manusia ke apa ???

Jika tidak ke mana-mana, saya suka belek bahan yg boleh dibaca..... antara bahan yg paling mudah untuk diperolehi ialah suratkhabar..

Adakala berita2 di dada akhbar menarik... melucukan dan mengerikan.....
Belum tamat kisah Altantuya dan kes rompakan mikrocip di Pulau Pinang minggu lalu....

dikejutkan dengan kisah ini..........

Bayi bertali pusat dilempar dari flat
Oleh Umavathy Ramayah

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Zalim. Itu sahaja perkataan yang sesuai bagi insan yang melempar seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pudu Ulu, Cheras di sini, hari ini.

Bayi itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah. Kepalanya pecah.

Lebih menyayat hati, mayatnya dimasukkan ke dalam plastik sampah bersama kulit ayam dan sisa ikan.

Bayi berkulit cerah itu ditemui oleh tukang cuci flat berkenaan, Ros Hayati Tambi Ahmad, 44, kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

Menurut jurucakap polis, berdasarkan kesan darah, mereka percaya bayi itu mati dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum mayatnya ditemui.

‘‘Pemeriksaan awal mendapati kepala bayi itu pecah dipercayai akibat dicampak daripada tingkat atas flat Blok B yang setinggi 17 tingkat.

‘‘Kami akan jalankan siasatan rapi dan menangkap orang yang bertanggungjawab membuang bayi itu.

‘‘Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini

Sementara itu, menurut Ros Hayati yang juga penduduk flat tersebut, dia terkejut sewaktu hendak membuang plastik sampah yang ditemuinya itu kerana mayat bayi yang dimaksudkan tiba-tiba terkeluar dan jatuh daripada dalam plastik berkenaan. Katanya, kerana terlampau terkejut, dia terus lari daripada tempat terbabit sambil menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain.

Ros Hayati pada mulanya menyangkakan mayat bayi itu adalah anak patung.
Bagaimanapun, ujar Ros Hayati, selepas rakan-rakannya membelek ‘anak patung’ itu dengan teliti, mereka terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat seorang bayi lelaki.


‘‘Bayi itu dalam keadaan bogel dan terlungkup dalam sampah sementara di kepalanya pula ada kesan darah,’’ katanya.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Utusan Malaysia: 1 Disember 2006, Jumaat

Terkedu...........

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+