He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Wednesday, June 13, 2012
citer orang kahwin
Ingat lagi cerita 'kalau sudah jodoh'..post saya beberapa minggu lepas....Alhamdulillah kahwin juga saya ..dan Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun kami bergelar suami isteri.....
Saya pernah mendengar orng tua-tua berkata ( tidaklah tua pun orng yg kata pd saya nih ) ..alam rumahtangga biasanya akan diduga setiap 5 tahun sekali..5 tahun pertama itu biasanya menjadi bulan madu buat pasangan yg berkahwin..hmmm yer ker? saya baru 2 tahun berkahwin...anak baru seorang kalu nak dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain yang anknya dah pun masuk darjah dua tahun ini..( u know who u are..hehehe buddy )
Mungkin benar..buat masa ini segalanya masih lagi berjalan baik....nak kata saya tertunggu-tunggu dugaan apa yg bakal saya terima sepanjang perkahwinan kelak....tidak juga...cuma saya mahu bersedia....siapa mahu alam perkahwinan nya dilanda gelora dan siapa yg tidak mahu bahagia, namun rasionalnya... pantai mana yg tidak dihempas gelombang.....
Alhamdulillah..saya mengambil kira keputusan untuk bersama suami saya hari ini adalah jawapan yg tepat inshaALlah hasil istikharah saya selama ini.....
Namun saya ada terbaca " Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Mengapa dia tidak seperti yg saya harapkan dulu? Padahal dialah pilihanku setelah solat istikharah..Apakah jawapan solat istikharah itu terslah?" Solusi isu keluaran 42 .. baca jgn tak baca menarik tau.....
Menarik kan apa yg ditulis....tp itulah kenyataan untuk sesetengah orng...namun jelas sekali rintihan tersebut bukannya muhasabah yg baik..silap2 kita boleh mempertikaikan kudrat dan iradat ALlah buat kita......
Apakah cukup istikharah di permulaan, kurang di pertengahan dan hilang di hujungnya ( Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri!!!!) ALLah adalah tujuan sepanjang kehidupan, setiap perjalanan dan itulah sepatutnya menjadi tujuan perkahwinan kita semua (maaf yer baru 2 tahun kawin dah pndai cakap gini...hehehe) Kerana ALLah memegang hati suami saya..memegang hati saya dan perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan bila nama ALLah itu hilang dari kembara perhubungan ini... maka hilanglah aturan yg penuh rahmat dan mawaddahnya....bukankah ia jelas menunjukkan cinta ilahi menjana cinta suami isteri (ini kena baca buku ustazah norbahyah : Cakar Harimau, Tips kebahagian Rumahtangga page 38 ;)....thanks na...)
" Katakanlah wahai Muhammad jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yg kamu usahakan perniagaan dan kediaman kamu lebih kamu kasihi daripada ALlah dan rasulnya dan jihad pada jalannya, maka nantikanlah hingga ALlah mendatangkan perkara Nya... (At Taubah ayat 24)
Perkahwinan merupakan jalan untuk membentuk diri agar menjadi seorang hamba ALlah yg lebih baik...melahirkan zuriat yg baik2 dan memberi khidmat kepada masyarakat dgn keadaan yg lebih baik...(iyalah..kalau ada masalah rumahtangga..sedikit sebanyak emosi ketika bekerja tuh terganggu juga kan......) kerana ia merupakan satu episod kembara kita yg lebih jauh lagi...... Pembentukan diri kita itu bukan dilaksanakan bersendirian...sebaliknya kita punya suami dan anak2 yg menyokong malah menjadi ujian sepanjang perjalanan kita..begitulah juga sebaliknya...
maka untuk suami dan isteri
Setiap kamu adalah pemimpin dan setaip kamu akan disoal tentang rakyatnya. Ketua adalah pemimpin dan lelaki (Suami ) adalah pemimpin atas ahli rumahnya dan wanita (isteri ) pula adalah pemimpin atas rumah suami serta anaknya.... Riwayat bukhari
Untuk suami lagi
Orang Mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya dan orang yg terbaik antara kamu adalah yg paling baik dengan isterinya ( Riwayat Al Tirmizi)
Untuk isteri lagi
Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kpd orang lain, nescaya aku akan menyuruh wanita sujud kepada suaminya ( Riwayat Tirmizi )
Awal perkahwinan kami sering solat jemaah..namun sejak ada Abdul Muhaimin ia semakin berkurangan...sekarang kami bergilir...saya solat, abg jaga Abdul Muhaimin dan begitulah sebaliknya...namun saya rindu untuk berjemaah bersama..rindu suami kucup dahi setiap kali lepas solat.....InshsALlah dah boleh jemaah balik lepas nih
Sebelum berkahwin..saya tidak pernah melepaskan peluang untuk ke kelas agama setiap Ahad di surau Annur Bangi...selepas kahwin....kami sering berulang hujung minggu ke Shah Alam....dan hingga kini saya sudah lama tidak mengunjungi surau tersebut kerana tuntutan masa dan saya risau suami terganggu ..hingga takut dgn perasaan sendiri untuk minta izin ....saya sangat rindu untuk ke sana...
Adakah saya sudah semakin baik....aduh teringat saya hadis nabi: "Maka celakalah bagi mereka yang semalamnya lebih baik dari hari ini....." huhuhu
Abang selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yg ke 2..terima kasih izinkan saya ke kelas agama untuk Ahad akan datang nih...itulah hadiah terbaik yang pernah saya terima.....
Tuesday, May 08, 2012
Jatuh cinta lagi.....
Dalam perjalanan.. lampu kuning...owh kereta kami kena berhenti sebentar lagi...
Dari kejauhan pula...seekor kucing sedang melintas (hmmm, dia tak perasan agaknya lampu belum merah lagi)
Arghhh..tak sempat.... Tapi bukan kereta kami tau...
Kucing tadi..masih bernyawa...mungkin kakinya cedera...ia tak bergerak...
dan kami berhenti kerana lampu sudah merah.
Suami saya resah...dia keluar dari kereta , angkat kucing tersebut dan letakkan di tepi jalan...
Hidup lgi ke kucing tu yer..tapi yg paling saya tak lupa tindakan suami saya....
Keluar tgh2 jalan ketika lampu merah boleh bertukar hijau bila-bila masa sahaja. Orang lain, mungkin akan buat perkara yang sama atau mungkin tidak..tapi memandangkan ia berlaku depan mata saya oleh suami saya....terharu...
Mujur Abdul Muhaimin masih kecil, tidak sabar nak ceritakan kisah ini padanya.
Ibu harap Abdul Muhaimin dapat baca entri ini suatu hari nanti..cerita ringkas tentang keprihatinan dan kasih sayang. Moga ia jadi contoh terbaik buat anak ibu yg seorang ini.
Abdul Muhaimin perlu ingat......kasih sayang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian..kerana kasih syang ALlah beri Abdul muhaimin untuk kami... Kerana sayang juga, kita berpeluang berada dalam agamanya menuruti ajaran dan perintahnya..Salah satu ajarannya ialah belas dan kasih sayang terhadap hamba ALlah yang lain... dan paling penting kita perlu sayang pada Yang Maha Kuasa yang sayang kita.
Abdul Muhaimin sayang,
Selamat menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang...
oh ya..hari itu saya jatuh cinta lagi...kali ini dengan suami sendiri..... ;)
Alhamdulillah hari demi hari ALLah beri peluang untuk saya mengenali suami saya....
Alhamdulillah..kami belajar tentang antara satu sama lain...dari seorang yg asing buat saya, saya belajar dan masih belajar untuk mengenalinya....
Belajar menerima kelemahan dan sama-sama mengatasi kekurangan satu sama lain.... dan tentunya menghargai dan mensyukuri kebaikan dalam diri....
My dear abang..thank you for being such a good example for my Son.....
Tuesday, May 01, 2012
kalau sudah jodoh.....

Saya tidak mencari namun saya tidak pula menanti jodoh itu tiba......
Setiap hari saya berdoa agar ALLah tetapkan yg terbaik untuk saya.....Saya berusaha untuk memperbaiki diri saya...dan saya mengambil iktibar dari kisah rumahtangga yg ada dihadapan saya, mempersiapkan diri dan cuba untuk menerima hakikat bahawa hidup ini ALlah jadikan punya fasanya tersendiri.....dan akhirnya atas usaha mama dan temannya, bakal suami saya menjengah ke rumah untuk perkenalan yg pertama.......
Walaubagaimanapun..saya masih ragu....saya tidak pasti keputusan mana yg terbaik...Saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk sesuatu yg tidak pasti...... saya tidak dapat membayangkan hidup bersama seseorang yg tidak pernah saya kenali sepanjang kehidupan saya sebelum ini... Dapatkah dia menyesuaikan diri dgn saya dan begitu juga sebaliknya...dapatkah dia menerima kekurangan saya...dan kuatkah saya untuk menerima kelemahan orng lain yang bakal hidup bersama dgn saya..... benarkah dia yg akan menemani saya disepanjang kehidupan saya dan diakah orngnya yg akan memimpin saya ke syurga......
dan ketika itu istikharah lah jalan terbaik untuk saya...........kerana ALlah lebih mengetahui segalanya....
Oh ya...saya sempat minta Shahir suami kawan baik saya Naemah selidik latarbelakang dia.... (kebetulan pula mereka sama tempat kerja....) terima kasih yer..dalam ragu, saya tanya pula pendapat teman-teman rapat yg lain........ Saya pernah menolak dia..namun atas usaha teman mama dan mama...dan mungkin ini juga namanya jodoh...... saya mula menerimanya..
Ketika lafaz akad diucapkan..perasaan saya masih kosong....... kami tidak bercinta....kami baru sahaja saling mengenali ketika itu..... dan saya tidak dapat membayangkan kehidupan bersama seseorang yg sangat asing dengan saya......
Namun, sebalik keraguan yg sering membayangi diri saya....
saya menerima hamba Allah yang bergelar suami saya ini atas dasar keyakinan yang jitu...bahawa Allah tidak mensia-siakan doa saya..... saya mohon yg terbaik buat diri dan ALLah itu maha mendengar doa hambanya....
saya tawakal dengan apa yg bakal berlaku.......kerana saya sudah nekad dgn keputusan saya.. andai kelak bahagia menjengah..itulah ketetapan dari ALLah...... andai seribu satu masalah yg timbul, itu jualah takdir yang terbaik dari ALlah untuk saya...... Apa jua yg berlaku, pasti ada hikmah tersendiri dan tentunya membentuk diri agar menjadi hamba yg lebih baik lagi......
dan sekali keputusan ini dibuat...saya tidak mahu menyesal lagi biar apapun yg bakal terjadi.....
dan untuk mereka yg masih ragu.......berdoalah dan kembali lah pada ALLah...yakinilah
WALAU DIGENGGAM KUAT, andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua...
Walau ...ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua....
Itulah yang dinamakan, JODOH....
Saturday, April 28, 2012
Penangan Teh Tarik....
Hari ini milo saya habis....maka saya sediakan teh tarik untuk suami dan saya....
dan mulalah saya tidak keruan...tidak boleh tidur....(sejak akhir-akhir ini agak alergic dengan kafein...)
menerawang pula pemikiran saya mahu menulis apa yg patut saya catat dlm catatan saya hari ini...
Alhamdulillah...esok tidak ada kelas tambahan....seronoknya
Bila saya masih berjaga dan menatap 2 hero saya tidur..tidak sangka kehidupan saya sudah begini rupanya.....hari ini, masa yg ada kena dipergunakan sepenuhnya kerana kebiasaannya banyak 'unexpected incident' apatah lagi bila si kecil saya memang berminat mengadap laptop..... jd iniler waktu terbaik untuk saya menulis....
Menjadi isteri masih lagi memberi waktu untuk diri saya sendiri..namun bila bergelar ibu...waktu benar2 perlu digunakan sepenuhnya....
waktu mandi saya ialah bila abdul muhaimin tidur..... kalau tidak hmmmm depan bilik air dia tunggu saya...mandinya kena cepat2 takut dia terjaga....
waktu solat saya bila pakcik dan makciknyer baik hati menemani dia bermain..kalau tidak hmmmm dia boleh main2 depan kita ketika solat....
waktu mengaji saya ketika dia sedang menyusu ( thanks abg ...bg phone yg boleh download quran) kalau tidak saya tidak sempat mengaji macam dulu.....
waktu masak saya...bila ayahnya ambilalih tugas menjadi ibu...kalau tidak ibu memang tak masak sampai sudah......
masa yang memainkan peranan penting dalam kehidupan saya kini perlu diuruskan dengan baik.... Saya perlu pandai agar....kelak saya tidak menyesal melepaskan saat2 indah ragam dan perangai abdul muhaimin yang kian membesar...namun pada waktu yang sama tugas dan tanggungjawab saya masih dapat dilaksanakan dengan baik.
Perlu menggunakan masa dengan penuh kualiti....Alhamdulillah saya bekerja hingga 1 tghari.....petang saya masih ada masa menolak stroller berjalan-jalan dengan abdul muhaimin.... Dan tiba-tiba tersedar ....di taman permainan depan rumah saya itu dikunjungi kanak2 dan bibik2 jiran saya.(hari bekerja biasanya bibik2 nihlah penemannya..tapi sabtu dan ahad..memang ramai ibubapa di situ...)
Sedihnya bila memikirkan kalau anak saya kelak akan menghabiskan masa bermain sambil diperhatikan oleh pembantu....hmmm siapa tahu mungkin itu bakal berlaku kepada saya...desakan hidup hari ini memungkinkan apa sahaja terjadi..tuntutan pekerjaan adakalanya mengorbankan banyak masa bersama keluarga......namun buat masa ini saya bersyukur dengan perjalanan hidup yg ALlah telah tentukan buat saya...
Abdul Muhaimin...ibu cuba sehabis baik..inshaALlah menghabiskan masa yg ibu ada untuk Amin...namun kalau suatu hari nanti Amin rasa itu masih tidak cukup....ibu harap Amin faham yang ibu bukannya sengaja dan tidak berniat untuk berbuat begitu........
Bila petang ..biasanya saya sibuk nak menyediakan makan malam.....tapi dalam seminggu ini..cuba untuk meluangkan masa membawa abdul muhaimin berjalan-jalan sekitar taman perumahan.....dan macam biasa bibik2 jiran saya yang berborak sesama sendiri itu akan memerhatikan sambil menguntumkan senyuman...
(hmmm agaknya mereka fikir saya pun bibik juga kot....) d ^_^ b
-----------------------------------------------------------
Monday, April 09, 2012
doa saya.....
Saya mahu menulis disini..biarpun biasanya 10.30 ke 11 malam itu jadual tidur saya..kali ini saya menanti malam untuk menulis...
Selain alhamdulillah dikurniakan penghidupan yg baik..dikelilingi mereka yg baik2...dan memiliki apa yg ada seadanya...saya masih insan yg sangat lemah..masih mahu meminta dan mengukir impian.....
dan ini doa saya pada malam pertama bila usia saya mencecah 32 tahun....
Ya ALLah tiada kekuatan dan kekuasaan melainkan Engkau... Tiada yg Maha Agung melainkan Engkau.. dan tiada sesuatu mahupun terjadinya sesuatu melainkan dengan Izin dan Iradat mu Ya ALLah....
Terima kasih ALLah untuk kehidupan ini...
Alhamdulillah untuk 31 tahun yg telah dilalui...
namun ya ALlah hamba yg dhaif ini masih buntu...
hingga bila perjalanannya nanti...bagaimana kehidupannya hadapannya kelak...
Ya ALLah aku beryukur....diberi peluang untuk bergelar isteri....
Namun beri aku petunjuk dan hidayah agar terbimbing menjadi isteri solehah..
Bantu aku ya ALlah agar dapat menenangkan suamiku bila dia kebuntuan...menemani dia bila dia kesunyian..mengisi hatinya bila dia kekosongan...memandu arah bila dia hilang tujuan.... menjadi penyejuk pada amarah yg dimiliki.. peneman bukan setakat susah senang di dunia namun hingga mencapai bahagia di akhirat sana...
Ya ALlah, peliharalah suamiku...tetapkanlah yg terbaik buatnya....permudahkan urusannya...ringankan bebanannya...bimbing dia menjadi seorang pemimpin yg soleh...bantu dia agar dapat memimpin keluarga ke syurga...berilah taufik dan hidayah buatnya dalam melaksanakan tugasan sebagai khalifah, suami dan juga seorang bapa.....
Ya ALLah, peliharalah rumahtangga kami....pimpin kami untuk saling sayang-menyayangi kerana ALlah..bantu kami untuk saling memperbaiki diri...lembutkan hati kami untuk menerima teguran antara satu sama lain...dan satukan kami dalam jannahmu kelak...
Ya ALLah, aku bersyukur diberi peluang untuk bergelar seorang ibu....
Namun Ya ALLah...
Bantu diri ini agar menjadi contoh terbaik dihadapan zuriatku..beri lah petunjuk agar aku dapat membesarkan zuriatku menjadi Hamba ALlah yg memberi manfaat kepada agamamu...
pimpin aku agar mengajarkan perkara yg baik2 buat mereka kelak....
pimpin ibu ini agar dapat menanamkan rasa cintakan ALLah dan Rasul untuk zuriatnya...
pandu diri ini agar dapat melahirkan khalifah ALLah yg memegang hadith dan sunnah sebagai panduan kehidupan.....menjadi anak-anak yg soleh dan solehah.
Oleh itu Ya ALLah..jauhkan setiap zuriat dan keturunan ku dari maksiat dan zina...satukan mereka dalam redha dan rahmat mu.....sematkan dalam hati mereka cinta ALLah dan Rasul melebihi segala-galanya.....
Peliharalah Abdul Muhaimin bin Abdul Rahman saya....bimbing dia agar menjadi pemimpin yg bertanggungjawab kelak....Peliharalah agar terjaga tumbesarannya....pantas akalnya berfikir, bijak membaca perasaan dan seterusnya berakhlak dan memegang adab-adab islam...
Ya ALLah, hamba ini bersyukur diberi peluang menumpahkan bakti dan bergelar seorang guru dan pendidik...
Namun, berilah petunjuk..agar diri mengajarkan apa yg sepatutnya disampaikan kepada mereka....bimbing agar diri menjadi contoh terbaik...pandu agar anak2 didik ku tidak kehaluan di masa hadapan...lancarkan lidahku agar difahami, permudahkan urusanku agar mencapai matlamat yg diingini....
Oleh itu..bukakan hati anak-anak didikku untuk memahami pengajaranku..permudahkan urusan mereka menghadapi peperiksaan..berilah kejayaan yg berterusan didunia dan akhirat...dan pimpin mereka agar memberi manfaat kepada agamamu...
Selain itu..permudahkan urusanku bergelar orang bawahan kepada majikanku....bantu diri untuk menyempurnakan tugasan yg diberi.....jauhkan diri dari menjadi kemarahan orang atasan..hindarkan diri dari melakukan kesilapan....
Ya ALLah, bersyukur dikelilingi oleh mereka yg baik2, teman, sahabat, adik, kawan, saudara mara malah mama dan abah..... Namun, bantulah diri berhubungan dengan mereka, berilah panduan agar diri sentiasa menjaga adab dan tatasusila...berilah petunjuk agar hubungan ini memberi kebaikan buat semua....pandulah hubungan ini agar membawa kepada redha ilahi seterusnya berkumpul dijannah mu....Jauhilah kami dari persengketaan, umpat keji dan hasad dengki...sirami jiwa kami dengan mawaddah dan kasih sayang serta rahmatmu....
Ya ALLah, aku bersyukur diberi peluang untuk hidup hingga hari ini..
31 tahun menikmati rahmatmu yg tidak bertepi...
Namun ya ALlah..bantu dan bimbing diri..agar tidak tersesat mahupun jauh darimu...
Berilah petunjuk dan hidayah pada diri dalam membuat keputusan semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru, kakak, anak, jiran dan tentunya hamba MU..
Engkau Maha Tahu yg Terbaik buat diri..maka yg terbaiklah yg kami dambakan.....
bantulah diri untuk redha dalam setiap ketetapan yg telah Engkau gariskan....
bantulah diri untuk kukuh dan utuh memegang kalimah2 Mu dalam menjalani kehidupan..
bantulah diri untuk melaksanakan ibadat yg telah diamanahkan...
bantulah diri untuk memperbaiki ibadah harianku....
bantulah diri untuk menerima hakikat bahawa apa shja yang dimiliki tidak kekal dan bukan milik diri sendiri...
bantulah diri untuk mencintaimu ya ALlah, lebih dari segala-galanya..lebih dari suami, anak, ibubapa mahupun harta benda.
Hindarkan lah kejahatan dari diri..
HIndarkanlah hasad dengki..umpat dan keji...
Hindarkanlah maksiat, zina dan fitnah dunia....
Moga setiap perbuatan, percakapan, pergerakan, tindakan ini kerana mu Ya ALLah........
dan ampunilah dosa hambamu yg banyak tidak terbilang ini.......
berilah peluang kali ini...
kerana Hanya padamu hamba ini memohon.... Dan hanya engkau yg maha mengetahui setelah 31 tahun .... esok, lusa atau entah bila perjalanan ini akan berhenti........
Tuesday, March 27, 2012
9 bulan yang sangat indah......
Saya mahu menulis lagi..tp anak saya sudah memanggil...... ;)
Sunday, January 01, 2012
Riadah Keluarga.

Saturday, December 17, 2011
program solehah, pendakwah wanita dan saya
Bezanya tangisan dalam solehah ini banyak memberi kesan pada rohani dan pembangunan kendiri...tidak sama dengan tangisan AF yang lebih banyak berkisar pada simpati dan empati ( itu saya lak..lain orang lain ek..)
Bezanya juga tangisan dalam rancangan program solehah ini InsyaALLah dikira sebagai satu wadah mendekatkan diri pada Allah, mengajak kepada kebaikan dan menyeru 'amal ma'ruf nahi mungkar'
Akur..program sebegini tidak lari dr kritikan2 sosial, mungkin kerana menampilkan peribadi wanita itu sendiri dikhalayak ramai..lari dari adat timur yang kebiasaannya tidak mahu anak2 gadis menonjolkan diri...
Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem 'ombak rindu' yang menjadi bualan hangat dan filem pecah panggung baru-baru ini..ikon gadis melayu islam yang ingin ditampilkan antara keduanya bagi saya jelas berbeza.....
Saya imbas balik komentar Ali Atan mengenai filem Ombak Rindu. Kutipan tinggi? Pada saya itu tidak bermakna filem itu "berjaya". Apa dia takrifan berjaya sebenarnya....?? "Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan mengajar dan membaca Al-Quran. Agama pada Pak Dollah & isterinya pada songkok dan pergi Haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?"
Dan saya pula sebenarnya agak malu dengan aksi2 Maya Karin dan Aaron walaupun sebenarnya agak teruja untuk menonton filem tersebut..( maklumlah kita dah baca buku dia.....) Di fikiran saya apakah perasaan pasangan Aaron ataupun mengkin pasangan Maya sendiri melihat aksi tersebut..... (Betullah aktor dan aktress filem kita dah hampir capai tahap Hollywood )
Islam peserta Solehah dengan cerita tabahnya masing2 dalam kehidupan yg dilalui menangani cabaran untuk bergelar pendakwah..... Saya mengikuti program ini.. kisah Elly yg rindukan almarhum ibunya, Rhenny yg sarat mengandung dan berjauhan dari suami, kisah keberanian Sara yg 'zasst ke bawah' , Mazwani pada 'kejantanannya'... dan yg pastinya perjuangan mereka bergelar pendakwah....
Kemenangan Amie Sofia sudah saya jangkakan..Hafizah yg bertugas sebagai guru di Institusi Al-Quran itu mengimbau kenangan ketika saya mencari pekerjaan disebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur setelah tamat Pengajian...
Ditemani rakan baik sekolah rendah saya Ana, kami ditemuduga oleh seorang yg bertudung labuh dan berhijab, hanya nampak 2 biji matanya......... Menilik sijil2 saya penemuduga tersebut memandang saya atas bawah..
Antara kata2nya lebih kurang yg saya ingat..maklumlah dah 7 ke 8 tahun lepas, x boleh ingat kata2 yg tepat tp lebih kurangla...
" Maahad Hamidiah , sekolah agama..Universiti Islam Antarabangsa..kenapa pakaian awak tak melambangkan ilmu yang telah dipelajari??? kat sini wanita pakai pakaian gelap2, bangun sebelum subuh, tahajud kemudian selepas subuh dhuha...awak sanggup......"
Waktu tuh saya berbaju kurung dan tudung biasa, dan tudung saya masih lagi menutup bahagian dada.....mungkin tidak lengkap kerana warnanya ceria sangat...
Banyak lagi kata2nya yg menghentam saya..sayalah yg kena, sebab Ana memang sekolah biasa, masuk U pun, bukannya UIA..... Waktu tuh Ana memang terkejut dan saya tahu pandangannya pandangan kasihan.... tapi saya diam sikit pun airmata tak saya tumpahkan..
tapi keluar dari sekolah tahfiz tersebut, airmata saya dah mengalir... benar..beza benar saya dibandingkan dia...Moga ALLah beri saya petunjuk dan hidayah .......
Bezanya juga..di UIA, ketika saya sebilik dengn seorng hamba ALLah yg berpurdah ketika semester pendek..bicaranya lembut, kami makan setalam walaupun saya tidak berhijab dan bertudng labuh, kami baca ma'thurat bersama2 walaupun saya tidak berjubah gelap..
Dan itulah bezanya 2 pendakwah tersebut pada pandangan mata saya........
Tahniah Amie Sofia, kalaulah anda membaca hasil tulisan saya ini...... sayalah antara orang2 yg memerlukan dakwah anda.........
Wanita di luar sana, moga kita semua anak, isteri dan ibu yg solehah...Amin....
Monday, December 05, 2011
hah..dah sunat? kecik lagi..sian dia...
senyum jer...
" kesian dia...sakit ek...." hmmmm
banyak kali juga lah soalan yg sama diajukan setiap kali buat pemeriksaan untuk Amin di klinik desa....
sakit ke dia..hmmm tapi tengok macam ok je..pagi tuh sunat petang tuh dia dah main2 air dah....
Salahke sunat ketika baby nih..hmmm mungkin orang kita banyak dipengaruhi oleh budaya melayu itu sendiri..bersunat tunggu besar sikit...kemudian ada majlis khatan dikampung2..ada juga upacara mandi berendam ramai2 dalam sungai....
Waktu menyuarakan hasrat untuk khatankan Amin ketika baby lagi, nampak macam abang agak ragu2..tapi dia ok jer....
Dalam bahasa Arab sunat nih kita panggil khitan...maksudnya memotong qulfah yakni kulit yang menutupi kepala zakar......
Wajib ke khitan nih??? Menurut riwayat Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Hadis Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah telah bersabda:
Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak (menggosok gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu di kemaluan dan khitan...
Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a pula berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Fitrah itu lima iaitu, khitan, memotong bulu di kemaluan, emnggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak
Hmmm tapi dimanakah pula letak hukumnya?? Sebenarnya para fukaha banyak yang berselisih pendapat tentang ini.. Yang mengatakan sunat ialah Al Hassan Al Bishri, Imam Abu Hanifah dan setengahnya dari Hambali..Mereka berlandaskan dalil yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus daripada Nabi S.A.W, bahawasanya baginda bersabda:
Khitan itu sunat untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk perempuan
Yang kata wajib pun juga ada berdasarkan dalil2 nya, salah satunya daripada Imam Ahmad dan Abu Daud yang meriwayatkan daripada 'Utsaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya: bahawa dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w seraya berkata Saya telah memeluk Islam. Maka sahut baginda; Bersihkan dirimu dari rambut kufur dan berkhitanlah...
dan banyak lagi dalil2 lain..itu kena cari sendirilah yer... yang pentingnya. wajib atau tidak ia sebahagian dari sunnah Rasulullah...
Sekarang nih bila pula masa yang sesuai untuk khitan?.. inilah isunya..menurut pembacaan saya dari buku : Pendidikan anak2 dalam Islam (buku nih bagus tau..bacala)mukasurat 125 Kebanyakan Ilmuwan Islam menyatakan khitan itu wajib ketika anak sudah hampir akil baligh, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah ALLah...
Tetapi yang afdhalnya, hendaklah wali anak itu mengkhitannya di hari-hari pertama selepas ia dilahirkan, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya serta dapat membezakannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah berkhitan..
Dalilnya pula adalah dari Hadis yang diriwayatkan oleh AL Baihaqi daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengaqiqahkan untuk Al Hasan dan Al Husin serta menghitannya pada hari ketujuh...
Jadi gitula sebabnya..kami khatankan Amin awal2.... Alhamdulillah senang nak jaga...
Macamana? ada berani???? hehehe.. mehla sama2 ikut sunnah nabi........
Saturday, November 26, 2011
memanfaatkan dan menghargai apa yg dimiliki
Azam baru..hmm terlalu banyak azam dah dibuat...
mahu memiliki, meninggalkan sesuatu malah mengharapkan kesempurnaan...
Azam silih berganti...tidak menjadi kesalahan bukan?
Sempena tahun baru, lembaran baru, maal hijrah yang sering dikaitkan pengorbanan dan penghijrahan...saya hanya mahu menikmati kehidupan mendatang dengan MEMANFAATKAN DAN MENGHARGAI APA YANG SAYA miliki hari ini.....
cukuplah apa yg saya ada sekadarnya...bukan bermaksud saya berada di dalam zon selesa cuma saya mahu belajar mensyukuri....
Manfaat, memperolehi kebaikan daripada satu-satu perkara...tekad mahu mengoptimumkan manfaat dari apa sahaja yang telah saya miliki.....no more baju baru, no need kereta baru or even bag baru....manfaatkan dari apa shj yg telah ada... selama mana msih boleh digunakan....
dan tentunya saya mahu memanfaatkan setiap detik dan waktu yg ada sebaiknya..biarlah setiap detik 1433 ini menjadi ibadah..dipenuhi dengan kebaikan.....
Menghargai..tanda terima kasih untuk satu2 perkara.... tindakan yang melambangkan rasa berterima kasih.....
Ada ketikanya kita terlalu menghargai hinggakan tidak memanfaatkan...
Saya terlalu menghargai hadiah hantaran saya..hinggakan losyen dan minyak wangi pemberian suami masih banyak lagi......ada juga buku2 yang saya terima sebagai hadiah saya letak dan susun cantik2 dalam rak buku tanda penghargaan namun masih tidak dibaca..pernah juga dek kerana terlalu menghargai...makanan yg diberi tamat tarikh luput almaklumlah sayang untuk dimakan.....
Kita sering memanfaatkan mereka yg ada disekeliling kita namun adakalanya kita kurang menghargai....
Saya akui adakalanya saya banyak memanfaatkan kebaikan orang2 yg kita sayang namun jarang pula tindakan saya untuk menghargai mereka.....
Memandangkan saya berjiran dengan mama...mama sering hantar lauk..memanfaatkan kedudukan berjiran ini sangat menguntungkan..namun lama sudah rasanya saya tidak melakukan sesuatu yg menggembirakan mama...mungkin kejutan secara tiba..hmmmm
Sebagai isteri...saya beruntung bersuamikan seseorang yg sangat ringan tulang...membantu saya dalam melaksanakan kerja2 rumah...namun saya sendiri tidak pasti setakat mana tindakan menghargai telah saya tunjukkan adakah cukup dengan terima kasih...
Sebagai teman...saya beruntung dikelilingi dengan teman dan sahabat yg baik....sering membantu dan menyokong saya dalam apa jua keadaan...namun setakat mana saya membalas budi mereka..
adakalanya saya hubungi mereka bila nak beli barang jer.....hehehe khas untuk my bestest buddy eina, namun tiada lagi masa senggang kami untuk bercerita seperti dahulu...menghabiskan masa bersama...dan alasannya tentu sekali fasa baru yg sedang saya lalui.. Fasa sebagai ibu dan isteri... Bukan setakat Eina, malah rakan sekerja yg saya temui hari2 juga ada yg mengeluh busynya makcik nih....hehehe maaflah Ta...sampai gossip terbaru pun tak sampai ke telinga...
Buat semua saya mohon ampun dan maaf....
saya bersyukur dgn apa yg saya miliki, saya bersyukur dgn kehadiran kalian semua, tekad saya kali ini saya mahu lebih menghargai dan memanfaatkan apa yg ada.....
untuk langkah pertama...saya manfaatkan blog saya ini...moga memperolehi kebaikan buat semua sebagai tanda menghargai peluang saya untuk bernafas lagi....
sebelum terlewat hargailah dan manfaatkanlah 5 sebelum 5
senang sebelum susah
kaya sebelum miskin
masa lapang sebelum masa sesak
sihat sebelum sakit dan tentunya
hidup sebelum mati
Salam Maal Hijrah 1433 semua..
Saturday, June 18, 2011
apa ada pada nama...
Wednesday, April 20, 2011
pesan buat anak....
" Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yg sedang hamil dari suami yg telah dinikahinya dengan halal. ALLah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orng yg berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali hingga manusia tidak mengerti betapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya. ALLah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka ALLah memberi pahala seperti memerdekakan 70 org hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLah"
Riwayat Al Hasan B. Safwan Tabrani & Ibnu As Sahin & Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim putera Rasulullah.
Namun, gentar takut dan harap silih berganti.
Takut dengan tanggungjawab yang bakal dipegang dalam diri..
Gentar dengan ujian yang hanya ALLah yang mengetahui dan
Harapan yg tidak putus pada ILahi...
Lantaran itu, saya selak surah Luqman yang sering saya bacakan untuk dia yg ada dalam diri. Moga dia belajar memahami...
Hari ini saat, dia masih tiada dihadapan mata saya, namun dengan izin ALLah saya akui kelak saya dapat memeluk dan menciumnya juga nanti. Saya bacakan dia surah ini buat bekal perjalanan dia disini nanti...
Harapan saya, bila nanti saya tiada di depan matanya lagi...tiada lagi peluang untuk dia memeluk, mengusap dahi mahu menciumnya, moga dia tidak lupa membacakan yasin buat bekal saya di sana nanti. Kerana dialah anak soleh saya.........
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dr awal mengandung hingga akhir menyusukannya, dan tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa 2 thn; dgn yg demikian bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibubapamu, dan ingatlah kpd Akulah jua tempat kembali untuk menerima balasan.
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yg engkau -dgn fikiran sihatmu- tidak mengetahui sungguh adanya, maka jgnlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dgn mereka di dunia dgn cara yg baik. Dan turutlah jalan orng2 yg rujuk kembali kepadaKu dgn tauhid dan amal2 soleh. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya. Maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yg telah kamu laksanakan.
Luqman menasihati anaknya dengan berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara yg baik atau yg buruk sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi dalm batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh ALLah untuk dihakimi dan dibalasnya kerana sesungguhnya ALLah maha halus pengetahuannya, lagi amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yg mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yg menimpamu. sesungguhnnya yg demikian itu adalah perkara2 yg dikehendaki diambil berat melakukannya.
Dan janganlah engkau memalingkan muka mu kerana memandang rendah kpd manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya ALLah tidak suka kepada tiap2 orng yg sombong, takbur lagi membanggakan diri.
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
(Luqman:12-19)
Saturday, April 09, 2011
31 Tahun.....
Disebalik apa yg dilihat moga singgah jua doa buat saya agar tetap menjalani kehidupan kerana ALLah...mempelajari kesilapan dan mengakui kelemahan diri. Malah tabah menjalani kehidupan bersama kelak....
Terima kasih ALLah untuk hadiah ini.... Terima kasih untuk kehidupan yg dilalui sehari-hari, terima kasih untuk ujian yg membentuk diri, terima kasih untuk keluarga, teman dan sahabat yg hadir di sisi, terima kasih untuk suami yg sangat memahami.. terima kasih ALLah...
Moga diri sentiasa dalam perlindungan Ilahi dan moga ALLah tidak meninggalkan saya pergi tanpa mengingatinya...
Firman ALLah dlm surah An Nisa: Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka hormatilah semula orang itu dengan penghormatan yang lebih baik daripada itu, ataupun penghormatan yang serupa dengannya....
Saturday, March 05, 2011
RISK
to weep is to risk appearing 2 b sentimental
to reach out 4 another is 2 risk involvement
to xpose feeling is 2 risk xposing ur true self
to place ur ideas and ur dreams b4 a crowd is to risk their loss
to love is to risk not being loved in return
to live is to risk dying
to hope is to risk despair
to try is to risk failure
but..risk must be taken bcause the greatest danger in life is to risk nothing
the person who risk nothing, does nothing , has nothing and is nothing
they may avoid suffering and sorrow but they cant
learn, feels, change, grow, love and lie
chained by their attitudes they are slaves
they havelost their freedom
only a person who risks is free
Thursday, February 17, 2011
my prayer......
Sunday, November 07, 2010
KULIAH AHAD 31 OKT
Alhamdulillah, ALlah temukan saya dengan suami yg memberi kebebasan dalam keadaan yg terkawal....... terima kasih abang...
Rindu kuliah sangat2..berdebar saat menjejakkan kaki ke surau...hehehehe
Dari Jauh dah kelihatan wajah kawan mama yg sering berkunjung kesana...
Kuliah hari ini tajuknya ialah... Doa , dan yg paling best sekali doa yg biasa dibacakan oleh saya setiap hari...sejak sebelum kahwin hinggalah kini...
Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hasnan Kasnan itu isinya ringkas namun cukup padat dan berkait dengan kehidupan saya hari ini... saat bergelar isteri...
Doa yang dimaksudkan ialah dari ayat Al Quran surah AL Furqan ayat 74 yg bermaksud:
Mereka berkata, wahai Tuhan kami, kurniakan bagi kami daripada pasangan-pasangan kami, zuriat kami cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yg bertakwa.....
Disebalik penerangan tentang doa tersebut, Ustaz sempat menyelitkan kempen mari membaca Al Quran pd kami...i Like... :)
Sebelum penerang lebih lanjut berkaitan doa tersebut, ustaz bercerita tentang apa itu doa itu sendiri adab dan kepentingannya....
Bila kita berdoa...kita tentunya berharap agar ia diterima ALLah..kita seharusnya memastikan agar ianya diterima yakin sesungguhnya ALLah itu tidak menzalimi hamba dan mendengar rintiihan hambaya.. mesti yakin!!!!!
Namun andai doa itu tidak diterima...dek kerana kesilapan kita juga ..siapa pula yg akan mengambil peluang dan menyucuk jarumnya... andai doa kita tidak diterima Maha Agung yg sepatutnya memelihara kita...siapa pula yg akan menjaga dan mengawasi kita...
Saat itulah Iblis datang mengambil peluang..saat dia tahu bahawa kita tidak dilindungi kerana kesilapan kita sendiri...
Iblis telah pun berjanji akan menyesatkan sesungguh-sungguhnya hinggalah bagi suami isteri berpisah kedua-duanya....
Jadi untuk doa kita ditrima, perlulah bersedia..hindarkan perkataan dan perbuatan yang menghalang..jangan takabbur...
Dan carilah saat-saat mustajab berdoa , dan salah satunya saat merendahkan diri bersujud pada ALlah. Dan tidak dietrima pula doa org yg memutuskan silaturrahim sesama saudaranya..
renung-renungkan....
Mereka dalam doa ayat 74 surah Al Furqan itu merujuk kepada orang2 yg patuh pd perintah ALLah dan Rasulnya... Mereka yg mengikut jalan yg diperintahkan...mengamalkan yg maaruf dan meninggalkan yg mungkar.....
selidiklah diri kitakah mereka itu?????
Pasangan pula tentunya suami atau isteri... menurut ustaz suami atau isteri sangat penting untuk menjayakan wawasan akhirat....lelaki dan perempuan, dan dlm ayat AL Quran sekali banyak sekali disentuh tentang perkara tersebut. salah satu contoh ialah dalam surah Al ahzab ayat 35...
Ustaz mengingatkan mudahnya wanita bila ia patuh, solat, menunaikan haji dan melaksanakan rukun islam nah, masuk syurga lah ia..hmmm semudah itukah???
Ustaz imbas pula saat zamana sebelum 400H, betapa wanitanya paling kurang menamatkan Al Quran 14x sebulan....saya terima cabaran Ustaz..tp saya baru nk buat sebulan sekali dulu...
Zuriat pula....Menurut ustaz Rasulullah menafsirkan ayat tersebut sebagai pasangan dan zuriat yg mengabdikan dripd ALLah dan mereka tidak melakukan jenayah ke atas kami.... Anak2 yg tidak menyakiti kedua ibubapanya...
Org zaman dahulu berpegang kepada ramainya anak...hari ini?????
Bila seorng hamba ALlah berdoa sedemikian, dia sebenarnya mengharapkan agar keluarnya mengamalkan ajaran islam..jadi suami ku janganlah lupa selitkan doa ini yer...kita kan nak anak2 yg soleh dan solehah..... amin.
Akhir sekali ustaz terangkan berkaitan ayat pemimpin kepada orng2 yg bertakwa....
Ini juga berkepentingan agar dapat melahirkan waris yang soleh, bukan sekadar pak turut dan pemimpin...dan bila ia menyebut jadikan kami pemimpin yg bertakwa..maka kita sebagai ibubapa juga telah berdoa agar menjadi... contoh dan perintis kepada pemimpin2 orang islam yg bertakwa
Ustaz kata doa ini penting..jadi buat suami ku dan suami-suami yang menjadi imam di luar sana...seharusnya kalianlah imam kod keluarga kalian ......jangan lupa yer baca doa ini.....
Moga hidup kita sama diberkati dan lahirlah pemimpin islam yang bertakwa dimuka bumi ini...
Hidup berjuang, mati syahid!!!!!!
Friday, September 03, 2010
Saat bergelar isteri

Benar.. we used to start at the end of something. Saya menamatkan zaman bujang atas dasar tanggungjawab, cinta dan kasih pada mama dan abah. Seterusnya saya berazam memegang tanggungjawab isteri sebaiknya..rupanya tanggungjawab itu perlu ada mawaddah, cinta, rahmah dan kasih sayang. Kerana itu salah satu asas pada keikhlasan selain asas utama iaitu mempercayai ketetapan ALLah adalah segala-galanya.
Alhamdulillah..hari ini saya seronok bergelar isteri
Saya rasa dihargai bila masakan saya dipuji
Saya rasa sangat terharu bila kerja-kerja saya mendapat ucapan terima kasih
Saya bangga bila suami hulurkan wang nafkah buat saya
Saya rasa tenang bila suami imamkan solat saya
Saya rasa ringan bila suami bantu cuci pinggan dan kemas bilik
Saya senang bila suami sapukan minyak dan picit kepala bila sakit…
Kerana, ada yang bercerita…
Setelah 10 tahun berkahwin, tiada ucapan terima kasih malah pujian yang diterima
Setelah 15 tahun berkahwin , barulah wang nafkah yang pertama kali diterima
tak lupa juga yang merintih sakit pening ditanggung sendiri, tiada kata pujukan dan belaian.
Ada yang berkata suami lah raja dan isterilah hamba
Saya tidak mahu jadi hamba…saya mahu jadi teman hidup…
selain memenuhi tuntutan agama agar isteri mentaati dan mematuhi suami,
sebagai isteri
saya
Dengan rela menyediakan makan, minum pakai suami kerana menyedari tindakan itu bakal dihargai
Untuk suami saya..terima kasih kerana memilih saya, moga kita semua dalam pemerhatian ALLah sentiasa…moga 3 bulan ini berpanjangan…moga dasarnya kukuh kerana ALLah.
Kawan-kawan..saya sudah menulis kembali..terima kasih kerana sentiasa ada buat saya..inilah cerita saya …
Mama dan Kakak2 saya..terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar saya saat melangkah bergelar isteri
Perjalanan saya baru bermula lagi…
Ya ALLah, terima kasih atas ketetapan ini.
Sunday, May 09, 2010
Kuliah Hari Ibu

Hari ini hari ibu..makanya tajuk kuliah Ahad di surau annur pagi ini tentunya i.b.u
Kuliah disampaikan oleh Dato' Hasn Din Al Hafiz.....
Lama tak dengar dia berceramah kat sini...hmmm
Betapa kehadiran Islam itu menaikkan taraf ibu lebih dari segala-galanya.... Islam menjaga martabat da mengiktiraf kedudukan ibu...
Ustaz bercerita tentang 5 ibu yang diiktiraf oleh ALLah da Islam..
1. Ibu kandung..ibu yang melahirkan anak yang sah tarafnya..walaupun demikian anak kepada ibu yang berzina tidak dijatuhkan hukuman dan tidak berdosa...Ustaz menerangkan pula bahawa ulama telah mempersetujui anak yang sah taraf itu ialah anak yang dilahirkan setelah cukup 6 bulan 1 lahzah dari tarikh ijab dan qabul seseorang itu.
Ustaz menasihati ibu yang ada agar sentiasa memerhatikan anak2 perempuan mereka yang berada di rumah.....ini dibuat untuk memelihara kehormatan keluarga itu sendiri.
2. Ibu susuan..Sesungguhnya apa yang diharankan kepada keturunan, diharamkan juga pada penyusuan.. Ustaz menggalakkan ibu susuan..sedangkan Rasulullah SAW sendiri disusukan oleh Halimatussaadiah saat masyarakat dalam keadaan jahiliah...
Ustaz menyarankan ini agar anak2 tidak lagi terdedah kepada peluang untuk bersifat seperti haiwan memandag penyusuan ibu merupakan satu telepati kesinambungan antara anak dan ibu...
Malah ulama turut berpesan: Bila seseorang anak yg minum susu lembu, kemudiannya terdidik menjadi manusia berguna sudah tentu ibunya itu akan terselamat..namun bagi anak yang telah diberi susu haiwan, namun besarnya tidak terdidik sebagai manusia berakhlak...ibunya akan dipertanggungjawabkan atas pemakana yang telah diberi untuk anaknya....
Anak susuan pula ialah anak yang telah diberi susu ibu susuannya saat usiannya kurang dari 2 tahun dan menurut Imam shafei pula, malah haul mengatakan anak itu perlu 7 kali sedut dan 7 kali telan susu ibu tersebut...ada pula haul yang mengatakan sebanyak-banyaknya 5 kali sedut dan 5 kali telan...
Penyusuan ibu sebenarnya memberi kesan pada rohani dan jasmani seorang anak..
3. Ibu tiri
Perempuan yang telah menikah dengan bapa sendiri.
4. Ibu mertua
Ibu kepada suami atau isteri seseorang.
5.Ibu Angkat.
Dalam senarai agama..islam turut mengiktiraf ibu angkat... Ia turut mempunyai kedudukan yang tertentu dan seharusnya dihormati..
Ustaz bercerita kisah Nabi Zakaria dan anak angkatnya Maryam.... Nabi Allah Zakaria telah lama menikah namun masih belum dikurniakan anak..sementara isteri Imran, ibu kepada Maryam telah bernazar untuk menyerahkan anaknya ke rumah ALLah buat berbakti kepada agama...Namun sayangnya, lahir anak itu merupakan seorang anak perempuan...dia tetap menunaikan nazarnya dan anak tersebut telah dijaga oleh Nabi ALLah Zakaria.... Nabi ALLa Zakaria menyediakan sebuah bilik untuk MAryam, dan ia hanya dimasuki oleh beliau..
Suatu saat Nabi Zakaria masuk..dan nampak olehnya makanan yang pelbagai tersedia buat Maryam...sesungguhnya ia dari ALLah...
Berdasarkan kepercayaan ALLah mampu mengadakan sesuatu di luar kebiasaan kita sebagai manusia, Nabi ALLah ZAkaria berdoa dan saat lanjut usia si isteri, Nabi ALLah Zakaria beroleh anak sendiri yang dinamakan Yahya.
Selain cerita itu..Ustaz turut bercerita kisah Al Qamah, kisah betapa tingginya nilai kehormatan seorang ibu kandung..darjatnya hinggakan Allah meletakkan syurga itu ditelapak kakinya dan redha ALLah adalah pada redha ibubapa..
Kisah betapa sayangnya Alqamah yg menjaga siibu dan tidak menikah hinggakan ibunya menyuruh beliau agar menikah..biar berat hati Alqamah, namun sebagai anak yg patuh..diturutkan perintah ibunya...menikahlah Alqamah seperti yg diarah..
Saat memiliki isteri kasih Alqamah perlu dibahagi..isteri turut dicintai, namun sayang ibu tak pernah dilupai...cuma siibu sedikit terasa, merajuk hati membawa diri, diminta ALqamah membina lagi, sebuah rumah mahu hidup sendiri...
Ustaz kata..salahkah suami menyintai isteri..tidak salah..kisah ini bukan mencari siapa yg salah..cuma menunjuk bukti betapa nilai ibu tinggi..terguris sedikit di dalam hati nazaknya Al Qamah susah sekali..
Rasulullah memanggil ibu lqamah..ditanya dan disiasat, yg keluar hanyalah puian...benar, Alqamah tinggi amalnya...cuma sedikit silapnya, membuat ibu berasa hati...
Memandangkan siibu, tidak mengakui kesilapan Alqamah apatah lagi bercerita mengenainya..lalu diminta kayu api buat dibakar ALqamah hidup2..
Andai ibu sanggup Alqamah dibakar dalam neraka, biarlah ia dibakar hidup2 dahulu...
Tak sanggup hati siibu..lalu rauk dibunag pergi..redhalah ibu senang hati, mudahlah AlQamah mengadap ilahi...
Ustaz turut bercerita tentang ibunya..munkin ustaz tidak berbicara..cuma terasa betapa rindunya dia..buat ibu yang disanjungi...Ustaz sempat bercerita betapa saat kematian ibunya sangat cantik..hari Jumaat, Bulan Ramadhan, dalam telekung, saat sujud solat terawih dalm surau tempat beliau beramal...Indahnya Husnul Khatimah yg dilalui....
Rasulullah membuat perbandingan betapa ibu itu perlu dihormati lebih dari seorang ayah..hinggakan bersabda panggilan ibu perlu disahut anadai kita sedang solat, namun ulama membincangkan panggilan ibu yg sebagaimana yang boleh disahut...
dan ceramah ustaz diakhiri dengan ucapan untuk hari ibu...saya pasti ustaz rindu pada ibunya..
Saya rindu mama saya, biar dia disebelah saya...mama itu segala-galanya. Allah letakkan nilai seorang mama itu cukup tinggi, kerana dari dialah kita singgah untuk lahir menatap dunia...dari dialah kita menumpang hayat sebentar sebelum memegang nyawa sendiri...dari dialah kita berlindung membina kekuatan fizikal sebelum lulus untuk menghirup udara...
Setiap langkah..setiap detik dan keberkatan hidup ini sangat bergantung pada redhanya ibu..kerana ALlah telah berkata sesungguhnya redha Dia pada redhanya ibu....
Mama...betapa saya sentiasa berpegang, mama adalah segalanya buat saya..dunia saya, akhirat dan kehidupan saya...
Redhakanlah saya....selamat hari ibu mama Latipah binti Nordin....
Thursday, May 06, 2010
dikejar atau mengejar dunia.....
Saya mahu bercerita tentang apa yang telah saya lalui..kenangan ketika bersungguh berlatih untuk sukan sekolah..kenangan tidur di sekolah ketika khemah ibadah, kenangan teman2 dan kawan2 yang sanggup berhabis duti belanja saya makan sempena hari lahir saya…kenangan lawatan ke kilang roti dan chocolate..
cerita terharunya saya melihat adik bongsu yg saya hntar stiap ptg untuk berlatih memegang title pertahanan terbaik untuk sukan yg diminatinya…cerita tentang keputusan pelajar2 yg adakalanya menggusarkan saya.. cerita proses pembelian rumah saya yg lebih setahun tidak selesai lagi, cerita peningnya kepala saya menguruskan majlis yg bakal saya langsungkan…
Saya juga mahu bercerita perasaan saya..mahu meluah rasa..betapa kecewa bila banyaknya rutin yang kerap saya tinggalkan..betapa gembiranya bila kawan2 saya yang menghabiskan waktu menyambut hari lahir saya..terima kasih k.pisah..ita...betapa gusarnya saya memikirkan status diri yg bakal berubah...
saya juga rindu...saya rindu nak menatap wajah tuan guru Harun Din, rindu kuliah ahad..rindu nak jogging di tasik dan tentunya saya rindu nak melahirkan idea2 saya dalam ruangan blog saya..
Ya ALLah…sayakah yang mengejar dunia atau dunia itu yg mengejar saya….
Sibuk..benar saya terasa sangat sibuk tapi hati terasa sangat kosong……segalanya seperti terisi..tapi masih kosong
dalam senyum dan tawa..sebenarnya ada rasa yg tersimpan rapi...
Terasa mahu berlari dan dunia mengejar…
Tapi tanpa saya sedari…sayalah yang mengejarnya…
Ya ALLah…ampunkan saya
Saat menikmati kelazatan tanpa mengingatimu
Saat berhadapan dengan kegembiraan tanpa syukur padamu
Saat dalam kesibukan hingga lupa dan alpa ketaatan untukmu
cerita saya..rasa saya..dan rindu saya..tersimpan hari ini..kerana saya beku dan buntu..... Moga Allah beri petunjuk...dan hasrat untuk berlari itu belum tertunai lagi
Friday, March 19, 2010
TUNJUKKAN .. DIMANA TUHAN????
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an
saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.
Perjalanan hidup ini sentiasa mahukan kita menelaah dan meneliti....
Perjalanan dan kembara ke gunung senyum bukan sahaja membuka mata melihat yang zahir tapi mata hati melihat apa yang tersembunyi...
Banyak perkara yang jelas dan nyata kelihatan...namun ada jua yg ALlah sembunyikan subhanaALlah.....namun kebesarannya tetap terasa.
Adakala kita perhatikan segala yg berlaku kebetulan, padahal disebaliknya ia merupakan ketentuan...perjalanan hidup yang menarik itu bukan milik siapa2..tapi milik kita sendiri....tapi rahsianya masih milik ALlah...
Sebalik kehidupan zahir yang ada...siapa tahu apa rahsianya batu2 kapur dan sepinya angin dalam rimba yang kian diterokai.
Disebalik kisah yang dipapar, siapa pula tahu kebenarannya...
Disebalik zahir yang dipandang, siapa pula tahu rahsia diri yang tersimpan....
Disebalik manis dan ayunya gadis..siapa sedar nakalnya tingkah
Disebalik berani yang terserlah..terselit takut yang disembunyikan
Disebalik benci yang diundang..siapa tahu sayang yang terselindung
Disebalik pekat malam yang sunyi..hadirnya 'DIA' yang menemani
segalanya ada biarpun tiada....
When ALLAH is your Friend, then who will be UR enemy....
12-14 March 2010 : Gunung Senyum, Pahang
kuliah ahad yg semakin dirindui.....
Kuliah ahad minggu lepas sahaja terganggu dengan camping sekolah ke gunung senyum…
Mujur berkesempatan menghadiri kuliah Ustaz Muda Amir Muttaqin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya… Selamat Pengantin Baru Ustaz..
Tajuk kuliah kali ini…wanita syurga, ustaz ada menyediakan nota..sayangnya saya tidak berkesempatan mengambilnya…dek kerana minggu seterusnya ke gunung senyum….
Dan mukadimahnya kali ini berkaitan 10 tanda untuk mati:
1. tapak kakinya lurus
2. hidungnya pucat dan tidak berpeluh
3. sendi, pergelangan tangan renggang, dan bila dicengkam ia masih terkulai
4. lidah kelu dan selera tertutup
5. tidak mengecam sahabat-sahabatnya
6. perubahan tabiat buruk kepada baik
7. terlalu dahaga dan selalu minta air
8. mengidam yang ganjil2
9. mata sentiasa merenung ke atas, menanti kehadiran malaikat maut.
10. tidak ada timbal balik pernafasan yang lancar…sedutnya lama dan mengambil masa yang lama untuk menghembus kembali.
Ustaz bercerita lagi, intuk orang yg mati itu, permulaannya, roh ditarik dari tapak kaki ke lutut, saat ini kaki akan sejuk2. seterusnya dari lutut ke pinggang akan ditarik oleh malaikat yang kedua….malaikat ke tiga pula akan menarik roh dari pinggang ke perut. Seterusnya malaikat berikutnya akan menarik roh dari perut ke dada. Saat itu kita akan kepanasan yang amat sangat… ustaz menasihatkan agar tidak diberi air sebaliknya dilembabkan putik kapas dan dibasahkan bibir dan dadanya.
Saat roh ditarik dari dada ke kerongkong..saat itulah yang dipanggil nazak, saat taubat tidak lagi boleh dterima. Dan seterusnya Malaikat Izrail sendiri akan menarik roh keluar dari kerongkong….
Ustaz menasihati agar hidup itu biarlah dalam keberkatan…dan inshaallah matinya mudah.
Berbalik kepada tajuk asal : wanita syurga…asasnya hanyalah
1. Mentaati ALLah dan Rasulnya
2. Mentaati suaminya
Taat Kepada ALLah
i. Mencintai ALLah dan Rasulnya lebih dari segala-galanya….lebih dari pertalian duniawi yg ada malah lebih dari harta dunia yg tidak kekal. Sayangkan harta tidak boleh dibawa ke dalam kubur. Saat hidup berbelanjalah ikut kemampuan..jangan sayang dunia lebih, dan jangan juga sayang anak lebih…
ii. Mengikut perintah Allah..menutup aurat dan tidak berlebih-lebih dalam berhias. Usah berperangai seperti wanita jahiliyyah…dan seharusnya zaman kita ini, kita tidak boleh mengaku kita jahil memandangkan sumbernya terlalu banyak.. ada kuliah di merata-rata tempat, imformasi yg disalurkan melalui tv dan sumber2 lain..masalahnya ialah diri..
iii. Tidak bermusafir kecuali ada mahram bersamanya….memelihara kehormatan diri…Ada yg menanyakan bagaiman pula pertemuan di internet…selama mana ia merupakan sembang2 yg berunsur kan nafsu, ia masih dikira khalwat.
iv. Bersikap baik terhadap tetangganya , yg mudahnya ikut sahaja apa yg Allah suruh dan tinggalkan sama sekali larangannya.
Taat kepada suami
i. Menjaga kehormatan dri dan keselamatan harta dan kehormatan suami, mematuhi perintahnya selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat islamiah
ii. Ustaz senaraikan 4 faktor yang merendahkan martabat wanita
1. lupa mengingati ALLah kerana sibuk dgn tugas, kegiatan luar..kelalaian membahayakan…( sayakah itu??????)
2. mudah tertipu dgn keindahan dunia…sebaliknya kita perlu yakin dgn keindahan syurga.
3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. lemah imannya…lemah iman seorang wanita itu bila dia
a. terus menerus dengan dosa
b. hati jadi keras dantidak minat baca quran
c. lambat dalam melakukan kebaikan
d. meninggalkan sunnah
e. memiliki hati yang goyah, bosan dalam majlis ibadah
f. tidak merasa apapun ketika membaca alquran
g. menghadapi kesulitan dalam berzikir dan mengingati ALLah
h. tidak merasa risau ketika melakukan dosa
i. cakap tidak serupa bikin
j. takjub dengan diri sendiri.
Astaghfirullah…moga diri dijauhkan dari itu semua, mahu jadi wanita solehah… akui adakalanya jauh tersasar…namun saya masih mahu kembali…jgn biar saya menoleh dan tidak berpaling dari mu Ya ALLah…
Kuliah tamat dengan doa ustaz agar kami menjadi wanita solehah laksana siti khadijah dan anak Rasulullah fatimah…….terasa doa itu tersangat indah, teringat anna dalam cerita ketika cinta bertasbih… terima kasih ustaz muda…
Sunday, March 07, 2010
Monday, March 01, 2010
Lelaki yang dicintai
hingga timbul kasih yg disemai sedari kecil
Dia penuh kesempurnaan..biar dia manusia biasa. Dia insan terpilih....
Dia Rasulullah....Selawat dan salam ke atas junjungan
Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa
Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar
Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku
Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami
Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita
Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti
Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami
Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..
Lagu: Aidit Alfian
12 Rabiulawal 1431H/ 26 Februari 2010 Salam maulidulrasul....
tis entry is 4 me myself

SELEPAS KAHWIN
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Lama tak dapat rasa seperti ini . Sebelum kahwin, jogging adalah tempat saya melepas rasa marah.. Rutin menstabilkan emosi diri... Ruang unt...
