Rasa Peduli dan Dunia Yang Menakutkan

Mama melanggan utusan Malaysia....

Kadang2 saya rasa takut nak baca surat khabar...dan inilah antara berita utama sepanjang minggu yang menakutkan saya

16 September 2007, Ahad

Berita Dunia
15,000 premis runtuh, musnah di Sumatera ( Muka depan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Kes Nurin terus misteri ( Dalam negeri, muka 17)

17 September 2007, Isnin

Berita Dunia
Pesawat Orient Thai Airways terbabas ketika mendarat dalam hujan lebat ( Mukadepan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Ribut petir dijangka berterusan di Utara (Dalam Negeri, muka 8)
Pekerja asing bantu pencarian- rentetan kisah nurin (Dalam Negeri, muka 15)

19 September 2007, Rabu

Berita Dunia
Taufan Wipha: 1.6 juta dipindahkan (Luar Negara, muka 19)

Malaysia
500 rumah di Kuala Muda berendam air (Dalam Negeri, muka 7)
Pembunuh sangat kejam, tidak berperikemanusian (Dalam Negeri, muka 15)

20 September 2007, Khamis

Malaysia
Wanita suspek bunuh kerat sebelas dibebas (Dalam Negeri muka 13)
Polis cari wanita bantu kes bunuh kanak-kanak dalam beg (Dalam Negeri, muka 20)

Saya tidak menonton berita malam semalam, seharian disekolah hingga 10 malam. Tapi....dari apa yang saya dengar, berita kali ini tetap menakutkan....kenyataan yang memeritkan.....

Belum tamat lagi kisah pembunuhan kejam Altantuya, belum redha lagi trauma mangsa tsunami serta cerita disebaliknya......segalanya masih belum bertemu penamatnya...

Namun, aneh sekali...

Bila dalam situasi sebegini.....

Masih ada hati yang mati...
Masih ada yang tidak menghargai akal yang tuhan beri....
Dan masih hidup manusia yang berjiwa binatang.....

Dunia belum berakhir lagi rupanya....

Saya takut nak baca suratkhabar hari ini.....
Saya marah, saya geram, saya benci......
saya turut sedih, kasihan dan saya turut rasa peduli


Al Fatihah buat Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin.

Comments

dee said…
aini..

mungkindunia turut marah tapi salah 1 puncanya kita sendiri tanpa kita sedari

khalleyda@blogspot.com

ni add saya

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+