impian atau angan angan
Hari ini 3 Muharam 1334 Hijrah. Bahang awal Muharam tahun baru Islam kali ini panas bila khabar serangan tentera Israel ke atas tanah Palestine yang sudah masuk 4 hari dan kian diperhebatkan pada awal 1 Muharam 1334 Hijrah ini.
Kasihan saudara-saudara kita sayang... Amin ingat lagi buku yang ibu beli untuk Amin....
Nanti jangan lupa bacakan untuk adik Amin k..... dan jangan lupa mereka itu saudara-saudara kita
Apa agaknya cerita tanah Palestine ketika Abdul Muhaimin membaca entri ibu kali ini? Bukan sahaja Palestine malahan tanah islam yang lain Syiria, Rohingya dan beberapa buah negara Islam lainnya... Masih begitukah sayang? Jika benar, bukankah terlalu lama mereka terseksa, terutama sekali tanah Palestine yg bertahun lamanya dijajah dibumi sendiri.....
Waktu-waktu begini, ibu sering teringat saranan Pn Lina Karim ibu Darwish dan Darwisya ...
Katanya..anak-anak Israel tidak sempat untuk menikmati hidup tapi kita di bumi bertuah ini memiliki anak-anak yang mempunyai peluang yang baik untuk memenuhi hadith Rasulullah yang ini:
Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kamu bersedih?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari SEBELAH TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
Anak-anak bukan untuk ibubapanya berbangga...namun anak-anak ini adalah milik ALLah yang dipinjamkan..dan mungkin inilah caranya untuk kita membantu saudara kita buat masa ini...Untuk kita sama-sama mengembalikan harga diri dan fitrah kita..
Ibu sering berdoa sayang..agar anak ibu ini muslim yang disayangi ALLah..Kuat spiritual, emosi dan intelektualnya...Hadith Rasulullah:
Seorang mukmin yang kuat lebih disayangi dan lebih dicintai ALLah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan ALLah serta jangan BERSIKAP MENGALAH... Hadith Sahih Muslim No:4816
Untuk siapa kekuatan itu jika bukan kita kembalikan haknya kepada ALLah....Dengan doa ibu ini...maka kembalikan lah apa yang Amin dan adik-adik miliki kepada ALLah...
Sayang-sayang ibu.....moga kalian merupakan sebahagian dari anak-anak muda dari timur itu...Ibu tidak tahu sebesar manakah kumpulan itu..namun ibu mengharapkan agar setiap zuriat ibu adalah sebahagian darinya...
Semoga kebangkitan tentera al fateh yang kukuh cintanya pada ALlah itu akan kembali berulang dan anak-anak ibu adalah sebahagian darinya...
Terima kasih Pn . Lina Karim atas impian yang tidak pernah terfikir ini...namun benar impian akan jadi angan-angan bila kita tidak berusaha...dan usaha perlu berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..Moga ibu-ibu semua akan konsisten untuk menghidupkan tentera-tentera al fateh dalam ahli keluarga kalian...dan mungkin sahaja bayangan al fateh itu sendiri... ALLahu Akbar.....

Comments