forever Till Jannah

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang.....

Sihat?? Dengan siapa Abdul Muhaimin ketika membaca tulisan ibu kali ini?  adik, sendirian atau mungkin dengan kawan2? kali ini ibu ingin cerita tentang kawan... Sebenarnya dah lama ibu nak pesan apa yang bakal ibu tulis ini, sejak Abdul Muhaimin membantu ibu buat kek untuk auntie eina, one of my bestest buddy 2 hari lepas lagi.....  ;)

Ibu yakin akan tiba satu waktu, Abdul Muhaimin akan menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama kawan-kawan Amin (ibu pasti rindu menghabiskan masa dgn Amin ketika itu huhu) ... itu merupakan perkara biasa dalam perjalanan hidup sebahagian kita..... semakin kita dewasa, kita akan berpeluang bertemu dengan ramai orang..... dan merekalah yang akan menemani perjalanan kehidupan kita sayang, selain tentunya ibu, ayah dan mereka yang terdekat dengan Amin...

Anak ibu, ramainya orang yang akan Amin temui, memungkinkan banyaknya pilihan untuk Amin buat dalam kehidupan.......bila ibu tiada di sisi Amin, ibu mengharapkan malah sentiasa mendoakan agar Amin akan membuat pilihan yang terbaik... termasuklah dalam memilih siapa yang harus amin dekati...siapa kawan-kawan amin dan siapa yang akan menemani perjalanan kehidupan seharian Amin......

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa Al Asya'ari r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata:
Perumpamaan teman yang salih, dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual minyak wangi, dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi, sama ada dia memberi kamu sedikit ataupun kau membeli daripadanya, ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, sama ada dia akan membakar pakaianmu, ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya....

Sayangilah teman Amin kerana ALLah..bersyukurlah andai dikurniakan teman yang baik sayang....

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim : Tiadalah dua sahabat yang saling cinta mencintai kerana Allah, melainkan siapa diantara keduanya yang lebihcinta kepada ALlah, maka dialah yang lebih mencintai sahabatnya...

Jangan marah jika sahabat menegur kelemahan kita, terimalah teman bila dia mahu menampung kekurangan kita...banyakkan lah memberi dengan penuh keikhlasan hati.....

InsyaALLah Abdul Muhaimin akan bertemu dengan sahabat yang baik ...jangan lupa kenalkan kawan-kawan Amin dengan ibu dan ayah yer..

Terima kasih sayang ' tolong ' ibu buat kek untuk birthday kawan ibu........  Dont forget to wish auntie Fadhlina Zakri every 13th September k...Mungkin nanti kita boleh buat kek untuk kawan baik Amin pula

Salam sayang dr kawan Amin dunia akhirat  :  I.B.U

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+