Kisah terlepas
Lama ibu tidak begini
Lama ibu tidak menulis di lembaran maya ini...
Rindu
Banyaknya kisah kita yang terlepas....
Banyaknya cerita yang tersimpan...
Banyak tawa disebalik luka yang disimpan...
Ibu agak sibuk kebelakangan ini
Seperti biasa ayah masih lagi memahami
Amin sudah berhenti tidak mahu ke playhouse lagi
Adik masih lagi belum mahu berjalan...
Cik Nor sudah ada peneman di sisi
Auntie Asmak bakal bertiga nanti...
MH370 masih belum ditemui
Kisah MH17 kini sepi
Baru-baru ini Kapal TLDM Lenyap dah ditemui
Baru-baru ini simbol UIA kebanggaan ibu sudah berubah kini
beberapa kertas UPSR tahun ini diulang dua kali
Baru-baru ini pelajar jatuh dari bumbung yang tinggi
Semalam seorang guru pula telah menemui ilahi
Semalam juga Gerhana Bulan kebesaran Ilahi
Harga minyak naik lagi
dan kita semua masih disini
Moga ALlah merahmati kita sayang..
Moga ALah permudahkan urusan kita
Moga Allah jadikan dunia ini jambatan untuk kita berkumpul di Syurga
" Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahu bahawa kamu tidak tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran: dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al Muzammil :20
Kita sama-sama usaha ye sayang
Lama ibu tidak menulis di lembaran maya ini...
Rindu
Banyaknya kisah kita yang terlepas....
Banyaknya cerita yang tersimpan...
Banyak tawa disebalik luka yang disimpan...
Ibu agak sibuk kebelakangan ini
Seperti biasa ayah masih lagi memahami
Amin sudah berhenti tidak mahu ke playhouse lagi
Adik masih lagi belum mahu berjalan...
Cik Nor sudah ada peneman di sisi
Auntie Asmak bakal bertiga nanti...
MH370 masih belum ditemui
Kisah MH17 kini sepi
Baru-baru ini Kapal TLDM Lenyap dah ditemui
Baru-baru ini simbol UIA kebanggaan ibu sudah berubah kini
beberapa kertas UPSR tahun ini diulang dua kali
Baru-baru ini pelajar jatuh dari bumbung yang tinggi
Semalam seorang guru pula telah menemui ilahi
Semalam juga Gerhana Bulan kebesaran Ilahi
Harga minyak naik lagi
dan kita semua masih disini
Moga ALlah merahmati kita sayang..
Moga ALah permudahkan urusan kita
Moga Allah jadikan dunia ini jambatan untuk kita berkumpul di Syurga
Al Muzammil :20
Kita sama-sama usaha ye sayang
Comments