S.U.K.A.N

Ahad
Hari sukan sekolah
Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Sibuk sejak hari sebelum sukan lagi…macam biasa kerja saya pegang duit….Sekolah kami tak mengadakan kutipan khas untuk sukan sebaliknya ibubapa pelajar diminta menyumbang seikhlas hati mereka….memeranjatkan bila ada ibubapa yang sanggup tulis cek hingga 500 ringgit…malahan ramai yang menyumbang 50 dan ada sehingga 100 untuk seorang pelajar sahaja…..

Dan tentunya saya gelisah dengan keadaan sesetengah kelas yang terpaksa saya tinggalkan dek urusan rasmi….

Tak cukup dengan duit kutipan sumbangan…….saya bertanggungjawab pula dengan peniaga yang bakal membuka gerai dalam stadium…….rasa cam ceti jer..bila gi tiap2 gerai minta duit…kesian gak kat depa yang meniaga nih..depa bayar sampai rm60 untuk sewa tapak tapi ada pula peniaga2 haram wat muka selamba meniaga kat situ, jelingan saya tak dipedulikan ialah org perempuan…apalah sangat…….

Selesai sukan saya dan K.Napisah bergegas ke sekolah, esok pagi kami ada sambutan Maulidul Rasul..(tiada cuti sempena sukan)…tempat perlu disediakan awal..ialah sambutannya awal pagi sok…..lewat asar baru balik rumah..penat takleh citer….esok kena bangun awal pg pula…

Eiii tak sabar nak tengok kanak2 tuh berbaju kurung raya pasti comel, yang lelaki berbaju melayu tentu segak…hahahaha tidur dalam senyuman……..

Realitinya…

Siapa kata kami hanya mengajar apa yang ada dalam buku….
Malah lebih dari itu…..
Guru belajar mentadbir, mengurus masa, jadi ceti, kerani, tukang masak, tukang sapu dan adakalanya tukang cuci….
Apa yang dilakukan guru seharusnya diperhatikan murid……

Siapa kata mengajar perlu diberitahu…dalam diam apa yang kami lakukan adalah dengan harapan mereka mengambil teladan…..

Dalam diam apa yang telah disediakan perlu diteliti dengan rapi…..
Tipu jika penat dan gelisah tidak menjengah dalam hati…
Adakalanya..mulut berbunyi ….Anehnya kami tak pernah berhenti…
Mungkin ianya hanya lagu selingan buat kami menghibur hati…..

Moga kalian mengerti……….

Tak Bestnya!!!! rumah sukan saya nombor akhir….rumah sukan Shifa' tempat pertama!!

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+