+Tak PerNah+

Kecik-kecik dulu saya takdela nakal sangat..tapi adakalanya saya nih boleh juga melakukan perkara-perkara yang tidak terduga….

Sek Men…saya dan beberapa org teman saya baik dgn warden…hahaha sampaikan kami boleh bawak warden outing ikut pagar yang telah ditebuk untuk ke pasar malam….

Masuk matriks..saya dan Naem pernah round satu matriks tgh malam..dan ketuk pintu kafe yg dah separuh tutup minta nasi dek kerana lapar sangat….lepas tuh kami juga pernah main mercun tembak asrama org lain..hahahaha tak sangka kan...

Dan macam-macam lagilah….

Banyak perkara yg lucu dan menyeronokkan berlaku bila berani menguasai diri apatah lagi bila ia didorong oleh desakan dan naluri yg inginkan kelainan….

Baru-baru ini ketika mengunjungi 'Smart Kids' exh di PWTC…saya ditawarkan dgn voucher untuk rawatan facial dan produk (apa ke halnya benda nih ada dlm exhibition smat kids..confused)…penat cari alasan…sudah nya saya terima juga..saya tak pernah gi facial…pencuci muka pun pakai bila teringat….tapi tak kisah ler…kebetulan pula appointmentnya jatuh pada birthday saya ..menarik tuh….

Maka pagi td setelah hantar Asma' kerja..sian Ahad pun kerja dan jog kat Taman Tasik Cempaka saya bergegas ke Lot 10….sebenornya saya tak pnah gi Lot 10 tp malu bertanya sesat jln….saya singgah di KL sentral dan ambil monorel …rindunya kat KL sentral..waktu takde keta dulu, inilah laluan saya gi dan balik main camp, tapi serius saya tak pernah naik monorel…macam nih rupanyer rasa naik monorel…hehehehe..

Cuak juga..ialah karang dibuatnya jadi pape..alhamdulillah semuanya baik..3 jam duduk dalam salon tuh dgn bunyi burung, cengkerik dan binatang apa lagi tah…di tambah pula dengan lembut tangan tukang buat facial tuh rawat muka dan urutan terapi rasa tenang dan best pula……

Tapi bila dia sebut harga sebenar untuk semua tuh rasa macam hilang nyawa..hahahaha mujurla saya nih pakai voucher jer…..kalau tidak idakler….

Sepanjang hari nih juga saya terima banyak berita gembira dan tentunya ucapan birthday yg memenuhi message box saya….paling saya suka ucapan dari Fatimah,

Never abandon old frenz..they r hard 2 replace..A frenships like a coconut..it gets better as it grows older just like us…I get better , u get older……
Hope that I will be older and better simultaneosly….

Selamat bertunang Nani..insyaALlah tak der aral saya gi nanti…
"Ya Allah tetapkan yang terbaik untuk nani dan asro….." hehehehe ameen..

Sara..thanks sebab ingatkan saya birthday saya hari nih hehehehe…tukar kulit ye..hehehe

Eina..10 thn kita kwn..awk tak nah lupa bdy saya...glad ur my friend..

Wak...tak sangka. ingat gak awak birthday saya yer. appreciate it...

Wa yg bdaynya 10 hb ps: moga impian terlaksana hehehe dan Linda pd 7hb, my sis and bro Shifa' :12hb dan Zaki 24hb...HAPPY BIRTHDAY DEAR..LOVe all Of U SOOO much
buat teman lain..thank you sooooooo much

istimewa buat 77 orang anak-anak yg disayangi.....terima kasih tak terhingga.....


Cantik lukisan Jihan dan juga ucapan yang mengharukan dari Izzati sangat menyentuh hati..inilah bahananya bila mengajar adik sendiri sampaikan birthday kita dihebahkan pada kawan-kawannya....namun, tak boleh nak tipu diri sendiri..saya rasa terharu........


Jauh perjalanan saya hari nih..dan saya sangat berharap agar sisa hidup yg masih ada nih memberi kesempatan untuk saya lakukan perkara yg tak pernah saya buat….capai impian yg tak pernah saya gapai…… AMEEN

'Semua org ada ketikanya dimana mereka jumpa diri mereka………'
Nordin, filem Buli Balik

9th April....Happy Birthday .....I,me and myself…remember ur 26 now….


Comments

raudzah said…
http://raudzahfathiyah.blogspot.com <---check this out, aini!special dedicated for you!

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .