Perak Hari Ini......

Adakalanya takut untuk membaca akhbar dan seram untuk menonton televisyen....


Kadang kala keliru...adakah itu realiti atau hanya cerita yang dipaparkan bagi menarik minat pembaca...


Kali ini media sibuk dengan isu di Perak..... kisah dan cerita datang silih berganti...

Motifnya: menyampaikan kebenaran, menunaikan tanggungjawab atau mengaut keuntungan ??


Mahu dikatakan saya berminat dgn politik....tidak sama sekali, namun satu perkara yang perlu saya dan kita semua akur, politik itu merupakan sebahagian dari nadi kehidupan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, sebagai satu jalan untuk kita hamba yang telah diciptakan ALLah diuji sebelum dinilai dan diberi ganjaran.....


Nyatanya politik itu juga adalah sebahagian daripada ajaran islam.... bukan politik yang membawa Islam namun sebaliknya Islam yang perlu berada diatas dan politik itu adalah salah satu dari cabangnya..... Jika tidak masakan Rasulullah mampu mentadbir Madinah, membuka semula Mekah dan seterusnya menakluk tanah arab.....
apakah atas dasar agama sahaja tanpa pembabitan politik?

Aneh dan pelik, jika saya mahu menulis tentang ini, tapi apa yang berlaku di Perak pasti ada sebab, pasti ada kesan dan pasti ada rahsia yang tersembunyi....


Bila sebut pemimpin, apatah lagi pemimpin yang tertinggi, ianya punya hak untuk dipatuhi.....
dan rakyat sebagai orang bawahan wajib mentaati.
Namun, pemimpin perlu akur bahawa orang bawahan juga punya hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk didengari dan hak untuk memperolehi keadilan.... Orang bawahan itu bukan hanya hamba untuk menurut membuta tuli..

Justeru, arahan dan tindakan pemimpin yang wajar dipatuhi dan dipenuhi haknya adalah pusingan dari penilaian pemimpin, timbang rasa seta kewajipan menunaikan hak rakyat itu sendiri. Segalanya saling berkait.....

Saya mengikuti kisah di Perak melalui akhbar dan tulisan orang-orang tertentu.

Dan saya suka apa yang saudara Hasrizal tulis dlm http://www.saifulislam.com/ Perak: Ibrah Sulaiman dan wasiat Uthman. Apatah lagi penulisnya juga orang perak..... tentu sekali isu tersebut menjadi sangat berkait dengan dirinya... Apa yang ditulis tentang media, tidak boleh lagi disangkal akan kebenarannya, umum maklum. Peranan istana pula memaparkan ibrah dari kisah Nabi Sulaiman dan Puteri balqis yang boleh kita jadikan sandaran untuk sesetengah perkara dan tentunya wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Uthman yang menampakkan bahawa pemimpin, islam dan politik bukan perkara main-main, atau suka-suka.

Sabda Rasulullah SAW


“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]


Mengambil kira pula tulisan Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis:

Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup.

Indahnya bila semua keputusan kepimpinan malah tindakan berlandaskan kepada asas insani. indahnya juga bila orang yang memimpin dan dipimpin memahami bahawa setiap hak harus berlandaskan fitrah berpandukan Quran dan sunnah....Apakah ini tersasar jauh dari tajuk utama, rasanya tidak.

Adakalanya yang kita perhatikan sebagai remeh itu adalah tunjang utama kepada permasalahan yang besar. Jika tidak masakan Rasulullah mampu membina tamadun bermula dengan kalimah tiada Tuhan melainkan ALLah, dan Nabi Muhammad pesuruh ALLah. Jika tidak masakan kemenangan tentera Islam bermula dengan penghayatan kalimah Jihad dan teguhnya ekonomi Islam satu waktu dulu atas dasar pemahaman terhadap Ihsan dan kejujuran...

Huh, cant believe i wrote this!!!!!

Ya ALLah, moga hidayah mengiringi...... (",)

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+