He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Sunday, March 08, 2009
salam MaulidulRasul
buku tersebut berbahasa Indonesia...bahasanya mudah malah cukup kena di hati saya...
sehingga kini buku tersebut saya simpan ..
Saya mula kenal malah terdedah dengan kisah nabi2 dari buku tersebut, dari kisah Adam, Ibrahim, Luth dan tentunya Nabi ALlah Muhammad SAW
Kisah Nabi menjadi anak yatim, kisah Nabi yang berniaga dengan jujur dan disayangi oleh kaumnya, kisah nabi yang disunting khadijah, kisah dia memperolehi wahyu, menyampaikan..malah menghadapi getir dipulau....kisah pengikutnya yang diseksa, kisah rasulullah ditentang , kisah beliau berhadapan dengan peperangan seterusnya saat agama itu sempurna
Rasa bersemangat... rasa sedih malah terharu turut mengiringi pembacaan saya...
dan saya mula jatuh cinta dengan Utusan ALLah...
mula rasa rindu untuk bertemu dengan manusia utusan yang sngat hebat.....
Bila dewasa, saya didedahkan dgn akhlak dan peribadi Rasulullah dengan kaum keluarga, cara beliau bertindak, berfikir, melaksanakan sesuatu tindakan, berkomunikasi dengan org lain dan tentunya cinta beliau, betapa cintanya Rasulullah pd umatnya....
Terkesan dgn kisah saat kewafatan baginda.....betapa dia memanggil dan menyebut2 tentang kami... tentang umatnya.... saat kewafatannya, beliau masih memikirkan tentang umatnya, saya umatnya dan tentu saya cukup terkesan..
saat menjejakkan kaki menunaikan umrah tahun lepas pula membawa saya menziarahi maqam Rasulullah...
Rasa sayu dan rindu tak terbendung..... di sebalik pagar2 yang memagari maqam beliau saya tahu ada jasad Rasulullah, insan yang sangat saya rindui.....
dan bila meninggalkan masjid nabawi untuk ke Mekah....saya menangis tak berhenti.
hari ini 12 rabiul awal, ulangtahun manusia pilihan yg tentunya amat kita rindui.... Saya kembali sangat2 rindu...setelah leka mulai memenuhi sebahagian kehidupan saya... setelah alpa dengan kerja2 seharian....
Saya ingin kembali menghayati dan menelusuri kata-katanya...
saya ingin kembali menghayati cinta dan semangatnya...
Rasulullah mengangkat darjat wanita itu tinggi, malah membawa nilai cinta terhadap wanita dalam keadaan yang cukup suci...
Umm Salamah, isteri Nabi katanya:
"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari? Baginda menjawab: "Wanita didunia lebih baik sebagaimana yang zahir lebih baik daripada batin." Aku berkata: "Wahai Rasulullah bagaimanakah itu?' Baginda menjawab: Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLah, ALLah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang bewarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis) Riwayat AtTabrani
Indahnya rasa bila Rasulullah kata wanita di dunia itu lebih baik berbanding bidadari syurga...
Rasulullah bersabda lagi
" sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap ahli keluarganya; dan aku adalah yg terbaik dr kamu terhadap keluragaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah org yang mulia dan org yg menghina wanita ialah org yg tidak tahu budi." Riwayat Abu A'sakir
dan lagi
" Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik pada ahli keluarganya.' (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Ya ALLah, bukan kah ahli keluarga itu terdiri dari ibu, isteri dan anak perempuan juga.....
Rasulullah terlalu gentleman bg diri saya, malah ketokohannya itu cukup seimbang, tegas pada masa yang diperlukan, berlemah lembut pd saat dan ketikanya..
Dan kami tidak mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam (Al anbiya':107)
Saya tidak sabar untuk kembali mengunjungi maqam beliau lagi.... saya kembali sangat-sangat rindu...
jauh dari sudut hati saya agar, kwan2 saya lain turut menanam cinta dan kasihnya pada Rasulullah dalam diri anak2 mereka sebagaimana yg telah abah buat pada saya.......
Sayangnya bila anak muda kini tidak tahu bila lahirnya manusia agung tersebut...
Sayangnya bila mereka mengagumi selebriti2 berbanding kekasih ALLah sendiri...
Sayangnya bila mereka mengenal malah belajar erti cinta dari teori hamba sedangkan Rasulullah memberi teladan berdasarkan sumber pencipta.
Saya yakin cinta yang ada hari ini, kerana cintanya Nabi Muhammad SAW...
Saya yakin apa yang abah buat juga kerana cintanya kepada Rasulullah...
Ya Rasulullah, aku sentiasa ingin jadi pengikutmu...
sentiasa ingin rindu bertemu dengan mu,
moga istiqamah diri menjadi pengikut yang baik..
yang engkau cintai dan yang layak engkau beri syafaat kelak
Terima kasih abah...
Terima Kasih ALLah...
Tuesday, March 03, 2009
redha...
Ketika Rasulullah SAW diusir dari mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.
Begitulah; ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesenduk gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular...
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu: ALLah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...... AL Baqarah: 216
dr buku Jangan Bersedih: Dr Aidh Abdullah Al Qarni
Adakalanya kita perlu cari jalan untuk memotivasikan diri sendiri...benar, ia bukan mudah...
Menerima dengan redha, malah belajar untuk akur....
namun jika ia berpaksikan dengan keyakinan yang tinggi kerana ALLah....lambat laun atau mungkin juga dalam waktu yang tidak terduga ...Bahagia, tenang pasti tiba.....
Hanya kerana ALLah... Janji ALLah tidak sia-sia.......pasti..
redhalah .....belajar untuk redha...
Untuk apa hidup jika bukan kerana ALLah....
Monday, March 02, 2009
Takdir cinta....
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati
yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
+ Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta Ilahi..
And Alhamdulillah, terima kasih ALLah kerana saya seorang muslimah....
Tuesday, February 17, 2009
kuliah 15 feb: Ustaz Ismail Kamus
Hehehe macam lewatnyer saya waktu dtg ke kuliah tersebut..
Ahad, 15 Februari 2009
Tiba di surau agak lewat ahad lepas....Penceramah kali ini Ustaz Ismail Kamus..
Memandangkan lewat, apalagi saya duduk di bahagian serambi surau....
Tajuk kali ini 25 amalan untuk masuk syurga...(Tajuk ini pun dapat dari makcik sebelah saya yang sampai lebih awal, terima kasih makcik!)
Saya dah pun yg terlepas maklumat awal...
tapi isi seterusnya saya cuba catat sebaik mungkin dan hasilnya...
Amalan ke 2 untuk masuk syurga ialah : Takwa kepada Allah SWT
Apa itu takwa: ia adalah takut yang berpanjangan, berhati-hati berterusan daripada cubaan di dunia seperti berjalan diatas jalan yang penuh dengan duri.
Saidina Umar Abdul Aziz berkata takwa itu bukan hanya bangun di waktu malam atau puasa diwaktu siang. Takwa itu menunaikan apa yang diperintah, meninggalkan apa yang dilarang dan menambah amalan.
Ustaz beri banyak contoh mudah...antaranyan dalam kehidupan suami isteri, isteri yang beramal banyak, namun menderhaka, meninggikan suara pada suami. Itu masih belum cukup ketakwaannya. Begitu juga seorang yang beramal namun penuh dgn sifat dengki.
Saidina Ali berkata: Takwa itu takut kepada Allah, beramal dengan AL Quran, cukup dengan sedikit dan bersiap-siap untuk bekalan bagi hari Akhirat.
Nabi SAW : Takutlah kamu apa-apa yang diharamkan ALlah, kamu akan jadi hamba yg bertakwa kpd ALlah. Redhalah apa yg ALlah beri kpdmu, sedikit atau banyak dan kamu akan menjadi orang yang paling kaya.
Bila peroleh nikmat, pandang yang tuanpunya nikmat, bukan nikmat tersebut.
Amalan ke3: Berbuat baiklah kamu kepada jiran, kamu akan jadi orang beriman.
Hak jiran itu ada beberapa jenis:
1. Jiran sesaudara Seislam
2. Jiran Islam
3. hak jiran sahaja.
menunaikan hak jiran itu ialah memasukkan keceriaan kita padanya.
Amalan ke 4; kasih pd org lain sebagaimana kasih pada diri sendiri.
jika kita sayang pada orang lain kita seharusnya jangan biarkan dia masuk neraka dan berazam untuk sama-sama masuk syurga. Walaubagaimanapun, kita harus menegur dengan cara yg berhikmah. Menegur kesilapan org lain kerana sayang dan dia mahu masuk syurga.
Ustaz menyelitkan pula nasihat sebaik-baik orang ialah yg lambat marah dan cepat memaafkan.
Ustaz juga beri amalan untuk baca Ya Qudus sebanyak 100x selepas solat bagi meredakan sifat marah yg ada dlm diri.
Ustaz tambah lagi bahawa nabi dahulu sering berdoa agar dipelihara jiwa, bertakwa dan memperoleh hidayah.
Ustaz pesan lagi, org yang beriman itu pula ialah yang gementar hatinya apabila menyebut Nama ALLah.
Bertambah iman pula setiap kali membaca Al-quran.
Tawakal itu pula boleh diumpamakan seperti:
1.Tawakal nya kanak-kanak dan bayi, yg redha dgn keadaannya yang hanya mampu baring dan menangis bila mahukan sesuatu. Yakin bahawa rezekinya ada.
2. Tawakalnya org mati yang membiarkan apa shaja dilakukan oleh org hidup terhadap dirinya.
Amalan ke 5 ialah Sabar
Sabar itu menahan diri atau meneruskan taat kepada ALLah
Realitinya membuat ibadah itu mudah, tapi sabar meninggalkan maksiat itu amat payah.
Yang paling sukar ialah apabila menelan marah.
Ustaz beri perumpamaan dalam kehidupan rumahtangga sekali lagi..hmm mungkin memandangkan yang hadir itu ramainya kaum ibu...
Ustaz kata bila suami marah, isteri diam, bila isteri marah pula suaminya diam la...
Lucunya pula bila ustaz beri petua makan daging unta untuk hilangkan sifat marah. Ustaz kata sabar menghadapi musibah sama pahalanya dgn 50 org mati syahid... Ustaz pula siap bagi petua kalau suami tak balik, jgn marah sebaliknya baca ayat 1: Al Maidah 40x dan hembus pada bajunya... Lembutkan hati suami, bacala AN Naml dan Taha sebanyak 1000x
dan surah Yasin untuk barang yang dicuri atau hilang....
Penyampaian ustaz penuh dengan cerita, petua dan pengalaman org lam. Namun ia tak lari dari fokus dan tujuan asal kita untuk hidup di dunia..kerana ALlah Taala..
Moga setiap usaha diberkati ALLah
Saturday, February 14, 2009
Hari Sabtu saya....
Pemimpin sebagai role model, perlu ada advance planning, perlu ada ketepatan masa dan perlu berdisiplin. Senyum dan menyampaikan.
Wah, panjang ceramahnya...tamat ceramah ada taklimat berkaitan penilaian kemudian AGM yg ke 16....Aduh, 12 lebih sepatutnya saya berada di Equatorial Hotel, jamuan perpisahan sekolah dgn beberapa orang guru.....
1.30 tghari
Tiba saat mereka semua mahu pulang, sempat kena perli :Naper tak dtg kul 4 jer..
Jam berapa tamat nih?
Hmm makan apa yer... mula yg berat lah
pencuci mulut
dan beberapa jenis makanan yg lain hehehe
akhirnya tepat jam 4...
5.00 ptg
Ini kasut jogging saya
Monday, February 09, 2009
Perak Hari Ini......
Kadang kala keliru...adakah itu realiti atau hanya cerita yang dipaparkan bagi menarik minat pembaca...
Kali ini media sibuk dengan isu di Perak..... kisah dan cerita datang silih berganti...
Motifnya: menyampaikan kebenaran, menunaikan tanggungjawab atau mengaut keuntungan ??
Mahu dikatakan saya berminat dgn politik....tidak sama sekali, namun satu perkara yang perlu saya dan kita semua akur, politik itu merupakan sebahagian dari nadi kehidupan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, sebagai satu jalan untuk kita hamba yang telah diciptakan ALLah diuji sebelum dinilai dan diberi ganjaran.....
Nyatanya politik itu juga adalah sebahagian daripada ajaran islam.... bukan politik yang membawa Islam namun sebaliknya Islam yang perlu berada diatas dan politik itu adalah salah satu dari cabangnya..... Jika tidak masakan Rasulullah mampu mentadbir Madinah, membuka semula Mekah dan seterusnya menakluk tanah arab.....
apakah atas dasar agama sahaja tanpa pembabitan politik?
Aneh dan pelik, jika saya mahu menulis tentang ini, tapi apa yang berlaku di Perak pasti ada sebab, pasti ada kesan dan pasti ada rahsia yang tersembunyi....
Bila sebut pemimpin, apatah lagi pemimpin yang tertinggi, ianya punya hak untuk dipatuhi.....
dan rakyat sebagai orang bawahan wajib mentaati.
Namun, pemimpin perlu akur bahawa orang bawahan juga punya hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk didengari dan hak untuk memperolehi keadilan.... Orang bawahan itu bukan hanya hamba untuk menurut membuta tuli..
Justeru, arahan dan tindakan pemimpin yang wajar dipatuhi dan dipenuhi haknya adalah pusingan dari penilaian pemimpin, timbang rasa seta kewajipan menunaikan hak rakyat itu sendiri. Segalanya saling berkait.....
Saya mengikuti kisah di Perak melalui akhbar dan tulisan orang-orang tertentu.
Dan saya suka apa yang saudara Hasrizal tulis dlm http://www.saifulislam.com/ Perak: Ibrah Sulaiman dan wasiat Uthman. Apatah lagi penulisnya juga orang perak..... tentu sekali isu tersebut menjadi sangat berkait dengan dirinya... Apa yang ditulis tentang media, tidak boleh lagi disangkal akan kebenarannya, umum maklum. Peranan istana pula memaparkan ibrah dari kisah Nabi Sulaiman dan Puteri balqis yang boleh kita jadikan sandaran untuk sesetengah perkara dan tentunya wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Uthman yang menampakkan bahawa pemimpin, islam dan politik bukan perkara main-main, atau suka-suka.
Sabda Rasulullah SAW
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Mengambil kira pula tulisan Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis:
Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup.
Indahnya bila semua keputusan kepimpinan malah tindakan berlandaskan kepada asas insani. indahnya juga bila orang yang memimpin dan dipimpin memahami bahawa setiap hak harus berlandaskan fitrah berpandukan Quran dan sunnah....Apakah ini tersasar jauh dari tajuk utama, rasanya tidak.
Adakalanya yang kita perhatikan sebagai remeh itu adalah tunjang utama kepada permasalahan yang besar. Jika tidak masakan Rasulullah mampu membina tamadun bermula dengan kalimah tiada Tuhan melainkan ALLah, dan Nabi Muhammad pesuruh ALLah. Jika tidak masakan kemenangan tentera Islam bermula dengan penghayatan kalimah Jihad dan teguhnya ekonomi Islam satu waktu dulu atas dasar pemahaman terhadap Ihsan dan kejujuran...
Huh, cant believe i wrote this!!!!!
Ya ALLah, moga hidayah mengiringi...... (",)
Sunday, February 08, 2009
Ustaz Zul ' kalam suci' dan dosa
7.00 pg:
Pagi Ahad yg biasa...setelah jog di Tasik cempaka, hantar Shifa training Netball di sekolah..
9.30 pg:
Dlm perjalanan ke Kelas Agama di Surau An Nur.....kereta Myvi comelku ditahan makcik yg sering aini nmpak di kelas yg sama...
Kasihan makcik mahu menumpang ke kelas agama....kebetulan kami mahu ke tempat yg sama...
dan dari bibirnya lahir...Maha suci kuasa ALLAH. Kayanya ALLah itu...
Makcik yg saya tumpangkan itu sudah tua, bdannya bongkok dan jalannya terketar-ketar.....namun semangatnya kuat....
tiba di tempat yg dituju....mkcik dan mungkin boleh digelar nenek itu berdoa...moga hidupnya berkat ya nak..
Saat itu hati rasa senang....sangat senang.... dan kerana tamak saya bersuara doa yg baik2 ye makcik
permulaan hari yg baik, hari ini saya rasa sangat bahagia...
Kelas hari ini dikendali oleh Ustaz glamer Astro oasis: Ustaz Zulkarnain Hamzah....dr kalam suci
Kami bermula dgn sabda Rasulullah SAW: Sungguh dia sudah berdoa dgn Namanya yg Agung yg bila diseru dengan nama itu, Ia akan kabulkan dan bila ia diminta dgn Nama itu, Ia akan beri...
Nama itu adalah Asma'ul A'zham: Nama ALLah yg Agung setelah Asma'ul Husna..
Ulama sering bersilih tentang Nama2 ALLah yg agung ini, ustaz pula memuatkan kesemua nama-nama menurut apa yg ulama perkatakan.... dan antara yang kami baca pg itu
Ya ALLah, pemilik kekuasaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yg Engkau suka dan Engkau merampas kekuasaan dari sipa sahaja yang Engkau mahu. Ya ALLah, Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa sahaja yang Engkau mahu. Di tangan Mu Ya ALLah segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja ....
Ya Hayyu, Ya Qayyum dan beberapa ayat lain..
Suara Ustaz sangat lunak...malah membantu kami untuk menghayati ayat tersebut....
Ustaz kata kita boleh bertawassul, berdoa dan memohon bersandarkan dengan Nama2 ALLah yang Maha Agung ini... Dengan izin ALLah juga, moga doa kita turut dimakbulkan...
Mukadimah ustaz sgt panjang tapi semunya berisi, seterusnya Ustaz peringatkan kepada jemaah, tentang pesanan Saidina Umar Al Khatab:
Sesungguhnya bakal terlerai simpulan Islam satu demi satu apabila tumbuh didalam islam itu sendiri orang yang tidak mengenal Jahiliah.....
Apa itu simpulan islam: simpulan islam itu adlah, akhlak, nilai, akidah dan pegangan yang kita pertahankan selama ini....
Apa pula makna Jahiliah itu sendiri: Jahiliah itulah sifat manusia yg tak kenal mana satu yang betul, benar dab mana satu yang salah....
Jahiliahnya manusia bila hadir dalam masjid berseluar pendek, tidak menutup aurat..dan gugurlah nilai islam itu satu persatu... Jahiliahnya manusia, bila mula berkenalan antara Adam dan Hawa, sudah boleh menyerah maruah, berpimpinan tangan atas dasar cinta katanya....gugurlah nilai akhlak tinggi yang mnjadi cermin agama...
Jahiliah kah kita?
Saidina Umar kata lagi: Umat Islam TIDAK AKAN mencapai kemenangan selagi kita tidak mengetahui:
1. Bagaimana musuh Islam berfikir
2. Apa sumber dan ideologi mereka
3. Bagaimana mereka menjerut leher lawan mereka
4. Apa asas mereka sehingga mereka kelihatan kukuh dan kuat...
Mukadimah yang mengajak jemaah berfikir nilai dan tahap dimana duduknya umat islam kini, Islam tidak akan berjaya jika erti Islam itu sendiri ditinggalkan....
dan tajuk sebenar yang akan diperbincangkan ialah Dosa...
Ustaz paparkan terjemahan surah Yunus ayat 41 dan Al A'raf ayat 80 dan 81: Kisah kaum terdahulu dan kaum Luth yang berbuat dosa meskipun setelah kehadiran para Nabi dan Rasul. Dan ALLah berikan akibat atas dosa yang telah mereka lakukan.
Hmm...apa itu dosa??? Imam Ghazali mentakrifkan dosa itu sebagai segala pekerjaan yang menyalahi perintah ALLah Taala samada meninggalkannya tau berbuat padanya... Dalam bahasa mudah yang ALLah perintah tak nak buat, tapi yang disuruh itu yang kita tinggalkan...
Dosa itu juga dari sudut akibatnya menjadi hijab malah dinding diri kita daripada ALLah Taala...
Berdosakah kita....adakah sinar yg masuk dalam hati kita..atau kita ini terhijab?? Nauzubillah
Dosa itu lawannya amal..
Apa itu amal??? Amal itu kerja iaitu gerak anggota badan atau gerak hati.
Amal itu terbahagi kepada 2:
1. Amal ketaatan
2. Amal maksiat..
Imam Ghazali kata lagi: Dosa itu ada jenisnya:
Dosa rubbubiyah: Dosa mereka yang melanggar hak ALLah. Contohnya, tiada lagi Tuhan yg berhak disembah melainkan ALLah, tiada lg tempat meminta yg sepatutnya melainkan ALLah...mencari yang lain itu bermakna menggantikan tempat ALLah dengan yang lainya.. itu berdosa tau...
Dosa Syaitaniyyah: Ini dosa menghasut dan dirancang...dosa seperti apa yg dilakukan oleh syaitan..menghasut Nabi ALLah Adam agar boleh keluar dari syurga...terkutuknya..
Dosa Baihimiah: Ini pula dosa seperti binatang ternakan... yang tidak kenal halal dan haram...hey, lembu itu mana tahu lalang dikebun orang itu tidak boleh dimakan, bukan rezeki yang halal. apa yang ada dibahamnya saja.... ish2 maukah kita jadi lembu tidak tahu mana yg haram dan halal
Dosa Subu'iah: ini dosa bak binatang buas yang mencengkam untuk mendapatkan hak bagi kepentingan diri sendiri..fikir-fikirkanlah
Pembahagian dosa itu pula ada:
1. Dosa dengan Tuhan: Dosa bila kita melanggar hak2 agama, Hak ALLah dan tuntutannya... Dosa ini sebenarnya mudah untuk kita bertaubat...
2. Dosa hamba dengan hamba... Sukarnya kita untuk melunturkan ego untuk memohon maaf atas kesilapan yang kita lakukan.....oleh kerana itulah dosa sesama manusia itu lebih hampir dgn siksaan ALLah..Takutnya
Mereka yang mengenali saya....saya minta maaf.
Ulama juga turut khilaf berkaitan dosa2 besar
Usul Fiqh mengatakan : Segala tegahan ALLah adalah dosa besar
Ulamak salaf pula berkata: Segala apa yang dijanjikan ALLah siksaan Neraka itu adalah dosa besar...
malah ada mengatakan
Dosa yang membawa seseorang itu pada hukuman had seperti dera, rejam dan bunuh adalah dosa besar....
Abu Talib Al Maki dalam kitab Ihya Ulumuddin pula: Dosa besar itu
1. Ada 4 bersangkutan dengan hati iaitu: syirik, kekal dalam dosa, putus harap dengan rahmat ALLah, Rasa aman dlm kemurkaan ALLAh...( kawan2 jgn putus asa..ALLah mahu kita jadi Khalifah yang kuat, tidak lemah dan terus berusaha...yakin ketentuannya dan yakinlah bahawa ALLah tidak pernah kejam...tidak sama sekali)
2. Ada 4 juga bersangkutan dengan lidah iatu menjadi saksi palsu, menuduh org lain berzina, sumpah palsu dan sihir. (Jangan mengada-ngada bersumpah untuk melepaskan diri...berkata benarlah biarpun pahit yer)
3. Ada 3 dosa berhubung perut iaitu makan harta anak yatim, makan riba dan tentunya minum arak
4. Ada 2 dosa besar berhubung kemaluan iaitu zina dan liwat
5. Dua dosa berkaitan tgn iaitu membunuh dan mencuri
6. satu dosa besar berhubung dengan kaki iaitu lari dari medan jihad
dan satu dosa keseluruhan anggota badan iaitu derhaka pd ibubapa
3 Martabat dosa itu pula ialah
1. Dosa dgn ALLah dan Rasul, dosa menafikan hak ALLah dan Rasul
2. Dosa bersangkutan diri: Berdosa tau bila menyiksa diri menyebabkan diri rosak dan mudarat..sayangilah diri anda.
3. dosa bersangkutan harta: Nilailah sumber harta yg anda perolehi
Dan ustaz terangkan 3 catatan amalan:
1. catatan amalan yg diampuni ALLAH ialah dosa antara hamba dgn Tuhan.
2. Catatan amalan yg tidak diampuni ialah: dosa syirik
3. Catatan amalan yang tidak akan ditinggalkan ilah dosa menganiaya hamba..
Kenalilah dosa dan hindarkanlah ia bila ia menghampiri..jangan sampai kita menghampiri kerana kejahilan kita...Ceramah kali ini penuh dgn maklumat..padat...
Moga ALLah berkati dan rahmati.. moga diri masih lagi ALLah perhati.....
Thursday, January 29, 2009
Maafkan saya..biarkan saya...
sering saya bebelkan dan sering saya marah.Tidak pernah pun satu kerja yang saya beri disiapkan dengan sempurna........
Adakalanya sesi pembelajaran terganggu dek kerana memberi perhatian yang lebih pada Hasan. Adakalanya saya berdiri disebelahnya hingga selesai kerja, jika tidak kerjanya entah ke mana.......
Setiap hari mengadap Hasan, angin saya tidak baik.... rungutan saya adakalanya tidak hanya dalam kelas.....geram.
Satu hari saya masuk ke kelas Hasan mengajar seperti biasa.......
Hasan tidak lagi saya endahkan. Saya tidak kisah sama ada dia membawa buku atau tidak? malah saya tidak kisah jika dia bermain? sekalipun dia bermain dengan teman sebelahnya, saya arahkan temannya berpindah tempat.......sikitpun saya tidak kisahkan dia..... Malah saya tidak memandangnya langsung....
Keesokannya sama, kenapa perlu saya abaikan yang lain hanya kerana Hasan...... begitu juga hari ketiga, keempat dan seterusnya...........
Setelah seminggu, saya mula sedar perubahan Hasan..... dia mula fokus, kerja saya mula disiapkan biarpun ada yang salah..... dan saya kembali memandang wajahnya...
Manusia seringkali melakukan kesilapan.......sering lupa dan sering tersilap langkah......
manusia itu insan.
Adakalanya, manusia harus dibiarkan untuk dia berfikir sendiri hakikat dan kebenaran....
Jangan diasak setiap hari....mungkin dia jemu dan mungkin juga dia bakal keliru......
Adakala merasakan diri seperti Hasan, ingin diberi perhatian lebih.
Jangan marah saya kerana saya akan sukar untuk menerima.. tapi biarkan saya.....
Doakan agar petunjuk dari ALLah mengiringi keputusan yang bakal dibuat
Na... if u read this, I want u to know on that day..... I felt like crying, being blamed and eager to end up our conversation....but still, do understand ur expecting the best for my life..... Ur my best friend
sekali lagi, awak kecewa pada saya dengan tindakan dan keputusan yang saya buat untuk orang lain... hati saya memang keras dari dulu...
sekali lagi, mungkin tindakan dan keputusan saya terlalu cepat untuk itu semua....dan mungkin melulu
Kali ini,biarkan saya dan tinggalkan saya.......
benar..... mengapa menolak kebaikan yang tiba????....
cuma, biarkan saya.....
yes, i should sit down calmly, giving myself a deep thought n muhasabah diri...
me and myself only.......
moga keputusan yang baru kelak bukan untuk diri sendiri, bukan kerana orang lain tapi ikhlas kerana ALLah Taala
Monday, January 26, 2009
peringatan kematian untuk erti kehidupan
Awal pagi itu rasa sungguh2 malas untuk ke surau seperti biasa...
Apatah lagi bila tghari nanti ada tamu yg bakal bertandang... Kawan2 si Asmak.
Hmm alasan je tuh, iman itu turun dan naik...mood manusia juga begitu, malah ada kajian yang mengatakan mood wanita lebih cepat berubah berbanding lelaki...hmm ye ke? nampak gayanya malas dah semakin menyinggah..
Tapi kalau tak pergi sekarang... azam untuk istiqamah menghadiri majlis ilmu tak akan terlaksana...
Tiba di surau annur...
Siapa yer penceramah kali ini...ish mudanya penceramah kali ini
dan mukaddimahnya menjadi satu lagi alasan untuk saya kembali menaip disini.....
Panjang juga mukaddimah ustaz muda nih....katanya :
Rasulullah pernah bersabda: Ada 5 golongan yang datang ke majlis ilmu...
1. Golongan yang alim dan menyampaikan ilmu yang dimilikinya
2. Golongan yang belajar...
( Hmm, mujur bawa buku catatan seperti biasa, :) pedih juga dengar kata-kata perlian ustaz muda seorang ini. )
3. Golongan yang mendengar...
4. Golongan yang mencintai ilmu
Namun Rasulullah berpesan, jganlah jadi golongan yang kelima..(sayangnya ustaz tak terang lebih lanjut pula bab satu ini)
mukadimah yang penuh dengan sindiran, namun masih lagi beralas...hehehe. Moga tindakan saya kali ini menyenaraikan saya dalam golongan yang teratas sekali..kalau boleh tersenarai dalam setiap golongan kecuali yang ke5 tuh....
Dan isi ceramah dalam kelas kali ini berkisar tentang Ayat 18, Surah An Naba' Juz 30...
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"
Muadz b. abal bertanya : Aku tidak faham ayat tersebut ya Rasulullah
Rasulullah menjawab: Perkara inilah yang paling aku takuti sekali, pada akhir zaman kelak, manusia akan dibangkitkan kembali dalam 12 golongan dan hanya satu golongan sahaja yang layak untuk memasuki syurga.
11 golongan lagi akan dibangkitkan dalam pelbagai bentuk dan rupa.... (Sayangnya Rasulullah pada kita kan....rindunya menatap wajah org yang sayangkan kita.....)
Golongan pertama: Golongan yang dihidupkan tanpa kaki dan tangan.
(Lucu pula bila ustaz minta dibayangkan keadannya seperti buah terung, namun ngeri pula rasanya bila ustaz kata ini adalah balasan untuk mereka yang sering menyakiti hati tetangganya... Adakala kata kita tak beralas, tindakan kita untuk diri sendiri, moga2 saya dan keluarga dijauhkan dari tergolong dgn kumpulan terung2 ini. Nauzubillah.)
Golongan kedua: Mereka yang dibangkitkan menyerupai babi...bukan seperti babi tapi menyerupai babi....Golongan inilah yang sering melengahkan waktu solat....
( Sejak masuk sekolah dan mula mengajar, agak sukar untuk melaksanakan solat di awal waktu.....kadang2 pekerjaan dan tanggungjawab semasa yang ada seumpama merantai kaki dari melangkah untuk berwudhuk..ish, tapi saya tak nak menyerupai babi...hmm pelu tegas pada diri!!!! patutlah sejak buka sekolah nih mood kian turun.....kesian iman saya...hehehe)
Golongan ketiga: Golongan yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular berbisa....dan mereka inilah yang tidak menunaikan zakat.
Golongan ke4: Keluar darah dari mulut mereka, inilah balasan bagi mereka yang suka berdusta dan becakap bohong. (siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri)
Golongan ke5: Mereka yang dihidupkan dalam keadaan berbau busuk.. hmm inilah balasan bg org yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan...
Golongan ke6: Mereka yang dicincang pada tengkuk dan bahunya...itulah balasan untuk mereka yg suka tengok maksiat...
Golongan ke 7: Mereka yang keluar tak berlidah, nanah dan darah ada di mulut mereka: inilah balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
Golongan yang ke8: Mereka yang keluar terbalik...kepala dibawah, kaki diatas...ini untuk orang2 yang berzina ketika hayatnya didunia.
Golongan yang ke9: Mereka yang berwajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api...Eksklusif untuk hamba-hamba ALLah yang makan harta anak yatim...
Golongan ke10: Sesiapa yang rasa nak hidup kembali dalam keadaan kulit yang bernanah dan berkudis....buat-buatlah derhaka pada kedua ibubapa masing2.... (Ma dengan abah, K. Ni minta maaf !!!!!!!!!! )
Golongan ke11: Mereka yang buta hati dan mata, gigi seperti tanduk, bibir sampai ke perut...dan dari perut ke peha keluar kotoran.....ini hanya untuk mereka yang minum arak dan minuman keras lain
dan tentunya: golongan yang ke 12......Golongan yang beramal soleh, menjauhi diri dari maksiat, jemaah 5 waktu malah mati dlam keadaan bertaubat.....dan inilah yang bakal mencium bau syurga, yang pantas melalui titian siratulmustaqim, yang wajahnya bercahaya seperti bulan purnama....
Di mana ya saya??? solehahkah saya hingga layak tergolong ke golongan ke 12???? Benarkah saya tidak menyakiti hati iran saya? Benarkah saya tidak melengahkan solat? benarkah saya tidak pernah berasa hati dengan mama dan abah, malah meninggi suara? Benarkah saya bukan anak derhaka????
Rasa sangat jauh...apatah lagi saat ini saya rasa iman semakin goyah.....
solat saya kian hilang keinginan untuk khusyuknya... dimana silap saya?????
Istiqamah saya semakin pudar.
Moga ALLah tidak terus berpaling dan meninggalkan saya.......
Moga saya masih lagi tersenarai dalam senarai mereka yang menerima rahmat dan hidayahnya...
Saya hamba yang sering menzalimi diri sendiri...........
Terima kasih atas peringatan untuk kematian, semoga ustaz terus diberi kekuatan untuk berdakwah. Untuk lebih banyak peringatan lagi, intailah www.ibnughani.blogspot.com . Moga ilmu yang bermanfaat itu akan terus tersebar luas....
Moga ALLah pandang usaha saya ini malah menjadikan ia alasan untuk menambah rahmat dan hidayahnya pada diri yang serba kekurangan ini.......
Tuesday, January 20, 2009
WE WILL NOT GO DOWN
http://michaelheart .com/Song_ for_Gaza. html
WE WILL NOT GO DOWN
(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Wednesday, January 07, 2009
Kacamata sikecil


URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html
Wednesday, December 17, 2008
untuk semua wanita termasuk diri sendiri.....
Memang adakala malu sendiri bila membaca peringatan ini, Malu bila nak menjawab: Tersimpankah aurat yang ada? Terjagakah pandangan? Terpeliharakah tuturkata, adab dan sopan??tetapkah pendirian saya? teguhkah iman saya?..
Moga peringatan ini akan sentiasa membayangi kehidupan saya, dan tentunya cik hawa lain diluar sana...
Hawa je ker...ISH, kaum Adam pun kena baca.... mencari yang tersirat dalam tersurat.. agar hidup di sini lebih harmoni dan agar tujuan asal tetap teguh tidak diketepi...
Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa
janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Istilah gadis melayu semakin popular sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi bila wujudnya rancangan realiti tv yang mencari identiti gadis melayu ditayangkan di kaca televisyen....
Seumpama cerita dahulukala, mencari puteri yang benar-benar puteri, malah mengingatkan saya pada kisah musang berjanggut mencari isteri yang menepati segala ciri-ciri yang diperlukan.
Pelbagai pandangan dan pendapat dilemparkan untuk usaha stesyen televisyen tersebut. Samaada bertujuan untuk mempromosikan, menambah rencah hiburan yang sudah sedia ada atau memang melaksanakan tuntutan tanggungjawab sosial memberi contoh yang terbaik, membimbing dan membentuk modal insan. sukar untuk dipastikan, namun ia berhasil menarik minat penonton... membentuk isu untuk dijadikan perbualan.
Saya huh, layan gak rancangan televisyen nih.... saya pun perempuan dan saya juga melayu..hehehe
dan tentunya saya juga merupakan kumpulan sasaran penerbit rancangan ini...
Bangga dengan darah melayu yang saya ada, malah bangga dengan naluri perempuan dan sifat perempuan yang ALLah anugerahkan. Segalanya menakjubkan subhanaALLah....
Adilnya ALLah bila dia memberi dia tidak membiarkan....
Naluri, sifat dan anugerah tidak diberikan tanpa panduan.....Ia tidak dikurniakan untuk dilaksanakan sewenangnya...
Naluri, sifat dan anugerah yang dianggap tinggi nilainya. Dek kerana tinggi, ia tidak seharusnya diperlakukan sesuka hati. Seperti emas tersimpan rapi, bagai berlian digilap dan seumpama kaca yang terpelihara.
Sayang sekali lagi bila perempuan hari ini ramai yang jatuh nilainya...
Bukan merendah maruah kaum sendiri tapi malu dengan cerita realiti kehidupan yang ada.Ya ALLah Peliharalah saya, tunjukkan jalan.....
Bila wanita sudah pandai hilang malunya...bila berita memaparkan penemuan bayi yang dibuang merata..huh masakan dibuang kerana kemiskinan...dan bila kisah isteri yang sudah pandai memadukan suami... bila sudah boleh membahagi cinta buat suami...Anehnya manusia, bila berbuat tanpa memikir. bila melakukan tidak mengira apa.
Moga peringatan yang ada membantu saya, kakak, adik, makcik, kawan dan teman untuk menelusuri kehidupan sebagai wanita, perempuan, hawa dan tentunya muslimah.... Benar-benar peringatan untuk diri sendiri yang adakalanya tersasar.....
Ya ALLah, saya Hawa yang penuh kekurangan, beribu kelemahan. Namun , izinkan Hawa yang satu ini menyelitkan impian untuk seteguh Sumayyah, sesabar Asiah, setulus Fatimah, seikhlas Siti Hajar malah izinkan lah Hawa yang satu ini bermimpi untuk sesempurna Khadijah dan Hawa nya Adam....
Malu untuk mengatakan namun nyatanya....Hawa ini bermimpi untuk sempurna..
Moga Hidayah MU Mengiringi..
Saturday, December 06, 2008
CiNtA, KORbaN, IkHlas Dan YakIN
Terima mesej dari k.sal: Assalamualaikum. Ani apa khabar? Ani sampaikan salam sayang kak sal untuk semua disana. Akan kearafah sabtu ini. Doakan kak sal dapat haji mabrur. Amin
Nampaknya K.sal dah pun bergerak ke Arafah…..tanah bertemunya Adam dan Hawa setelah bertahun mereka dipisahkan…bumi yang menyaksikan penyesalan atas kesilapan yang telah mereka lakukan.
Ketika Umrah cuti pertengahan tahun baru2 ini…sempat dibawa melawat ke arafah….tapi kosong…yang ada hanya tanah lapang, pokok2 yang ditanam dan khemah2 kosong….malah lucu pula bila diberitahu mutawif bahawa tandas2 yang kelihatan hanya digunapakai ketika bulan Haji sahaja….
Saya rindu nak kembali kesana lagi… Rasa rindu yang tak dapat digambarkan bagaimana…
Dan kali ini teringin benar untuk menikmati erti pengorbanan yg telah dididik oleh Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail...... teringin benar melaksanakan penghayatan seperti yang pernah diajar oleh Rasulullah ….dan tentunya teringin benar untuk menanamkan jauh dalam sudut hati yang dalam erti pengorbanan yang hakiki…
Lihat sahaja Nabi ALLah Ibrahim…pengorbanan yang dilakukan penuh keyakinan. Dia yakin darah yang bakal dititiskan tidak sia-sia…Dia yakin arahan ALlah itu bukan untuk menyiksa batinnya…Biarpun yang dikorbankan itu darah daging, cahaya mata malah benih dirinya sendiri hasil dari cinta yang dimiliki….
Nabi ALLah Ibrahim berkorban kasih sayang atas dasar kasih sayang yang lebih Agung. Dia tidak ragu…… Dia mengorbankan cintanya untuk Pencipta cinta itu sendiri…..
Saya kagum..SubhanaALLah…
dan saya…… sukarnya untuk mengorbankan waktu sedikit yang saya ada apabila mendengar Adhan untuk melaksanakan solat…hanya kerana takut kerja saya tergendala, terlepas menonton rancangan kegemaran atau tertinggal perbualan yang menarik dengan kawan…
ALLah panggil saya kerana sayang…saya lengahkan…
Jika pengorbanan kerana ALLah yang sekecil ini tidak mampu saya laksanakan…
mampukah saya untuk mengorbankan sesuatu yang lebih besar dari itu…
Dimana keyakinan saya bahawa ALLah tetapkan rezeki saya..
Dimana keyakinan saya bahawa cerita saya bakal ALLah olah sebaiknya untuk saya…
Dimana keyakinan saya bahawa ALLah akan sentiasa menemani saya susah dan senang…
dan bila solat yang lengah itu saya kerjakan...saya berdoa banyak2...
Sayangnya saya terlalu buta.....
Betapa banyaknya permintaan yang saya buat, tapi betapa kurangnya amal yang saya beri..
Betapa banyak yang tuhan beri.....betapa kurangnya saya syukuri, sebaliknya saya anggap apa yang diberi milik saya....harta, orang tersayang dan segalanya.....
Dimana erti pengorbanan yang sebenar dalam diri saya????
Pengorbanan harus dengan ikhlas... dari mana datangnya ikhlas itu jika tidak dari keyakinan yang jitu kepada ALLah...
dan saya terus-terus berfikir, mampukah saya mengorbankan orang yang saya sayang kerana ALLah jika pengorbanan kecil yang ALlah pinta itu tidak dapat saya laksanakan.
Yakinkah saya jika melepaskan itu memberi kebaikan untuk saya??
Kuatkah saya seperti Nabi ALlah Ibarahim yang sanggup melepaskan insan yang dicintainya.
Mampukah saya mengorbankan diri sendiri kerana ALLah. Yakinkah saya bahawa nyawa saya ini bernilai untuk sesuatu yang tinggi nilainya disisi ALLah kelak? Beranikah saya seperti beraninya Nabi ALLah Ismail menyerahkan batang tubuhnya sendiri?
Mampukah saya redha dan berkorban hati seperti Siti Hajar yang ditinggalkan bersendirian bersama Nabi ALLah Ismail?? Yakinkah saya bahawa ALLah menemani saya..
Mampukah saya melaksanakan itu semua andai saya gagal mengorbankan masa 5-10 minit untuk bertemu ALLah. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isha'.
Benar Aidiladaha adalah hari memperingati pengorbanan..Namun untuk apa memandang pengorbanan yang besar andai pengorbanan yang kecil tidak dihayati...
Ini peringatan untuk diri saya sendiri, namun indahnya andai ia dikongsi dengan yang lain... bukankah ALLah telah menjadikan Islam itu cukup2 indah.....
Moga Aidiladha ini menyemai rasa cinta sebenar...cinta yang membawa kepada keyakinan yang teguh dan seterusnya pengorbanan yang ikhlas.....
Seperti cinta Nabi ALLah Adam dan Hawa yang membawa kepada taubat di Arafah, Cinta Nabi ALLah Ibrahim dan Ismail yang mencipta sejarah pengorbanan yang tidak dapat ditandingi. Cinta Siti Hajar yang patuh pada suami, yakin dan redha dengan ketetapan ALLah. Dan tentunya cinta Nabi ALLah Muhammad hingga teguhnya kalimah ALLah dimuka bumi ini.....
Sahabat dan teman, bercintalah, berkorbanlah, ikhlas dan yakinlah...
Namun selidikilah
Dari mana datangnya pengorbanan? Ke mana arahnya cinta? Untuk apa keyakinan? dan nilailah keikhlasan yang ada…
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA!!!! dan tentunya SELAMAT BERKORBAN (",)
Thursday, December 04, 2008
Tunggu Teduh Dulu
Hingga tidak dapat dipastikan permohonan manakah yang lebih utama, lebih aula dan lebih afdal didahulukan
Terlalu banyak yang ingin dipinta....dan semuanya menggusarkan. Apa benar, bila setiap keinginan,permintaan dan permohonan itu dipenuhi...hidup bakal lebih bahagia....
"Kelekatan atau attachment aku kepada ketidakbahagiaan aku. Ia sumber yg menjauhkan aku daripada manusia. Kamil jadi maya but diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan..."
"Keinginan dan pemilikan itulah yang mampu memberi kita keselesaan dan kebahagiaan sementara, tapi tak mampu menjadikan aku insan dengan manusiawi yang sejati."
(Dialog Teh Sofia dari Novel Tunggu Teduh Dulu Karya Faisal Tehrani)
Perasaan terujanya untuk memiliki sesuatu tidak sama dengan perasaan kita terhadap sesuatu yang telah kita miliki. Perasaan memiliki sesuatu dengan mudah tidak sama dengan perasaan memiliki sesuatu yang perlukan keringat, airmata dan pengorbanan...
Mereka yang merasainya sahaja yang mengerti.... dan bila mereka bercerita, cerita setiap satunya pasti berbeza.
Realitinya.... manusia ini mudah lupa bahawa apa yang dimilikinya bukan milik yang hakiki... Pemilikan itu sementara bahkan ada tuanpunyanya..lantaran itu kita gagal mencari hakikat diri...gagal membentuk diri menjadi insan dengan manusiawi yang sejati.....
Harus ingat kita ini manusia....insan
dan harus diingat kita ini hamba....
Tunggu Teduh Dulu...Kisah yang mengujakan saya...
Saya jatuh cinta lagi.....tapi kali ini tidak sama perasaannya dengan membaca novel-novel cinta lain.
Cinta ini penuh perjuangan...cinta ini tulus dan ikhlas...cinta Salsabila...Gadis melayu yang teguh pegangannya, jitu pendiriannya dan tinggi nilainya sebagai hamba...
Dan ia digambarkan oleh Faisal Tehrani , penulis buku ini dalam sesi pengenalannya...
" Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita. Namun biar saya mengingatkan cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini kisah bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut"
Anak muda diluar sana,
Saya yakini kalian tidak mudah dipisahkan dengan cinta dan gelora kehidupan...
Ambillah sedikit masa untuk mendalami kisah cinta ini....dan siapa tahu kita juga kelak bakal menunggu teduh dalam ribut hasil dari cerita kita sendiri...
Dan bila saat itu tiba...moga kita semua tidak tersasar..... dan moga kita semua bisa menjadi insan manusiawi yang sejati, malah punya kekuatan diri untuk terus berjuang, menerima, redha dan melaksanakan pengorbanan yang sangat indah buat Tuhan.
Terima kasih Salsabila...terima kasih Faisal Tehrani.....ALlah berkati hasil kerja anda InsyaALLah dan ternanti-nanti hasil yang seterusnya...Moga ia bisa membuka minda anak muda untuk terus mencintai ALLah...menerima hakikat diri sebagai hamba...dan menanam cinta pada Tauhid yang rata-rata semakin jauh ditinggalkan....
Terima Kasih ALLah...
Sunday, July 20, 2008
KU BERLARI n realiti
FIRDAUS, CAT FARISH N AKBAR
Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali
Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu
Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..
End of song
REALITINYA
Lama tak jogging...lama giller...
Kali nih saya berlari lagi......mencari kepuasan dalam diri...
lari..lari dan lari..
Berlari dalam realiti..
Berlari agar saya sedar bahawa hidup ini adalah kenyataan sebenar yg harus saya hadapi...
Yang harus saya redahi dan harus saya jalani dengan keyakinan bhwa ALLah tidak kejam dan akan sentiasa ingat pada hamba yang ingat pada DIA .......
Ya benar...realiti hari ini sukar mencari keindahan....
Peperangan, fitnah, pergolakan malah keadaan haru biru yg dihadapi mempengaruhi keseluruhan kehidupan
Dunia kian akhir zaman....
Namun indah itu tersembunyi dalam ketenangan, kesabaran dan ketabahan melalui hari-hari yg berlalu
Indah itu ada dalam keperitan melewati kepedihan dengan keyakinan
ALlah tidak mensia-siakan setiap usaha kita...
Indah itu ada dalam iman......
Saya, awak dan kita semua tak mampu mengubah apa yg telah terjadi..
tapi saya. awak dan kita mampu merancang untuk apa yg bakal datang
menikmati hari-hari yg ada sebaiknya...saya optimis...
Untuk apa melenting andai fitnah datang melanda
Untuk apa mengamuk jika kita dihina,ditolak ketepi..
Untuk apa amarah jika impian tidak jadi kenyataan...
Bukankah amuk, amarah itu mempengaruhi apa yg bakal terjadi akan datang..
Kita mahu hidup dengan tenang...
Melakarkan senyuman...tabah dan terus melangkah biar pedih mahupun perit
dan kelak akan tergambar keindahan yg mungkin tak akan diperolehi oleh orang lain
Yesterday is a history...tomorrow is mistery but today is a gift ...thank you ALLah....
Hmm sayangnya tahun ini tidak dpt join larian utusan yg selalu diadakan di sini...
tahun ini Eina pregnant, saya tidak ada kawan nak joint..dah 2 tahun joint dgn larian tuh dgn Eina...
huhuhu....nak lari..nak lari
Tuesday, July 15, 2008
.......
Siapalah kita kita untuk menghalang apa yg telah ditetapkan dr terjadi...
Malah siapalah kita yg mahu menentukan apa yg telah ditentukan.....
Apa shj yg ALLah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yg dapat menahannya; dan apa saja yg ditahan oleh ALLah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Faathir, ayat 2: Al Quran AL Karim.....
Try to appreciate and treasure each and every moment being alive.....setiap satunya adalah rahmat...
Hopefully tomorrow will be better!!!!!!!!!!!
Sunday, July 13, 2008
sedey....
Ingat nak cuci beberapa keping gambar..nak buat kenangan.
Sekali ada ka cina kedai kamera tu gi delete gambar2 yg ada dlm memory card saya kesemuanya......
Ya ALLah...termasuklah gambar menjalani umrah...
Ish..sedey....
Yang tinggal hanya gambar masjid nabawi, kaabah dan gambar dgn dur...yg saya cuci pd hari tersebut...
Rasa nak marah....tp tak reti nak marah sape...
Yang penting ingatan untuk umrah kali pertama ini tersemat dalam hati sangat2...
Melepaskan rindu yang akhirnya membawa kepada lebih banyak kerinduan....
Pengalaman yg sangat2 berbeza.......
Perjalanan yg sangat menarik...dan tak dapat nak digambarkan betapa indahnya setiap detik yg saya lalui....
Sangat...sangat....sangat indah... : ) sehingga tak dpt nak cerita macamana...
dan banyak perkara yg berlaku sekembalinya dari tanah suci.....
rindu saya bertambah.....
malah perjalanan hidup kian mencabar rupanya....
dan saya akan tetap meneruskan langkah.....
biar susah biar payah... saya membina semangat untuk terus melangkah....
biar perit...saya lakar senyuman agar hati terus tabah....
Hidup ini tidak susah....malah ia terlalu indah untuk disia-siakan begitu sahaja
Hmm..mungkin kerana perjalanan itu terlalu istimewa ...dan kenangan itu terlalu istimewa dan letaknya ditempat yng istimewa..bukan sekadar dalam kepingan photo...dan simpanan memory card
hehehe...saja je sedapkan hati....mungkin ada benarnya...
kenangan itu ada dlm hati..hehehehe kena g lagi nih..
Monday, May 19, 2008
penat dah pikir.....
Antara hati yang ikhlas dan hati yang baik mana yang penting dulu?
Sahabat yang baru beberapa bulan saya kenal ini cukup suka mengasak saya untuk terus berfikir dan berfikir...
dan kali ini saya berfikir lagi....
Setelah melewati hari lahir ke 28 baru-baru ini, merayakan hari guru pada 16 mei dan melalui hari demi hari yang mendatang....
masih ikhlaskah saya??????
Kata kawan saya yang seorang ini.....saya baik dan ikhlas orangnya...
Saya pohon agar kata-katanya benar dan nyata...
Tapi...saya terus-terus berfikir....
baikkah saya andai ada juga hati-hati yang terluka dengan tindakan dan perbuatan saya
ikhlaskah saya bila adakalanya tindakan yg dilakukan penuh harapan yg terselindung...
biarpun meyakini harapan itu sekadar mimpi....
Adakalanya malas nak berbicara tentang ikhlas lagi...
Malas mahu mengambilkira, malahan malas untuk menilainya....
Biarlah ALLah menentukan...dan biarlah ALLah menilainya sendiri....
Saya cuma mahu meneruskan langkah dan kehidupan...
Mengatur perjalanan
Berbekal kan doa saya terus melangkah...
Doa saya...doa mama, doa abah dan doa insan-insan yang saya sayang.....
Moga keputusan saya tidak salah.....
Moga perjalanan kali ini membawa kebaikan...
Saya sudah semakin rindu...
Moga rindu saya ketemu penawarnya....
Untuk anak2 murid yg tersayang...
hehehhe thanks 4 d present.......
Agak2 cikgu nih boleh tulis novel tak lepas nih..heheheh..... =P
K.Pisah n K.Fidah..thanks 4 d white jubah; bila disana saya mesti teringat kakak2 nanti
dan jawapan untuk mesej kawan saya tadi:
Bolehkah kita pisahkan kebaikan yang ada dalam keikhlasan? Bukankan kebaikan itu akan sentiasa mengiringi keikhlasan yang hadir, dan bukankah kita belajar erti ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita lakukan......
Hmmmm agak-agaknya itu jawapan ke????? Belasahla labu...hehehehe
Saturday, May 17, 2008
Sudahkah kamu temui sahabat kamu?????
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yangMemiliki mu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
Rindu kat kawan2 saya.....di mana kalian?????? Sudahkah saya temui sahabat saya????
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Lama tak dapat rasa seperti ini . Sebelum kahwin, jogging adalah tempat saya melepas rasa marah.. Rutin menstabilkan emosi diri... Ruang unt...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
