untuk semua wanita termasuk diri sendiri.....

Perempuan, wanita atau Hawa...ini untuk kita...( Yang paling khusus ini untuk diri sendiri...)
Memang adakala malu sendiri bila membaca peringatan ini, Malu bila nak menjawab: Tersimpankah aurat yang ada? Terjagakah pandangan? Terpeliharakah tuturkata, adab dan sopan??tetapkah pendirian saya? teguhkah iman saya?..
Moga peringatan ini akan sentiasa membayangi kehidupan saya, dan tentunya cik hawa lain diluar sana...

Hawa je ker...ISH, kaum Adam pun kena baca.... mencari yang tersirat dalam tersurat.. agar hidup di sini lebih harmoni dan agar tujuan asal tetap teguh tidak diketepi...

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa

janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Istilah gadis melayu semakin popular sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi bila wujudnya rancangan realiti tv yang mencari identiti gadis melayu ditayangkan di kaca televisyen....


Seumpama cerita dahulukala, mencari puteri yang benar-benar puteri, malah mengingatkan saya pada kisah musang berjanggut mencari isteri yang menepati segala ciri-ciri yang diperlukan.

Pelbagai pandangan dan pendapat dilemparkan untuk usaha stesyen televisyen tersebut. Samaada bertujuan untuk mempromosikan, menambah rencah hiburan yang sudah sedia ada atau memang melaksanakan tuntutan tanggungjawab sosial memberi contoh yang terbaik, membimbing dan membentuk modal insan. sukar untuk dipastikan, namun ia berhasil menarik minat penonton... membentuk isu untuk dijadikan perbualan.

Saya huh, layan gak rancangan televisyen nih.... saya pun perempuan dan saya juga melayu..hehehe
dan tentunya saya juga merupakan kumpulan sasaran penerbit rancangan ini...

Bangga dengan darah melayu yang saya ada, malah bangga dengan naluri perempuan dan sifat perempuan yang ALLah anugerahkan. Segalanya menakjubkan subhanaALLah....

Adilnya ALLah bila dia memberi dia tidak membiarkan....
Naluri, sifat dan anugerah tidak diberikan tanpa panduan.....Ia tidak dikurniakan untuk dilaksanakan sewenangnya...

Naluri, sifat dan anugerah yang dianggap tinggi nilainya. Dek kerana tinggi, ia tidak seharusnya diperlakukan sesuka hati. Seperti emas tersimpan rapi, bagai berlian digilap dan seumpama kaca yang terpelihara.

Sayang sekali lagi bila perempuan hari ini ramai yang jatuh nilainya...
Bukan merendah maruah kaum sendiri tapi malu dengan cerita realiti kehidupan yang ada.Ya ALLah Peliharalah saya, tunjukkan jalan.....

Bila wanita sudah pandai hilang malunya...bila berita memaparkan penemuan bayi yang dibuang merata..huh masakan dibuang kerana kemiskinan...dan bila kisah isteri yang sudah pandai memadukan suami... bila sudah boleh membahagi cinta buat suami...Anehnya manusia, bila berbuat tanpa memikir.
bila melakukan tidak mengira apa.

Moga peringatan yang ada membantu saya, kakak, adik, makcik, kawan dan teman untuk menelusuri kehidupan sebagai wanita, perempuan, hawa dan tentunya muslimah.... Benar-benar peringatan untuk diri sendiri yang adakalanya tersasar.....

Ya ALLah, saya Hawa yang penuh kekurangan, beribu kelemahan. Namun , izinkan Hawa yang satu ini menyelitkan impian untuk seteguh Sumayyah, sesabar Asiah, setulus Fatimah, seikhlas Siti Hajar malah izinkan lah Hawa yang satu ini bermimpi untuk sesempurna Khadijah dan Hawa nya Adam....
Malu untuk mengatakan namun nyatanya....Hawa ini bermimpi untuk sempurna..

Moga Hidayah MU Mengiringi..



Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .