Kita Dan apa yg Ada Di Bazar Ramadhan
Berjalan di Bazar Ramadhan sama sekali tidak menyenangkan...
Sesak, ramai...especially bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi
Sudahnya, masing2 menjinjit berbondong2 plastik bag yg penuh dengan makanan....
Saat berbuka....tidak semua makanan itu berpeluang memenuhi perut kita. Ada yang diambil secubit sahaja, malah ada yang tidak sempat dipandang langsung...dan adakalanya tersisa begitu sahaja.....
Seawalnya. sejak mula mengamati juadah itu di bazar, betapa kita terlalu menginginkannya..merasa perlu dan wajib memperolehinya...namun, setelah dimiliki, sayang sekali bila juadah itu rupanya tidaklah sepenting mana, nikmat yang dirasai tidak pula kekal selama-lamanya......bahkan adakalanya, indah rupa dari apa yang sebenarnya.
Ada pula yang mampu memenuhi kesemua juadah yang diinginkan kedalam kantung perut miliknya....Hasil jangkamasa pendek...perut sudah tentu seperti ular sawa, silap2 cirit-birit, dan tentu malas mula menjalar...Hasil jangkamasa panjang....kencing manis, darah tinggi silap2 merosakkan usus...hehehehe
Sabda Rasulullah s.a.w : "Takungan jelik yang dipenuhkan manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertigaterakhir bagi pernafasannya" (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Seharusnya Ramadhan ini menyedarkan kita betapa kita mampu memiliki apa yang orang lain tak mampu miliki...
Seharusnya Ramadhan juga menyedarkan kita betapa adakalanya kita tak dapat memiliki kesemua yang kita inginkan, idamkan malah impikan
Seharusnya Ramadhan ini melatih kita mengakui hakikat bahawa tidak semua perkara yang kita inginkan, idamkan perlu dan wajib kita perolehi
Ramadhan ini juga seharusnya memberi pengertian bahawa tidak semestinya dengan memiliki kesemua impian dan kehendak kita mampu memberi kebaikan dan membahagiakan kita
Kerana....jelas sekali Ramadhan menunjukkan betapa tidak semua perkara yang kita inginkan, dambakan itu penting, wajib buat kita...
Malah, memiliki kesemua impian dan setiap kehendak kita adakalanya mendidik diri kurang menghargai.............
Kita masih belajar dari kehidupan, moga Ramadhan kali ini membawa kebaikan....
Sabda Nabi S.A.W: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (Riwayat An-Nasai)

Tapi saya perhatikan ia masih menjadi tarikan, malah dalam keadaan yg tidak menyenangkan dan tidak selesa itu, masih ramai lagi....
Hmmmm...lama la tak makan kuih nih...wajib beli nih
Eh...sedapnya...kena ambil juga nih
Loh.....nampak sedap jer....ambil la seringgit

Comments