Minggu Tandas Kebangsaan dan MAHA 2006

Isnin, 27 November 2006
Lapan lebih…..buka TV…tak boleh miss Malaysia Hari Ini (One of my Fav Show) topik apa ya kali nih???

Hah…..Minggu Tandas Kebangsaan!!!! Menakjubkan..rasa macam tak percaya pun ada…. Nampaknya saya dah ketinggalan zaman, ini merupakan tahun ke 2 diadakan Minggu Tandas Kebangsaan….. dan percaya atau tidak ia dikelolakan oleh PERSATUAN BILIK AIR BERKUALITI MALAYSIA…… (hehehe, bilik air setiausaha kehormat dia nih mesti tersangat bersih.…)
Wah…maklumat baru…..macam tak percaya, bilik air pun ada persatuan..agak2 ada tak persatuan untuk bilik tidur tak pun dapur ke??? Satu maklumat menarik saya ketahui hari ini……Nyatanya ia beri kita pendedahan supaya tidak mengambil mudah perkara remeh....

Usaha yang baik…. Sekurang-kurangnya ia bakal menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tandas awam yang dikongsi bersama…ialah..kalau dah namanya tandas awam, ia bukan hak milik individu. Pengguna wajar mempertimbangkan keselesaan pengguna seterusnya……

Rasanya Kempen ini juga perlu dan sangat perlu diadakan di sekolah-sekolah…sayangnya sekarang nih musim cuti sekolah pula…Ish teringat pula tandas budak2 nih..belum lagi yg tercicir-cicir kat muka pintu tandas..ahh anak-anak ini……

Tamat cerita Minggu Tandas Kebangsaan…bersiap-siap untuk MAHA..dah janji dengan eina dan mama…..Saja pilih hari ni nak mengelakkan kesesakan….

MAHA 2006: Malaysian Agriculture, Holticulture and Agro Tourism show….
Pameran 2 tahun sekali ini menakjubkan…berjaya mencatat nilai urusniaga hampir 6 juta, dan tercatat dalam Malaysia Books of Records sebagai Maha terbesar penganjurannya, 835 peserta dan 976 gerai…dan dianggarkan 113 juta pesanan dan potensi jualan, tak lupa juga lebih kurang 1 juta pengunjung termasuk saya le tuh...Tahniah Kementerian Perdagangan dan Industri Asas Tani……

Kami diantara orang yg awal tiba pagi itu, selepas menjemput eina di Putrajaya, terus ke tapak Expo…. 10 pagi, kereta dah pun memenuhi parking…

Sempat ke tapak ternakan sebelum ke tapak pesta utama….seronoknya tengok lembu yang besar-besar…..Sayang adik saya Hamdi tak ada, training di Johor...dia cukup minat benda sebegini...

Tapak ekspo utama….. tak cukup rasanya sehari berjalan . Apa yang menarik ya…mestilah pokok hiasan….nursery dan maklumat landscaping…rasa macam tak sabar nak ada rumah sendiri, nak hias laman sendiri…..cantiknya…tapi ya ampun, mahalnya……..

Kemudian jengah produk hasil tanaman…sudah pastilah produk dari tanaman koko yang jadi pilihan, kali ini keluaran tempatan..Tak pernah lihat pun jenama Hoko ni di Pasaraya, tentunya masalah kos..ialah untuk meletakkan produk disesebuah pasaraya memakan belanja yang tinggi regardless barangan yang diletakkan itu terjual atau tidak...Sekurang-kurangnya MAHA ini memperkenalkan produk tempatan seperti ini... ….beli serbuk minuman koko: HOKO, rasa dia lagi sedap dari MILO…hmm balik tu terus bancuh….. sedapnya…sayangnya tak sempat nak beli chocolate… Niat nak beli b4 balik..terlupa….tak de rezeki…..

1 tghari…Sempat menikmati mee canglung yang dikatakan dari Negeri Pahang...macam mee sup juga tapi bebola dagingnya banyak...boleh tahan la...


Kakak, kita balik sekarang yer….Shifa' tak nak miss cerita bawang putih, bawang merah hari nih……

Tak puas lagi sebenarnya, tapi tak apalah.....

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+