Tragedi RAMADHAN itu

GEMPA LEBIH DAHSYAT

Padang, Indonesia 14 Sept- Beberapa pakar seismologi menyifatkan siri gempa bumi yang melanda Indonesia sejak tiga hari lalu sebagai petanda akan berlaku gempa bumi yang lebih dahsyat lagi di republik ini tidak lama lagi.

Walaupun tidak dapat meramalkan berapa cepat gempa bumi besar itu akan terjadi, tiga gegaran kuat dalam tempoh tiga hari lalu cukup membimbangkan mereka.

Pakar seismologi dari Institut Teknologi California, Amerika Syarikat, Kerry Sieh yang mengkaji garisan gelinciran mudah beralih dirantau asia tenggara sejak puluhan tahun lalu menjangkakan berulangnya gempa bumi kuat seperti yang mencetuskan tsunami Asia pada Disember 2004.
(Muka depan Utusan Malaysia, 15 September 2007)


TIADA ISTILAH PUTUS ASA-IBU

Kuala Lumpur 14 Sept- Walaupun hampir sebulan Nurin Jazlin Jazimin, 8, hilang namun bagi ubunya, Norazian Bistaman tiada istilah kecewa dalam meneruskan usaha mencari anak kesayanganya itu.

Sebaliknya dia dan keluarga sangat yakin anaknya itu masih hidup dan selamat.
(Dalam Negeri, mukasurat 16: Utusan Malaysia, 15 September 2007)


ALLah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa hikmah malah adakalanya menyimpan rahsia yang tersembunyi. saya percaya kedatangan Ramadhan beriringan dengan apa sahaja yang berlaku perlu dinilai dengan mata hati dan tidak mengikut rasa hati.....

Adakalanya keburukan, kejahatan malah kemalangan serta bencana yang datang memberi peluang serta kesempatan untuk kita memperolehi sesuatu yang lebih baik. Malah adakalanya, ia hanyalah tanda kecil sebagai peringatan untuk kita memperbaiki diri dan mungkin bersedia untuk sesuatu yang lebih besar.....

Bukankah ia jelas menampakkan kasih-sayang ALLah....Bencana datang saat bulan dimana kita seringkali diperingatkan untuk mengingatinya, merinduinya, mengharap dan merayu agar sentiasa dibawah perhatiannya.... Mungkin, ada manusia yang semakin lupa dan mungkin juga ALlah terlalu rindu untuk mendengar rintihan mereka....

Untung sekali harapan dan doa mereka kali ini disampaikan saat bulan yang penuh rahmat dan berkat...bulan yang mana ALLah jelas menampakkan kasih-sayangnya untuk hambanya. Mustahil ALLah akan menzalimi khalifah yang mendiami buminya.....segalanya ada alasan tersendiri....

Janji ALLah tidak pernah palsu, dia sama sekali tidak mahu menyusahkan hambanya, malah dia menyediakan yang terbaik...cuma kita tidak menilai sebagaimana seharusnya ia dinilai....malah mungkin kita juga terlalu bongkak untuk mengakui kita ini hamba yang seharusnya hidup melepasi ujian yang telah disediakan.....

Jangan buruk sangka dengan tuhan...malah jangan berburuk sangka dengan apa sahaja yang telah ditetapkannya...
Dia ada dan dia sangat hampir dengan kita...

ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Aku selalu mengikut sangkaan hamba-KU. Dan AKU sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-KU dalam dirinya, AKU pun akan mengingatinya dalam diri-KU. Jika dia mengingati-KU di hadapan orang ramai, AKU pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-KU sepanjang sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-KU sehasta, AKU akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-KU dengan berjalan kaki, AKU akan mendatanginya dengan berlari." (Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Moga Ramadhan kali ini membina peribadi diri yang lebih teguh lagi......bukan sahaja saya tapi dia dan mereka di sana

Moga Ramadhan kali ini mengubah persepsi diri tentang betapa indahnya dunia ini sebenarnya.....bukan sahaja untuk saya tapi mungkin juga mereka yang telah kehilangan anak, isteri, rumah, harta,keluarga segalanya

Moga Ramadhan kali ini menjanjikan yang terbaik buat diri, dia, mereka....yang bergelar hamba...

Moga Ramadhan kali ini...buat saya, mereka, dia dan mungkin juga kami menyedari keinsafan dan kesilapan yang tidak disedari selama ini........

Tetapkan yang terbaik buat saya, dia, mereka dan tentunya buat kami semua.

Saya tidak baik, penuh dengan kesilapan dan kesalahan dalam diri....... tapi Ya ALLah, saya sentiasa berdoa untuk menjadi seorang yang baik...untuk diri sendiri malah untuk mereka yang hampir dengan saya....

Amin

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+