Rahsia ibu...

Hari terakhir persekolahan...dan hari terakhir juga lah kiranya bergelar guru kelas, ibu didatangi buah hati ibu yang seorang ini sambil menghulurkan 'paper bag' buat ibu. Ada 3 hadiah tau dalamnya...

hmmm...susah-susah jer Akmal Fariz nih...

Dia nih memang buah hati ibu...kalaulah ibu budak darjah enam lagi...dah lama ibu jadi secret admire dia... :)

Dalam diam ibu sangat mengaguminya...Bukan sahaja terbaik akademik..malah sikap dan sahsiahnya juga menambat hati ibu....

Tidak disangka... dia juga pemain bola kelas ibu...kelas ibu menang tau antara kelas-kelas lain tahun 6....Dia boleh main bola..hmmm macamanalah dia main dengan spek mata nya tuh...

Dia juga wakil sekolah bercerita bahasa inggeris ....dia bukan mudah dibuli : ibu pernah dengar dia kata tidak boleh pada Azaim Syahmi (pelajar kelas ibu) untuk perkara yang tidak disukai... dia juga turut bermain dalam kelas namun dalam adab dan tertib yang sangat terjaga..... Dia ada diri dia sendiri

Dia boleh hidup bersendirian dan dia tidak kisah berkawan...cukup pandai membawa diri..tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan persekitaran....

Dan petang itu, ibu menghubungi ibu atau mama Akmal Fariz sendiri...bukan sahaja untuk mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan tapi untuk mengorek rahsia bagaimana mendapat anak yang baik macam Akmal Fariz.... :)

Saya tiada apa-apa rahsia cikgu...saya didik dia sama macam ibu-ibu lain. Sama macam kakak-kakak saya didik anak-anak mereka..cuma Alhamdulillah dari kecil dia memang senang untuk disuruh..dan cepat mengikut bila diajar...

Ibu tak puas hati..hmmm takkanlah puan tak ada ayat-ayat amalan ketika mengandungkan Akmal....

Hmmm takdelah cikgu..sama sahaja macam ibu-ibu lain cuma saya tidak pernah tinggal doa untuk anak-anak setiap kali selepas solat...

Nah..itu dia jawapannya doa....  
ALLah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah : 186: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenaiku..Sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada Ku...

Apatah lagi doa seorang ibu yang sangat humble, merendah diri dan cukup bersopan seperti puan Hindun ibunya Akmal. MasyaALlah, subhanaALlah dan Alhamdulillah tidak lepas dari mulut ibu ini dan berulangkali dilafazkan....kata-katanya cukup lembut, bahasanya tersusun dan teratur....masakan tidak yer anaknyer begitu yer....(Anak-anak itu menurut apa yang diperhatikan bukan mengikut apa yang dikatakan.... )

ibu selitkan juga apa yang pn lina karim emailkan pada ibu suatu waktu dulu...


Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..

Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Abdul Muhaimin dan anak ibu lainnya....jangan risau....ibu sentiasa doakan kalian...cuma kalian harus ingat tingginya nilai doa seorang ibu.....Moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang ibu.... dan jangan lupa sampaikan salam ibu pada Akmal Fariz bin Zulkifli andai kalian bertemu dengannya suatu hari nanti....


                                

Comments

sal said…
doa ibu mustajab..
sejuk hati melihat anak2 yg menyenangkan hati ibubapa..

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+