+susah hati+

Niat nak g jogging awal pagi nih....
Masuk 2 bulan tak jog.....bdn dah rasa tak sdap....

Dah bersiap pun.....
Kakak...keluar dgn mama la...mama ada apointment doktor pg ni kul 9
A ah la..mama ada appointment kul 9.. no problem apa salahnya.....

8 lebih..
Msg2 dah siap....hmm lepas hantar mama nak terus g jog la...
Pusat Rawatan tuh dekat sgt dgn Taman Tasik Cempaka tuh...


Sampai kat Pusat Rawatan...tiba-tiba mama tahan pesan suruh tunggu mama...
Kesian mama...mama mesti risau....
Mana lagi penting mama atau g jog???

Teman mama.... sebelum nama mama dipanggil..mama pesan masuk teman dia jumpa dr sekali...

Eh muka sama la...

Ish Dr nih...anak dgn mak muka mestila lebih kurang...

Dr tanya sedikit sebanyak dan mula beri nasihat....

Bila tidak ada kestabilan dan keseimbangan pd usia sebegini (mama dah 51, but she looks younger hehehehe) kena selalu buat pemeriksaan, kerana ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku...

1. Mungkin tiada apa-apa (Alhamdulillah)

2. Mungkin kerana Kanser Rahim....
Kanser rahim itu ada berbagai jenis, di antaranya kanser 'badan' rahim (corpus uteri/endometrial cancer) & kanser pangkal rahim (cervix utericancer). Selain, itu ada juga kanser indung telur (ovarian cancer).

Yang boleh meningkatkan risiko kanser 'badan' rahim itu dimulai dari kegemukan, kelebihan hormon estrogen, & keturunan, juga pada perempuanyang tidak mempunyai anak/ tidak kahwin.

Sedangkan kanser pangkal rahim boleh dikatakan disebabkan oleh infeksi HPV (human papiloma virus) yang merupakan penyakit menular seksual. Risiko kanser pangkal rahim meningkat pada perokok aktif/pasif. Untuk perempuan usia muda, yang harus diwaspadai adalah kanser pangkal rahim yang boleh menyerang pada usia 20-an.

Ciri-ciri kanser 'badan' rahim itu adalah perdarahan dari jalan lahir yang tidak normal. Itu sebabnya, selalu sarankan untuk mencatat dengan baik putaran haid, mulai dari jarak antara haid, lamanya & banyaknya. Ini memudahkan untuk menentukan usia kehamilan, juga ketika ada hal yang tidak normal yang mengarah pada suatu penyakit.

Soalnya, banyak perempuan menganggap setiap perdarahan yang keluar dari jalan lahir sebagai haid, padahal belum tentu.Sedangkan untuk kanser pangkal rahim, seringkali tanpa gejala, biasanya ditemukan dari pemeriksaan rutin. Jika ada gejala, boleh dalam bentukperdarahan sewaktu/sesudah hubungan seks, bau busuk dari jalan lahir, atau sakit pada punggung. Tapi, biasanya gejala baru muncul setelah penyakitnya parah.


3. Mungkin kerana Kanser Pangkal Rahim
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.
Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
i.Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
ii.Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
iii.Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
iv.Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.
Muka mama dah risau.... Saya lagi risau..Dr nih asyik tenung muka saya dari tadi...hmmm mungkin dia perasan yg saya pernah pergi talk dia satu ketika dulu....

Dan ada 3 perkara yang perlu dilakukan untuk menentukannya
1. Scan
2. Pap Smear:Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi? Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.

3. Ambil sample dalam dinding rahim untuk dikenalpasti.....

and i was there with my mom...

benar ini baru ujian dan tidak ada kesahihannya tapi manusia tetap manusia...risau tetap ada...

Keputusan akan keluar dalam 2 minggu lagi..buat sementara waktu mama kena makan ubat....
Muka mama risau...saya tahu......InshaALlah, ALlah akan tetapkan yang terbaik untuk hambanya...lagi-lagi orang baik macam mama....

Sebelum keluar untuk menghadiri kenduri Akmal dan Nani, mama lemparkan senyuman....lega, Moga-moga tiada apa yang buruk bakal berlaku... dan moga-moga mama tak risau lagi.....

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+