Wednesday, October 31, 2007

DOA MEREKA


Dengan Nama Mu Ya ALLah
Maha Pemurah, Maha Penyayang
Dengan Keberkatan Kerasulan Muhammad SAW
Semoga diri yang kerdil segenap segi ini,
Kau sudi jua limpahi cahaya Mu
Kau penuhi dengan hidayah taufiqMu

Ya ALLah,
Jiwa ini luhur, namun tidak subur
Lantaran tidak digembur dengan iman berpanjangn

Ya Rahman,
Tiada apa yang lebih baik bg diriku selain anugerah keampunan Mu
Tiada yg amat bererti buatku
melainkan jaminan aku sebagai ahli syurgamu
Tiada lag yg aku dambakan jika bukan Kasih sayang Mu
buat diriku, ibubapaku, guru-guruku,
orang kesayanganku, teman taulan dan sahabat-handai...


Ya ALlah,
Jiwa ini merintih
Moga dikabulkan hajat yang ditagih
Oleh mu Yang Maha Pengasih


Amiin...Amiin...Amiin

Monday, October 22, 2007

Kala aidilfitri ini..............

~*~


Andai jemari tak sempat berjabat
Bila raga tak bisa bersua


Bila ada kata membekas luka
Bila tindakan mengusik rasa
Bila curiga menjengah tiba


Moga pintu maaf masih terbuka


maafkan saya


~*~

Sunday, September 30, 2007

can't sleep

3 hari sakit tekak, batuk.....hari nih masuk hari ke 4.........

dan

Masuk malam ni dah 3 malam tidur saya terganggu.....
Kadang2 rasa tak tidur pun...

termasuklah sekarang nih.......................
buntunya saya.


baca quran....tak sedap asyik terbatuk2 jer
nak solat.....hmmm lebih kurang la....


enaknya dapat tidur lena walaupun sekejap..........Nikmat indah yang Tuhan ciptakan


nk tak nak disinilah saya....what is next???
maybe i should try madu + air panas sekali lagi, then turn to my holy quran back......
at least i can cover my next chapter....

Still hope that i can sleep after that..hope my sour throat will be better after tis......


Sedapnya kalau dapat Lai Chee Kang panas waktu nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 29, 2007

Belanja Raya


Saya tak kisah tentang baju raya...malah saya tidak pernah minta untuk dibelikan baju raya. Hingga hari ini saya masih boleh pakai baju yang saya guna di matrikulasi. Sewaktu kerja ditgh2 bandar kl, dua tiga kali saya menemani officemate menyelusuri jalan tunku abdul rahman, waktu tuh 10 minit sahaja jln dari opis. Sudahnya, saya jd tukang bawa plastik bag depa...saya tak beli apa pun...hahahhaa

Rezeki tahun ini, saya dapat kain pasang dari Guru besar, eina, hadiah sultan Perlis saat abah melawat Istana Perlis awal tahun dulu dan...campur pula yang mama beri sepasang, abah pun beri kain sepasang....

Hahaha, rasanya sudah tentu mereka bosan tengok saya pakai baju yg sama...Dah berapa banyak teguran yang saya terima...........nak tunggu saya beli sendiri, ish entah bila agaknya........itu belum lagi ada yang menegur tudung putih yang sering saya pakai....hahahaha my fav tudung since matrics.

Baju saya sahaja sudah enam pasang, mama sepasang, kak nor, asmak pula...tempah juga untuk mak uda dan makteh.... dan hari ini sahaja saya sudah habiskan duit untuk belanja baju raya, tudung raya dan kasut raya shifa' dan zaki.

Saya tak pernah sangka saya boleh berbelanja sebegini banyak....ini belum lagi bayar untuk kuih raya....Duit raya lagi....ish...tak pernah terfikir belanja raya boleh jadi sebanyak ini...........mujurlah baju2 saya tuh orang beri, ikut hati saya baik saya simpan duit tuh untuk kegunaan masa hadapan.....

Duit memang tak bawa mati...tapi dalam dunia nih, nak tak nak bila tak da duit memang tak boleh hidup....Saya sering berdoa banyak2 pada tuhan agar saya tidak kabur dan tidak resah dengan harta dunia ini...cukuplah dengan apa yang ada...meyakini rezeki kita ada seandainya kita sentiasa beringat.....

Moga-moga ALlah permudahkan rezeki yang halal untuk saya...malah sering membuka mata saya tentang betapa kemewahan dunia ini sebenarnya tidak kemana...

Akal itu menteri yang menasihati, hati itu raja yang menentukan, harta itu tetamu yang akan berangkat manakala kesenangan itu satu masa yang bakal ditinggalkan.........

Hmmmm....tapi, rasanya macam masih perlu beli tudung untuk ganti tudung yang ada....perlu ke tak perlu yer??? What do you think?????


Friday, September 21, 2007

Rasa Peduli dan Dunia Yang Menakutkan

Mama melanggan utusan Malaysia....

Kadang2 saya rasa takut nak baca surat khabar...dan inilah antara berita utama sepanjang minggu yang menakutkan saya

16 September 2007, Ahad

Berita Dunia
15,000 premis runtuh, musnah di Sumatera ( Muka depan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Kes Nurin terus misteri ( Dalam negeri, muka 17)

17 September 2007, Isnin

Berita Dunia
Pesawat Orient Thai Airways terbabas ketika mendarat dalam hujan lebat ( Mukadepan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Ribut petir dijangka berterusan di Utara (Dalam Negeri, muka 8)
Pekerja asing bantu pencarian- rentetan kisah nurin (Dalam Negeri, muka 15)

19 September 2007, Rabu

Berita Dunia
Taufan Wipha: 1.6 juta dipindahkan (Luar Negara, muka 19)

Malaysia
500 rumah di Kuala Muda berendam air (Dalam Negeri, muka 7)
Pembunuh sangat kejam, tidak berperikemanusian (Dalam Negeri, muka 15)

20 September 2007, Khamis

Malaysia
Wanita suspek bunuh kerat sebelas dibebas (Dalam Negeri muka 13)
Polis cari wanita bantu kes bunuh kanak-kanak dalam beg (Dalam Negeri, muka 20)

Saya tidak menonton berita malam semalam, seharian disekolah hingga 10 malam. Tapi....dari apa yang saya dengar, berita kali ini tetap menakutkan....kenyataan yang memeritkan.....

Belum tamat lagi kisah pembunuhan kejam Altantuya, belum redha lagi trauma mangsa tsunami serta cerita disebaliknya......segalanya masih belum bertemu penamatnya...

Namun, aneh sekali...

Bila dalam situasi sebegini.....

Masih ada hati yang mati...
Masih ada yang tidak menghargai akal yang tuhan beri....
Dan masih hidup manusia yang berjiwa binatang.....

Dunia belum berakhir lagi rupanya....

Saya takut nak baca suratkhabar hari ini.....
Saya marah, saya geram, saya benci......
saya turut sedih, kasihan dan saya turut rasa peduli


Al Fatihah buat Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin.

Kita Dan apa yg Ada Di Bazar Ramadhan

Berjalan di Bazar Ramadhan sama sekali tidak menyenangkan...
Sesak, ramai...especially bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi

Tapi saya perhatikan ia masih menjadi tarikan, malah dalam keadaan yg tidak menyenangkan dan tidak selesa itu, masih ramai lagi....

Hmmmm...lama la tak makan kuih nih...wajib beli nih

Eh...sedapnya...kena ambil juga nih

Loh.....nampak sedap jer....ambil la seringgit


Sudahnya, masing2 menjinjit berbondong2 plastik bag yg penuh dengan makanan....

Saat berbuka....tidak semua makanan itu berpeluang memenuhi perut kita. Ada yang diambil secubit sahaja, malah ada yang tidak sempat dipandang langsung...dan adakalanya tersisa begitu sahaja.....

Seawalnya. sejak mula mengamati juadah itu di bazar, betapa kita terlalu menginginkannya..merasa perlu dan wajib memperolehinya...namun, setelah dimiliki, sayang sekali bila juadah itu rupanya tidaklah sepenting mana, nikmat yang dirasai tidak pula kekal selama-lamanya......bahkan adakalanya, indah rupa dari apa yang sebenarnya.

Ada pula yang mampu memenuhi kesemua juadah yang diinginkan kedalam kantung perut miliknya....Hasil jangkamasa pendek...perut sudah tentu seperti ular sawa, silap2 cirit-birit, dan tentu malas mula menjalar...Hasil jangkamasa panjang....kencing manis, darah tinggi silap2 merosakkan usus...hehehehe

Sabda Rasulullah s.a.w : "Takungan jelik yang dipenuhkan manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertigaterakhir bagi pernafasannya" (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Seharusnya Ramadhan ini menyedarkan kita betapa kita mampu memiliki apa yang orang lain tak mampu miliki...

Seharusnya Ramadhan juga menyedarkan kita betapa adakalanya kita tak dapat memiliki kesemua yang kita inginkan, idamkan malah impikan

Seharusnya Ramadhan ini melatih kita mengakui hakikat bahawa tidak semua perkara yang kita inginkan, idamkan perlu dan wajib kita perolehi

Ramadhan ini juga seharusnya memberi pengertian bahawa tidak semestinya dengan memiliki kesemua impian dan kehendak kita mampu memberi kebaikan dan membahagiakan kita

Kerana....jelas sekali Ramadhan menunjukkan betapa tidak semua perkara yang kita inginkan, dambakan itu penting, wajib buat kita...

Malah, memiliki kesemua impian dan setiap kehendak kita adakalanya mendidik diri kurang menghargai.............

Kita masih belajar dari kehidupan, moga Ramadhan kali ini membawa kebaikan....

Sabda Nabi S.A.W: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (Riwayat An-Nasai)

Tuesday, September 18, 2007

CoNgraTE Kakak!!!!!

Kali ini cerita kakak saya di Maktab perguruan Teknik...
My guardian angels kat sana...

Ingat lagi time main rounders, ada la sorang mamat nih boleh lak baling bola sampai kena betul2 kepala saya.. apalagi mengamuk la kakak yg 2 orang nih..hahahaha. Sian mamat sorang nih, kena belanja saya dan kakak2 saya nak tebus dosa...hahaha..mujurla saya baik.

lama tak contact...jahatnya saya nih....
Tiba2 rasa rindu plak..

Tup..tup, dapat message, Akak dah selamat bersalin malam tadi. Induce. 9.45 mlm, boy, 3.9 kg...

Alhamdulillah...

Congrate sis...hehehe walaupun saya tau KL dan Bangi tidaklah jauh, namun saat2 Ramadhan kali ini saya sukar nak berjalan....nanti dekat raya saya melawat sekaligus K...hehehhehe

ALhamdulillah, a new baby being born...moga2 bertambahlah anak2 yg soleh dan solehah yg bakal mewarnai dunia nih.....moga anak yang lahir bakal mengeratkan ikatan perkahwinan, memakmurkan kasih sayang malah melengkapkan sebuah keluarga......

Really happy 4 u sis!!!

do remember...

Babies are such a nice way to start people.

Saturday, September 15, 2007

Tragedi RAMADHAN itu

GEMPA LEBIH DAHSYAT

Padang, Indonesia 14 Sept- Beberapa pakar seismologi menyifatkan siri gempa bumi yang melanda Indonesia sejak tiga hari lalu sebagai petanda akan berlaku gempa bumi yang lebih dahsyat lagi di republik ini tidak lama lagi.

Walaupun tidak dapat meramalkan berapa cepat gempa bumi besar itu akan terjadi, tiga gegaran kuat dalam tempoh tiga hari lalu cukup membimbangkan mereka.

Pakar seismologi dari Institut Teknologi California, Amerika Syarikat, Kerry Sieh yang mengkaji garisan gelinciran mudah beralih dirantau asia tenggara sejak puluhan tahun lalu menjangkakan berulangnya gempa bumi kuat seperti yang mencetuskan tsunami Asia pada Disember 2004.
(Muka depan Utusan Malaysia, 15 September 2007)


TIADA ISTILAH PUTUS ASA-IBU

Kuala Lumpur 14 Sept- Walaupun hampir sebulan Nurin Jazlin Jazimin, 8, hilang namun bagi ubunya, Norazian Bistaman tiada istilah kecewa dalam meneruskan usaha mencari anak kesayanganya itu.

Sebaliknya dia dan keluarga sangat yakin anaknya itu masih hidup dan selamat.
(Dalam Negeri, mukasurat 16: Utusan Malaysia, 15 September 2007)


ALLah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa hikmah malah adakalanya menyimpan rahsia yang tersembunyi. saya percaya kedatangan Ramadhan beriringan dengan apa sahaja yang berlaku perlu dinilai dengan mata hati dan tidak mengikut rasa hati.....

Adakalanya keburukan, kejahatan malah kemalangan serta bencana yang datang memberi peluang serta kesempatan untuk kita memperolehi sesuatu yang lebih baik. Malah adakalanya, ia hanyalah tanda kecil sebagai peringatan untuk kita memperbaiki diri dan mungkin bersedia untuk sesuatu yang lebih besar.....

Bukankah ia jelas menampakkan kasih-sayang ALLah....Bencana datang saat bulan dimana kita seringkali diperingatkan untuk mengingatinya, merinduinya, mengharap dan merayu agar sentiasa dibawah perhatiannya.... Mungkin, ada manusia yang semakin lupa dan mungkin juga ALlah terlalu rindu untuk mendengar rintihan mereka....

Untung sekali harapan dan doa mereka kali ini disampaikan saat bulan yang penuh rahmat dan berkat...bulan yang mana ALLah jelas menampakkan kasih-sayangnya untuk hambanya. Mustahil ALLah akan menzalimi khalifah yang mendiami buminya.....segalanya ada alasan tersendiri....

Janji ALLah tidak pernah palsu, dia sama sekali tidak mahu menyusahkan hambanya, malah dia menyediakan yang terbaik...cuma kita tidak menilai sebagaimana seharusnya ia dinilai....malah mungkin kita juga terlalu bongkak untuk mengakui kita ini hamba yang seharusnya hidup melepasi ujian yang telah disediakan.....

Jangan buruk sangka dengan tuhan...malah jangan berburuk sangka dengan apa sahaja yang telah ditetapkannya...
Dia ada dan dia sangat hampir dengan kita...

ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Aku selalu mengikut sangkaan hamba-KU. Dan AKU sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-KU dalam dirinya, AKU pun akan mengingatinya dalam diri-KU. Jika dia mengingati-KU di hadapan orang ramai, AKU pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-KU sepanjang sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-KU sehasta, AKU akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-KU dengan berjalan kaki, AKU akan mendatanginya dengan berlari." (Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Moga Ramadhan kali ini membina peribadi diri yang lebih teguh lagi......bukan sahaja saya tapi dia dan mereka di sana

Moga Ramadhan kali ini mengubah persepsi diri tentang betapa indahnya dunia ini sebenarnya.....bukan sahaja untuk saya tapi mungkin juga mereka yang telah kehilangan anak, isteri, rumah, harta,keluarga segalanya

Moga Ramadhan kali ini menjanjikan yang terbaik buat diri, dia, mereka....yang bergelar hamba...

Moga Ramadhan kali ini...buat saya, mereka, dia dan mungkin juga kami menyedari keinsafan dan kesilapan yang tidak disedari selama ini........

Tetapkan yang terbaik buat saya, dia, mereka dan tentunya buat kami semua.

Saya tidak baik, penuh dengan kesilapan dan kesalahan dalam diri....... tapi Ya ALLah, saya sentiasa berdoa untuk menjadi seorang yang baik...untuk diri sendiri malah untuk mereka yang hampir dengan saya....

Amin

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan n Inner Strength

~*~
Sebagai kanak2, awal Ramadhan saya didatangi dengan tandatanya, mampukah saya untuk berpuasa sebulan.....seawal tahun satu, saya diuji dengan kawan2 yg tak berpuasa, namun bila syawal tiba...rupanya saya berjaya....dalam diam tuhan beri kekuatan buat kita....


Awal pagi ini saya masih lagi didatangi dengan sms dari teman2......namun, dalam banyak2 sms saya rasa terkesan dengan satu sms yang entah dari siapa.....sudah pun bertanya siapalah tuan punyanya...tapi masih tak berjawab...jadi untuk sesiapa yang diluar sana yg menghantar sms ini.... terima kasih, kata-katanya bermakna....

Andai semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya, dan jika seluruh umur adalah dosa, maka takwa dan taubat adalahubatnya, jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan adalah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan. Mohon diberi kekuatan beramal, selamat menyambut Ramadhan al mubarak...........

Benar, Moga Ramadhan ini membina kekuatan diri untuk terus beramal...ameeen

dan moga ia bakal membentuk kekuatan diri itu agar ia kekal dalam peribadi....

~*~
We may not know we have it
till we're well into the race.
Or feel we're nearly overwhelmed
by challenges we face-


But then we look much deeper
for the power to succeed,
And find we have an inner strength
that meets our greates need


And for tis coming Ramadhan,
Wishing all of you
the inner strength to see a brighter day
And the wisdom that will guide you
every step along the way


And believe me, when Syawal rise,
And the time, when you look back
From new horizon, may you find
You've been blessed with greater courage
and a deeper peace of mind!


May tis coming Ramadhan bring us the inner strength that meets our greatest needs to face the reality and continue our Journey...May ALLah bless us...
~*~

Tuesday, September 04, 2007

d cuTE naJla!!!!!!!!










Ya ALlah, comelnya dier... (",)
suka tengok mata dia, mata hitamnya sangat besar....hehehhe

Sunday, September 02, 2007

Hari Ini............

8.15 pagi, Beranang :

Hmmm rushing selepas sarapan pagi dengan Tosey(hmmm sedapnya) yg mama beli.. ada kursus seni pengurusan jenazah di Darusyifa'....

9.05 pagi, Darusyyifa' Bangi:

Alamak, semua orang dah berkumpul...dah mula lah....
"Biasanya kalau saya mengajar pengurusan jenazah hari ini.....esok ada lah yang meninggal..."

hehehe org yg dah lambat nih sengih jer la sorang2.. dah lambat

10.30 pagi:

Rehat...mewahnya....Ada nasi lemak...ayam rempah dan kuih-muih...

10.50 pagi:

Kelas disambung kembali...kesiannya Aishah kena bungkus jadi mayat..mesti dia panas...
Tiba2 dengar ustazah dapat panggilan telefon...Ustaz Wan Bakar Wan Dagang meninggal dunia... hmmm rasanya baru jer awal2 tadi ustazah sebut...tak dan tunggu esok, hari ini sahaja dah ada org meninggal.... Macam pernah dengar lah nama ustaz tuh....siapa ye. Tak berani tanya lebih2....

Sempat tegur anak ustaz Harun Din...Kak Awe, dia nih senior saya dulu.....dia confused antara saya dgn Marina...

hehehe saya kat sekolah dulu tak glamer pun...

1.05 tghari:

Tamat kursus sehari...hmmm nak balik rumah, mama still tak ada di rumah lagi..drive kereta ke PUtrajaya....hantar rambutan Ina...Ina tak da rumah, pass kat bibi dia jer. Dia balik Kuala Selangor...hajat hati nak g pesta flora kat precint 2....tapi hujan. Nak buat apa yer...balik rumah je lah

2.15 ptg, Bangi:

Selesai solat Zohor.....sunyinya..mama ngn abah dan yg lain2 tak balik lagi..
Apa lagi...disinilah saya mengadap pc..... tulis blog.....

Sambil2 tuh sempat tengok d making of Ratatouille...hey, nampak macam best jer.....tengoklah kalau ada masa nanti....

Sambil tengok tuh....jenuh pikir nak tulis apa dalam blog..apapun....seems like the movie is interesting hahhahaah
Nak buat macam mana dah cikgu sekolah rendah...

Ehhhh....Selubung, one of my fav movie lah......watched the movie banyak kali dah...still rasa nak tengok lagi......Mastura, Halim, Zek, EJ dan tentunya Kamal...

So tis is d end of it....nak fokus kat movie nilah pulak......

Hmmm. what a wonderful life......so for u out there, hope ur having a nice weekend tis week. Enjoy it n b happy

Todays food for thought : Not everything that is faced can be changed...but, nothing can be changed until it is faced!!! Be brave! Face the reality and keep on living n struggling...

Dahlah..nak tengok mastura nih... (",) banyak pulak bebelnya...chow...heheheh

Saturday, September 01, 2007

tentang hati....

"Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan"

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan;

satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.



Hati besar akan berkata, "Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat."

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. "Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?"

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ.

Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebingungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda.

Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur.

Hati besar biasanya penuh dengan ego.

Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda,tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Juru nasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya.

Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya.

Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian.

Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apatah lagi bila suara hati itu dipandu oleh syariat, logik dan fitrah. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.

dan indahnya menjadi muslim...apabila ALLah turut sama memberi jalan untuk suara hati yang terbaik....
Atas kasih sayangnya istiharah itu dicipta.......

AhLaN Wa SaHlaN....


Actually baru balik dari melawat naem...n d cute Nagla Sofiyya ( hope the spelling is correct!)
To our new team members
Naglaa Sofiyya Mohd Shahir
27 ogos 2007


and

Ahmad Hanafi Ahmad Shahrir
25 Ogos 2007


Your adventure just begin......pray d very best from each one of you...Bless them ya ALLah!!!!

Friday, August 31, 2007

MERDEKA

Sambutan merdeka kali ini sangat meriah......dan sekali lagi, perayaan kali ini membuatkan saya ternanti-nanti iklan yang bakal muncul di kaca televisyen.............



dan shifa' awal2 lagi dah komplen



Kak ni nih tak ada semangat kemerdekaan langsung....belilah bendera letak kat kereta



hmmmm bukannya tak bersemangat tapi masih tak berkesempatan...sampai sudah tak berkesempatan....



Malam merdeka, shifa' siap ikut jiran kami menonton persembahan bunga api...benar2 bersemangat sungguh adik saya yang seorang nih.....Kanak2 pun memahaminya...(ayat iklan petronas)



Saya memang teringin sangat2 nak tgk persembahan bunga api...lama sangat dah teringin nk tengok bunga api tuh sejak dari universiti lagi...tapi malam tuh saya jadi malas sesangat..padahal Putrajaya dgn bangi tuh idaklah jauh bebenor....



Makanya adakah ini bermaksud saya tidak mempunyai semangat kemerdekaan???



Saya percaya tiada kemerdekaan yang hakiki dalam dunia ini.....kita harus terus berjuang tanpa henti....

Lihat saja apa yang berlaku pada hari kemerdekaan...sebaik sahaja tamat detik 12 di dataran merdeka...saat orang lain merdeka dalam penilaian mereka...pekerja alam flora sibuk membersihkan dataran merdeka.....rasanya mereka tentu dihimpit rasa tidak merdeka...di saat kita bergembira rupanya kita telah menyusahkan orang lain.....



Makanya, adakah mereka yang menyambut merdeka itu memahami erti merdeka yang sebenarnya...apatah lagi bila bendera yang dibanggakan malah simbol kepada kemerdekaan itu bersepah merata-rata...itu belum lagi 1001 peristiwa lewat malam yang berlaku di sekitar bandaraya kuala lumpur....



Merdekakah kita?

Benar kita merdeka dari sebarang penjajah...namun itu tidak bermaksud kita harus berhenti berjuang....kerana bumi ini ada putarannya sendiri sekali kita merdeka..kita di atas, namun ada waktunya kita mungkin kembali kebawah semula...mungkin tidak dijajah secara terang-terangan namun jika diteliti dan diperhalusi ada banyak cara untuk diri terus dibelenggu penjajahan tanpa disedari...



Atas dasar itu..saya sering mengingatkan diri sendiri.....tiada kemerdekaan yang hakiki....namun itu tidak menghalang diri dari bersyukur atas setiap nikmat yang kita perolehi...



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50, Malaysia....



Hmmm...ternanti2 iklan merdeka Perodua dan A Samad Said....tercari2 sajak yg dibacanya dalam internet...masih awal lagi agaknya.... Ill post the poem later..... Viva Malaysia!

Sunday, August 26, 2007

RINDU

Sekali lagi terlepas kuliah wanita hari Ahad minggu ini.......
Kali ini saya menjadi sukarelawan tabung haji untuk kursus intensif para bakal2 jemaah haji tahun ini.....


Pagi ini...saya menyaksikan bakal2 jemaah menjalani praktikal tawaf dan saie...
Dengan pakaian ihram dan replika kaabah yang ada, hati saya rasa sayu

Sayu dan sayup sungguh rasanya....

Dari kejauhan saya perhatikan seorang nenek yang mengatur langkah yang lemah....kesiannya..
Saya juga nampak seorang jemaah tua yang buta, dipimpin anaknya melewati safa dan marwah....

dan saya masih bertenaga, masih kuat...masih punya kemampuan..
Moga ALLah berikan saya kekuatan untuk mengunjungi tanah suci dalam kemampuan yang masih ada ini...

Sedangkan Siti Nurhaliza pun bakal bergelar hajah..apalah salahnya saya memasang niat...
Hmmmm...En. Najib kata kalau simpanan tabung haji sudah cecah RM1500 dah boleh mendaftar untuk haji...
Mendaftar tahun ini pun dengar-dengarnya kemungkinan untuk pergi tahun 2016......
Sekali lagi tidak salah andai saya memasang niat......

dan hari ini saya jadi rindu...sangat rindu...sangat sangat rindu...........merindukan kenyataan dari khabar yang saya dengar, mengimpikan realiti dari hanya sekadar gambar malah merindukan sesuatu yang belum lagi saya temui.......



adakah ia turut menanti kehadiran saya...dan sudikah DIA menerima saya sebagai tetamunya....

Saturday, August 25, 2007

ALHAmdUliLLaH !!!!!!!

ALlah has not promised....
Skies always blue
Flowers strewn pathways all our lives through

ALlah has not promised....
Sun without rain
Joy without sorrow
Peace without pain

But, ALLah has promised....
Strength for the labourer
Light on the way
Grace for the trial
Help from the above
Unfailing sympathy

undying LOVE


Alhamdulillah...abah dah kuar hospital...thanks ALLah...terima kasih buat insan yg mendoakan abah.....
sangat2 menghargainya....2001 abah masuk hospital sebulan..alhamdulillah, kali ini hanya 11 hari shj...masih perlu berulang ke klinik untuk pemeriksaan namun...alhamdulillah segalanya bertambah baik....alhamdulillah...terima kasih ALLah atas pertolonganmu..terima kasih juga....kerana menciptakan insan-insan yang berhati mulia mendoakan abah...buat semua terima kasih.....

Sara..yeah, tunang awak kacau saya lagi hahahaha....actually he wants to remind me bout ur birthday..thanks Nizam....My dear Sara Adillah Mokhtar....Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 27...welcome to the Club...dan my fav birthday prayer: Moga umur yang panjang bermanfaat, rezeki yang halal diberkati dan suami yang soleh (Nizam! make sure ur d one!) sentiasa menemani hingga ke syurga, memimpin menemui Ilahi......dan moga persinggahan didunia ini tidak sia-sia!!!!

Nani...Congrate!!!!!!!!!!!!!!!!! sure Ahmad Hanafi Ahmad Shahir secomel ibunya dan sesopan dan sebaik ayahnya..Ya ALLah tak sabar nak tengok our new khalifah!!! 25 Ogos juga kan, sama birthday dgn auntie Sara la......AHmad Shahir @ Asro, thank you for informing me the good news.....eiiii betul2 tak sabar...nak tengok anak saudara auntie yg baru nih.....

Ya ALLah...terima kasih untuk apa yg baik terjadi pd saya, mereka, dia dan sesiapa sahaja hari ini....
Terima kasih ya ALLah...Terima kasih Ya AlLah..alhamdulillah....

Thursday, August 23, 2007

Abah will be ok.....


Yana said....

"When u REALLY want something, sometimes u hv 2 swim a little deeper...U can't give up just bcoz things don't come easy...U hv 2 overcome the obstacles & face ur fears...But in the end, it's all worth while! Life is full of ups and downs, but if u believe in urself u will always come through with flying colors. Value friendship, love, and faith. Never underestimate urself. If u follow this advice u can never go wrong!"

For the timebeing I just want abah to be ok

Abah will be ok..abah will be ok...abah will be ok...abah will be ok

Amin.........

Wednesday, August 22, 2007

ReSah & ChOc

Lari dari terlalu memikirkan masalah



Berfikiran positif, optimis dan yakin dengan ketentuan yang telah ALLah tetapkan



Tapi manusia..tetap manusia



dan saya sedar saya sebenarnya risaukan tentang abah bila sebungkus chocolate nips telah saya habiskan seorang diri sepanjang menemani abah di hospital + sebungkus cadbury semalam dan malam ini sementara menunggu dan menjemput Zaki dan Shifa' pulang dari tusyen Oreo Mcflurry Mcd jadi habuan saya....



Esok...giliran saya sekali lagi untuk menemani abah dihospital...hmmm nak bawa chocolate apa ya kali ini.. (",)



Esok akan lebih baik Inshaallah...

Monday, August 20, 2007

Gossip Hangat...hehehehe

Saya bukanlah peminat siti nurhaliza yang fanatik...

Tapi ada beberapa lagu yang saya suka, malah saya juga turut mengikuti perkembangan dia yang sudah semestinya menjadi tumpuan lensa kamera dan rebutan wartawan...

Tapi, malam ini hehehe peluang yang tak terduga bertemu dengan Siti Nurhaliza in person buat saya kagum...
Lembutnya dia, manisnya orangnya malah sopannya dia....apatah lagi dengan tudung litup yang disarungkannya...

Hari ini dia merayakan sambutan ulangtahun perkahwinannya yang pertama..

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K dan anak-anak sempat memotong pulut kuning dihadapan jemaah malam tadi... Dan moga-moga doa Ustaz agar keluarganya terhindar dari fitnah dan terselamat dari ancaman bahaya makbul...

dan saya mendoakan agar hidupnya akan semakin baik...bertambah baik dan tentunya lebih baik..dari segenap segi....sudah tentu juga saya mendoakan agar dia menjadi wanita muslimah yang solehah....



Sekali lagi...sudah tentu dia tidak membaca blog saya, namun saya tetap nak ucapkan terima kasih atas jamuan malam tadi...dan moga hajat, impian dan harapan dia sekeluarga terlaksana... Ameeen...

Selamat Hari Ulangtahun yang pertama...
Moga berkekalan hingga ke syurga

Hmmm..lupa sebentar semua resah yang ada, excited jumpa artis punya pasal...hehehe. aini, aini

Sunday, August 19, 2007

Kena Lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kereta saya dilanggar orang sekali lagi.....

Seumpama jatuh ditimpa tangga....

Setelah saya sendiri tidak sihat dan bersweater mengajar di kelas dalam minggu ini
Setelah 1001 kekalutan yang berlaku di sekolah...itu belum lagi perkara-kecil-kecil hilang kotak pensil, hilang HP sekejap.....dan macam2 lagilah
Setelah abah masuk hospital dalam minggu yang sama
Setelah menerima berita kematian yang tidak putus-putus sepanjang minggu
(Emak Izzat, Nenek Farah, Nek Anjang)
Setelah jenuh kena perli dek mak uda kerana tidak membantunya kenduri sebab sibuk memanjang

Ya ALLah, besar kah dosa saya kali ini.......

Alhamdulillah, mujur orang yang melanggar kereta saya tuh sanggup tanggung duit bengkel...
Awak tipu saya...jagala awak........

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa: Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaiman beban yang engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri Maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
( Al-Baqarah 284-286)


Saturday, August 18, 2007

AbaH MasUk HosPitaL

Baru balik dari hospital...melawat abah yang dah 4 hari masuk wad...

Kasihan abah......Mujur, sekarang nih musim cuti sekolah.....bolehla kami adik-beradik bergilir jaga abah.
Kasihan juga mama...sejak abah masuk hospital...mama sudah semakin kurus....

Awal pagi tadi pula, Nenek saudara di Beranang Meninggal dunia...
Sebaik sahaja jengok abah awal pagi terus balik beranang...kemudian ke hospital semula....

Nampak abah berselera makan....

Sedih...agak sedihla..tapi mengenangkan cuti sekolah ada seminggu nih rasa seronokla juga...
dan saya juga sentiasa yakin bahawa ALLah tetapkan yang terbaik untuk hambanya...

Tapi pening juga yer...banyak juga kerja yg perlu dilakukan cuti--cuti sekolah ni..

Hmmmm teruskan perjalanan dan nikmati hidup ini sebaiknya..

Life never promise to be wonderfull....keep on struggling n fighting...

Doakan ayah saya cepat sembuh yer.....

+ A Walk 2 ReMemBeR +

Saya ingat lagi...beberapa tahun dulu..ish 2 tahun lepas apa...

sewaktu wak (kawan saya nih, saya gelar wak jer) bertandang sempena rumah terbuka Aidilfitri di Beranang...
Keadaan kecoh bila adik saya Syifa' n d gang mengerumuni dia minta tandatangan...

Hahahaha waktu tuh, Mawi tengah naik...Hamba ALlah yang seorang nih adala iras2 mawi cket. Tambahan pula time tuh dia baru jeh potong rambut dia style Mawi...

Hehehehe...jenuh jugala dia cuba menyelamatkan diri....

Itu dulu...sekarang nih, kisah Mawi pun dah hampir tenggelam..tapi tak kisahlah, sebab saya tak pernah pun minat Mawi....Cuma senyap-senyap 'klon Mawi' yang seorang ini telah menemui 'Diana' nya.....Alhamdulillah...

Sebagaimana namanya, saya meyakini Khair iaitu kebaikan akan sentiasa mengiringi dirinya, sebagaimana dia sentiasa menyelitkan nikmat syukur dan ikhlas dalam perjalanan hidupnya.

Selamat Pengantin Baru buat:

Mohd Khairi Bin Masrap dan Nordiana Mohamad Nor
18 dan 19 Ogos 2007

Semoga hidup dalam keadaan rukun, bahagia dan sentosa sampai bila-bila.....sampai bila-bila...

Ayah saya masuk Wad, tak manis pula rasanya nak bertandang dan berjalan jauh....hehehe lagipun bagitau lambat sangat, 3 hari sebelum kenduri baru tau wak nak kawin, kad jemputan pula baru dapat semalam.....maaf tak dapat nak turut sama memeriahkan suasana.

Sunday, August 12, 2007

NikMat yang tErlepas PandanG

Saya memang suka tinggal di Bandar Baru Bangi nih....Mama pun suka tinggal disini.
Jatuh cinta dengan persekitaran, orang-orangnya dan suasana yg ada disini....

Tapi itulah...saya cuma tinggal di kuarters jer....rumah2 yg ada di bangi ini pula harganya boleh tahan mahal juga....

Makanya peluang dan kesempatan yg ada tidak disia-siakan oleh mama...

Setiap Ahad pagi mama bawa kami adik-beradik perempuan untuk menghadiri kuliah wanita di Surau Annur berhadapan Darussyifa'

____________________________________________________________________________________________________
Hari ini, Kuliah telah disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Ali....

Isunya menarik....dan tidak rugi rasanya berkongsi ilmu disini..moga ia memberi kebaikan untuk semua....

"ALLAh berikan nikmat dunia kpd mereka yg disukai malah yg tidak disukainya, namun ALLAh hanya memganugerahkan nikmat iman kepada mereka yg dicintai dan disukai olehnya sahaja."

Dr. menegaskan kepentingan nikmat iman dan islam dalam penghidupan seharian. Penghayatan nikmat iman dan islam perlu diadaptasi dalam setiap perbuatan, perlakuan malah tindakan seharian.

Nikmat makan, malah nikmat hidup tidak setanding dengan nikmat iman dan nikmat islam.
Apalah sangat nikmat makan yang akhirnya akan berakhir dengan kembali lapar. Apalah sangat nikmat hidup andai ianya kelak akan berakhir tanpa nyawa. Sebaliknya nikmat iman dan islam mempengaruhi kehidupan seharian, malah membantu kita menghayati nikmat kehidupan, makan, berkeluarga malah menghadapi hari yang mendatang....

Bayangkan sebuah rumah yang penuh dengan nikmat keduniaan, isteri yang cantik, hidup yang mewah, lengkap dan memenuhi kehendak apa yang diingini.....sayang sekali Dr mengatakan bahawa rumah tersebut terhindar dari pemerhatian, nur serta cahaya rahmah dari ALLah....biarpun rumah itu, malah keluarga itu menjadi sanjungan dan pemerhatian makhluk ALLah yang lain....

Wahai Tuhan kami, lapangkan kami dengan sifat sabar dan matikan kami sebagai muslim.
Surah Al A'raf: 126

Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu pertingkatkan ketakwaan kamu kepada ALLah dan Jangan kamu mati selain kamu dimatikan sebagai seorg muslim.

Al Baqarah:132

Nikmat iman dan islam itu jelas terasa disaat ajal menjelma...dan yakinilah nikmatnya itu jelas tampak bila ia mati sebagai seorang muslim.....makanya untuk itu takwa perlu dpertingkatkan...

Apa itu takwa? Takwa terdiri dari 2 rasa:
1. Rasa Takut .....Takut jauh dari ALLah, takut mendapat kemurkaan ALLah..takut jauh dari rahmat, kasih-sayang dan pemerhatiannya.

2. Rasa harap yang tidak pernah putus. Mengharapkan keredhaan ALLah, mengharapkan pemerhatian ALLah, mengharapkan agar berada dalam rahmatNya. Mengharapkan agar DIA akan sentiasa berada disisi dalam setiap perjalanan kehidupan.....

Indahnya bila nyawa itu dicabut di atas sejadah, dalam penuh ketenangan dan redha. Dlam suasana aman tanpa sebarang kekusutan....

dan sayangnya, bila ajal itu berhadapan dengan keadaan yang memeritkan..nazak yang berhari-hari, kekusutan masalah dunia yang tidak pernah selesai serta kebencian orang ramai....mana hilangnya nikmat dunia yang dimiliki selama ini.

Dr. juga turut mengajarkan doa yang telah dibaca oleh Nabi Sulaiman: Wafatkan aku sebagai seorang muslim.

Sempena Ramadhan yang bakal tiba, jadikan ia sekolah untuk membina diri, membentuk sahsiah yang lebih baik, membina iman dan islam..menghayati manisnya nikmat iman dan islam dan mengubah diri menjadi lebih baik usai sahaja Ramdhan kelak.

Dr pesan agar mencatatkan sejarah untuk setiap Ramadhan, mengubah diri agar menjadi lebih baik.

Malah dia berpesan agar menjadikan semua perkara duniawi sebagai medium untuk memperolehi islam dan iman. Tidak salah berkereta besar, berumah besar, beristeri cantik jika ia mampu mempertingkatkan nikmat iman dan islam malah menjadi alat untuk memelihara dan membantu agama itu sendiri...

Nikmat iman dan islam terlalu agung dan Rasulullah sendiri menggarisan beberapa asas dan prinsip agar mati kita tetap sebagai muslim antaranya:

1. Meredhai dan mengakui bahawa ALlah adalah tuhan yang seharus dan sewajibnya disembah.
2. Menerima Islam sebaigai cara hidup keseluruhannya....
3. Mengakui dan menrima Nabi Muhammad itu sebagai Nabi dan contoh yang terbaik...

Indahnya iman dan islam bg mereka yang benar2 menghayatinya. Moga kita semua terdiri dari golngan yang dicintai dan dikasihi ALlah.

dan akhirnya...Dato'. Dr Hassan Ali berpesan:

1. Mulai hari ini, tanamkan niat dan cita-cita untuk mati sebagai seorang muslim yang benar-benar muslim
2. Untuk mati sebagai muslim, kita harus berusaha melakukan apa sahaja yang boleh membantu kita agar mati sebagai sorang muslim.
3. Doa..doa...doa dan doa........
4. dan mati sebagi muslim tidak boleh dilakukan bersendirian..sanggupkah seorang suami mati dalam keadaan muslim sedangkan isterinya terus dibelenggu kejahilan.....dan begitulah sebaliknya....ia perlu berjemaah...dalam keluarga, masyarakat dan komuniti ...
5. Halangan dan rintangan pasti ada, dan sebagai seorang yang telah memasang niat...kita harus kuat menghadapinya.
6. dan isilah keseluruhan penghidupan itu dengan ilmu.........tanpa ilmu kita tiada apa...

___________________________________________________________________________________________________

Sebelum berakhir Dr. sempat titipkan pesan agar ilmu yang ada tidak disimpan sebaliknya dikongsi bersama.....
dan moga apa yang saya lakukan kali ini membantu saya untuk mati sebagai muslim...... (",)

Saturday, August 11, 2007

Tis is LiFe....

Life becoming very very busy…sampaikan dua tiga org kwn2 14 saya tertanya-tanya kisah saya yg serba tenggelam ini….

Hahaha being a teacher is not as easy as it used to be…..Dengan 1001 kerja yg disediakan buat guru-guru muda dgn alasan mencari pengalaman, apatah lg yg senior perlu mengurus keluarga…mengajar..seronok , namun tetap memeningkan, especially bila masuk kelas pemulihan…2 cempaka 1…..tension gilller…ada kalanya sampai nak menitis airmata. Rasa terkedu dan rasa macam sedih sangat-sangat

Apatah lagi bila baru-baru ini heboh kisah cikgu dan anak murid…rasa macam terkena pada diri sendiri pula.

Tapi ada satu ketika dalam marah-marah dan menyampah dan benci dgn bebudak nih..timbul pulak rasa belas…rasa sayang dan rasa suka tengok gelagat mereka nih…

Benci tapi sayang

Ada satu ketika, masing-masing sibuk mengajuk apa sahaja yang keluar dari mulut saya
Ya Allah…marahnya

Tapi adakalanya bila keluhan

Saya tak tahu buat cikgu…saya nih bodoh….saya jadi belas

Dan bila saya mula bagi ceramah dan kononnya motivasi mengenangkan betapa susah payahnya ayah dan ibu mencari duit menghantar mereka ke sekolah….ada pula suara-suara

Mak saya dah tinggalkan saya, dah bercerai dgn ayah saya

Mak saya garang

Suara anak kecil berusia 8 tahun….terusik juga rasa hati….

Ya ALLah, kadang2 rasa macam tak layak jer nak mengajar anak-anak ini…namun alhamdulillah keputusan mereka kian meningkat…hehehehe kalau dulu majoritinya E, tapi sekarang yg E sudah bertukar D…malah sudah ada 6 orang lulus kertas matematik. Oklah tuh buat diri saya…

Sayangnya…..saya masih tidak boleh mengawal tindak tanduk dan mendisiplinkan mereka. Saya mahu lihat mereka tertib dan sopan..hish budak tetap budak...

Saya sedih dan seperti biasa disinilah saya meluah rasa…

saya tak mahu anak2 ini terus begini…..Doakan saya agar jadi guru yang baik..bukan mengemis namun, berharap agar diri terus diberi kekuatan…

Inilah kehidupan saya…dan inilah amanah yg telah tuhan tentukan buat saya......
Dan sekali lagi inilah realiti kehidupan sebenar…tiada satu perkara pun yang mudah bagi seorang hamba..kerana ALLah telah menjanjikan ujian malah balasan untuk setiap apa yg dilakukannya…

Namun semuanya akan kembali baik...Inshaallah....

Normah: Alhamdulillah ur wedding date have been confirmed rite....no more postpone InshaALlah!!!!

En Faizal Mat Deli: Ur prayer has been answered...terpulang pada diri untuk menangani dan mengatur kehidupan yang baru.

Aini: hehehe Go Aini go....Keep On struggling n fighting....

(“,)

Monday, July 30, 2007

MARRIAGE

A marriage becomes precious when it is intended purely to obtain the good pleasure of Allah. Otherwise, it becomes a burden both in this world and the next. If not in this world, man will ultimately understand in the hereafter that this is improper way for the human soul. Yet, this will be too late; on the of judgement he would hold his wife, to whom he felt so close in this world, a ransom for his own salvation. The terror of that day will render all relations in this world meaningless. Allah gives a detailed account of the relationships between immediate family members on the day og judgement in the following verse:

Though they will put in sight of each other, the wrongdoer’s desire will be: would that he could redeem himself from the penalty of that day by sacrificing his children, wife and his brother, kindred who sheltered him…….(Al-Maarij:11-13)

It is evident from the verses that people no longer attach any importance to women, friends, brothers or sisters on the day of judgement. In their desperate efforts to be saved, everybody will be willing to pay their immediate family or relatives as a ransom for their own salvation. Futhermore, these people will curse each other since they never warned each other against such a terrible end. In the quran, the case of Abu Lahab who deserved eternal punishment in the hell and his wife recounted:

The power of Abu Lahab will perish, and he will perish. His wealth and gains will not exempt him. He will plunged in flaming fire, and his wife, the wood carrier, will have upon her neck a halter of palm fibre (Al-Masad:1-5)

The type of marriage acceptable in the presence of Allah is, however based on totally different criteria. Contrary to the marriages common in an ignorant society, where people are heedless about earning the good pleasure of Allah, the criteria is not money, fame or beauty but a marriage is intended to gain His good pleasure. For believers the only criterion is taqwa, in other words the avoidance of all that is prohibited, the fulfillment of all that is commanded, and the fear of ALLah. Consequently, a believer can only marry someone who displays a deep loyalty to Allah. People find peace and happiness in this marriage. The relevant verse follows:

And among His sign is this, that He created for you mates from among urselves, that u may dwell in tranquility with them. And He has put love and mercy between ur hearts: verily in that are Signs for those who reflects (Ar-Rum:21)
Taqwa being the sole bond, believers will surely meet a pleasant life in the hereafter. As they remind each other righteousness and guide one another to the paradise all through their lives, they will also remain close friends for all eternity. Their relations are described as follows:

The believers, men and women, are protectors one of another: they enjoin what is just, and forbids what is evil: they observe regular prayers, practice regular charity, and obey Allah and His messenger. On them will Allah pour His mercy: For Allah is exalted in power, Wise (At Taubah:71)

From The Truth Of Life In This World written by Harun Yahya

Fadzli Amin my ex schoolmate and also unimate: Sorry…intended to come to ur wedding suddenly banyak hal pula….hehehehehe Moga yang terbaik sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan baru anda…..

Fathil: Seorg yg saya kagumi dan sering buat saya kecut perut…hehehehe takut tau kena marah dengan awak…ur such a good leader, ull be a good husband…..Inshaallah.Tgh cari member nak g perak, tak der aral saya akan tiba di majlis awak nanti.

Normah: Another one of my black14 members is getting married……baru dapat message informing ur wedding date being postpone. Dont worry dear..everything will be ok...pray for u always....

En. Faizal Mat Deli: Kerana itu, saya sering bertanya atas dasar apa dan kenapa? Fikirkanlah dan nilailah sendiri. Adakah ia sesuatu yang awak miliki hari ini, ataupun telah awak miliki dan mungkin memilikinya kembali satu hari nanti...

Buat semua...inshaallah doa saya tidak akan putus....gembira kalian adalah sebahagian dari kegembiraan saya....
Selamat menempuh alam baru

Monday, July 09, 2007

07.07.07


Saya terima sms dari teman lama
Saya nak bertunang.....

Alhamdulillah...setelah bertahun-tahun saya mendengar kisah cinta sahabat saya yang seorang ini...
Sedari belajar di Universiti hinggalah ke saat ini.....

Sebelum bertolak ke Pangkor, sempat saya menyalin alamat sahabat saya yang seorang ini....Mujur majlis bakal diadakan di ibukota....Jumaat saya bakal pulang dari Pangkor dan 07.07.07, saya bakal bertandang meraikan hari kawan saya...saya turut teruja....

05.07.07

Aini...pesan pada kawan-kawan tak payah datang kenduri bertunang saya, Majlis batal....

Sms yang saya terima memeranjatkan....sayangnya, masa saya sangat padat...namun ingatan saya tidak luput tentang teman saya ini, apatah lagi berada di pulau tempat kami pernah sama-sama bercuti, berkongsi kegembiraan.

Jumaat malam sabtu saya kembali dengan perasaan ingin tahu.....

Sabtu, saya mengunjungi sahabat saya yang seorang ini.....

My dear Power Puff girl....

Still remember this sentence..... " If someone breaks one of our 14's heart, 13 out of 14 will break his face,,, FRIENDSHIP FOREVER"

Be strong...and ull able to face whatever comes on ur way....I will always be there, if u need me...

Percayalah..apa sahaja yang berlaku merupakan satu peluang dan kesempatan untuk sesuatu yang lebih baik lagi......

Positif, Optimis dan lalui hidup ini sebaiknya.....u still have us...


Kalau dah gitu, mak ngah ikut aja

Mak Ngah...... maafkan saya
Mama........... maafkan saya

Mak Ngah, mama...... terima kasih kerana memahami
Terima kasih kerana menerima dan tidak memaksa sebagaimana saya tidak memaksa dan menerima keputusan orang lain seadanya.....

Monday, June 25, 2007

OPTIMIS n POsITIF

Kebenaran adakalanya terlalu perit, pedih dan pahit untuk kita terima….
Namun, ia adalah hakikat yang tidak boleh kita ubah…..

Lebih pedih lagi bila kebenaran itu ada dalam diam. Malah menimbulkan sangsi dalam diri. Pahit

Dan adakalanya yang pahit itu ubat…malah itulah yang terbaik….

Belajar untuk berfikiran positif…

Saya masih lagi belajar….belajar untuk jadi positif..optimis menghadapi hari muka

Berani menghadapi apa jua risiko kesan dari tindakan dan keputusan yang telah dibuat…belajar menganalisa kesilapan diri, malah menerima qada’ dan qadar serta ketetapan ilahi….

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu…(Al-Baqarah:216)

Yang nyata

Ya Tuhanku....sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku (Al-Qashash:24)


En. Cuci Tingkap, terima kasih!. En. Faizal Mat Deli:apa yang berlaku adalah rentetan dari keputusan dan tindakan diri sendiri, bangunlah kerana orang muslim itu tidak lemah. Sara Adilah Mokhtar: Saya yakini langkah awak tidak akan berhenti, Kejayaan akan jadi milik mereka yg sabar.All The Best!!! Cikgu Faizal Hashim: Tahniah!!!!!!! Moga tanggungjawab dipikul dengan sebaiknya...... Kak Suraidah: Hidup tidak akan sunyi dari ujian, dan saya kagum dengan langkah yang kak atur....

apa sahaja keputusan yg ada disekeliling saya, moga saya kuat dan moga langkah ini tidak berhenti..................

saya optimis...dan saya positif......saya ok....

Friday, June 22, 2007

S H R E K d third

Kenapa suka shrek.....


Hmmm......sebab dia hijau...cute (yer ker???) dan sebab dia adalah dia....

" It maybe hard to believe, what work with my obvious charm and good look. People use to think I am as a monster and for a long time....i believe them, but once in a while....u learnt to ignore the names that people call you n you just trust who u are...." words by shrek in Shrek d third movie

and that is really true....

Saturday, June 16, 2007

Peredaran masa

Peredaran masa tidak mungkin berhenti........
masa bukan sahaja penentu, malah saksi atas setiap yang bakal, telah dan mungkin berlaku.....

Demi masa

Siapa sangka dan menduga....
Pak Lah bertemu jodohnya kali kedua.....


Siapa pun tidak boleh menjangka....


Kuala Lumpur banjir teruk sekelip mata




dan demi masa,
Akhirnya, keputusan kes Lina Joy diumumkan..




Keputusan akan ada, bila masanya tiba.....
Nah, bukankah masa itu penentu keputusan yang dinanti....


dan, adakalanya masa menyaksikan keputusan yang tidak terduga....
Keputusan Sharifah Amani menggemparkan semua

Sekali lagi MASA TIDAK MUNGKIN BERHENTI, YANG BERHENTI hanya kita.....

dan DEMI MASA, percayalah

lambat atau cepatnya ia....

ALLAH tidak akan menghampakan hambanya, janjinya tidak palsu..

Sabar menjadi kunci atas setiap sesuatu.


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"

( Al Quran:Surah103)

Tuesday, June 05, 2007

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...