He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Tuesday, November 24, 2009
Kuliah Ahad 25 Oktober 2009
Kuliah disampaikan oleh Ustaz Izmail Kamus dan kali ini ustaz bercerita tentang orang2 yang zalim. Siapa yg zalim sebenarnya??
1. Orang yang berdoa untuk dirinya sahaja….tidak berdosa, tapi zalim. kta bukan sahaja perlu tahu/faham apa yg diminta, kita juga sepatutnya berdoa dan minta ampun untuk seluruh umat Islam. Dalam diam saat kta meminta ampun untuk orng lain…kita turut diampunkan…
2. Orng yg mahir Al Quran tp tidak mrmbaca 100 ayat Al Quran dalam sehari.. Ustaz bercerita tentang banyaknya Fadhilat Al-Quran antarannya:
· Bacaan pendinding diri sebelum tidur : 3 qul
· Elak dr diracun pd makanan, makanan tidak cukup baca surah Quraish
· Untuk anak2 sekolah…alam Nasyrah dan Arrahman
· Barng hilang..selamat dr pencuri : surah Asy Syams
Quran adalah mukjizat yg perlu dibaca…malah Rasulullah SaW bersabda bahawa Quran itu kelak bakal menjadi syafaat untuk kita…
3. Orang yang masuk ke dalam masjid tetapi tidak melaksanakan solat tahiyatul masjid
4. Orng yg lalu di perkuburan orng islam tetapi tidak mendoakannya apatah lagi memberi salam….. Ustaz ajar adab untuk member salam hendaklah dgn mengadap penghuni kubur yakni membelakangi kiblat…dan berdoalah agar Allah akan mengampuni dosa2 mereka.
5. Orng yg lalu disebuah kg….ttpi tidak mengerjakan solat jumaat…
Musafir pd hari Jumaat pula boleh jatuh hukum makruh jika diyakini saat itu ada kesempatan untuk menunaikan jumaat….
6. Zalim juga seandainya kita tidak mahu belajar dgn orng alim yg dtg ke tempat kita…
7. Apabila 2 org bertemu, tidak bertanya khabar dan nama..ustaz kata org itu turut digelar zalim.
8. Dijemput tetapi tidak hadir….wajib memenuhi jemputan sekiranya ada…dan perlulah memenuhi jemputan terdekat dahulu, namun..andaikata jemputan itu berunsur maksiat….kita tidak diwajibkan untuk menghadirinya…
9. Pemuda yg tidak ada apa urusan dan tidak mahu belajar
10. Orng yg kenyang tetapi jiran disebelahnya lapar….
Tuesday, October 27, 2009
Quran itu & Doa saya
dan sekali lagi..terlalu banyaknya perkara yg mahu saya minta....hingga tidak menyedari betapa banyaknya kurnia yg telah ALLah anugerahi dalam diam biarpun terlalu sedkit yg telah saya beri....
Malu dengan diri sendiri....meminta tapi kurang memberi, namun diri masih sudi diperhati....Terima Kasih ALLah!!!!! ALlahuakbar!!!
Ya ALLah, rahmatilah aku dengan Al Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berilah aku ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku tuhan seru sekelian alam.
Ya ALlah, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku dari segala kejahatan.
Ya ALlah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan Mu.
Ya ALlah, aku memohon kepadamu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.
Ya ALlah. aku memohon kepadaMu, sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-bail kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darhatku, terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku...aku memohon ketinggian syurga.
Ya ALlah, aku memohon kepada Mu, keharusan mendapatkan rahmat Mu dan keteguhan pengampunan Mu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.
Ya ALlah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.
Ya ALLah anugerahkanlah bg kami ketakutan kepada Muyg dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kpd Mu, ketaatan yg dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu, Keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yg menimpa kami, berilah kenikmatan keoada kami dengan pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada org yg menzalimi kami, tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami, janganlah engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yg paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami..Janganlah engkau beri kekuasaan atas kami kepada org yang tidak mengasihi kami.
Ya ALlah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau meninggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat kpd kami melainkan Engkau telah menunaikannya.
Wahai Zat yg Maha Mengasihani.
Ya Tuhan Kami, berikanlah kpd kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari sekdaan api neraka, semoga ALlah melimpahkan selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAw dan kepada keluarganya serta para sahabatnya yg baik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.
Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar danNakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata : Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.'
Thursday, October 08, 2009
tika dan ketika
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia...
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...
Allah sentiasa berada di sampingmu
Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah mempunyai jawapannya.
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah telah pun memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada...
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu
live life to the fullest!!!!!!
Sunday, September 27, 2009
Kuliah Ahad 13 September :Syurga dan Neraka
ALLah berfirman: bersegeralah kamu mencari maghfirah ALlah dan kiraya kamu memperolehi maghfirah ALlah itu, kamu beroleh syurga. dan lebar syurga itu selebar jarak dari langit dan bumi yang ALlah sediakn untuk org2 yg bertakwa.
Org2 yg tidak bersedia untuk menghadapi Allah kerana leka dengan kehidupan dunia, mereka sudah rasa cukup bahagia dan mereka yg sentiasa lalai, tidak ambil pengajaran dari kemurkaan ALLah terhadap apa yg berlaku ~ golongan ini tempat tinggal mereka adalah api neraka; balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka.
Ketika bayi dilahirkan kedunia, ALlah mengutus 2 or penyambut tetamu untuk mereka yg akan berada dikiri dan kanan bayi tersebut.
dan bila bangin di akhirat kelak pulak, Allah mendatangkan 2 malaikat malaikat penuntun dan malaikat saksi untuk mereka.
Dan proses seterusnya pula, mereka akan dimasukkan antara 2 tempat syurga atau neraka.
Matlamat akhir di dunia ini seharusnya menjadi hamba yg diterima ALlah, diampunkan dosa dan masuk kedalam syurga.... Dan adakalanya di dunia lg kita sebagai hamba boleh menerima tanda2 bhwa dosa kita telah diampunkan....namun bagaimana, hanya org2 yg terpilih shj yg mengetahuinya
Kenapa kita tidak mahu masuk neraka???
" Sesungguhnya hamba2Ku, tidaklah ada bgnu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yg menurutmu dari org2 yg sesat dgn pilihannya sendiri. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yg dijanjikan bg sekelian mereka menurut mu. Ia mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap sesebuah pintu itu ada bahagian tertentu bagi mereka yg sesat lg menyesatkan itu" Al Hijr:42-44
"Dan puak kiri-alangkah seksanya keadaan puak kiri itu. Mereka diseksa dalam angin yg membakar dan air yg menggelegak. Serta naungan asap hitam. Yg tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan dunia dari mengingati hukum Allah" Al waqiah-41-45
Diriwayatkan bahawa pada satu hari sedang Rasulullah dan para sahabat duduk, mereka mendengar dentuman yg sangat kuat. Nabi terperanjat dan dimaklumkan lah kepada semua bahawa ia merupakan batu dari neraka yg telah dibalaing dan bunyi balingan tersebut mencapai 70 thn baru samapi kebumi. Betapa azabnya dan menggerunkan azab dan siksaan Allah.
Api neraka itu dijaga oleh malaikat yg bengis2 mukanya, tidak peramah, tidak pernah senyum malah tidak pernah derhaka pd ALlah
Ada penghuni neraka yg memakai pakaian yg disiram ke atas mereka air oanas hingga lbur2 kulit mereka, kulit mereka ini akan berganti namun akan diseksa kembali.
Neraka juga ada makanan dan minumannya tersendiri yg terdiri dari buah zaqqum.
"Ingatlah sesungguhnya pokok Zaqqum, buahnya menjadi makanan bg org yg berdosa didalam neraka. Makanan ini pula panas seperti tembaga cair, mendidih didalam perut seperti mendidihnya air yg meluap-lua panansnya." AdDukhan:43-46
dan sesungguhnya sepanas-panas api yg kita rasa di dunia ini, ia baru 1/70 dari kepanasan api neraka. Nauzubillah.
Nuraka juga mempunyai banyak peringkat. ada yg disiksa ringan dan ada yg menerima siksaan berat.
Seringan-ringan siksaan pula ialah apabila seorg hmba ALlah yg tidak masuk ke neraka namaun didekatkan kepd api neraka tersenut untuk dirasakan bahangnya...dan maha suci ALLah bahangnya sahja sudah cukup menyeksakan....
Sebelum berangkat pergi meninggalkan api neraka pula, hamba ALlah tersebut akan dipakaikan dengan sepasang kasut dr api neraka yg panasnya kasut tersebut menyebabkan otak di kepala menggelegak dan tercabut kasut dari si pemakai akibat menggeletek keseksaan dek kepanansan tersebut.
Ustaz kata siksaan yg paling teruk apabila manusia itu sendiri menjadi kayu api neraka dan seterusnya neraka yang paling bawah pula kan dihuni oleh org2 munafik...Nauzubillah
Seterusnya Ustaz bercerita tentang syurga...berbeza dgn neraka...cerita tentang syurga itu sngt indah dan menenangkan..
Sebelum tiba ke jannah: satu penghidupan yg baru, manusia itu akan dibangkitkan dalam padang mashyar dan saat itu, seorg insan akan berlari bila bertemu dgn insan yg dikenalinya...
Msuk syurga dan neraka seorg hamba ALlah itu boleh dinilai melalui pemberian suhufnya sama ada dari tgn kanan @ tgn kiri.
Salah satu keindahan syurga yg ustaz ceritakan yg nyata di bumi ini ialah batu hajaratul aswad. Satu ketika dahulu, batu tersebut putih dan cahayanya bersinar...dan ia kian malap dek dosa hamba Allah yg lain, namun dlm keadaan sebegitu...manusia masih lagi mengejar-ngejar dan mencari peluang untuk mngucupnya biarpun ia cuma satu perkara sunat....namun nyatanya itu adalah salah satu keindahan syurga yg menjadi tarikan semua org.
Ustaz kata syurga itu ada 7...penuh dgn2 pokok2 malah bangunan2 yg dibuat dgn emas, permata dan batu2 dunia yg mahal2.
Hati manusia dlm syurga itu putih bersih, tiada kebencian dan penuh kasih sayang, hilang semua kesedihan dan penuh dgn kegembiraan, dicabut segala sifat2 negatif dan dikurnikan ketenangan...SubhanaALLah.
Tiada satu pun yg mendatangkan kebencian dan tidak ada jemu...
Dalam syurga itu ada sungai yg mengalir, mengalir tanpa henti...airnya pula terdiri dari air susu yg segar, dan tidak berubah rasanya walau sedkit...
Dalam syurga juga ada arak, namun araknya tidak sama seperti apa yg ada di dunia ini..ia lazat dan mengasyikkan...
Dalam syurga ada sungai madu yg manis...segar dan tiada kekotoran...
Dalam syurga ada segala jenis buah...yg pernah dan tidak pernah kita lihat....ahli2 syurga itu dilayan, bagai pembesar, dikelilingi pelayan2 muda yg cantik...
Indahnya syurga!!!!!
dan sesungguhnya ALLah berkuasa untuk itu semua sama seperti ALLah berkuasa menghidupkan apa shja yg mati...seperti kisah nabi Uzair yg dihidupkan setelah ditidurkan 100 tahun..ALLah maha berkuasa...
dan saya bercita-cita nak jadi ahli syurga, meyakini anda yg mebaca ini sudah tentu mahu jadi ahli syurga....mari kita sama-sama doa agar kita sama2 jadi ahli syurga menikmati keindahannya dalam rahmat dan kasih sayang ALLah yg sudah tentu tidak bertepi.....
jika aku jatuh hati
dn moga video ini ada jwpannya :) ...
Sunday, September 20, 2009
20-09-2009
Alhamdulillah dapat mengerjakan solat Hari Raya bersama mama dan abah...dan antara isi khutbah Hari kemenangan tersebut:
Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya
(surah 29 Al ankabut:69)
Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi hamba ALlah yang telah berusaha bersungguh2 memperbaiki amalannnya ketika Ramadhan... Khatib melaungkan kalimah kebesaran ALLah serta pujian dan kesyukuran atas itu semua.
Menurut beliau, laungan ALLahuakbar dan kalimah takbir tersebut bukan sahaja:
1. tanda kemenangan orang islam melepasi madrasah Ramadhan
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yg padanya
diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yg menjelaskn ptnjuk, & menjelaskan perbezaan antara benar
dgn yg salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yg menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yg sakit @
musafir maka ( bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)sebanyak
hari yg ditinggalkan itu pd hari-hari yg lain. Dengan ketetapan yg demikian itu
ALLah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidaklah menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan
Ramadhan, dan supaya kamu membesarkan ALlah kerana mendpt petunjuknya dan supaya
kamu bersyukur. ( l-Baqarah:185)
2. ia merupakan sebahagian dari syiar islam
3. ia mampu meningkatkan semangat muslim, malah
4. menggentarkan musuh2 islam
5. Laungan tersebut juga merupakan tanda kesyukuran dan berkongsi kegembiraan dengan
fakir miskin yg merupakan salah satu hikmah Ramadhan
untuk itu kita semua perlu istiqamah dan sentiasa menjaga dan memelihara kesucian Islam.
Untuk memperolehi apa yg kita ada sekarang bukan mudah. Ia dimulakan dengan perjuangan Rasulullah yg perlu dihayati dan seterusnya memberi keinsafan kepada diri.
Kita tidak seharusnya berbangga dengan nama islam sebaliknya perlu mementingkan bagaimana kita mengamalkan islam tersebut dalam kehidupan seharian kita.
Dan janganlah kamu merasa lemah dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan islam, dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yg akan menimpa kamu. padahal kamulah org-org yg tertinggi mengatasi musuh dgn mencapai kemenangan, jika kamu org yg bersungguh-sungguh beriman. (Al-Imran: 139)
Perjuangan Rasulullah bukannya mudah, dari Mekah, baginda ke Taif dan seterusnya ke Madinah. Namun, berkat kesabaran baginda, bangsa Arab berubah dan Agama Islam kini tersebur ke segenap pelusuk dunia.
Dunia hari ini pula merupakan dunia globalosasi, penyebaran mampu dilaksanakan dgn pantas dan maklumat mudah tersebar. Dan kini, ia sepatutnya menjadi tugas media untuk menyampaikan nilai-nilai murni islam semaksima mungkin melalui sumber dan teknologi yg mereka meliki. Salah satu tugas media ialah melaksankan tanggungjawab sosial dan penyebaran dan penyampaian maklumat agama islam merupakan salah satu tanggungjawab sosial besar media massa.
Selain media massa, pemerintah turut bertanggungjawab mempertahankan kesucian agama bg mencapai kemenangan yg hakiki. Tugas utama pentadbir ilah meletakkan islam pada kedudukan tertinggi dan melaksankan perintah ALlah. Pemerintah memegang tanggungjawab besar yg menpunyai kewajipan kepada semua org.
Namun Islam memerlukan kerjasama semua pihak, Islam tidak dpt berdiri teguh dgn sendirinya.
Dalam memartabatkan agama islam dalam pemerintahan, banyak perkara dan aktiviti boleh dilaksanakan dan ia tidak perlu memfokuskan pada ibadah khusus sahaja.
Kegiatan seperti pemantapan syariah, konsert bercirikan islam dan karnival sukan islam juga adalah antara aktiviti yg boleh dirancang.
Bagi tiap2 seorg ada malaikat penjaganya silih berganti dari gadapan dan dr belakangnya, yg mengawas dan menjaganya dari sesuatu bahaya dgn perintah ALlah. Sesungguhnya ALLah tidak mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALlah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana disebabkan kesalahan mereka sendiri maka tiada sesiapa pun dapat menolak @ menahan apa yg ditetapkanNya itu, & tidak ada sesiapa pun yg dpt menolong dan melindungi mereka selain daripada Nya.
(Surah Saffat:11)
Sesungguhnya ALLah itu maha besar, terpulang pada manusia untuk membuat pilihan dan penilaian.
Khatib seterusnya menyambung,Madrasah Ramadhan kali ini seharusnya berupaya meningkatkan ketakwaan dan keimanan seorang muslim...
Dan sebaliknya org2 yg menerima petunjuk ke jalan yg benar, ALLah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk , serta memberi kepada mereka dorongan untuk mereka bertakwa. (Muhammad:17)
Amalan2 mulia ketika Ramadhan perlulah diteruskan...bacaan Al Quran perlu istiqamah, puasa Ramadhan boleh digantikan dgn puasa2 sunat lain, zakat boleh berganti dengn sedekah dan begitu jugalah amalan-amalan kebajikan yg lainnya.
Untuk itu generasi hari ini seharusnya menghayati nikmat Ramadhan itu selari dengan penghayatan pengorbanan perjuangan Rasullullah menyebarkan islam dan memperkenalkannya seterusnya memadam segala kegiatan jahiliyyah yg tidak bertamadun.
Sayangnya hari ini, generasi baru ini seolah2 ingin kembali ke zaman tersebut: menghina prinsip2 islam, minum arak, anak2 gadis berpeleseran , perjudian, jenayah, rasuah dan pembunuhan.
Benarlah seperti apa yang diperkatakan syed Qutb:
Zaman Jahiliyyah telah berlalu, namun amalannya masih berterusan.
Dalam hal ini, ibubapa seharusnya bertindak lebih awal memberikan pendidikan agama secukupnya...salah didikan pada anak2, maka rosaklah anak..
Seperti yg telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW riwayat Imam bukhari "Setiap anak itu dilahirkan bersih (fitrah suci). Kedua-dua ibubapanyalah yang akan menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Masyarakat hari ini pula perlulah memainkan peranan membantu membanteras gejala yang tidak sihat.. Menurut satu hadith Agama itu adalah nasihat, maka nasihat menasihati lah antara satu sama lain..
Hari raya @ Aidilfitri adalah hari kemenangan, ia bukan tempat untuk kita melepaskan nafsu syahwat yg kita tahan selama ini...ia bukan hari untuk kita memutuskan hubungan dgn ALlah yg telah kita bina dgn susah payah ketika Ramadhan, ia adalah hari untuk kita meneruskan perjuangan.
Sedih pula bila membaca dada2 akhbr bila ada yg menyambut aidilfitri dgn botol arak di sisi....
ini hari kemenangan...dan untuk diri, secara peribadi...muhasabahlah..adakah ia benar2 hari kemenangan untuk diri sendiri....ish Ramadhan saya sudah jadi rindu.....cepatlah kembali!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, September 07, 2009
tidak puas hati
Tapi saya tidak puas hati dan mahu menulis sesuatu...berkaitan skim latihan graduan
Skim latihan graduan merupakan satu program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi latihan kepada lepasan diploma dan ijazah yang tidak bekerja dan menganggur. Latihan 3 bulan itu menyediakan elaun RM500 berdasarkan kelas dan latihan yang dihadiri, kupon makan malahan tempat tinggal. SElepas tiga bulan, pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk pelatih.
Makanya...kehadiran ke kelas akan diambil untuk pembahagian elaun. Dan ianya berdasarkan tandatangan pelatih itu sendiri.
Sabtu lepas, Adik saya yang menjalani latihan tersebut ada kelas ganti...sayangnya dari 25 orang hanya 6 orang yang hadir. Namun, bila melihatkan kedatangan, semuanya telah ditandatangan tanda hadir. Adik membetulkan keadaan, dia tandakan tulisan TH ( tidak hadir ) pada mereka yang sebenarnya tidak hadir walaupun telah ditandatangan....
Natijahnya, hari ini dia menangis teresak-esak menelefon saya... salahkah tindakan dia?????
Dia dipulaukan, dicaci dan dikata..dan dia hanya berdua dengan seorang sahabatnya..kerana majoriti di situ tidak jujur..
Anehkan??? Siapa yang salah sebenarnya...dan saya akui tandatangan dan tidak hadir ini bukan sekali ini sahaja berlaku...dah berkali adik bercerita pada saya......
Apa tidakkah mereka memikirkan ke mana keberkatan RM 500 yang bakal mereka perolehi setiap bulan. Apa nilainya jika hanya duduk di bilik, datang kelas tandatangan dan pulang... Apa dengan hanya memikirkan bahawa ia merupakan duit kerajaan, kita punya hak yang benar2 hakiki.
Kenapa latihan2 sebegini tidak di pantau???
Marah...memang marah, apatah lagi kasihan pada adik perempuan saya yang seorang ini.
Dan sedih... sukarnya mencari mereka yang jujur sekarang ini...
Berkata benar biar pahit...
Sabarlah dik...rasanya ALlah akan janjikan tempat yang baik untuk awak...InshaALLah, kak ni doakan permohonan awak ke UITM akan diterima atas tindakan berani awak kerana menegakkan yang haq. Kawan2 doakan adik saya dapat melanjutkan ijazahnya yer....
maaf dan berlapang dada
Bila amarah dan tindakan tidak waras, penyesalan akan hadir lewat setelah segala yang tidak kena berlaku....17 Ramadhan ini, bila saya membuka mukjizat ALlah yang maha besar itu...saya umpama terasa tertampar...
' Dan janganlah org2 yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya; org2 yg miskin dan org2 g berhijrah pd jalan ALLah, dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan BERLAPANG DADA. APAKAH KAMU TIDAK INGIN BAHAWA ALLAH MENGAMPUNIMU? dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG' An Nuur: 22
Nasihat pada hati berlembutlah, hulurkan kemaafan dan berlapang dada..bukankah keampunan ALLah itu lebih utama. Saya bersalah...dan saya minta maaf.
dan kisah ini turut menyedarkan saya..... Ahli sufi dan muridnya
Ahli sufi tersebut telah mendatangi salah seorang ank muridnya, dan wajah anak muridnya itu kebelakangan ini tampak murung dan bersedih...
Guru sufi itu bertanya:
"Kenapa kau bermurung wahai anak? Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana pergi wajah bersyukurmu??"
Jawab sang murid muda:
"Guru...Kebelakangan ini hidup saya penuh masalah..Sulit untuk saya tersenyum, masalah datang tidak habis-habis"
Sang Guru terkekeh.
"Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu"
Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan
gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air
asin.
"Bagaimana rasanya? "tanya Sang Guru.
"Masin, dan perutku jadi mual :jawab si murid dengan wajah yang masih
meringis"
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis
keasinan.
"Sekarang kau ikut aku"
Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.
"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau"
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa
bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa
asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah
di hadapan mursyid, begitu pikirnya.
"Sekarang, cuba kau minum air danau itu" kata Sang Guru sambil
mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir
danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan
membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin
dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya
kepadanya " Bagaimana rasanya?"
"Segar, segar sekali" kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan
punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber
air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang
tersisa di mulutnya.
"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"
"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan
meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,
membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.
"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.
Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dihitung dan ditentukan oleh Allah, sesuai
untuk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.
"Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangat
tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,
supaya tidak rasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu
dalam dadamu itu menjadi sebesar danau."
Berlapang dada...itulah kalimah yang serng kali saya dengar dalam beberapa kuliah....bukan mudah untuk miliki hati seluas danau....namun itu lah sumber kekuatan dalam menjalani kehidupan...
dan asasnya tentu sekali redha dan percaya bahawa ALLah tidak akan menzalimi hambanya...betapa setiap insan dicipta dengan ujian yang tersendiri...diuji untuk memperolehi sesuatu yang lebih baik
berlapang dada dan maafkanlah.... sedang ALLah memaafkan dan menerima..mengapa kita sukar memaafkan dan membiarkan segalanya terbuku dalam hati. Apakah kita manusia ini lebih besar dari ALlah sehingga kuasa maaf itu tidak boleh dibicarakan lagi..Dan jangan biarkan hati yang keras itu menutup pandangan ALlah pada diri.
Sebagai kakak, anak, teman, guru dan seorang pekerja.... saya minta maaf.
Sunday, September 06, 2009
Afgan – PadaMu Aku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
PadaMu
Saya suka lagu nih..
kerana saya meyakini..
Sekali ALLah berpaling dan tidak memandang saya lagi....
hidup ini tiada nilai dan erti.
KULIAH AHAD 6 SEPTEMBER 09
Setiap satunya sangat bermakna..
Ustaz bercerita tentang perbezaan puasa seorang mukmin dengan seorang munafik...
Puasa adalah ujian kita menjalani perintah ALLah. Puasa menduga adakah kita benar2 hamba. Mendidik diri menjadi hamba ALLah, sebagai hamba kita di suruh memperbesarkan perintah ALLah. Bukan puasa itu yang menjadi isunya, sebaliknya kepatuham kita kita perintah yang telah Allah tetapkan. Tuan Haji Ghazali turut menambah, antara kita dan ALlah adalah antara tuan dan hamba..seharusnya kita mematuhi perintah yang telah ditetapkan tanpa banyak soal.
Seorang mukmin akan menikmati Ramadhan dan menghayati Ramdhan sebagai nikmat yang sukar diperolehi. Seorang mukmin akan bersedih apabila semakin jauh Ramadhan dan semakin hampirnya Syawal. Sesungguhnya Ramadhan itu memberi 100 rahmat, kesenangan dan peluang untuk seorang mukmin memperbaiki diri dan mendekatkan diri pada Allah.
Sebaliknya seorng munafiq pula akan tersiksa dengan bulan Ramadhan..dan bila semakin hampirnya Syawal..semakin bergembira org munafiq tersebut.
Ustaz turut memperingatkan amalan yang perlu diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan antaranya:
1. Tahlil: Lailahaillallah : Sesungguhnya bacaan tersebut lebih berat dar langit dan
bumi serta isinya.
2. Istighfar : Terutama sekali ketika waktu sahur
3. Pohonlah syurga, sesungguhnya ALlah membuka pintu syurga itu seluasnya pada bulan
Ramadhan.
4. Mohon keselamatan api neraka...
Terlalu besar kelebihan yang terdalam dalam Ramadhan, terpulang kepada kita sebagai hamba untuk mengambil peluang yang ada atau membiarkan ia berlalu pergi meninggalkan hanya lapar dan dahaga.
Bercakap mengenai Ramadhan, Ustaz turut menyentuh isu pembacaan Al Quran. Ustaz berpendapat bahawa tadarus Al Quran yang sering dijalankan sempena Ramadhan sejak akhir-akhir ini seumpama berakar menjadi budaya dan semakin kukuh hingga menjadi adat yang perlu dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Padahal, keagungan Al Quran itu bukan sahaja perlu dibaca atau perlu dikhatamkan dalam waktu yang tertentu dan ditetapkan oleh pembaca itu sendiri, ia perlu difahami malah dihayati.
Al Quran adalah panduan dalam kehidupan. Terkandung di dalamnya 500 ayat hukum yng memberi kita panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
Rasulullah SAW pernah pada satu ketika meminta Abdullah Bin Masud membacakan beberapa potong ayat kepadanya. Abdullah bin Mas ud tertanya: apakah perlu beliau membacakan ayat Al Quran kepada Rasulullah sedangkan Al quran itu telah diturunkan ALlah melalui wahyu kepada Nabi Muhammad SAW itu sendiri.
Rasulullah bersabda bahawa baginda suka mendengar bacaan dari orang lain.
Lantaran itu menjadi salah satu sunnah untuk mendengar bacaan Al quran dari orang lain dan bukan hanya membacanya sendirian.
Abdullah Ibnu Mas ud lantas membaca sepotong ayat dari surah An Nisa, ayat 14.
Maka bagaimanakah halnya org kafir nanti, apabila kami mendatangkan seseorang saksi iaitu rasul dari tiap-tiap umat dan kami mendatangakn kamu Muhammad sebagai saksi atas mereka itu sebagai umatmu.
Mendengar ayat tersebut. Rasulullah menangis. Baginda menangis mengenangkan nasib umatnya. Sesungguhnya baginda bukan sahaja menjadi saksi kepada orang yang beriman...baginda turut menjadi saksi kepada mereka yang engkar dan fakir. Tangisan itu jelas menunjukkan kasih Rasul pada umatnya. Lihat sahaja apa yang tercatat dalam Al Quran Surah Taubah: ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri. berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orangorang mukmin
Berdasarkan cerita tersebut, Ustaz menerangkan bahawa salah satu adab dalam membaca Al Quran ialah menangis ketika membacanya....fahamilah makna yang terkandung dalam mukjizat agung tersebut, dan tangisilah nasib diri yang masih tidak tentu.
Tidak memahami Al Quran, belajar dan berusaha untuk menghayati dan memahami. Bila Al Quran diletakkan dihadapan dan menjadi panduan dalam setiap keputusan kehidupan, ALlah memberi jaminan syurga tanpa halangan.
Diceritakan pula pada satu ketika Saidina Umar melalui majli ilmu Ubay Bin Kaab yang mentafsirkan ayat pembalasan hari akhirat. Seabik mendengar apa yang diutarakan, Saidina Umar pengsan dek kerana takut dengan apa yang didengarinya..
Dalamilah Al Quran ....kerana dalam diam ia sebenarnya teman yang tidak akan hilang, melainkan kita sendiri yang meninggalkannya. Tinggalkan urusan dunia yang tidak akn habis melainkan bila maut yang bakal menjengah. Sediakan bekal akhirat, supaya hidup yang satiu lagi tidak kita sunyi.
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: Dia akhir zaman kelak, umat ku akan membesarkan urusan dunia berbanding urusan akhirat.
Nah, kita sudah pun di akhir zaman, cuma masih belum bertemu penghujungnya.
Pada waktu yang sama, Ustaz turut menyentuh isu mengapa kita solat dan puasa, namun ia masih belum mampu menghalang diri dari melakukan maksiat. Menurut ustaz jawapannya ada pada makanan yang kita ambil hari-hari.
Ulama terdahulu sangat menitikberatkan isu makanan. pemakanan yang halal sebenarnya membantu malah menjamin kesolehan. Sesungguhnya makanan itu membentuk hati. Makanlah makanan yang halal, hati jadi jernih lantas membuahkan akhlak yang mulia.
Dan terakhir, ustaz bercerita tentang kisah yang pada satu ketika solat sunat gerhana matahari. Apabila gerhana, Rasulullah segera menunaikan solat, dan dalam satu hadith baginda menunaikan berdiri untuk menunaikan solat tersebut terlalu lama sehingga disangka orang bahawa baginda tidak akan rukuk. Dan bila baginda rukuk, seolah-olah baginda tidak akan bangkit lagi dan begitu jugalah apabila baginda sujud. Sujudnya terlalu lam seolah-olah tidak mahu bangun. Dan dalam solat tersebut baginda menangis dan merintih..
Sesungguhnya pabila melihat gerhana tersebut, Nabi menyagka bahawa bala akan turun.
Dalam satu hadith Qudsi: Sesungguhnya Allah telah lama bercita-cita untuk menurunkan azab dan bala di dunia kerana maksiat yang berleluasa, namun semua itu tertahan kerana masih ada lagi mereka yang menyebut dan mengingati ALLah. Bumi tidak akan hancur bila masih ada orang yang menyebut nama ALlah.
Nabi Muhammad SAW mengeluh, bukankah ALLah telah berjanji tidak akan menurunkan bala sedangkan baginda dan pengikutnya masih lagi menyebut dan mengingati ALLah....
Sekali lagi risau Rasulullah SAw dan tangis tersebut untuk hambanya.. menakjubkan bila baginda turut memikirkan kita yang tidak pernah ditemuinya...Andai diri mengatakan kasih yang kita miliki tidak bertepi, sesungguhnya kasih Rasulullah tiada penghujung, lihat sahaja syafaatnya..Subhanaalah..
Ustaz mengingatkan, sesungguhnya yang akan masuk syurga itu sangat sedikit...seumpama segenggam...jadilah yang sedkiti itu. Perbanyakkan mengingati ALlah dan selamatkan lah bumi dari hancur.
kenapa pula bala datang tidak bertimpa dewasa ini? wabak penyakit dan kematian yang tidak terduga...
mungkin....kita sudah semakin jauh meninggalkan ALlah...terlalu sibuk urusan dunia, hingga lupa dunia ini sebenarnya sudah terlalu tua...
Saturday, August 29, 2009
Kuliah Ahad 16 Ogos 2009
Sifat muslim dalam SYaaban seharusnya gembira..kerana ia hampir dengan Ramadhan
Malah Rasulullah sendiri manusia yang maksum bergembira dan seringkali berdoa agar tiba pada bulan Ramadhan
Muslim seharusnya gembira kerana ia merupakan satu peluang dan tawaran yang dikurniakan ALLah untuk hambanya
Rejab, Ramadhan dan Syaaban punya maksud tersendiri.
Rejab: bulan hadirnya Israk dan Mikraj. Satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah dan tercatat dalam surah Al Isra'
Bulan tersebut menyaksikan ALLah menganugerahkan solat untuk umatnya. Penganugerahan yang menghubungkan manusia dengan ALLah..
Bukankah Rasulullah SAW, tenang, bahagia, mentadbir dan menjadi pemimpin kerana solat...hubungannnya dengan ALLah SWT.
Dari Solat ALLah Taala menembusi jiwa dan sanubari kita. Dalam kehidupan seharian, seharusnya kita menjaga hubungan dengan ALLah. Yakin dan percaya.
Atas dasar dan yakin dan percaya inilah, umat Islam telah memenangi perang badar, meskipun jumlahnya sedikit malahan dalam keadaan berpuasa.
dan salah satu sifat manusia dengan ALLah taala ialah berdoa...BERDOALAH...
Syaban : Dewasa ini tersebar hadith2 dhaif berkaitan Syaban secara berleluasa. Padahal terdapat salah satu peristiwa besar yang sering dilupakan pada bulan Syaaban iaitu perubahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.
Rasulullah SAW sebenarnya berasa kurang selesa bila kiblat mengadap Masjidil aqsa kerana Yahudi dan Nasrani turut mengadap Kiblat yang sama..
Lantaran itu turunlah ayat dalam Masjid Qiblatain bagi mengubah Kiblat tersebut.
Namun, asasnya tetap menyembah ALLah yang satu.
Rasulullah sangat menyukai Rejab dan Syaaban sehingga diriwayatkan beliau memperbanyakkan ibadat pada 2 bulan tersebut. Malah diriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW sendiri telah meminta izin dari saidatina Aisyah untuk tidak tidur pada 1 malam antara Rajab dan Syaban untuk beribadat. Malam yang berkitnya, Rasulullah melaksanakan perkara yang sama, beribadat sehingga Rasullah ketika itu disangka wafat oleh Saidatina Aishah. Aishah lalu mengambil kain menutup tubuh Rasulullah dan menguis kaki Rasulullah. Lega hati Aishah apabila Rasulullah memberikan tindakbalas.
Apabila ditanya Aishah dan dikata padanya: Teruknya dan bersungguh-sunguhnya Rasulullah beribadah sedangkan beliau seorang Rasul, Rasullah menjawab
Apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur
Ustaz menegaskan kaya di dunia, kaya jugalah di akhirat.
Rasulullah turut ditanya Aishah: Wahai Rasulullah aku lihat engkau berpuasa hampir penuh pada bulan Rejab dan Syaban. Rasulullah menjawab tahukah kamu bahawa Puasa bulan Rejab dan Syaban itu menyamai hampir kepada Bulan Ramadhan.
Ramadhan: Berpuasa di Bulan Ramadhan mengekang diri dan menundukkan nafsu mazmumah. Ramadhan ialah bulan terbaik untuk melatih kehendak-kehendak manusia mengikut kehendak ALLah.
Puasa memberi kita nilai isar atau empati seperti mana kisah dalam peperangan seorang sahabat yang dahaga dan cedera meminta air, bila tiba iar tersebut, beliau meminta untk mendahulukan sahabatnya yang lain yang mengerang dan begitulah seterusnya.
Seharusnya puasa mengajar kita untuk berlapang dada.
Puasa dalam Ramadhan disunatkan untuk awal berbuka dan lewat bersahur.
Ulama mendefinisikan puasa dengan banyak makna:
1, Bulan Ibadat: seharusnya menjadi budaya dalam masyarakat kita untuk memperbanyakkan ibadat dalam bulan Ramadhan.
2, Bulan bangun Malam. Dan ALLah menganugerahkan LailatulQadr dalam Ramadhan.
3, Bulan Al Quran: 17 Ramadhan, diturunkan Al Quran
4, Bulan berpuasa: menahan diri
Beberapa amalan yang seharusnya tdiak dikaitkan secara langsung dengan Ramadhan seperti adat memasang pelita dengan fahaman menerangi malaikat yang lalu. Seharusnya rumah diterangi dengan tahlil, tahmid dan takbir.
Sementara tidak seharusnya amalan meminta ampun dan maaf pada hari raya sahaja, sedangkan ia perlu dilaksanakan bila melakukan kesalahan.
dan begitulah juga dengan amalan menziarahi kubur...apakah kita mengingati mati saat aidilfitri dan tibanya ramadhan sahaja...
Friday, August 28, 2009
Puteri Islam
Persismu permata bernilai.....menjadi rebutan pejuang
Keutuhan yang tersimpan ..... dibalik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar.....di sinar cahaya iman
Itulah muslimah harapan
Gerak langkahnya yang sopan
Disulam zikir diingatan
Keyakinan yang mendalam
menjadi tagan perjuangan
Itulah muslimah harapan
Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan...
Membela islam yang mulia
Muslimah puteri harapan
Dikaulah cahaya menjadi lambang islam yang gemilang
Srikandi Islam, tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan islam
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
Kau sematkan kecintaan yang mendalam terhadap tuhanmu
Maruahmu yang leluhur di jaga untuk suami tercinta
Kau didik generasi mendatang
Untuk agamamu yang tercinta
Muslimah puteri harapan dikaulah harapan.....
Saya suka bila ia menggambarkan wanita yang lembut tapi tegas...
Wanita yang lemah namun punya kekuatan diri...
Wanita yang mampu membawa diri dalam masyarakat namun punya pegangan dan jati diri yang kuat...
Yang punya keayuaan, keindahan seorang wanita tapi tidak mempergunakannya...
Dan itu jugalah yang mahu saya terapkan dalam diri anak2 puteri islam saya...
Saya mahu mereka kuat namun mengekalkan fitrah kelembutan yang ada...
Saya mahu mereka bersosial, namun masih memegang batas agama, syariah dan memelihara kehormatan diri...
Saya mahu mereka berilmu, cerdik dan pandai..namun tidak melupakan tugas2 mereka sebagai bakal ibu dan isteri....
Namun bukan mudah rupanya untuk membentuk gadis pilihan dan muslimah harapan...
bukan mudah rupanya menyediakan bidadari syurga dan sayap kiri untuk pejuang2 dan khalifah ALLah di muka bumi ini....Pengalaman bersama anak2 puteri islam ketika perkhemahan tahun 5 beberapa bulan lalu membuatkan saya tertanya..sesukar itukah mama, makteh dan arwah nenek membimbing saya .... hmmm
Rasanya impian saya sendiri memenuhi kriteria dalam nasyid tersebut masih jauh...
Namun tak salah rasanya untuk terus berusaha..
dan anak2 puteri islam ku yang tersayang...berusahalah...
kita sama2 jadi muslimah puteri harapan....
Penghargaan istimewa untuk cikgu2 puteri Islam...especially my lovely sis noorhafidah abd rashid yg tekun mengajar puteri2 islam nih kawad smpai menang...buat sis fiza and asma: student mpi yg bersama2 bercmping dan jaga budak mlm tuh....terima kasih banyak... ALLah permudahkan usaha kalian...
Thursday, August 27, 2009
Saya dan kereta
Tamat belajar di UIA, kerja di KL, smbung belajar di UIA...masih lg dgn kereta merah itu....dan alhamdulillah...telah banyak jasanya pada saya dn orang lain....
Di Maktab...saya masih dengan kereta merah itu....balik hujung minggu
Dan bila saya mula bekerja sebagai guru...kereta merah itu jugalah yg saya guna untuk ke sekolah....
Mama selalu pesan selagi kereta tersebut boleh dimanfaatkan bukan shja untuk diri tapi untuk org lain...selagi itu mama mahu kereta tersebut digunakan...itu kereta mama yang pertama...dan itu jugalah kereta saya yg pertama...kenangannya banyak...
Namun, tidak lama mengajar, saya ada kereta baru...kali ini hasil titik peluh saya sendiri...dan telah pun saya niatkan untuk memanfaatkan kereta tersebut sebaiknya....bukan shj untuk diri tapi pada siapa yg memerlukannya...mama pesan brng yg ada biar memberi manfaat kpd yg ramai....
dan saya lupa pd kancil merah...apatah lagi bila pak cik saya pula menggunakannya kerana ketiadaan kereta...dan sejak kancil terlibat dlm satu kemalangan yg teruk...saya tidak berani menyentuh sterengnya lagi....
dan saya jd punya hubungan yg kuat dgn MYVi baru saya...kereta itu hntar abah hospital, jmput adik2, bawa sy ke sekolah, kuliah agama....tlong kwn2... saya jadi patah kaki bila tiada MyVi saya...
Namun...saya lupa dan leka...harta dunia ini tidak kemana... Sayang bagaimana pun, ia tetap benda maujud yg akan kita tinggalkan..akan lenyap ditelan zaman dan satu ketika mungkin saya juga jadi tidak memerlukannya....
dan bila kereta terlibat dalam kemalangan....
dan menyebabkan mama cedera....
dan hasrat abah untuk pulang kampung jumpa nenek tidak tercapai...
Saya jadi tersentak.... rupanya, hati saya terlalu bergantung pada kereta saya dan terlalu sayang....
belajar banyak benda dari apa yang terjadi...dan saat kereta di bengkel, saya kembali dengan kancil merah yang telah lama saya tinggalkan...
Rupanya saya juga terlupa bahawa bukankah dulu perasaan saya pada kancil itu juga begitu..saya sayang, menghargai dan sangat bergantung kepadanya....
Perasaan manusia mudah berubah...sekejap dia akan sayang pada sesuatu perkara dan kemudian kasih beralih arah dan sekejap lagi mungkin dia akan sayang kedua-dua perkara...atau juga tiba2 perkara lain...namun sayang dan kasih yang wujud pd yang lama tidak akan padam...cuma kita sahaja yg adakalanya tidak menyuburkannya semula..
Maha suci ALLah yang memegang hati manusia...betapa luas hati manusia itu hinggakan boleh menyimpan sayang untuk pada banyak bahagian... Namun harus diingat kasih dan sayang untuk semua perkara itu punya asas yg satu: pencipta kasih dan sayang itu sendiri ALLah SWT.
Saya belajar mensyukuri dan menghargai apa yang ada dihadapan mata....namun saya turut belajar untuk tidak lupa pada apa yang pernah kita miliki sebelum ini...
kerana kita banyak belajar dari yang mula...
Saya belajar untuk menyeimbangkan perasaan sayang yang kita miliki..kerana bak kata bijak pandai..sayang kan bunga ...bunga akan layu, sayangkan manusia ...manusia akan mati...segala yang maujud itu perlu diambil seadanya agar kita tidak terpedaya..seterusnya kecewa bila kehilangannya....
Saya sayang Kancil saya...saya belajar jadi berani dgnnya...saya belajar ikhlas dan murah hati untuk membantu org lain dengannya dan saya sayang MYVI saya, fungsinya masih sama....tapi saya sayang ALLah lagi...
dan saya sering memperingatkan diri saya kini.....tiada satu pun yang kita miliki di dunia ini..hatta ibu, ayah mahupun tubuh badan kita sendiri...semuanya pinjaman...bukan milik kita....
dan satu-satunya perkara yang akan milik kita hakiki ialah iman..... dan itupun bila ALLah menghendakinya ada pada kita...
Ya ALLah jangan kau tarik harta ku yang ada in...senipis bawang cuma...berusaha untuk menambahnya....
Ya ALLah jangn kau kurangkan ia...kerana itu sahaja yg ada untuk ku bawa bersama...
Sunday, August 09, 2009
Kuliah Ahad 2 0gos 2009
dan kali ini kami sekeluarga, saya, mama dan adik2 lewat sedikit. Ceramah kali ini masih lagi menyentuh serba sedikit tentang Isra' dn mikraj... namun tajuk utama yang dibicarakan ialah:
4 golongan yang tidak akan dihisab dan akan terus masuk kedalam syurga:
1. Golongan alim ulama yang tidak jemu mencari ilmu dan mengamalkan ilmunya. Mudah untuk ditulis dan diperkatakan namun sukar untuk mengamalkan. Ustaz membincangkan betapa hari ini ramai golongan ilmuwan yang mempunyai ilmu namun masih kurang pengamalan: lihat sahaja doktor2 yang menjual MC kepada pesakit, peguambela yang adakalanya membela mereka yang salah, malah golongan beragama yang bercakap atas dasar agama tapi tiada pengamalan, malah terdapat golongan agama sendiri yang menconteng arang ke muka mereka sendiri.
dan seperti biasa ustaz tidak lupa bercerita tentang pengalamannya memandikan seorang imam...sekali lagi saya tidak pandai bercerita tentangnya, namun yang pasti mati itu terbahagi kpd suul khtimah dan husnul khatimah...dan amalan lah yang bakal menentukan mana-mana keadaan yang bakal kita hadabi bila berhadapan dengan kematian kita kelak.
2. Golongan yang mencari hasil yang baik kemudian mendermakan hasil tersebut ke jalan ALLah. Pada tajuk yang ini Ustaz menegaskan agar kita seharusnya memastikan ke mana sumber yang kita dermakan. Kita juga perlu meyakini bahawa ALLah akan menggantikan apa yang telah kita dermakan dengan gantian yang berganda, namun kita tidak seharusnyamempersoalkan bilakah derma yang kita keluarkan itu bakal diganti.
Berbicara tentang derma, hasil dan pendpatan, ustaz juga turut mnyentuh tentang pendapatan yang kita perolehi untuk menderma, seharusnya pekerjaan yang kita lakukan itu tidak menghalang kita dari melaksankan perintah-perintah ALLah. Yusuf Al Qardhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa sekiranya seseorang berniaga di pasar malam dan terlepas waktu maghribnya maka pendapatan yang diperolehi selepas masuk waktu isha adalah dikira haram...
Ustaz turut bercerita pengalamannya bersedekah di bumi anbia'. Memandangkan itu pengalaman peribadi, hanya dia sahaja yang layak bercerita. yang pastinya, janji ALlah itu benar. Setiap yang dilaburkan ke atas jalan ALlah pasti akan diganti dengan sesuatu yang berganda.
3. Golongan yang memperolehi haji yang mabrur. Ustaz menegaskan ibadat haji perlu dilaksanakan dengan niat yang tetap. Kita perlu fokus pada ibadah dan tidak perkara selain dari Allah.
4. Golongan mati syahid. Jangan persoalkan bagaimana untuk mati syahid kerana ia adalah pemberian dan kurniaan Allah Taala.
Setelah para sahabat mendengar jani2 Rasulullah untuk golongan yang masuk syurga tanpa dihisab ini, mereka menangis teresak2. Kenapa? kerana...tawaran tersebut adalah khusus untuk umat akhir zaman.
Usai perbincangan tentang perkara diatas, ustaz diajukan dengan pelbagai soalan yang pada pandangan saya mempunyai ilmu dan manfaat yang tersendiri. Antara jawapan yang diperbincangkan ialah berkaitan syarat2 bersanding dan perkahwinan. Ustaz menyatakan bahawa persandingan perlulah dalam keadaan tertutup dan menutup aurat. Sekiranya ia perlu dilaksnakan secara terang-terangan, ia perlu dipertontonkn kepada khalayak ramai dengan niat untuk memaklumkan bahawa pasangan pengantin tersebut telah pun berkahwin.
Ustaz turut menegaskan bahawa sesebuah perkahwinan itu akan rosak olee beberapa perkara
1. menabur beras kunyit
2. membaca jampi mentera
3. berandam yang melampaui batas sehingga hilang bentuk asal
4. berhias berlebih-lebihan
5. kenduri yang berlebih-lebihan
6. menyediakan hadiah sebagai satu kemestian
hmm...teringat cerita kenduri mama dan abah yg ketika itu jauh di perantauan..tiada persandingan, malah tiada gambar kenangan walau sekeping, tiada kenduri besar-besaran sebaliknya mama kata mereka menjamu sahabat handai mereka mee hoon sup sahaja..tiada hantaran yang mahal2 cuma sebentuk cincin...
Kuliah Ahad 9 Ogos 2009
Ustazah berkata ketika tiba bulan Rejab Rasulullah telah berdoa: Ya ALLah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami pada Ramadhan.
Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah memperbanyakkan puasa pada bulan Sya'ban
Malah ketika ditanya, apakah puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan dan Sywal? Nabi menjawab puasa dalam bulan Syaaban bagi membesarkan Ramadhan
Nabi Muhammad SAW sangat sayang pada bulan Ramadhan dan banyak berpuasa pada bulan Syaaban.
Ada 3 perkara yang tidak boleh dn digalakkan untuk melaksanakannya iaitu
i. Jangan tinggal solat dhuha
ii. jgn tinggal zikir
iii. puasa 3 hari sebulan
Nabi tidak berpuasa penuh bulan Syaaban. Apabila hampir Ramadhan, adalah haram untuk berpuasa.
Sesungguhnya Rejab itu bulan ALLah, Syaaban Itu bulan Nabi Muhammad dan bulan Ramadhan itu bulan umat.
Rasulullah juga sangat bergembira dengan bulan Ramadhan dan sering berdoa bila kehadiran Ramadhan.
Puasa sebenarnya bukan sahaja untuk Umat Nabi Muhammad SAW. Puasa turut diwajibkan kepada umat lain termasuklah kaum yahudi. Malah sblm wajibnya puasa Ramadhan, Rasulullah turut berpuasa berdasarkan agama samawi terdahulu...
Puasa adalah untuk org yang bertakwa bukan setakat menahan makan dan minum namun turut menahan nafsu dan menumpukan fizikal dan rohani untuk beribadah....
Bagi Ramadhan, bulan ini juga digelar bulan AL Quran kerana turunnya kitabullah pada bln tersebut. ALLah hubungkan Puasa Ramadhan dan Al Quran kerana Al Quran itu pelengkap untuk keseluruhan kehidupan....Sekaligus tika Ramadhan ini dan hari2 lainnya pembacaan Al Quran perlu diawasi agar tidak dilaknat oleh Al Quran itu sendiri..
Nabi bersabda: Puasa lah kamu agar kamu sihat...
Puasa itu untuk membesrkan ALlah. Malah ia membantu kita menyedari rezeki yang hari-hari dikurniakan ALLah boleh ditarik balik dalam sekelip mata.
Puasa ialah salah satu tanda orang yang bersyukur ats nikmat yang dikurniakan. Dan ia adalah bukti kita menjunjung perintah ALLah.
Janganlah dipenuhkan perut kamu dengan makanan sebaliknya penuhkanlah perut kamu dengan keimanan.
Ramadhan juga merupakan antara bulan diberkati yang mudah dimakbulkan doanya...
Doa adalah intisari ibadah...
Malah ALLah akan sentiasa menjawab doa hamba-hambanya. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini.
Usai Ramadhan, kehadiran Syawal juga perlu disambut dengan kusyukuran. Dan ketika Syawal kita digalakkan berpuasa Syawal...tidak perlu berturut-turut dan seharusnya perlulah melaksanakan yang wajib sebelum menunaikan yang sunat.
Kesimpulan yg Ustazah gariskan untuk ceramah hari itu:
1. Puasa bukanlah ibadat yang baru..Ia ibadat umat terdahulu
2. Puasa hrndaklah diganti jika tidak dilaksanakan
3. Puasa menjana ketakwaan. Puasa 30 hari itu terlalu sedikit jika nak
dibandingkan dengan nilai dan faedah yang bakal kita perolehi. Puasa itu
mengurangkan syahwat
4. Pandangla dan renungilah kejadian dan peringatan yang tuhan beri pada kita
serta rahmat pensyariatan puasa.
5. Orang yang tidak mampu berpuasa perlu menggatikannya atau membayar fidyah
6. Siapa yang melihat anak bulan, berpuasalah..tiba waktunya berpuasalah
7. ALLah mahu memudahkan dan ALlah tidak mahu memberikan kesusahan. Setiapkali
kesusahan, Tuhan akan gantikan kemudahan.
8. SEmpurnakanlah bilangan yang tertinggal.
SELAMAT BERPUASA!!!!
Saturday, August 01, 2009
M.i.S.T.e.R.I
dan sepantas itulah 1001 cerita yang berlaku, 1001 manusia yg melintas dan berselisihan bahu dan 1001 rasa yang dipendam dan adakalanya diluah...
Misteri hidup akan terus menyelimuti manusia...dan itulah indahnya kehidupan..
Misteri hari esok yg tidak siapa yg tahu, tp Maha Suci ALLah, kita diberi kekuatan untuk merancang..
Misteri perasaan yang hadir bilamana akal berkata perasaan itu seharusnya tidak perlu ujud, namun Maha Suci ALLah yang menganugerahkan kita akal dan panduan untuk membuat keputusan...
Misteri dan ajaibnya bila kita melepasi satu tahap yg tidak terduga sedangkan ketika melaluinya kita terasa terlalu lemah dan tidak berdaya, malah hilang harapan.Maha Suci Allah yang memberi kekuatan dalam diam tanpa kita sedari
Misteri bila kita masih hidup, aman dan selesa biar titik noda dan dosa kian banyak membaluti hati....Maha Suci Allah yang maha pengasih dan penyayang yang tetap memberi peluang,harapan untuk kembali dan menyucikan diri....
Misteri esok.....hanya ALlah yang tahu, namun moga saya masih dalam pemerhatian nya, diberi secebis kekuatan dari kekuatanNya yang Agung...diberi harapan dari kasih dan sayangNya yang tidak bertepi....
Kamu tidak berada dalam satu keadaan dan tiak membaca satu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan satu pekerjaan, melainkan kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah atom dibumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak ada yang lebih besar dari itu melainkan semua itu tercatat dalam kitab yang nyata Lauh Mahfauzh.
Surah Yunus:61
Kuliah Ahad: 26 Julai 09
Kali ini lewat...menanti adik2 tersayang..hmmm
ketika hadir ustaz sedang menerangkan betapa Isra' Mikraj itu merupakan kurniaan ALlah untuk menambahkan keyakina kepada Rasul junjungan bahawa dia bertuhan.
Hadith Isra' dan Mikraj pula telah diriwayatkan oleh 40 orang sahabat. Tiak timbul soal samaada perjalanan tersebut berbentuk roh dan jasad kerana nyata sekali ulama muktabar menerima secara total dan mengakui bahawa perjalan tersebut berlaku dalam keadaan sedar.
Malh hujah akal yang boleh diambilkira apabila org2 kafir menolak sesuatu yg disampaikan oleh Rasul, sesungguhnya ia adalah benar..bukankah org kafir itu seringkali menolak kebenaran??
Tiada yg mustahil pada ALLah. ALLah yang memperjalankan Rasulullah...dan itulah kebenarannya..
Dalam perjalanan, Nabi diberi 2 bekas. Salah satunya ialah susu dan seberkas lain adalah arak...Nabi Muhammad SAW memilih susu dan Jibrail berkata betapa Engkau Rasulullah telah memilih sesuatu yg bersih dan andainya Engkau memilih arak, maka umatmu akan leka dan lalai...
Betapa susu itu putih dan tampak kesuciannya...dan bukankah Allah seringkali mengingatkan betapa beruntungnya pula mereka yang sering menyukina hatinya...
Selain itu ALLah juga membuka hijad dan seterunya menampakan gambaran syurga dan neraka. dan seseungguhnya ancaman neraka itu lebih banyak diperbincangkan dan diperlihatkan berbanding syurga..
Itulah gambaran kehidupan kita...betapa kita sebenarnya berhadapan dengan ancaman yang pelbagai...kita mudah rosak..berhati-hatilah..
Beberapa hari selepas peristiwa tersebut, Rasulullah dilihat berdukacita...setelah ditanya..beliau menjawab" Demi ALLah, kalau kamu mengetahui, apa yang aku tahu, kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis...." dan nilailah sendiri kasih Rasulullah yang mengenag itu semua untuk umatnya....Maha Suci ALlah yang menurunkan sebaik-baik manusia sebagai pemimpin dan pemberi petunjuk...
Kuliah Ahad: 12 Julai 09
Kali ini Ustaz suruh jemaah berfikir... melihat dan menilai persekitaran dan perumpamaan yg ALLah lakarkan dalam Al-Quran
Bukankah hidup ini saling berkait...bukankah perjalanan kehidupan ini ditulis dan dirancang oleh Yang Maha Mengetahui... dan tentunya ada rahsia pada setiap perumpamaan yg dilakar dalam Al Quran..
Nyata...Al Quran itu bukan sekadar dibaca kerana ritualnya...namun dihayati kerana ia sangat berkait dgn kehidupan kita...panduan dalam perjalanan yg kita sendiri tidak pasti bila akhirnya
ALLah membandingkan org2 yg kufur itu seperti org yg berada dalam kegelapan. Analoginya seperti lampu yg semakin terang dan mereka pula memadamnya dan berada dlm kegelapan.
Org yg telah diberi hidayah tetapi tidak mengaplikasikannya pula seperti org yang diberi lampu tapi tidak digunakan sebaiknya...sebaliknya dipadamkan pula...
Dalam Al Quran sendiri terdapat banyak perkara untuk dilihat. Banyak perumpamaan dan bidalan untuk di nilai dgn mata hati.
Sesungguhnya telah kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran.. Az Zumar:27
Contoh mudah yg sering diperbincangkan ialah
perbandingan cahaya dan iman manakala perbandingan kegelapan dengan kekufuran.
Bila berjalan dalam cahaya yang terang bukankah...perjalanan kita itu jelas dihadapan mata kita, malah kita tidak akan sesat.
dan bila berjalan dalam kegelapan pula, bukankah kemungkinan untuk sesat, terpijak duri dan mungkin juga masuk ke dalam lubang...
dan setiap satu itu merupakan pengajaran bagi manusia untuk hidup dan meneruskan langkah dan perjalanan.
Perumpamaan org2 yg mengambil pelindung2 selain ALLah adalah seperti labah2 yg membuat rumah. dan sesunggunya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2 kalau mereka mengetahui. Al A'nkabut:41
Nah , lihat sahajalah betapa rapuhnya pergantungan mereka yg tidak mengenal ALLah, bukankah sarang labah-labah itu rapuh...begitulah juga pergantungan manusia kepada apa jua perkara selain ALLah. Rapuhnya kasih yg disandarkan pada manusia, kerana manusia itu mati...pergantungan kepada kuasa...kerana kuasa itu tidak kekal lama, pergantungan kepada harta...kerana harta itu benda maujud yg pastinya boleh lupus seperti kita...dan bukankah setiap perkara tersebut di bawah perkiraan ALLah. Bukankah sarang labah2 itu juga ujud atas kuasa ALLah.Bodohnya kita andai berpaut pada sesuatu yg rapuh sedangkan kita mampu untuk berpaut pada kuasa yg mewujudkan pergantungan rapuh kita itu...
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah oleh mu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala-gala yang kamu seru selain ALLah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah sebenar-benarnya. Sesungguhnya ALLah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Hajj:73-74)
Telah ALlah peringatkan dan telah ALLah gambarkan betapa lemahnya rujukan dan sembahan yang lain selain ALLah...Maha suci ALLah yang memiliki segala kekuatan dan keagungan...Perbandingan apakah lagi yang perlu manusia ini fikirkan...betapa lalat sekecil itu pun tidak mampu dicipta oleh merka yg sebesar mana pun kuasanya...
Bukankah ayat ini jelas mengajak manusia berfikir dan menilai...dan andai ayat ini diperhati dengan mata hati dan akal yang tulus..tentunya cahaya iman itu meresap ke dalam jiwa dan hati2 manusia.
ALLah tuhan yg Maha tinggi, maha agung....namun ALlah tidak mlu untuk membuat penilaian dan contoh pada sehalus-halus makhluk seperti seekor nyamuk...
Sesungguhnya ALLah tiada segan untuk membuat perumpamaanberupa nyamuk atau yg lebih rendah dari itu. Adapun org2 yg beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tp mereka yg kafir mengatakan: Apakah maksud ALlah menjadikan ini sebagai perumpamaan? Dengan perumpamaan itu banyak yang disesatkan oleh ALlah, dan dengan perumpamaan itu pula banyak org yg diberi Nya petunjuk. Dan tidak ada yg disesatkan ALlah kecuali org2 yg fasik. Al Baqarah:26
Nyamuk tentera ALlah yg paling kecil, namun ia antara yang kuat. Maha kuasa Allah yang mampu membalas kejahatan manusia dengan menghantar tenteranya ini. Lihat sahaja pembalasan Allah melalui nyamuk dalam penyebaran virus JE. Bukankah virus JE itu berasal dari satu haiwan yang disebut dalam AL Quran sebagai haram penggunaannya. Bukankah ALLah menegaskan bahawa haiwan itu kotor dan tidak mungkin di sucikan. Betapa Allah memberi amaran akan kerosakan yang lebih besar bila manusia itu engkar dan degil pada perintahnya.
dan hari ini dunia heboh dgn H1N1.
Contoh2 ini adalah untuk manusia memahami hakikat ALLah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sesungguhnya ALLah tidak akan sekali-kali menzalimi makhluknya. Namun jika ada sesuatu perkara yang dilihat zalim, ia hasil kerja manusia itu sendiri. Apa sahaja musibah sesuatu kaum yg tidak mahu kamu ingini berlaku dan ia berlaku, itu adalah angkara perbuatan kamu sendiri...
Manusia itu menzalimi diri sendiri apabila mereka melaksanakan apa yang dilarang oleh ALLah..
Bila ALlah mengharamkan riba..menyatakan peperangan dari ALlah dan rasul bagi mereka yang degil..sesungguhnya peperangan hadir dalam bentuk kemelesatan ekonomi yg dihadapi oleh dunia
Bila ALlah mengharamkan penzinaan, manusia sendiri menzaliminya hingga turut penyakit kelamin , AIDs dan siphilis...
Bila ALlah mengharamkan pergaulan bebas, sekali lagi kemurkaan ALLah hadir dalam penyakit2 sosial yang berleluasa...anak2 tidak berdosa dibuang dan dicampak merata-rata. budaya entah apa2 hadir dan kegilaan untuk berhibur yang tiada penyudahnya.
Bila ALlah haramkan curi dan rompak, pembendungan tidak dgn apa yg telah ALLah perintahkan, lihat sahaja penyakit jenyah yang kian berleluasa..dari ragut yang kecil membawa kepada pembunuhan yang kian bertambah..
Kuliah kali ini panjang..namun hati jadi tenang.... ia telah diisi setelah lama kosong. Rindu sudah terubat....Pelbagai persoalan diutarakan seusai ceramah ustaz namun saya paling ingat kisah Uwais Al Qarni...pemuda yatim dari Yaman yang mengendong ibunya dari Yaman ke Makkah...
Saya jadi teringat peristiwa di hadapan Kaabah, bertemu seorg ibu dari Yaman yg ramah. Katanya perjalanan dari tempatnya ke Makkah sangat jauh..3 jam perjalanan dgn kapal terbang...tapi Uwais berjalan kaki sambil mengendong ibunya untuk menunaikan Haji.....
dan saya jadi kembali rindu pada Kaabah..rindu pada kasih mereka yg mengasihi ALlah...rindu suasana di sana... saya jadi sangat2 rindu....
Ya ALLah berkati saya dan tindakan saya.....................
Sunday, July 05, 2009
Kuliah Ahad: 5 Julai 09
Roh manusia itu bakal melalui 7 perjlanan
Dari rahim ibu hinggalah ke padang mahsyar....
Dan salah satu saksi di padang mahsyar kelak ialah airmata taubat yang menitis kerana ALLah Taala..airmata yg tumpah saat bgn malam mengenang untung nasib di hadapan ALLah
Airmata itu akan ditimbang dgn neraca dengan taubat yg dilaksanakan, drah org mati syahid dan dakwat ulama yg menulis kitab.
Setelah ditimbang antara airmata dan darah para syuhada ternyata...darah para syuhada itu lebih berat....maka golongan yang syahid itu akan dihimpun ke sebelah kanan dan diserahkan dengan bendera yg mempunyai wangian za'faran
Oleh kerana itu mereka yg mati syahid dikebumi begitu shj...tanpa dimandikan dan disolatkan
dan hakikatnya, para syuhada itu hidup di sisi ALLah...
Sesungguhnya golongan syuhada itu akan diketuai oleh Nabi Yahya sendiri yang syahid dibunuh dgn digergaji hingga terbahagi 2.
Allah menjanjikan tempat yg istimewa untuk para syuhada...namun demikian ALLah tidak juga meminggirkan golongan ulama.
Peranan seorg ulama itu sama seperti nabi....berkata benar dan melarang kemungkaran...
Malah ulama akan ditempatkan bersama-sama nabi...dan ALLah juga memerintahkan bahawa ulama boleh memberi syafaat kepada sesiapa yg dia suka.........
dan tinggi nya nilai ulama itu disisi ALlah......rugilah bg mereka yg tidak mahu mengambil kisah
Sunday, June 14, 2009
Kuliah Ahad: 14 Jun 09
Alhamdulillah...hari ini berjaya menjejakkan kaki untk mendengar kuliah..
Hari ini penceramahnya ustaz Ismail Kamus....dan beliau tiba agak lewat...
Kali ini temanya lebih kepada ilmu tasawuf dan tajuknya ialah martabat/maqam kita sebagai insan di dunia ini....
Kata ustaz: kita perlu tahu kedudukan dan maqam kta. Menilai dan melihat kdudukan diri kita.
Untuk apa??? Agar kita sebagai manusia dpt muhasabah: melihat kembali apa yg telah kita lakukan dan seterusnya kita mamu untuk muraqabah: menilai dan melihat apa yg mampu dan perlu kita lakukan pada masa hadapan...
Malahan setelah menilai dan mlihat kedudukan diri... kita seharusnya berusaha untuk mempertingkatkannya...
Ustaz menerangkan terdapat 7 maqam dan martabat untuk manusia dlm ilmu tasawuf ini,
dan antara maqam tersebut ialah:
1. Taubat
2. Warak
3. Zuhud
4. Sabar
5. Syukur
6. Tawakal
7. Redha..
Maqam paling rendah sekali ialah taubat dan maqam paling tinggi dan sukar untuk dicapai ialah redha....
Taubat:
Taubat ialah maqam yg terakhir dan sesiapa yg tidak bertaubat itu merupakan mereka yg tidak tersenarai langsung dalam carta kedudukan.. bak kata ustaz mereka yg ada taubat sekurag-kurangnya memperolehi 1/7, sementara yg tiada taubat dlm hati mereka itu 0/7....
Seandainya seseorang itu telah berniat untk bertaubat nmun masih belum melaksanaknnya, org tersebut masih belum tersenarai dlm carta martabat tersebut...
Taubat hendaklah dilaksanakan... malah memenuhi syarat2 yg telah diperuntukkan.
Antara syarat2 taubat
i. Menyesal ats perbuatan yg dilakukan
ii. Benci pada perbuatan dan kesilapan yg dilakukan
iii. Berazam untuk tidak sama sekali mengulanginya
iv. Memohon maaf kepda mereka yng terlibat
v. Melaksanakan amal2 soleh
Jika seseorang itu telah pun bertaubat...namun, entah bagaimana ia kembali melaksanakan/ mengulangi kejahatan taubatnya...ustaz kata dia masih belum bertaubat...dan taubatnya sebelum ini diragui dan masih belum diterima ALLah.... Taubatnya itu bkn taubat yg sebenar kerana masih belum memenuhi syarat yg telah disenaraikan.
dan kata-kata ustaz yg ini sgt menarik dan menyentuh hati:
" Hati ini...ALLah cipta untuk mencintai ALLah. Dan bila hati ini tidak lagi dpt mencintai ALLah lantaran kesilapan dan dosa-dosa yg telah dilakukan...hati itu sakit dan nyata sekali hati itu tidak normal...."
Hubungan manusia dgn ALLah adalah sesuatu yg akrab.....Penilaian yg dibuat sgt mudah, rohani, roh kita ini telah adalah dari ALlah....dan ciptaannya...sedih kita, gembira kita, senyum dan tawa kita amat brhubung rapat dgn ALLah...
Ustaz kata dlm hidup ini usah terlalu bnyak risau...kerana segalanya telah ALLah tentukan...
Andai hujan. Jgn risau kerana ALlah telah menjanjikan rezeki di sebaliknya.. Andai kemarau... mungkin ALlah mahu kita menghargai nilai terik matahri...
Warak
Maqam kedua akhir, ialah warak.
Apa itu warak? Warak bukannya bermaksud setakat menundukkan pandangan dan diam tidak mahu berbicara. Warak itu adalah pelaksanaan.
Warak ini terbahagi kepada beberapa peringkat pula:
i. Warak salim
Warak yg paling rendah iaitu meninggalkan yg haram dan melaksanakan yg wajib....
Sesuatu yg dilihat haram akan terus ditinggalkan tanpa banyak tanya...atau tanpa mencari helah lain agar menjadikan iannya halal...
ii. Warak Adil
Peringkat yg kedua..ialah warak adil iatu meninggalkan yg haram, melaksanakan yg wajib dan nilai tambah yg seterusnya ialah menjauhi serta meninggalkan sesuatu yg syubhat dan ragu hukum diantara keduanya.
Untuk ini ustaz berpesan agar seandainya kita melihat seseorg melaksnakan yg syubhat..hindarilah diri dr bnyak bertanya, biarkan shj. Ini adalah untuk menjauhkan diri kita dr bahaya mengumpat....
iii. Warak Muttaqin
Peringkat warak muttaqin ini ialah yg tertinggi. Iaitu meninggakan yang haram dan syubhat, melaksanakan yg wajib dan seterusnya meninggalkan sesuatu yg tidak ada hukum ketasnya kerana takut2 jatuh hukum...
Hmmm...susah nak difahami? Ustaz bg satu cerita pendek yg menarik dn mudah untuk difahami..
Tentang seorg lelaki yg menyusuri sungai dlm keadaan yg sangat lapar... Tiba2 hanyut berhampiran dgnnya sebiji epal yg masak ranum.. beliau mengambilnya. Dari segi hukum, epal tersebut telah hanyut dan tiada menjadi kesalahan untuk beliau mengambilnya...
Sebaik sehaja beliau menggigit epal tersebut..beliau lantas tersedar dan rasa sngt bersalah..
Pemuda itu kembali menyelusuri sg melawan arus bg mencari tuan punya epal yg tidak sempat pun habis dimakan olehnya... beliau mahu minta dihalalkan apa yg telah diambil olehnya...
Bila bertemu....tuanpunya epal tersebut tidak menghalalkan apa yg telah diambil melainkan bekerja dgnnya selama 7 thn.. Pemuda tersebut akur
Usai bekerja 7 thn, tuanpunya epal tersebut masih tidak mahu menghalalkan kecuali jika pemuda itu menikahi anak gadisnya yg buta, bisu, kudung dan tempang...
Pemuda yg tingi martabatnya itu akur....dan menikahi ank gadis tuanpunya epal tersebut.. Ternyata ALLah itu maha kaya... buta, bisu, kudung dan tempang itu sebenrnya adalah manifestsi kpd sikap ank gadis tersebut yg tidak melakukan dosa...
dan pemuda itu adalah gambaran seorg yg warak muttaqin...
sampai isi yg kedua..ustaz menamatkan ceramah...hmmm saya tak sabar untuk belajar tentang sabar, syukur, tawakal dan redha.... perkataan tersebut adalah antara kata2 motivasi yg sering saya guna untuk diri sendiri....
Setiap hari saya belajar untuk sabar, syukur, tawakal dan redha...
Namun sukarnya untuk menghayatinya... sukarnya untuk melaksanakan perkara2 tersebut...
Hmmm...selepas ini lama lagi giliran ustaz Ismail Kamus...saya harap saya tidak terlepas tajuk2 tersebut.....
dan nampak gayanya...saya kena syukur dgn ilmu hari ini...sabar menanti kehadiran ustaz untuk menyambung tajuk ini...tawakal dgn kemungkinan yg akan datang...
dan Ya ALLah...mampukah saya redha andai saya telepas??????
Friday, June 12, 2009
Keta kena pecah......
Wednesday, June 10, 2009
ibu dan anak

Tuesday, June 09, 2009
kuliah Ahad: 7 Jun 2009
Ustazah Kalsum kali ini bercerita tentang 2 perkara yg melibatkan isu Feqah iaitu Aqiqah dan Masbuk n muafiq
Aqiqah:
Majlis aqiqah itu sunat; mengalihkan darah bayi pada binatang. Org dulu2 berpendapat ia seumpama bayangan agar anak-anak kecil tidak mati dalam keadaan berdarah...dan itu merupakan kepercayaan yg tidak berlandaskan apa-apa...
Aqiqah adalah sunat selagi anak itu belum cukup umur. Bila ank telah cukup umur. Sembelihan itu kita panggil korban.
Daging aqiqah boleh diberi makan pada semua org kecuali org bukan islam iaitu org kafir dan mereka yg telah bernazar... manakala daging korban boleh diberi pd mereka yg bukan islam.
Ustazah turut mengajar: untuk mereka yg bernazar perlu bg mereka bernazar dgn lafaz yg jelas. Contoh yg diberi: Sekiranya aku memperolehi anak lelaki AKU BERNAZAR WAJIB KEATASKU berpuasa 3 hari ....
dan perkara yg dinazarkan itu seharusnya memberi manfaat kpd org yg bernazar atau org sekeliling.
Ketika majlis Aqiqah pula, kebiasaannya ia di sertai dgn kenduri. Ustazah menekankan
lahirnya anak itu perlu lah diazan dan diiqamatkan..tidak kira lelaki atau perempuan: azan dan iqamat perlu dilaksanakan.
Azan dan iqamat itu sebenarnya menanam dalam diri pohon akidah yang awal. Hati akan dilorek dgn kalimah Lailahaillallah MuhammadurRasulullah. Setiapkali penanaman itu dibuat ia perlu dibaja:- bajanya adalah zikrullah, ibu disarankan berzikir ketika melaksanakan aktiviti bersama anak2.
Setelah seminggu, pilihlah nama yang baik dan diaqiqahkan... Rambut dicukur dan ditahnikkan.
Apa itu tahnik yer.. Tahnik itu meletakkan manisan seperti madu atau kurma yang dihancurkan ke dalam mulut bayi...kebiasaanya ia dibuat oleh org yg soleh..dan ibu jari mreka yg meletakkan bhn tersebut perlulah ditolak ke langit2 mulut bayi.
Byi dibacakan surah fatihah, tiga Qul dan doa....surah AL-Qadr dan
besarkanlah dia dengan kehidupan yang bersih dan baik...Berikanlah bayi tersebut kehidupan yg elok dan sebenar. Jadikanlah dia ank2 yg berbakti kpd kedua ibubapa...anak2 yg soleh.
Rambut yg telah dipotong pila ditimbang dan dinilai dgn nilaian emas.... Hasil nilaian itu jugalah disedekahkan malah jika lebih dari itu adalah lebih baik...
masuk bab ke 2: ustazah menerangkan tentang masbuk dan muafiq:
Masbuk itu: apabila imam terdahulu daripada makmum. maksudnya makmum masuk lewat dan tidak sempat membaca fatihah pada rakaat pertama bersama-sama imam.
Muafiq itu: apabila makmum dapat takbiratulihram yg pertama bersama imam dan membaca fatihah bersama-sama imam.
Untuk muafiq, ustazah tegaskan makmum dibolehkan untuk tertinggal 3 rukun panjang bersama-sama imam. Contohnya, imam dan makmum sama-sama solat....imam takbir dan makmum ikut takbir. Makmum sudag jadi makmum muafiq. Imam baca fatihah, kemudian rukuk, takbir dan sujud, manakala makmum pula bacaan fatihahnya agak lewat, ketika imam sujud baru makmum takbir, rukuk dan bersama-sama imam ketika duduk antara 2 sujud..( ketika ini makmum telah tertinggal 3 rukun panjang bersama imam iaitu- bacaan fatihah, rukuk dan sujud. dan ia dibolehkan.....)
manakala untuk mendapat rakaat bg makmum yg masbuk, perlulah bersama-sama imam ketika rukuk. contoh mudah: Imam solat dan telah rukuk, makmum baru masuk dan tidak sempt fatihah bersama imam, menghabiskan bacaan fatihah kemudian rukuk sementara imam pula telah pun takbiratul ihram.... makmum tidak sempat rukuk bersama imam dan rakaat tersebut tidak dikira...makmum perlu mengganti rakaat yg tertinggal dan mencukupkannya.
Namun dibolehkan meninggalkan fatihah, mengangkat takbir dan terus rukuk bersama imam jika seseorang itu masbuk... sekiranya berlaku demikian, makmum sempat rukuk bersama imam dan rakaat tersebut dikira sebagai satu rakaat.
Seronok belajar tentang solat...banyak perkara yg dipandang mudah oleh org ramai dapat diperingatkan kembali..... sekarang bila sudah tahu, perlulah menyampaikan pada yg lain...hehehhe
sepanjang cuti sekolah.....

saya kata :comelnya Haziq!!!! Shifa kata: Hensemnye Awal... Ish!!!

untuk

perjalanan untuk mencapai impian : membuka sebuah ' Islamic Creative English Kindergarten"
Berkenalan dgn founder little caliph yg bersemangat: pn Sabariah Faridah..kagum!!!

Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...




