CiNtA, KORbaN, IkHlas Dan YakIN
Terima mesej dari k.sal: Assalamualaikum. Ani apa khabar? Ani sampaikan salam sayang kak sal untuk semua disana. Akan kearafah sabtu ini. Doakan kak sal dapat haji mabrur. Amin
Nampaknya K.sal dah pun bergerak ke Arafah…..tanah bertemunya Adam dan Hawa setelah bertahun mereka dipisahkan…bumi yang menyaksikan penyesalan atas kesilapan yang telah mereka lakukan.
Ketika Umrah cuti pertengahan tahun baru2 ini…sempat dibawa melawat ke arafah….tapi kosong…yang ada hanya tanah lapang, pokok2 yang ditanam dan khemah2 kosong….malah lucu pula bila diberitahu mutawif bahawa tandas2 yang kelihatan hanya digunapakai ketika bulan Haji sahaja….
Saya rindu nak kembali kesana lagi… Rasa rindu yang tak dapat digambarkan bagaimana…
Dan kali ini teringin benar untuk menikmati erti pengorbanan yg telah dididik oleh Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail...... teringin benar melaksanakan penghayatan seperti yang pernah diajar oleh Rasulullah ….dan tentunya teringin benar untuk menanamkan jauh dalam sudut hati yang dalam erti pengorbanan yang hakiki…
Lihat sahaja Nabi ALLah Ibrahim…pengorbanan yang dilakukan penuh keyakinan. Dia yakin darah yang bakal dititiskan tidak sia-sia…Dia yakin arahan ALlah itu bukan untuk menyiksa batinnya…Biarpun yang dikorbankan itu darah daging, cahaya mata malah benih dirinya sendiri hasil dari cinta yang dimiliki….
Nabi ALLah Ibrahim berkorban kasih sayang atas dasar kasih sayang yang lebih Agung. Dia tidak ragu…… Dia mengorbankan cintanya untuk Pencipta cinta itu sendiri…..
Saya kagum..SubhanaALLah…
dan saya…… sukarnya untuk mengorbankan waktu sedikit yang saya ada apabila mendengar Adhan untuk melaksanakan solat…hanya kerana takut kerja saya tergendala, terlepas menonton rancangan kegemaran atau tertinggal perbualan yang menarik dengan kawan…
ALLah panggil saya kerana sayang…saya lengahkan…
Jika pengorbanan kerana ALLah yang sekecil ini tidak mampu saya laksanakan…
mampukah saya untuk mengorbankan sesuatu yang lebih besar dari itu…
Dimana keyakinan saya bahawa ALLah tetapkan rezeki saya..
Dimana keyakinan saya bahawa cerita saya bakal ALLah olah sebaiknya untuk saya…
Dimana keyakinan saya bahawa ALLah akan sentiasa menemani saya susah dan senang…
dan bila solat yang lengah itu saya kerjakan...saya berdoa banyak2...
Sayangnya saya terlalu buta.....
Betapa banyaknya permintaan yang saya buat, tapi betapa kurangnya amal yang saya beri..
Betapa banyak yang tuhan beri.....betapa kurangnya saya syukuri, sebaliknya saya anggap apa yang diberi milik saya....harta, orang tersayang dan segalanya.....
Dimana erti pengorbanan yang sebenar dalam diri saya????
Pengorbanan harus dengan ikhlas... dari mana datangnya ikhlas itu jika tidak dari keyakinan yang jitu kepada ALLah...
dan saya terus-terus berfikir, mampukah saya mengorbankan orang yang saya sayang kerana ALLah jika pengorbanan kecil yang ALlah pinta itu tidak dapat saya laksanakan.
Yakinkah saya jika melepaskan itu memberi kebaikan untuk saya??
Kuatkah saya seperti Nabi ALlah Ibarahim yang sanggup melepaskan insan yang dicintainya.
Mampukah saya mengorbankan diri sendiri kerana ALLah. Yakinkah saya bahawa nyawa saya ini bernilai untuk sesuatu yang tinggi nilainya disisi ALLah kelak? Beranikah saya seperti beraninya Nabi ALLah Ismail menyerahkan batang tubuhnya sendiri?
Mampukah saya redha dan berkorban hati seperti Siti Hajar yang ditinggalkan bersendirian bersama Nabi ALLah Ismail?? Yakinkah saya bahawa ALLah menemani saya..
Mampukah saya melaksanakan itu semua andai saya gagal mengorbankan masa 5-10 minit untuk bertemu ALLah. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isha'.
Benar Aidiladaha adalah hari memperingati pengorbanan..Namun untuk apa memandang pengorbanan yang besar andai pengorbanan yang kecil tidak dihayati...
Ini peringatan untuk diri saya sendiri, namun indahnya andai ia dikongsi dengan yang lain... bukankah ALLah telah menjadikan Islam itu cukup2 indah.....
Moga Aidiladha ini menyemai rasa cinta sebenar...cinta yang membawa kepada keyakinan yang teguh dan seterusnya pengorbanan yang ikhlas.....
Seperti cinta Nabi ALLah Adam dan Hawa yang membawa kepada taubat di Arafah, Cinta Nabi ALLah Ibrahim dan Ismail yang mencipta sejarah pengorbanan yang tidak dapat ditandingi. Cinta Siti Hajar yang patuh pada suami, yakin dan redha dengan ketetapan ALLah. Dan tentunya cinta Nabi ALLah Muhammad hingga teguhnya kalimah ALLah dimuka bumi ini.....
Sahabat dan teman, bercintalah, berkorbanlah, ikhlas dan yakinlah...
Namun selidikilah
Dari mana datangnya pengorbanan? Ke mana arahnya cinta? Untuk apa keyakinan? dan nilailah keikhlasan yang ada…
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA!!!! dan tentunya SELAMAT BERKORBAN (",)
Comments