Wednesday, November 21, 2012

Sajak Al Fateh....

21 Oktober lepas..ibu dan ayah telah menghadiri seminar 'parenting gaya al fateh'
dan kami berdua sangat berharap agar sajak yg dibacakan ini bakal dihayati sebaiknya dalam hati kalian.



My intention is to obey Allah and fight in His cause

My aim is to crush the non-believers with my soldiers, those of God

My mind is set on achieving victory

and earning the pleasure of Allah

I use my tongue and my hand to strive in the cause of Allah

What is worthier in this life than submitting to God

I am full of enthusiasm to change this world

and become victorious with the help of Allah

I hope that the power of the state and Allah's power will prevail on Earth

I long to fight hundred thousand times in the cause of Allah

Tuesday, November 20, 2012

Rahsia ibu...

Hari terakhir persekolahan...dan hari terakhir juga lah kiranya bergelar guru kelas, ibu didatangi buah hati ibu yang seorang ini sambil menghulurkan 'paper bag' buat ibu. Ada 3 hadiah tau dalamnya...

hmmm...susah-susah jer Akmal Fariz nih...

Dia nih memang buah hati ibu...kalaulah ibu budak darjah enam lagi...dah lama ibu jadi secret admire dia... :)

Dalam diam ibu sangat mengaguminya...Bukan sahaja terbaik akademik..malah sikap dan sahsiahnya juga menambat hati ibu....

Tidak disangka... dia juga pemain bola kelas ibu...kelas ibu menang tau antara kelas-kelas lain tahun 6....Dia boleh main bola..hmmm macamanalah dia main dengan spek mata nya tuh...

Dia juga wakil sekolah bercerita bahasa inggeris ....dia bukan mudah dibuli : ibu pernah dengar dia kata tidak boleh pada Azaim Syahmi (pelajar kelas ibu) untuk perkara yang tidak disukai... dia juga turut bermain dalam kelas namun dalam adab dan tertib yang sangat terjaga..... Dia ada diri dia sendiri

Dia boleh hidup bersendirian dan dia tidak kisah berkawan...cukup pandai membawa diri..tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan persekitaran....

Dan petang itu, ibu menghubungi ibu atau mama Akmal Fariz sendiri...bukan sahaja untuk mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan tapi untuk mengorek rahsia bagaimana mendapat anak yang baik macam Akmal Fariz.... :)

Saya tiada apa-apa rahsia cikgu...saya didik dia sama macam ibu-ibu lain. Sama macam kakak-kakak saya didik anak-anak mereka..cuma Alhamdulillah dari kecil dia memang senang untuk disuruh..dan cepat mengikut bila diajar...

Ibu tak puas hati..hmmm takkanlah puan tak ada ayat-ayat amalan ketika mengandungkan Akmal....

Hmmm takdelah cikgu..sama sahaja macam ibu-ibu lain cuma saya tidak pernah tinggal doa untuk anak-anak setiap kali selepas solat...

Nah..itu dia jawapannya doa....  
ALLah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah : 186: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenaiku..Sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada Ku...

Apatah lagi doa seorang ibu yang sangat humble, merendah diri dan cukup bersopan seperti puan Hindun ibunya Akmal. MasyaALlah, subhanaALlah dan Alhamdulillah tidak lepas dari mulut ibu ini dan berulangkali dilafazkan....kata-katanya cukup lembut, bahasanya tersusun dan teratur....masakan tidak yer anaknyer begitu yer....(Anak-anak itu menurut apa yang diperhatikan bukan mengikut apa yang dikatakan.... )

ibu selitkan juga apa yang pn lina karim emailkan pada ibu suatu waktu dulu...


Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..

Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Abdul Muhaimin dan anak ibu lainnya....jangan risau....ibu sentiasa doakan kalian...cuma kalian harus ingat tingginya nilai doa seorang ibu.....Moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang ibu.... dan jangan lupa sampaikan salam ibu pada Akmal Fariz bin Zulkifli andai kalian bertemu dengannya suatu hari nanti....


                                

Saturday, November 17, 2012

impian atau angan angan

Hari ini 3 Muharam 1334 Hijrah. Bahang awal Muharam tahun baru Islam kali ini panas bila khabar serangan tentera Israel ke atas tanah Palestine yang sudah masuk 4 hari dan kian diperhebatkan pada awal 1 Muharam 1334 Hijrah ini.





Kasihan saudara-saudara kita sayang... Amin ingat lagi buku yang ibu beli untuk Amin....



Nanti jangan lupa bacakan untuk adik Amin k..... dan jangan lupa mereka itu saudara-saudara kita

Apa agaknya cerita tanah Palestine ketika Abdul Muhaimin membaca entri ibu kali ini? Bukan sahaja Palestine malahan tanah islam yang lain Syiria, Rohingya dan beberapa buah negara Islam lainnya... Masih begitukah sayang? Jika benar, bukankah terlalu lama mereka terseksa, terutama sekali tanah Palestine yg bertahun lamanya dijajah dibumi sendiri.....

Waktu-waktu begini, ibu sering teringat saranan Pn Lina Karim ibu Darwish dan Darwisya ...
Katanya..anak-anak Israel tidak sempat untuk menikmati hidup tapi kita di bumi bertuah ini memiliki anak-anak yang mempunyai peluang yang baik untuk memenuhi hadith Rasulullah yang ini:

 Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kamu bersedih?” 
  
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari  SEBELAH TIMUR  dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi 
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” 

Anak-anak bukan untuk ibubapanya berbangga...namun anak-anak ini adalah milik ALLah yang dipinjamkan..dan mungkin inilah caranya untuk kita membantu saudara kita buat masa ini...Untuk kita sama-sama mengembalikan harga diri dan fitrah kita..

Ibu sering berdoa sayang..agar anak ibu ini muslim yang disayangi ALLah..Kuat spiritual, emosi dan intelektualnya...Hadith Rasulullah:

Seorang mukmin yang kuat lebih disayangi dan lebih dicintai ALLah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan ALLah serta jangan BERSIKAP MENGALAH... Hadith Sahih Muslim No:4816

Untuk siapa kekuatan itu jika bukan kita kembalikan haknya kepada ALLah....Dengan doa ibu ini...maka kembalikan lah apa yang Amin dan adik-adik miliki kepada ALLah...

Sayang-sayang ibu.....moga kalian merupakan sebahagian dari anak-anak muda dari timur itu...Ibu tidak tahu sebesar manakah kumpulan itu..namun ibu mengharapkan agar setiap zuriat ibu adalah sebahagian darinya...

Semoga kebangkitan tentera al fateh yang kukuh cintanya pada ALlah itu akan kembali berulang dan anak-anak ibu adalah sebahagian darinya...

Terima kasih Pn . Lina Karim atas impian yang tidak pernah terfikir ini...namun benar impian akan jadi angan-angan bila kita tidak berusaha...dan usaha perlu berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..Moga ibu-ibu semua akan konsisten untuk menghidupkan tentera-tentera al fateh dalam ahli keluarga kalian...dan mungkin sahaja bayangan al fateh itu sendiri... ALLahu Akbar.....

Thursday, October 25, 2012

pemuda hebat dan binaan agung

Salam Aidiladha sayang.....

Hari ini 9 Zulhijjah...hari Arafah...InshaALlah jika tidak ada aral ibu dapat tamatkan puasa hari Arafah ibu kali ini.... dan esok merupakan hari kebesaran umat Islam, Hari kebesaran kita...Eid Adha.. subhanaALlah...

Eid Adha sinonim dikaitkan dengan pengorbanan dan keikhlasan dan tentunya kisah nabi Ibrahim dan keluarganya....

dan Kaabah yang menjadi binaan agung tersebut akan menjai tumpuan ramai sempena Eid adha ini

Sebalik kisah yang kita seringkali dengar..
ibu mahu anak ibu mengambil pelajaran dari individu hebat yang sering disebut-sebut namanya bila Eid Adha menjelma.....

Bukan setakat pengorbanan yg sering diwarwarkan menjadi ibrah buat anak-anak ibu...namun kali ini yang ingin ibu tekankan tentang 'tawakal' nya seorang hamba...redha dan patuh atas ketentuan dan takdir pilihan ALLah...

Nabi ALlah Ibrahim pemuda hebat...Ketika muda, dia ditentang orang yang paling rapat dengan dirinya..Ayahnya sendiri...apalah rasanya bila kaum keluarga kita menolak apa yg kita bawa sayang...apalah rasanya bila orang yg kita sayang memilih untuk jauh dari kebenaran dan usaha kita untuk menyelamatkan dia
dianggap sia-sia...... Namun, dia redha..baginya dia hanya hamba yg patuh pada tuannya...

Bukan setakat itu, saat menikmati hari-hari bahagia berkeluarga, ALlah memisahkan Nabi ALLah Ibrahim dengan isteri dan anaknya Ismail..Atas perintah yang agung...Nabi Allah yang selama ini tidak menikmati erti keluarga yang sebenar apabila ditentang oleh ayahnya dikehendaki berpisah dengan isteri dan anak tercinta...

Suami mana yang mahu meninggalkan keluarga di tanah gersang dan kontang, namun sayang, perhatikanlah tawakalnya Nabi ALlah Ibrahim...jitunya dia dengan keyakinan terhadap ALlah yang tidak berbelah bahagi... tanpa sangka buruk dan meyakini bahawa setiap satu perintah dan ketentuan itu punya kebaikannya, punya hikmah besar tersembunyi, punya khabar gembira yang akan mengiringi.....

Setelah bertahun ditinggalkan, saat pertemuan Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail diduga dengan perintah ALlah agar Ismail dikorbankan...Sayang, ayah manakah yang sanggup mengorbankan darah anak sendiri...Anak yang ditinggalkan di tanah yang gersang dan kontang..SubhanALLah besar sungguh jiwa Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail..tingginya tawakal dan percaya mereka sehingga redha dengan ketentuan dan ketetapan ALLah...

Sayang..kisah nabi ALlah Ibrahim ini, adalah kisah pemuda yang meletakkan kehidupannya 100% hanya untuk ALlah...menjalani kehidupan sebagai satu persinggahan untuk pengakhiran yang abadi..menerima setiap dugaan dan tamparan dengan redha...

Dan pengakhirannya..lihat sahaja binaan agung Kaabah yang menjadi lambang penyatuan umat islam kini....harus diingat penyatuan umat tersebut bermula dari erti kekeluargaan yang dibina atas rahmat dan mawaddah semata-mata kerana ALlah...

selain ujian dakwahnya...Nabi ALlah Ibrahim diuji dengan dugaan ikatan kekeluargaan yg bertimpa-timpa, subhanaALlah betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dalam sebuah kehidupan, bukahkah binaan agung keluarga Nabi ALLah Ibrahim kini menjadi lambang penyatuan umat Islam diseluruh dunia....

dan lihatlah dari keturunan nabi ALlah Ibrahim ini, muncullah Utusan terakhir, kekasih ALlah Muhammad SAW....... Betapa besarnya kebaikan dan rahsia yang tersimpan, agungnya hikmah yang tersembunyi dan khabar gembira apalagi yang paling hebat yang boleh dissampaikan.......

Sayang...ambillah kisah ini sebagai pengajaran...apa sahaja yg kita lalui didunia ini merupakan ketentuan yg punya rahsia yang tersendiri...bertahanlah dan bersabarlah...berjuanglah hingga ketitisan terakhir dan yakinlah dengan ALLah....berbaik sangka dengan ALlah sentiasa sayang....

Moga kita semua mengambil iktibar sayang teguh iman dan pendirian buat tuhan....

Salam Eid Adha sayang.... ibu dah daftarkan haji Abdul Muhaimin sayang...InshaALlah usia Amin 30, Amin boleh gi haji... Ibu ketika itu berusia 61 tahun dan ayah 71 tahun...doakan ibu dan ayah sayang...

Moga dapat haji Mabrur yg Akbar... Allahu Akbar...

dan ibu tidak sabar menunggu waktu ibu..LabbaikaALlahhumma Labbaik...... ;)

Irfan Makki - Waiting For The Call (TV Alhijrah Version)

Sunday, September 16, 2012

Best Friend Forever Till Jannah II

Selamat pg sayang....

Sedang ibu baca quran pg ni terjumpa ayat ni,  teringat post ibu pg semalam : best friend forever till jannah ....memandangkan ia berkaitan cepat2 ibu post ;) 

Surah Aal-e-Imran, Verse 28: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
via iquran

Saturday, September 15, 2012

..Beraya dalam tidur...

Beria siap untk sambutan raya di taman perumahan lepas isha' ...tup2 tidur... ;-)

Selamat malam sayang...esok kita beraya lg k...


Best Friend Forever Till Jannah

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang.....

Sihat?? Dengan siapa Abdul Muhaimin ketika membaca tulisan ibu kali ini?  adik, sendirian atau mungkin dengan kawan2? kali ini ibu ingin cerita tentang kawan... Sebenarnya dah lama ibu nak pesan apa yang bakal ibu tulis ini, sejak Abdul Muhaimin membantu ibu buat kek untuk auntie eina, one of my bestest buddy 2 hari lepas lagi.....  ;)

Ibu yakin akan tiba satu waktu, Abdul Muhaimin akan menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama kawan-kawan Amin (ibu pasti rindu menghabiskan masa dgn Amin ketika itu huhu) ... itu merupakan perkara biasa dalam perjalanan hidup sebahagian kita..... semakin kita dewasa, kita akan berpeluang bertemu dengan ramai orang..... dan merekalah yang akan menemani perjalanan kehidupan kita sayang, selain tentunya ibu, ayah dan mereka yang terdekat dengan Amin...

Anak ibu, ramainya orang yang akan Amin temui, memungkinkan banyaknya pilihan untuk Amin buat dalam kehidupan.......bila ibu tiada di sisi Amin, ibu mengharapkan malah sentiasa mendoakan agar Amin akan membuat pilihan yang terbaik... termasuklah dalam memilih siapa yang harus amin dekati...siapa kawan-kawan amin dan siapa yang akan menemani perjalanan kehidupan seharian Amin......

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa Al Asya'ari r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata:
Perumpamaan teman yang salih, dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual minyak wangi, dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi, sama ada dia memberi kamu sedikit ataupun kau membeli daripadanya, ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, sama ada dia akan membakar pakaianmu, ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya....

Sayangilah teman Amin kerana ALLah..bersyukurlah andai dikurniakan teman yang baik sayang....

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim : Tiadalah dua sahabat yang saling cinta mencintai kerana Allah, melainkan siapa diantara keduanya yang lebihcinta kepada ALlah, maka dialah yang lebih mencintai sahabatnya...

Jangan marah jika sahabat menegur kelemahan kita, terimalah teman bila dia mahu menampung kekurangan kita...banyakkan lah memberi dengan penuh keikhlasan hati.....

InsyaALLah Abdul Muhaimin akan bertemu dengan sahabat yang baik ...jangan lupa kenalkan kawan-kawan Amin dengan ibu dan ayah yer..

Terima kasih sayang ' tolong ' ibu buat kek untuk birthday kawan ibu........  Dont forget to wish auntie Fadhlina Zakri every 13th September k...Mungkin nanti kita boleh buat kek untuk kawan baik Amin pula

Salam sayang dr kawan Amin dunia akhirat  :  I.B.U

Sunday, September 09, 2012

Tekanan n Inspirasi .... :)

Assalamualaikum Abdul Muhaimin sayang...
saat ibu menulis ini...Amin dan ayah masih lagi dibuai mimpi...Ibu berkali-kali cuba melelapkan mata tapi ibu masih tidak boleh tidur.....

Kerungsingan ibu sangat mengganggu.... Akhir-akhir ini ibu rasa terlalu banyak tugas yang bertangguh..dari urusan di sekolah sehinggalah urusan menjemur baju dirumah..namun ibu yakin bukan itu yang menjadi permasalahan.....  Selain itu ibu turut memikirkan anak-anak murid ibu yang bakal menghadapi peperiksaan  UPSR tidak lama kelak....Pelbagai cerita yang ibu ingin kongsikan dengan Amin tentang mereka...Adakalanya mereka buat ibu tertawa...yang pasti mereka juga banyak membuatkan ibu tertekan dalam diam...dalam kesibukan tugasan yang ibu hadapi, karenah mereka adakalanya memeningkan ibu..

Abdul Muhaimin sedang apa sekarang sayang?  Sibukkah anak ibu yang seorang ini?

Sibuk belajarkah Amin? Jika belajar tentu Amin sibuk dengan kerja-kerja rumah, tugasan sekolah atau juga tugasan dan project paper Universiti?

Jika bekerja, tentunya sibuk berhadapan dengan karenah orang ramai tidak kira orang bawahan ataupun orang atasan......

Tugasan tidak pernah selesai sayang, satu tugas habis, satu tugas yang lain akan datang.. atau mungkin juga 2 dan 3 tugas yang akan datang.ditambah pula dengan 1001 masalah yang adakalanya tanpa kita duga, apatah lagi karenah mereka yang berurusan dengan kita....Kadang-kadang ia buat dada rasa senak dan kepala sangat berat..Kalaulah boleh ibu ingin menghentikan semuanya...tapi logiknya mampukah kita menghentikan sesuatu yang akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita? Masa akan terus berjalan dan kita tentunya akan terus hidup..mampukah kita untuk terus hidup tanpa melakukan apa-apa....Tekanan, beban akan terus menghantui kita...namun kitalah yang sepatutnya menguasai tekanan dan beban tersebut...perkataan tekanan, bebanan dan tanggungjawab harus dilihat dan dinilai dari sudut positif... ALLah telah memberi peluang ini agar kita dapat berehat disyurga kelak...ALLah telah memilih kita untuk dilatih supaya menjadi hamba yang lebih kuat sayang...itupun sekiranya kita dapat menguasai dan mengawal tekanan yang dipertanggungjawab di dunia dengan baik.. Syurga lah tempat rehat paling abadi yang penuh ketenangan yang tiada tolak bandingnya.....

Sesungguhnya orng2 yg berbakti, tetap berada dalam syurga yg penuh nikmat: mereka BEREHAT di atas pelamin-pelamin sambil melihat. Engkau dapat melihat pada muka mereka : Cahaya nikmat yang mereka peroleh (Al Mutaffifin: 22-24 )

Tekanan yang ada atasilah dengan bijak..... andai ibu masih ada ketika Amin membaca tulisan ibu ini, InshaALlah ibu bersedia mendengar keluh kesah Abdul Muhaimin, InshaALLah ibu juga akan sentiasa mendoakan agar ALLah sentiasa memberi jalan keluar untuk sebarang permasalahan namun andai sebaliknya.. ...Amin ingatlah yang segalanya datang dari ALLah dan Dia jualah yang berkuasa merungkaikan segala persoalan....ALLah masih ada dan sentiasa ada sayang...

Sabar, sabar dan sabarlah sayang.....Carilah aktiviti yang bermanfaat..carilah sesuatu yang mampu memberi inspirasi agar tugas yang tertangguh dapat dilaksanakan dengan baik..berehatlah seketika untuk melepaskan lelah dan sambunglah perjalanan kehidupan Abdul Muhaimin dengan lebih bersemangat selepas itu....

Buat masa ini, ketika ibu menulis ini...Abdul Muhaimin lah inspirasi ibu........ ;)

Moga Allah permudahkan urusan kita semua ..dan moga kita sama-sama dapat berehat atas pelamin dalam syurga kelak sayang..... Amin

Tidak rugi orang-orang yang sabar.... ;)

 dari ibu Abdul Muhaimin b. Abdul Rahman

Wednesday, September 05, 2012

Syawal Muhaimin

Assalamualaikum dan salam syawal Abdul Muhaimin.....
Alhamdulillah kita Selamat menyambut aidilfitri di Pahang tahun ini. Seronok tengok Abdul Muhaimin berhari raya kali ini..Sudah boleh jalan, sudah boleh berbaju melayu dan tentunya sudah mula mengenal saudara-mara sebelah Pahang...Seronok tengok anak ibu nih bermain kehulu hilir dengan sepupunya yang adakalanya lebih dewasa dari dia....


Alhamdulillah Syawal ini membuka peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali....Itulah yang sentiasa ibu harapkan untuk Abdul Muhaimin..Menghayati Syawal dalam ertikata sebenar.... Selain dari erti kemenangan setelah berhari melatih nafsu dan mengawal perasaan, untuk anak kecil seperti Muhaimin yang tidak berpuasa ini..ibu mengharapkan ia menjadi ruang untuk anak ibu ini menyesuaikan diri dengan saudara mara sekaligus bersilaturrahim antara satu sama lain.....

Sabda Rasulullah:
Orang mukmin ialah orang yang dapat menyesuaikan diri dan dapat diikut penyesuaian dirinya. Sama sekali tidak ada baiknya orang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya serta sukar diikuti
Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani dan Hakim

Selain itu sayang, ingin ibu menegur sempena Syawal ini.......hindarkanlah dari sikap meminta-minta duit raya hatta bergurau sekalipun.....bukannya ibu marah cuma ibu suka jika Abdul Muhaimin menjadi orang yang banyak memberi dari menerima..bukankah pemberian itu dilihat pada orang yang memberi.. Orang tua-tua turut berpesan...Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima:

Rasulullah SAW ada berpesan:
ada dua budi pekerti yang dicintai ALlah s.w.t iaitu akhlak yang baik serta pemurah. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci ALLAH swt iaitu akhlak yang buruk dan bakhil. Apabila seseorang hamba itu dikehendaki oleh ALlah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh ALLah sebagai jalan untuk memenuhi keperluan orang ramai...
Riwayat Abu Mansur Dailami

Moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki Abdul Muhaimin hingga boleh memberi berbanding menerima...

Oh ya..Syawal ini juga ibu jadi risau bila satu hari abdul Muhaimin jatuh dan muntah-muntah........Alhamdulillah ALlah masih lagi memelihara Abdul Muhaimin untuk kami semua

Tiada daya dan kekuatan melainkan ALLah jua hendaknya...


Moga Abdul Muhaimin terus sihat, cergas dan bertambah ceria menghadapi hari muka.... InsyaAllah menjadi antara yang dicintai Allah..... Amiiin..

Salam Syawal 2012 dari ibu
ketika Abdul Muhaimin berusia 1 tahun 2 bulan 19 hari

Friday, August 17, 2012

+SaLaM AidilFitrI+

Syawal datang lagi.......


Salam Aidilfitri buat mereka yang sukar untuk saya temui...

istimewa sekali untuk kakak2 yg sering menjaga saya di
maktab:Kak Rosliza dan suami serta keluarga, Kak Kamarani dan suami serta keluarga, Kak Azwin dan suami sekeluarga, Kak Salmi, Kak Zuraidah,  G kawan di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kak Normah dan suami, Kak Haniza, Kak Syella dan suami, Padel yang dulu bawah saya kini Pegawai Tadbir Diplomatik (Selamat Pengantin baru walau tak baru sangat )

khas buat mereka yang ada disekeliling saya tapi tak sempat saya mohon ampun dan maaf
Cik Norhafidah Abdul Rashid yang kian berseri-seri, Kak Pisah yang sebenarnya sebelah meja saya jer, Cikgu Azman , Kak syahidah Aisyah dan tentunya Nazmin Abdullah ( tak sempat nak kata apa..huhu..nice knowing you....take care)

Teman-teman lama dan baru..
my14 mates misssh each one of sooo much, bestest buddy: Fadhlina Zakri dan suami (Congrate for your next becoming baby..i follow k ), x-officemates kekkwa dult:g, anis,asha. My senior n abg yg dihormati En. Nassar dan isteri, syamoon, fatimah, atie....Fathil, zul, norkhairi, Kak yus, Aida Normardiana, Jubaidah, Fatimah, Atie, Djho, Syamoon, Aishah, Dur

keluarga baru  dan lama saya....kakak ipar, abang dan adik-adik ipar....anak-anak buah ..untuk adik kesayangan saya Mohd Rusdy Baharuddin di bumi anbia'..kami doakan yang terbaik.... Ummi Zarita dan adik Hamdi serta Amir Munawar....InshaAllah..umur panjang dapat kita sambut raya sama...jangan sedey yer...

dan semua yang saya kenali....maafkan saya

..maafkanlah saya atas
Kata, salahlaku dan tindakan yang terlanjur, hutang yang tidak berbayar, niat yang hilang sucinya, rasa yang penuh curiga, amarah yg tidak pada tempatnya, kesilapan dek alpa dan lupa, Tindakan luar jangka, salah faham yang tercipta, kekurangan dan kesilapan diri.

 kita sama memaafkan Inshaallah...

Kasihanilah saya...jangan biarkan saya tercari-cari kalian di padang mahsyar kelak......

Masak-masak n makan-makan

Nak mengaku pandai masak..itu memalukan diri sendiri namanya..Nak kata pandai masak...saya masih boleh masak yang mudah-mudah..kiranya tidakla teruk sangat..


Tapi saya suka masak bila lihat suami saya begitu berselera makan masakan lagi..Bonus bila suami saya puji masakan saya...mulalah nak cuba macam-macam masakan...

Buku yang banyak membantu saya di dapur
Mereka bertanya kepada mu Wahai Muhammad. Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka?' Bagi menjawabnya..katakanlah" Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih bintang pemburu. (Al Maidah : 4)

Ayat surah Maidah yang ini sebenarnya lebih menekankan tentang binatang pemburuan dan cara pemburuan yang halal untuk dimakan, tapi saya suka awal ayat tersebut....Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik

Masakan saya lazat..hmm itu subjektif tapi insyaALlah berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga saya...Siapa lagi yang kan sediakan yang terbaik jika bukan saya...hmm takkan lah budak kat Mc Donald tu kot...

Mama pesan..bila masak sendiri..kita yang jaga kualitinya..kita yang olah keberkatan masakan kita...kita yang hidup suburkan ia dengan kasih sayang dan harapan agar makanan tersebut dapat mengukuhkan dan menguatkan tubuh badan keluarga kita..memudahkan anggota keluarga beribadat...dan tentunya salah satu usaha memberikan yang terbaik untuk keuarga... bukankah dengan makanan itu mampu mempertingkatkan akal fikiran yang seterusnya memandu kepada emosi yang sihat..bila emosi sihat..hidup rukun kita satu keuarga InshALlah...  :)

Selain masak-masak..saya suka makan-makan juga...

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.... Al A'raf 7:31

Sayangnya bila makanan, nikmat yang ALlah berikan buat kita dibuang....Mereka yang kenal saya tahu yang saya paling suka menghabiskan makanan yg tak habis..uish tuh yg susah nak kurus tuh..ejak bergelar surirumah pula..sayalah yang menghabiskan makanan suami dan anak..Moga-moga bila Abdul Muhaimin baca entry ibu kali ini...anak ibu ini sudah mula memahami...betapa nikmat yang ringan dan sedia ada itu perlu disyukuri sebaiknya...Jangan membazir ye nak..ambil sedikit dahulu..tak cukup baru ambil lagi yer sayang...

Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a :
Adalah Rasulullah s.a.w setelah memakan makanan, selau menjilat ketiga-tiga jarinya seraya berujar; jika terjatuhnsuapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya, dan dijauhkannya saripada menyusahkan serta hendaklah dimakannya, dan janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan

kami juga disuruh supaya memelit (agaknya melicinkan) sisa-sisa makanan dalam piring kerana Rasulullah pernah bersabda:

Kamu tidak tahu yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat.
Pendidikan anak-anak dalam islam, jilid 1 ms 521.

Pentingnya makanan itu hingga ia termaktub dalam Al Quran dan Rasulullah sendiri menggariskan adab dan sunnah bila berhadapan dengannya...

Anak-anak ibu sayang...nikmati makanan hari ini..namun jangan lupa usahlah membazir...
Tidak sabar rasanya menanti kalian besar untuk berbuka puasa dengan airtangan ibu......

Moga airtangan ibu dapat menyokong pembesaran Muhaimin dengan baik...menambah keberkatan dalam kehidupan anak ibu ini dan tentunya mempertingkatkan kesukuran dan kecintaan buat Ilahi..

Suami saya..terima kasih yer..makan masakan saya..walaupun saya tahu garamnya kurang..rasanya tidak sedap..tapi penghargaan itu mengharukan...

moga-moga keberkatan singgah dalam kehidupan kita semua... Amin

28 Ramadhan : sambil mengemas barang untuk ke Pahang.   :)

Wednesday, August 15, 2012

Tulis-tulis

Alhamdulillah saya masih ada kesempatan menulis.....walaupun sebenarnya...saya mencuri masa untuk menulis.....

Kenapa mahu menulis.....
1. Saya memang suka menulis...Bagi saya ia membantu perkembangan pemikiran sekaligus membentuk minda lebih kreatif.....Saya sedang melatih minda saya yang sudah semakin berusia....selain membuat soalan-soalan matematik yg saya ajar hehehehe

2. Ini tempat saya menyatakan pandangan dan luahan saya....This is my territory..tempat saya bercakap..tempat saya menunjukkan perhargaan dan mungkin amarah saya...ialah kat luar kan saya ala-ala penakut....kat sini tiada yg kenal..hahaha ada ke kenal saya kat sini?

tapi sebab yang ketiga ini sangat mempengaruhi kehidupan saya kini...

3. Saya mahu tinggalkan pesanan untuk anak-anak saya (eh skarang ni baru Abdul Muhaimin sahaja itupun baru nak masuk 14 bulan..tapi mana tahu nanti ada yang lain hehehe...) Saya cukup risau dengan perkembangan sekarang...saya cukup takut dengan apa yg bakal anak-anak saya hadapi kelak..mampu atau tidak saya untuk bersama mereka nanti...menyokong, membantu dan tentunya berada disisi mereka makanya

Untuk anak-anak ibu..

inilah salah satu cara ibu untuk sampai pada kalian sekiranya ibu tiada kelak....
(tapi korang jangan lupa..korang boleh menyampaikan yang baik setelah ketiadaan ibu dengan melakukan yang terbaik untuk ALLah..bukankah doa anak soleh itu salah satu harta yang boleh ibu bawa bila keSANA nanti...)  Sekiranya ibu masih ada pun..mungkin ibu terlupa untuk menyampaikannya..biarpun ibu ada hajat untuk menerangkannya (ibu bakal berusia sayang) atau mungkin juga ibu tidak sempat untuk menyampaikannya....makanya

Ibu cuba yang termampu sayang...pokok pangkalnya anak-anak ibu itu sendiri harus teguh dengan iman dan takwa....Hanya ALLah yang ada untuk kita sayang..peganglah apa sahaja Kalamullah dan laksanakanlah Sunnatullah..Andai kita tiada masa lama untuk bersama......Moga-moga kita ada waktu untuk bersatu dalam Jannah..InshaALlah..

Ibu tulis lagi nanti sayang..tapi untuk hari ini kita sama-sama renung pesanan Allah dalam surah At Takathur ayat 1 hingga 8

Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya harta benda, anak pinak pangkat dan pengaruh

Sehingga kamu masuk kubur

Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati

Sekali lagi diingatkan: Jangan sekali-kali kamu bersikap demikian: Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari Kiamat!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui-(apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat.

Ingatlah demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang

Selepas itu-demi sesungguhnya!-Kamu wahai orang-orang yang derhaka akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin semasa kamu delemparkan kedalamnya!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya!

Ibu sendiri lelah dengan keadaan hari ini sayang...kerja-kerja, jaga kamu, urus rumahtangga berkejar-kejar..Entah bagaimana keadaan anak-anak ibu nanti......namun moga kita sama-sama tidak jadikan ia alasan untuk meninggalkan amal ibadat...dan tentunya mensyukuri Nikmat dan Peluang yang ALlah berikan...

Jalani hidup penuh keimanan sayang..Ibu doakan Hidayah dan Taufik buat anak-anak ibu (buat masa ini  tentunya Abdul Muhaimin Abdul Rahman )

Monday, August 13, 2012

Adab hari raya

Ini pesanan ustaz Hanafi pada perhimpunan hari Isnin....hari ini :)

1.  Mandi dan membersihkan diri
2.  Makan sblum keluar: dharamkan puasa
3. Takbir, solat sunat
4. Ucapan tahniah ie; barakaAllah
5. Berhias: sunat berwangi-wangian.
6. Keluar jalan lain, balik dgn jalan lain.

Ditegah ketika Aidilfitri;
Hidupkan dgn bertakbir dan elakkan pergaulan bebas dgn bukan mahram. Terutama sekali apabila menziarahi kubur atau majlis2 tertentu.

Cikgu Asnaniar, pn gurubesar pesan jgn minta duit raya....ditegah dan dilarang sama sekali....

Selamat menyambut Aidilfitri semua..Maaf Zahir Batin.

Monday, July 23, 2012

Jadi baik...

Sejak akhir-akhir ini ramai yg berhijrah...Baru2 ni terjumpa gambar pelakon sharifah sofea yg manis bertudung (gambar ambl dr fb wardina dr program poitive heart solution)..Siapa sangka dan siapa tahu pada siapa dan bila hidayah itu akan datang...Saya masih belum tahu bgaimana Sh. sofea mahu memakai tudungnya..tp saya dh dengar pelbagai cerita tentang hidayah Allah yg turun sehingga memungkinkan mereka semua untuk berhijrah..... Subhanallah, kasih sayang Allah tidak bertepi.....

Pada pandangan mata kita (saya la tu )satu ketika dahulu " ish dia nih..seksinyer" atau " ish dia nih mcm orang putih jer gaya hidupnya" dan macam2 lagi..tak keluar kat mulut tp terdetik juga dlm hati.....Namun, rupanya pandangan yg Maha Kuasa itu berbeza....Orng yg kita kata itulah yg menjd pilihanNya untuk memperolehi hidayah dlm keadaan yg cukup berbeza dan istimewa. Kita? (especially penulis nih) sudah cukupkah hidayah kita? Kita berpuaa, solat, menutup aurat, namun adakah itu cukup untuk membuktikan kita muslim yang sempurna? Astaghfirullah....ada kala pandangan mata saya serong memandang yang lain , tidak sedar bahawa sebenarnya diri yg perasan baik itu hampir2 terjerat dgn perangkap syaitan yg cukup halus....

Moga Ramadhan kali ini membuka pintu hidayah untuk kita semua mencuci hati dan meningkatkan keikhlasan dan ketakwaan kpd Allah. moga ALLah beri taufik dan hidayah buat saya..dan moga Ramadhan kali ini mengubah diri menjadi lebih baik.....

Abdul Muhaimin sayang, Jangan cepat berprasangka buruk pada orang lain apatah lagi pada ALlah rabbul Izzati...dan jangan pula berfikir bila diri sudah cukup melaksanakan kewajipan ALlah, kita sudah menjadi muslim sempurna. Syurga dan Neraka bukan ketentuan kita sayang....Jangan memandang rendah pd mereka yg tidak tahu...Jangan memandang rendah pada mereka yang tidak menjalankan kewajipan hari ini dan merasakan kita lebih baik....Jangan pula memandang tinggi pada amalan yg dilakukan berbeza atau yg tidak dilakukan oleh orang lain...kerana mungkin sahaja pengakhiran mereka lebih baik dari kita....

Ibu titipkan pesanan imam Syafie buat anak sulung ibu ini..dan sampaikan pada yang lainnya kelak

" Sebesar-besar keaiban (keburukan ) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri"

Moga ALlah pelihara Abdul Muhaimin anak ibu ini.....Semoga anak ini dibesarkan dengan semangat mencintai ALLah dan Rasulnya....menjalani kehidupan seharian sebagai hamba aLlah yang mensyukuri nikmat dan berpegang pada Al Quran dan Sunnah..dan tentunya mengakhiri kehidupannya dgn khusnul khatimah sebagai seorang muslim yang baik...tenang melunaskan rindunya buat Rabbul Izzati

Amin..

Wednesday, June 13, 2012

citer orang kahwin


Ingat lagi cerita 'kalau sudah jodoh'..post saya beberapa minggu lepas....Alhamdulillah kahwin juga saya ..dan Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun kami bergelar suami isteri.....

Saya pernah mendengar orng tua-tua berkata ( tidaklah tua pun orng yg kata pd saya nih ) ..alam rumahtangga biasanya akan diduga setiap 5 tahun sekali..5 tahun pertama itu biasanya menjadi bulan madu buat pasangan yg berkahwin..hmmm yer ker? saya baru 2 tahun berkahwin...anak baru seorang kalu nak dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain yang anknya dah pun masuk darjah dua tahun ini..( u know who u are..hehehe buddy )

Mungkin benar..buat masa ini segalanya masih lagi berjalan baik....nak kata saya tertunggu-tunggu dugaan apa yg bakal saya terima sepanjang perkahwinan kelak....tidak juga...cuma saya mahu bersedia....siapa mahu  alam perkahwinan nya dilanda gelora dan siapa yg tidak mahu bahagia, namun rasionalnya... pantai mana yg tidak dihempas gelombang.....

Alhamdulillah..saya mengambil kira keputusan untuk bersama suami saya hari ini adalah jawapan yg tepat inshaALlah hasil istikharah saya selama ini.....

Namun  saya  ada terbaca " Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Mengapa dia tidak seperti yg saya harapkan dulu? Padahal dialah pilihanku setelah solat istikharah..Apakah jawapan solat istikharah itu terslah?" Solusi isu keluaran 42  .. baca jgn tak baca menarik tau.....

Menarik kan apa yg ditulis....tp itulah kenyataan untuk sesetengah orng...namun jelas sekali rintihan tersebut bukannya muhasabah yg baik..silap2 kita boleh mempertikaikan kudrat dan iradat ALlah buat kita......

Apakah cukup istikharah di permulaan, kurang di pertengahan dan hilang di hujungnya ( Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri!!!!) ALLah adalah tujuan sepanjang kehidupan, setiap perjalanan dan itulah sepatutnya menjadi tujuan perkahwinan kita semua (maaf yer baru 2 tahun kawin dah pndai cakap gini...hehehe) Kerana ALLah memegang hati suami saya..memegang hati saya dan perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan bila nama ALLah itu hilang dari kembara perhubungan ini... maka hilanglah aturan yg penuh rahmat dan mawaddahnya....bukankah ia jelas menunjukkan cinta ilahi menjana cinta suami isteri (ini kena baca buku ustazah norbahyah : Cakar Harimau, Tips kebahagian Rumahtangga page 38 ;)....thanks na...)


" Katakanlah wahai Muhammad jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yg kamu usahakan  perniagaan dan kediaman kamu lebih kamu kasihi daripada ALlah dan rasulnya dan jihad pada jalannya, maka nantikanlah hingga ALlah mendatangkan perkara Nya... (At Taubah ayat 24)

Perkahwinan merupakan jalan untuk membentuk diri agar menjadi seorang hamba ALlah yg lebih baik...melahirkan zuriat yg baik2 dan memberi khidmat kepada masyarakat dgn keadaan yg lebih baik...(iyalah..kalau ada masalah rumahtangga..sedikit sebanyak emosi ketika bekerja tuh terganggu juga kan......) kerana ia merupakan satu episod kembara kita yg lebih jauh lagi......  Pembentukan diri kita itu bukan dilaksanakan bersendirian...sebaliknya kita punya suami dan anak2 yg menyokong malah menjadi ujian sepanjang perjalanan kita..begitulah juga sebaliknya...

maka untuk suami dan isteri

Setiap kamu adalah pemimpin dan setaip kamu akan disoal tentang rakyatnya. Ketua adalah pemimpin dan lelaki (Suami ) adalah pemimpin atas ahli rumahnya dan wanita (isteri ) pula adalah pemimpin atas rumah suami serta anaknya.... Riwayat bukhari

Untuk suami lagi
Orang Mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya dan orang yg terbaik antara kamu adalah yg paling baik dengan isterinya ( Riwayat Al Tirmizi)

Untuk isteri lagi
Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kpd orang lain, nescaya aku akan menyuruh wanita sujud kepada suaminya ( Riwayat Tirmizi )

Awal perkahwinan kami sering solat jemaah..namun sejak ada Abdul Muhaimin ia semakin berkurangan...sekarang kami bergilir...saya solat, abg jaga Abdul Muhaimin dan begitulah sebaliknya...namun saya rindu untuk berjemaah bersama..rindu suami kucup dahi setiap kali lepas solat.....InshsALlah dah boleh jemaah balik lepas nih

Sebelum berkahwin..saya tidak pernah melepaskan peluang untuk ke kelas agama setiap Ahad di surau Annur Bangi...selepas kahwin....kami sering berulang hujung minggu ke Shah Alam....dan hingga kini saya sudah lama tidak mengunjungi surau tersebut kerana tuntutan masa dan saya risau suami terganggu ..hingga  takut dgn perasaan sendiri untuk minta izin ....saya sangat rindu untuk ke sana...

Adakah saya sudah semakin baik....aduh teringat saya hadis nabi: "Maka celakalah bagi mereka yang semalamnya lebih baik dari hari ini....." huhuhu

Abang selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yg ke 2..terima kasih izinkan saya ke kelas agama untuk Ahad akan datang nih...itulah hadiah terbaik yang pernah saya terima.....

Tuesday, May 08, 2012

Jatuh cinta lagi.....

Ini cerita saya 2 minggu lepas. Kami ( Saya, suami dan Abdul Muhaimin ) baru pulang dari membeli barang dapur...

Dalam perjalanan.. lampu kuning...owh kereta kami kena berhenti sebentar lagi...
Dari kejauhan pula...seekor kucing sedang melintas (hmmm, dia tak perasan agaknya lampu belum merah lagi)

Arghhh..tak sempat.... Tapi bukan kereta kami tau...
Kucing tadi..masih bernyawa...mungkin kakinya cedera...ia tak bergerak...

dan kami berhenti kerana lampu sudah merah.

Suami saya resah...dia keluar dari kereta , angkat kucing tersebut dan letakkan di tepi jalan...

Hidup lgi ke kucing tu yer..tapi yg paling saya tak lupa tindakan suami saya....

Keluar tgh2 jalan ketika lampu merah boleh bertukar hijau bila-bila masa sahaja. Orang lain, mungkin akan buat perkara yang sama atau mungkin tidak..tapi memandangkan ia berlaku depan mata saya oleh suami saya....terharu...

Mujur Abdul Muhaimin masih kecil, tidak sabar nak ceritakan kisah ini padanya.
Ibu harap Abdul Muhaimin dapat baca entri ini suatu hari nanti..cerita ringkas tentang keprihatinan dan kasih sayang. Moga ia jadi contoh terbaik buat anak ibu yg seorang ini.

Abdul Muhaimin perlu ingat......kasih sayang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian..kerana kasih syang ALlah beri Abdul muhaimin untuk kami... Kerana sayang juga, kita berpeluang berada dalam agamanya menuruti ajaran dan perintahnya..Salah satu ajarannya ialah belas dan kasih sayang terhadap hamba ALlah yang lain... dan paling penting kita perlu sayang pada Yang Maha Kuasa yang sayang kita.

Abdul Muhaimin sayang,
Selamat menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang...

oh ya..hari itu saya jatuh cinta lagi...kali ini dengan suami sendiri.....  ;)
Alhamdulillah hari demi hari ALLah beri peluang untuk saya mengenali suami saya....
Alhamdulillah..kami belajar tentang antara satu sama lain...dari seorang yg asing buat saya, saya belajar dan masih belajar untuk mengenalinya....

Belajar menerima kelemahan dan sama-sama mengatasi kekurangan satu sama lain.... dan tentunya menghargai dan mensyukuri kebaikan dalam diri....

My dear abang..thank you for being such a good example for my Son..... 

Tuesday, May 01, 2012

kalau sudah jodoh.....




Saya kahwin lewat.....usia 29 tahun, saya masih single and available...tak cari ker? tak larat cari dah..hehehe yg saya berkenan tak berkenan pada saya...yg berkenan pada saya...saya susah pulak nak terima....

Tapi sebenarnya bak kata orng tua-tua, itu semua cerita jodoh........
Saya tidak mencari namun saya tidak pula menanti jodoh itu tiba......

Setiap hari saya berdoa agar ALLah tetapkan yg terbaik untuk saya.....Saya berusaha untuk memperbaiki diri saya...dan saya mengambil iktibar dari kisah rumahtangga yg ada dihadapan saya, mempersiapkan diri dan cuba untuk menerima hakikat bahawa hidup ini ALlah jadikan punya fasanya tersendiri.....dan akhirnya atas usaha mama dan temannya, bakal suami saya menjengah ke rumah untuk perkenalan yg pertama.......

Walaubagaimanapun..saya masih ragu....saya tidak pasti keputusan mana yg terbaik...Saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk sesuatu yg tidak pasti...... saya tidak dapat membayangkan hidup bersama seseorang yg tidak pernah saya kenali sepanjang kehidupan saya sebelum ini... Dapatkah dia menyesuaikan diri dgn saya dan begitu juga sebaliknya...dapatkah dia menerima kekurangan saya...dan kuatkah saya untuk menerima kelemahan orng lain yang bakal hidup bersama dgn saya..... benarkah dia yg akan menemani saya disepanjang kehidupan saya dan diakah orngnya yg akan memimpin saya ke syurga......

dan ketika itu istikharah lah jalan terbaik untuk saya...........kerana ALlah lebih mengetahui segalanya....

Oh ya...saya sempat minta Shahir suami kawan baik saya Naemah selidik latarbelakang dia.... (kebetulan pula mereka sama tempat kerja....)  terima kasih yer..dalam ragu, saya tanya pula pendapat teman-teman rapat yg lain........ Saya pernah menolak dia..namun atas usaha teman mama dan mama...dan mungkin ini juga namanya jodoh...... saya mula menerimanya..

Ketika lafaz akad diucapkan..perasaan saya masih kosong....... kami tidak bercinta....kami baru sahaja saling mengenali ketika itu..... dan saya tidak dapat membayangkan kehidupan bersama seseorang yg sangat asing dengan saya......

Namun, sebalik keraguan yg sering membayangi diri saya....

saya menerima hamba Allah yang bergelar suami saya ini atas dasar keyakinan yang jitu...bahawa Allah tidak mensia-siakan doa saya..... saya mohon yg terbaik buat diri dan ALLah itu maha mendengar doa hambanya....

saya tawakal dengan apa yg bakal berlaku.......kerana saya sudah nekad dgn keputusan saya.. andai kelak bahagia menjengah..itulah ketetapan dari ALLah...... andai seribu satu masalah yg timbul, itu jualah takdir yang terbaik dari ALlah untuk saya...... Apa jua yg berlaku, pasti ada hikmah tersendiri dan tentunya membentuk diri agar menjadi hamba yg lebih baik lagi......

dan sekali keputusan ini dibuat...saya tidak mahu menyesal lagi biar apapun yg bakal terjadi.....

dan untuk mereka yg masih ragu.......berdoalah dan kembali lah pada ALLah...yakinilah

WALAU DIGENGGAM KUAT, andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua...

Walau ...ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua....

Itulah yang dinamakan, JODOH....

Saturday, April 28, 2012

Penangan Teh Tarik....

Bila malam...kebiasaannya saya akan sediakan secawan milo untuk suami.....
Hari ini milo saya habis....maka saya sediakan teh tarik untuk suami dan saya....
dan mulalah saya tidak keruan...tidak boleh tidur....(sejak akhir-akhir ini agak alergic dengan kafein...)

menerawang pula pemikiran saya mahu menulis apa yg patut saya catat dlm catatan saya hari ini...
Alhamdulillah...esok tidak ada kelas tambahan....seronoknya

Bila saya masih berjaga dan menatap 2 hero saya tidur..tidak sangka kehidupan saya sudah begini rupanya.....hari ini, masa yg ada kena dipergunakan sepenuhnya kerana kebiasaannya banyak 'unexpected incident' apatah lagi bila si kecil saya memang berminat mengadap laptop..... jd iniler waktu terbaik untuk saya menulis....

Menjadi isteri masih lagi memberi waktu untuk diri saya sendiri..namun bila bergelar ibu...waktu benar2 perlu digunakan sepenuhnya....

waktu mandi saya ialah bila abdul muhaimin tidur..... kalau tidak hmmmm   depan bilik air dia tunggu saya...mandinya kena cepat2 takut dia terjaga....

waktu solat saya bila pakcik dan makciknyer baik hati menemani dia bermain..kalau tidak hmmmm dia boleh main2 depan kita ketika solat....

waktu mengaji saya ketika dia sedang menyusu ( thanks abg ...bg phone yg boleh download quran) kalau tidak saya tidak sempat mengaji macam dulu.....

waktu masak saya...bila ayahnya ambilalih tugas menjadi ibu...kalau tidak ibu memang tak masak sampai sudah......

masa yang memainkan peranan penting dalam kehidupan saya kini perlu diuruskan dengan baik.... Saya perlu pandai agar....kelak saya tidak menyesal melepaskan saat2 indah ragam dan perangai abdul muhaimin yang kian membesar...namun pada waktu yang sama tugas dan tanggungjawab saya masih dapat dilaksanakan dengan baik.

Perlu menggunakan masa dengan penuh kualiti....Alhamdulillah saya bekerja hingga 1 tghari.....petang saya masih ada masa menolak stroller berjalan-jalan dengan abdul muhaimin.... Dan tiba-tiba tersedar ....di taman permainan depan rumah saya itu dikunjungi kanak2 dan bibik2 jiran saya.(hari bekerja biasanya bibik2 nihlah penemannya..tapi sabtu dan ahad..memang ramai ibubapa di situ...)

Sedihnya bila memikirkan kalau anak saya kelak akan menghabiskan masa bermain sambil diperhatikan oleh pembantu....hmmm siapa tahu mungkin itu bakal berlaku kepada saya...desakan hidup hari ini memungkinkan apa sahaja terjadi..tuntutan pekerjaan adakalanya mengorbankan banyak masa bersama keluarga......namun buat masa ini saya bersyukur dengan perjalanan hidup yg ALlah telah tentukan buat saya...

Abdul Muhaimin...ibu cuba sehabis baik..inshaALlah menghabiskan masa yg ibu ada untuk Amin...namun kalau suatu hari nanti Amin rasa itu masih tidak cukup....ibu harap Amin faham yang ibu bukannya sengaja dan tidak berniat untuk berbuat begitu........

Bila petang ..biasanya saya sibuk nak menyediakan makan malam.....tapi dalam seminggu ini..cuba untuk meluangkan masa membawa abdul muhaimin berjalan-jalan sekitar taman perumahan.....dan macam biasa bibik2 jiran saya yang berborak sesama sendiri itu akan memerhatikan sambil menguntumkan senyuman...


(hmmm  agaknya mereka fikir saya pun bibik juga kot....) d ^_^ b

-----------------------------------------------------------

Monday, April 09, 2012

doa saya.....

Setelah menyediakan carrot cake, mashed potato untk dibawa esok..+ masak asam ikan patin dan kerabu daun selom untuk berbuka puasa td, tidurkan amin...gosok baju.....dan membalas ucapan2 hari lahir yang tercatat di 'mukabuku'.... ( terima kasih...saya amat-amat menghargainya...)

Saya mahu menulis disini..biarpun biasanya 10.30 ke 11 malam itu jadual tidur saya..kali ini saya menanti malam untuk menulis...

Selain alhamdulillah dikurniakan penghidupan yg baik..dikelilingi mereka yg baik2...dan memiliki apa yg ada seadanya...saya masih insan yg sangat lemah..masih mahu meminta dan mengukir impian.....

dan ini doa saya pada malam pertama bila usia saya mencecah 32 tahun....

Ya ALLah tiada kekuatan dan kekuasaan melainkan Engkau... Tiada yg Maha Agung melainkan Engkau.. dan tiada sesuatu mahupun terjadinya sesuatu melainkan dengan Izin dan Iradat mu Ya ALLah....

Terima kasih ALLah  untuk kehidupan ini...
Alhamdulillah untuk 31 tahun yg telah dilalui...
namun ya ALlah hamba yg dhaif ini masih buntu...
hingga bila perjalanannya nanti...bagaimana kehidupannya hadapannya kelak...

Ya ALLah aku beryukur....diberi peluang untuk bergelar isteri....
Namun beri aku petunjuk dan hidayah agar terbimbing menjadi isteri solehah..
Bantu aku ya ALlah agar dapat menenangkan suamiku bila dia kebuntuan...menemani dia bila dia kesunyian..mengisi hatinya bila dia kekosongan...memandu arah bila dia hilang tujuan.... menjadi penyejuk pada amarah yg dimiliki.. peneman bukan setakat susah senang di dunia namun hingga mencapai bahagia di akhirat sana...

Ya ALlah, peliharalah suamiku...tetapkanlah yg terbaik buatnya....permudahkan urusannya...ringankan bebanannya...bimbing dia menjadi seorang pemimpin yg soleh...bantu dia agar dapat memimpin keluarga ke syurga...berilah taufik dan hidayah buatnya dalam melaksanakan tugasan sebagai khalifah, suami dan juga seorang bapa.....

Ya ALLah, peliharalah rumahtangga kami....pimpin kami untuk saling sayang-menyayangi kerana ALlah..bantu kami untuk saling memperbaiki diri...lembutkan hati kami untuk menerima teguran antara satu sama lain...dan satukan kami dalam jannahmu kelak...

Ya ALLah, aku bersyukur diberi peluang untuk bergelar seorang ibu....
Namun Ya ALLah...
Bantu diri ini agar menjadi contoh terbaik dihadapan zuriatku..beri lah petunjuk agar aku dapat membesarkan zuriatku menjadi Hamba ALlah yg memberi manfaat kepada agamamu...
pimpin aku agar mengajarkan perkara yg baik2 buat mereka kelak....
pimpin ibu ini agar dapat menanamkan rasa cintakan ALLah dan Rasul untuk zuriatnya...
pandu diri ini agar dapat melahirkan khalifah ALLah yg memegang hadith dan sunnah sebagai panduan kehidupan.....menjadi anak-anak yg soleh dan solehah.

Oleh itu Ya ALLah..jauhkan setiap zuriat dan keturunan ku dari maksiat dan zina...satukan mereka dalam redha dan rahmat mu.....sematkan dalam hati mereka cinta ALLah dan Rasul melebihi segala-galanya.....

Peliharalah Abdul Muhaimin bin Abdul Rahman saya....bimbing dia agar menjadi pemimpin yg bertanggungjawab kelak....Peliharalah agar terjaga tumbesarannya....pantas akalnya berfikir, bijak membaca perasaan dan seterusnya berakhlak dan memegang adab-adab islam...

Ya ALLah, hamba ini bersyukur diberi peluang menumpahkan bakti dan bergelar seorang guru dan pendidik...
Namun, berilah petunjuk..agar diri mengajarkan apa yg sepatutnya disampaikan kepada mereka....bimbing agar diri menjadi contoh terbaik...pandu agar anak2 didik ku tidak kehaluan di masa hadapan...lancarkan lidahku agar difahami, permudahkan urusanku agar mencapai matlamat yg diingini....

Oleh itu..bukakan hati anak-anak didikku untuk memahami pengajaranku..permudahkan urusan mereka menghadapi peperiksaan..berilah kejayaan yg berterusan didunia dan akhirat...dan pimpin mereka agar memberi manfaat kepada agamamu...

Selain itu..permudahkan urusanku bergelar orang bawahan kepada majikanku....bantu diri untuk menyempurnakan tugasan yg diberi.....jauhkan diri dari menjadi kemarahan orang atasan..hindarkan diri dari melakukan kesilapan....

Ya ALLah, bersyukur dikelilingi oleh mereka yg baik2, teman, sahabat, adik, kawan, saudara mara malah mama dan abah..... Namun, bantulah diri berhubungan dengan mereka, berilah panduan agar diri sentiasa menjaga adab dan tatasusila...berilah petunjuk agar hubungan ini memberi kebaikan buat semua....pandulah hubungan ini agar membawa kepada redha ilahi seterusnya berkumpul dijannah mu....Jauhilah kami dari persengketaan, umpat keji dan hasad dengki...sirami jiwa kami dengan mawaddah dan kasih sayang serta rahmatmu....

Ya ALLah, aku bersyukur diberi peluang untuk hidup hingga hari ini..
31 tahun menikmati rahmatmu yg tidak bertepi...
Namun ya ALlah..bantu dan bimbing diri..agar tidak tersesat mahupun jauh darimu...
Berilah petunjuk dan hidayah pada diri dalam membuat keputusan semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru, kakak, anak, jiran dan tentunya hamba MU..

Engkau Maha Tahu yg Terbaik buat diri..maka yg terbaiklah yg kami dambakan.....
bantulah diri untuk redha dalam setiap ketetapan yg telah Engkau gariskan....
bantulah diri untuk kukuh dan utuh memegang kalimah2 Mu dalam menjalani kehidupan..
bantulah diri untuk melaksanakan ibadat yg telah diamanahkan...
bantulah diri untuk memperbaiki ibadah harianku....
bantulah diri untuk menerima hakikat bahawa apa shja yang dimiliki tidak kekal dan bukan milik diri sendiri...
bantulah diri untuk mencintaimu ya ALlah, lebih dari segala-galanya..lebih dari suami, anak, ibubapa mahupun harta benda.
Hindarkan lah kejahatan dari diri..
HIndarkanlah hasad dengki..umpat dan keji...
Hindarkanlah maksiat, zina dan fitnah dunia....

Moga setiap perbuatan, percakapan, pergerakan, tindakan ini kerana mu Ya ALLah........
dan ampunilah dosa hambamu yg banyak tidak terbilang ini.......
berilah peluang kali ini...
kerana Hanya padamu hamba ini memohon.... Dan hanya engkau yg maha mengetahui setelah 31 tahun .... esok, lusa atau entah bila perjalanan ini akan berhenti........




Tuesday, March 27, 2012

9 bulan yang sangat indah......



Alhamdulillah...besar sungguh nikmat ALLah...



kini sudah 9 bulan 9 hari saya bergelar seorang ibu....


Alhamdulillah anak saya sudah tumbuh gigi seawal usianya 5 bulan.. mula merangkak ketika berusia 6 bulan dan hari ini dia sudah pun pandai turun sofa dengan sendiri tanpa bantuan orang lain....


Saya tidak sabar menanti perkembangan selanjutnya...apatah lagi saat dia memulakan langkah yang pertama...... dan saya pasti merindui saat-saat yang berlalu membesarkannya.....walaupun saat tersebut adakalanya rumit, mengorbankan kehendak diri malah melepaskan peluang dan saat-saat saya bebas dahulu..namun saya menyukuri apa yg telah saya lalui..belajar untuk menempatkan diri ke satu fasa kehidupan yang baru dan berbeza.....


Namun, perkara yang tidak mungkin saya lupakan ialah saat menyusukan anak saya...


Awal kelahiran..saya menghadapi masalah menyusukan anak saya...saya menangis bila susu tidak keluar...dan bila anak saya menolak puting saya......


Saya sudah berniat awal kehamilan untuk menyusukan anak saya sehingga 2 tahun..saya mahukan yang terbaik untuk anak saya dan bukankah menyusukan bayi sendiri itu merupakan perintah ALlah.


Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun ) dengan kerelaan kedua-duanya melalui perbincangan, tiada dosa bg keduanya... Al Baqarah , 233


Kecewa bila saya tidak dapat melaksanakannya dengan baik.....namun, alhamdulillah saya dikellilingi teman, sahabat, keluarga dan tentunya suami yang sangat membantu...


Terima kasih Naemah, Nazmin, teman-teman FB yang banyak memberi sokongan dan tentunya suami ku Abdul Rahman Abdullah yang sedia ada disisi....


Sesi penyusuan perlukan ketenangan dalam diri si ibu...Saya belajar bertenang dan mula mencampurkan susu badan dengan susu tepung....sebak melihat anak saya minum susu tepung..tapi saya nekad dan berazam ini untuk sementara waktu sahaja.....


Saya berurut..mula makan lobak putih, sawi, peria katak, minum oat dan susu, susu soya..makan kurma ...masak nasi dengan halba.....


dan alhamdulillah...hari ini anak saya hanya mahu susu ibunya dan tidak mahu menggunakan botol...leceh bagi sesetengah orang tapi puas bagi diri saya sendiri...... Saya suka bila dia tak sabar menanti kepulangan saya....


Saya suka melihat riak wajahnya keletah dan senyumnya yang mahu saya memegang dia sebaik sahaja sampai dihadapan pintu rumah...


Dan bila dia sakit tangan, kaki dan mulut baru-baru ini....saya sangat sedih dan takut...risau dia tidak lagi menyusu badan... namun alhamdulillah...dia kembali menyusu badan setelah seminggu berpuasa......


Doa saya ...moga saya dapat melaksanakan program penyusuan ini dengan sempurna...Saya mahu menyusukan anak saya sehingga 2 tahun...dia anak saya dan dia perlu mendapatkan haknya yang perlu saya berikan....


ya ALlah...bantu hambamu ini menunaikan perintah MU...... Saya ada setahun 3 bulan sahaja lagi.... Go Ibu Go...........

Saya mahu menulis lagi..tp anak saya sudah memanggil...... ;)


Sunday, January 01, 2012

Riadah Keluarga.



Alhamdulillah..tahun baru ini kami mulakan aktiviti keluarga kami dengan jogging di Tasik Cempaka.... Lama betul tak jogging....


Abdul Muhaimin memang tidak ada masalah untuk bangun awal pagi...


Seronok menolak stroller sambil berlari-lari anak....


Berazam untuk jadikan ia aktiviti hujung minggu keluarga. Salah satu aktiviti yang membantu keluarga menghabiskan masa bersama-sama.


Moga latihan ini turut membantu pembentukan keperibadian Abdul Muhaimin.


Buku " Pendidikan Anak-anak Dalam Islam" bab pendidikan Jasmani ; pendidikan yang ke enam ialah membiasakan anak pandai berolah raga dan meningkat berani. ( mukasurat 254 )


Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:


" seorang mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi ALLah daripada Mu'min yang lemah"


Buku yang sama mukasurat 224 pula menyatakan bahawa para Ulama dan para imam mujtahid pada semua zaman telah sepakat bahawa pokok perundang-undangan Islam terdiri atas lima perkara:


1. memelihara agama

2. memelihara akal

3. memelihara keturunan

4. memelihara jiwa

5. memelihara harta benda


dan bukankah akal yang cerdas itu lahir dari jasad yang cergas dan tentunya sejahtera.... ;)


Reverse ke belakang balik..buku yg sama mukasurat 140 topik sebab-sebab penyelewengan anak-anak dan cara memperbaikinya. Salah satu cara memperbaiki penyelewengan atau bahasa kita masalah anak-anak yang ke 4 dalam buku tersebut ialah Masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan anak belasan tahun


Masa lapang anak-anak perlu diisi sebaiknya..mukasurat 140 dan 141 buku tersebut


Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan yang berbelas tahun. sebagaiman yang sudah termaklum, bahwa anak-anak itu memang gemar bermain sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi'i.


Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota - anggota mereka menjadi kuat, agar badan-badan mereka menjadi cergas.


Abdul Muhaimin sayang..ibu cuba untuk berikan yang terbaik untuk anak ibu.. Ibu sedang belajar sayang, mungkin ada kurangnya..moga ALlah bantu ibu jadi pendidik yang baik...


Sedang menolak stroller Abdul Muhaimin...lalu di sebelah kami sebuah keluarga, kali ini mereka menolak kerusi roda yang diduduki oleh seorang wanita tua....


dan saya terfikir


Malu tak nanti Abdul Muhaimin membawa ibu yang sudah tua kelak berjalan-jalan dan beriadah bersama...


Sanggupkah nanti Abdul Muhaimin menolak kerusi roda ibu....


Ya ALlah..berikan kesihatan pada diriku..bantulah aku menghadapi usia tuaku... Moga kelak tidak menyusahkan anak-anak ku dan orang lain..


Abdul Muhaimin sayang.... ibu tidak mengharapkan balasan..biarlah..... yang penting anak ibu ini membesar dengan sempurna....mencintai ALLah lebih dari segalanya..kerana


Ibu besarkan Abdul Muhaimin bukan kerana mengharapkan balasan tapi kasih sayang ALLah jua hendaknya.... ;)

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...