Maafkan saya..biarkan saya...

Hasan sangat nakal. Setiap kali saya mengajar, tumpuannya tidak pernah pada saya. Saya bercakap, dia bercakap. Malah namanya sering saya sebut dalam kelas.....

sering saya bebelkan dan sering saya marah.Tidak pernah pun satu kerja yang saya beri disiapkan dengan sempurna........

Adakalanya sesi pembelajaran terganggu dek kerana memberi perhatian yang lebih pada Hasan. Adakalanya saya berdiri disebelahnya hingga selesai kerja, jika tidak kerjanya entah ke mana.......

Setiap hari mengadap Hasan, angin saya tidak baik.... rungutan saya adakalanya tidak hanya dalam kelas.....geram.

Satu hari saya masuk ke kelas Hasan mengajar seperti biasa.......
Hasan tidak lagi saya endahkan. Saya tidak kisah sama ada dia membawa buku atau tidak? malah saya tidak kisah jika dia bermain? sekalipun dia bermain dengan teman sebelahnya, saya arahkan temannya berpindah tempat.......sikitpun saya tidak kisahkan dia..... Malah saya tidak memandangnya langsung....

Keesokannya sama, kenapa perlu saya abaikan yang lain hanya kerana Hasan...... begitu juga hari ketiga, keempat dan seterusnya...........

Setelah seminggu, saya mula sedar perubahan Hasan..... dia mula fokus, kerja saya mula disiapkan biarpun ada yang salah..... dan saya kembali memandang wajahnya...

Manusia seringkali melakukan kesilapan.......sering lupa dan sering tersilap langkah......
manusia itu insan.

Adakalanya, manusia harus dibiarkan untuk dia berfikir sendiri hakikat dan kebenaran....
Jangan diasak setiap hari....mungkin dia jemu dan mungkin juga dia bakal keliru......
Akur bahawa kebaikan itu adalah sesuatu yang harus diterima,
Namun seperti Hasan, adakala saya cuba mencabar malah mungkin menduga.......
Maafkan saya....

Adakala merasakan diri seperti Hasan, ingin diberi perhatian lebih.
Jangan marah saya kerana saya akan sukar untuk menerima.. tapi biarkan saya.....
Doakan agar petunjuk dari ALLah mengiringi keputusan yang bakal dibuat

Na... if u read this, I want u to know on that day..... I felt like crying, being blamed and eager to end up our conversation....but still, do understand ur expecting the best for my life..... Ur my best friend

sekali lagi, awak kecewa pada saya dengan tindakan dan keputusan yang saya buat untuk orang lain... hati saya memang keras dari dulu...

sekali lagi, mungkin tindakan dan keputusan saya terlalu cepat untuk itu semua....dan mungkin melulu

Kali ini,biarkan saya dan tinggalkan saya.......

benar..... mengapa menolak kebaikan yang tiba????....

cuma, biarkan saya.....

yes, i should sit down calmly, giving myself a deep thought n muhasabah diri...
me and myself only.......

moga keputusan yang baru kelak bukan untuk diri sendiri, bukan kerana orang lain tapi ikhlas kerana ALLah Taala

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .