Monday, April 22, 2013

Ajaibnya doa


Seorang kawan ibu pernah tanya...boleh tak kita minta sesuatu yang mungkin mustahil untuk kita perolehi?
dan ini jawapan dari mereka yang lebiha arif.....


Selamat berdoa semua...jangan putus asa dengan rahmat ALLah...dan bersyukurlah sentiasa kerana kita ada DIA!!!! :)

Sunday, April 21, 2013

hujung minggu

suka bila rumah bersih..suke suke suke

Sabtu : Ganti teacher ita untuk kelas tambahan tahun 6..
Balik rumah 12.30  ayah baru selesai basuh kereta dengan Amin...Ibu masuk dapur ayah dah kemas dapur

Sukernyer...

Petang tuh ayah basuh tandas....Tambah-tambah suke hati ibu

Ahad : Ayah dan Amin basuh kereta ibu..... Ibu senyum lebar
Ganjarannya ibu masak soto untuk makan tengahari.......

Hati rasa sangat lapang..hmmm bahagianya


"Terima kasih sayang, ayah dah memudahkan tugas ibu, meringankan kerja dan membahagiakan....ALlah permudahkan urusan ayah pula dan tentu sekali....ayah suami soleh ibu"

Thursday, April 18, 2013

1 tahun 10 bulan


Ya ALLah..berikanlah diri kekuatan untuk terus mendidik amanah Mu ini.
Ya ALlah..Moga diri mampu mengembalikan amanah Mu ini ke asalnya..tempat yang sepatutnya sebagaimana Adam dan Hawa dicipta...

Anak-anak merupakan ahli syurga yang diamanahkan kepada kita..dan tanggungjawab kita untuk mengembalikannya ke syurga jua..

Moga diri ini mampu..mari ibu-ibu semua...inilah jihad kita   :)

Sunday, April 14, 2013

Teruja

Teruja!!!!!

Boleh agak tak keputusan scan doktor buat masa nih???? Huhuhu kalau sebaliknya nasibla sayang...

Kali ini ibu sertakan doa yang ibu ambil dari buku AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ALQURAN, ASSUNNAH DAN PENGALAMAN : Ustazah Siti Nor Bahyah terbitan Telaga Biru


" Ya ALLah..peliharalah anakku selama ia dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. SesunggunyaEngkau Maha Penyembuh dan tiada smbuhan melain dengan penawar-Mu. Ya ALLah lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya ALLah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beamal soleh. Ya ALLah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

Saturday, March 16, 2013

ditinggalkan...

" Kau pernah rasa ditinggalkan orang yang kau sayang??? Soalan yang membuatkan ibu terkesima sebentar. Terdiam. Benar ibu sendiri tidak membayangkan keadan ibu andai ditinggalkan ayah atau anak-anak ibu sendiri...

Tidak tergambar perasaan ibu andai ibu merupakan salah seorang isteri kepada perajurit tanahair yang mempertahankan negara di Lahad Datu ketika ini. Kuat atau tabahkah ibu menghadapinya.

Saat minda ini masih dalam kewarasan, ibu rasa ibu perlu mempersiapkan diri untuk semua ini..tiada jalan mati di dunia ini melainkan kematian itu sendiri..maka, perlukah ibu mematikan hati dan butakan mata hanya kerana ditinggalkan.

Sayang, hati kita ini pinjaman Allah buat kita..dan ia khusus untuk kita..perlukah kita serahkan anugerah Allah yang satu ini pada yang lain..hanya kerana sayang dan kasih kita yang tidak bertepi..dan satu saat bila dia pergi..kita sendiri, patah hati dan dunia kita jadi sepi dan kosong..

Syukurlah sayang, kita dikurniakan ilahi hati kita ini..dan mengapa kita tidak pertaruhkannya untuk yang Maha memberi..Sungguh ibu bertemu ayah tanpa cinta tapi sayang ibu buat ayah kerana ALlah..ibu sayang kalian kerana ALLah..akui kalian bukan milik ibu, selamanya tidak akan jadi milik ibu - namun ibu yakin janji ALLAh bila menyayangi kerana DIA, kita pasti diketemukan disyurga..dan kalianlah yang ingin ibu temui di syurga kelak..

You know you really love someone, when out off all the people you could be in Jaannah..you just want to be with them..

Moga ibu diberi kekuatan, moga kalian turut diberi ketabahan bila tiba satu masa menjadi antara yang ditinggalkan. Teruskan kehidupan sayang, kerana dunia yang ALLah kurniakan ini terlalu banyak untuk diterokai...

Jangan membelenggu diri..hanya kerana hati sendiri yang hakikatnya bukan milik kita..

Teruskan langkah..sujud dan pohonlah pada Ilahi Rabbi agar tidak berhenti.
Ingatlah janji Iblis yang hanya mahu kita berputus asa walau seketika dengan ketentuan dan ketetapan Ilahi..

Kenanglah sejaran Nabi Allah Ayub ditinggal isteri dan anak-anaknya dibawa pergi..namun dia tidak sekali-kali berputus asa..

Jadilah hamba ALLah yang kuat sayang...Daripada Abu Hurairah Radiaallahu Anhu berkata" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai ALLah daripada mukmin yang lemah dan pada kedua-duanya terdapat masing-masing kebaikan, berusahalah melakukan amal yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada ALLah s.w.t dan jangan lemah, jika ada sesuatu yang menimpanya, maka katakanlah : Ketentuan ALLah s.w.t dan Dia Maha melakukan apa yang dikehendakinya, sesungguhnya kata "jika" membuka amal syaitan....

Kuatlah sayang walau  satu hari nanti ibu dan ayah meninggalkan kalian pergi......

Saturday, March 02, 2013

Disiplin

Dalam banyak perkara, kita seharusnya redha untuk memaksa diri sendiri melakukan perkara yang tidak kita senangi..Yang sukar dan susah untuk kita mulakan dan adakalanya menyiksa diri

Tapi..bukankah nabi ALlah Adam sendiri sukar menjalani kehidupan saat pertama kali dihantar kedunia..

Kehidupan yang indah hanya bakal dikecapi dengan memaksa diri membuat keputusan dan melaksanakan tindakan yang betul..

Tiada tindakan yang betul dalam dunia ini melainkan sesuatu yang diredhai ALLah, berlandaskan syariat biarpun berat untuk dilakukan...

Keliru dengan keputusan..paksalah diri untuk bangun bertahajud di malam hari, pohon petunjuk dan jalan

Paksalah diri untuk bersangka baik dengan ketentuan ALLah

Paksalah diri untuk mengakui kebenaran biarpun ia amat pahit untuk ditelan...

Andai keindahan dunia itu masih kabur setelah 1001 kepayahan dalam keterpaksaan .. Yakinilah wahai anak, bahawa Allah menjanjikan keindahan itu bukan di sini tapi nanti..saat kita mengadap hadapannya nanti...

Bukankah tiada keindahan yang lebih agung selain menatap Dia yang memberi peluang untuk kita terus berdiri di buminya ini...

dan hayatilah kepayahan dan keterpaksaan yang dilalui..kerana nyata sekali pengalaman itu bakal mendewasakan diri, memberi nilai yang lebih tinggi dan tentunya membentuk peribadi  yang lebih baik

" dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap "

Paksalah diri wahai anak...

Friday, February 22, 2013

masa

zaman ibu, masa berlalu sangat-sangat cepat. Laju. 1 minit bakal membawa perubahan dan macam-macam boleh berlaku. I minit ibu lewat keluar, jalan jadi sesak dan punch card ibu boleh merah.

Dulu...masa yang dipinjamkan ini sepenuhnya untuk ibu. Sekarang ibu perlu kongsi 24 jam ini dengan kesayangan ibu, tentu sekali diri ibu sendiri, suami, anak-anak, pelajar2 ibu dan tentunya buat teman2 ibu.

Pembahagian masa yang harus dilakukan dengan bijak. Tentu sekali, ibu mahu yang terbaik untuk kit semua..untuk ibu sendiri dan paling penting untuk mereka disekeliling ibu, Abdul Muhaimin, adik dalam rahim ibu sekarang ini, suami ibu, pelajar2 ibu, mereka yang hampir dengan ibu. Ibu bukan orang hebat sayang untuk melakukan itu semua....Cemburu hati ibu melihat ibu-ibu hebat yang lain....Cemburu dengan Dr. Muhaya, Dr Harlina Siraj dan tentu sekali Ibu DarwishDarwisya Puan Lina Karim....wanita yang hebat di pandangan ibu...

Ibu tidak mengimpikan sehebat itu cuma cukuplah menjadi contoh terbaik untuk zuriat dan keturunan ibu. Jika kalian ini berjaya, cantik akhlaknya, santun budinya, kukuh pegangan agamanya.....cukup buat ibu puas, dan ia cukup untuk memaklumkan yang iu tidak salah ajar dan tentu sekali tidak membiarkan masa yang kita lewati bersama sia-sia...

Untuk itu, ibu harus PAKSA DIRI. Paksa diri untuk memanfaatkan setiap detik dan waktu. Paksa diri untuk menyediakan yang terbaik untuk mereka yang ibu sayang. Bukan untuk kepentingan ibu tapi demi menunaikan amanah2 ALLAh yang dianugerahkan.

Hari ini ibu paksa diri ibu untuk menulis sesuatu buat kalian. Moga kalian mendapat kebaikan darinya.

Hargailah masa pinjaman ALLah ini dan paksalah diri kalian mengurus detik dan waktu dengan baik.

Salam sayang
dari ibu yang sedang memperbaiki diri.

terima kasih

Lama betul ibu tidak berkunjung ke sini.....ibu terasa lama tidak membebel malahan terasa lamanya tidak berbual dengan anak-anak ibu... banyak yang ingin ibu tulis dan banyak yang ingin dicatatkan sepanjang perjalanan kehidupan yang kita lalui  bersama.....sebolehnya ibu mahu rakamkan setiap saat dan catatkan dalam tulisan ibu ini untuk tatapan anak-anak ibu...sayangnya kebersamaan kita juga membataskan ibu untuk itu semua....

Bila ibu mengadap lap top atau gadget2 lain....sayu bila Amin datang dan bersuara 'nak ibu..nak ibu'...walaupun ibu sememangnya ada dihadapan kamu setiap masa.... ibu tutup note book atau sebaliknya note book akan bertukar kepada sesi pembelajaran Amin.....

Sudahnya...apa yang terakam di minda ibu...apa yang tercatat di hati ibu...ibu simpan diam-diam.....nak menulis semuanya sekali....sudah tentu tidak sama ketika saat keterujaan melalui detik-detik yang telah berlalu tersebut.....

Banyak yang telah berlaku....Alhamdulillah kita banyak menghabiskan masa bersama cuti sekolah akhir tahun 2012..walaupun ibu mabuk ketika itu....kamu Amin sangat memahami, terima kasih sayang...waktu itu orang yang paling kamu harapkan ialah ayah, seolah-olah memahami keadaan ibu. Mandi dengan ayah..tidur dengan ayah..makan dengan ayah.....dan ayah juga sangat bertolak ansur.... basuh baju, tolong kemas rumah dan ayah tidak marah bila ibu tidak masak....ibu rasa cukup terharu........

Terima kasih sayang-sayang ibu sekalian....

Wednesday, November 21, 2012

Sajak Al Fateh....

21 Oktober lepas..ibu dan ayah telah menghadiri seminar 'parenting gaya al fateh'
dan kami berdua sangat berharap agar sajak yg dibacakan ini bakal dihayati sebaiknya dalam hati kalian.



My intention is to obey Allah and fight in His cause

My aim is to crush the non-believers with my soldiers, those of God

My mind is set on achieving victory

and earning the pleasure of Allah

I use my tongue and my hand to strive in the cause of Allah

What is worthier in this life than submitting to God

I am full of enthusiasm to change this world

and become victorious with the help of Allah

I hope that the power of the state and Allah's power will prevail on Earth

I long to fight hundred thousand times in the cause of Allah

Tuesday, November 20, 2012

Rahsia ibu...

Hari terakhir persekolahan...dan hari terakhir juga lah kiranya bergelar guru kelas, ibu didatangi buah hati ibu yang seorang ini sambil menghulurkan 'paper bag' buat ibu. Ada 3 hadiah tau dalamnya...

hmmm...susah-susah jer Akmal Fariz nih...

Dia nih memang buah hati ibu...kalaulah ibu budak darjah enam lagi...dah lama ibu jadi secret admire dia... :)

Dalam diam ibu sangat mengaguminya...Bukan sahaja terbaik akademik..malah sikap dan sahsiahnya juga menambat hati ibu....

Tidak disangka... dia juga pemain bola kelas ibu...kelas ibu menang tau antara kelas-kelas lain tahun 6....Dia boleh main bola..hmmm macamanalah dia main dengan spek mata nya tuh...

Dia juga wakil sekolah bercerita bahasa inggeris ....dia bukan mudah dibuli : ibu pernah dengar dia kata tidak boleh pada Azaim Syahmi (pelajar kelas ibu) untuk perkara yang tidak disukai... dia juga turut bermain dalam kelas namun dalam adab dan tertib yang sangat terjaga..... Dia ada diri dia sendiri

Dia boleh hidup bersendirian dan dia tidak kisah berkawan...cukup pandai membawa diri..tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan persekitaran....

Dan petang itu, ibu menghubungi ibu atau mama Akmal Fariz sendiri...bukan sahaja untuk mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan tapi untuk mengorek rahsia bagaimana mendapat anak yang baik macam Akmal Fariz.... :)

Saya tiada apa-apa rahsia cikgu...saya didik dia sama macam ibu-ibu lain. Sama macam kakak-kakak saya didik anak-anak mereka..cuma Alhamdulillah dari kecil dia memang senang untuk disuruh..dan cepat mengikut bila diajar...

Ibu tak puas hati..hmmm takkanlah puan tak ada ayat-ayat amalan ketika mengandungkan Akmal....

Hmmm takdelah cikgu..sama sahaja macam ibu-ibu lain cuma saya tidak pernah tinggal doa untuk anak-anak setiap kali selepas solat...

Nah..itu dia jawapannya doa....  
ALLah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah : 186: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenaiku..Sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada Ku...

Apatah lagi doa seorang ibu yang sangat humble, merendah diri dan cukup bersopan seperti puan Hindun ibunya Akmal. MasyaALlah, subhanaALlah dan Alhamdulillah tidak lepas dari mulut ibu ini dan berulangkali dilafazkan....kata-katanya cukup lembut, bahasanya tersusun dan teratur....masakan tidak yer anaknyer begitu yer....(Anak-anak itu menurut apa yang diperhatikan bukan mengikut apa yang dikatakan.... )

ibu selitkan juga apa yang pn lina karim emailkan pada ibu suatu waktu dulu...


Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..

Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Abdul Muhaimin dan anak ibu lainnya....jangan risau....ibu sentiasa doakan kalian...cuma kalian harus ingat tingginya nilai doa seorang ibu.....Moga jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang ibu.... dan jangan lupa sampaikan salam ibu pada Akmal Fariz bin Zulkifli andai kalian bertemu dengannya suatu hari nanti....


                                

Saturday, November 17, 2012

impian atau angan angan

Hari ini 3 Muharam 1334 Hijrah. Bahang awal Muharam tahun baru Islam kali ini panas bila khabar serangan tentera Israel ke atas tanah Palestine yang sudah masuk 4 hari dan kian diperhebatkan pada awal 1 Muharam 1334 Hijrah ini.





Kasihan saudara-saudara kita sayang... Amin ingat lagi buku yang ibu beli untuk Amin....



Nanti jangan lupa bacakan untuk adik Amin k..... dan jangan lupa mereka itu saudara-saudara kita

Apa agaknya cerita tanah Palestine ketika Abdul Muhaimin membaca entri ibu kali ini? Bukan sahaja Palestine malahan tanah islam yang lain Syiria, Rohingya dan beberapa buah negara Islam lainnya... Masih begitukah sayang? Jika benar, bukankah terlalu lama mereka terseksa, terutama sekali tanah Palestine yg bertahun lamanya dijajah dibumi sendiri.....

Waktu-waktu begini, ibu sering teringat saranan Pn Lina Karim ibu Darwish dan Darwisya ...
Katanya..anak-anak Israel tidak sempat untuk menikmati hidup tapi kita di bumi bertuah ini memiliki anak-anak yang mempunyai peluang yang baik untuk memenuhi hadith Rasulullah yang ini:

 Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kamu bersedih?” 
  
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari  SEBELAH TIMUR  dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi 
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” 

Anak-anak bukan untuk ibubapanya berbangga...namun anak-anak ini adalah milik ALLah yang dipinjamkan..dan mungkin inilah caranya untuk kita membantu saudara kita buat masa ini...Untuk kita sama-sama mengembalikan harga diri dan fitrah kita..

Ibu sering berdoa sayang..agar anak ibu ini muslim yang disayangi ALLah..Kuat spiritual, emosi dan intelektualnya...Hadith Rasulullah:

Seorang mukmin yang kuat lebih disayangi dan lebih dicintai ALLah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan ALLah serta jangan BERSIKAP MENGALAH... Hadith Sahih Muslim No:4816

Untuk siapa kekuatan itu jika bukan kita kembalikan haknya kepada ALLah....Dengan doa ibu ini...maka kembalikan lah apa yang Amin dan adik-adik miliki kepada ALLah...

Sayang-sayang ibu.....moga kalian merupakan sebahagian dari anak-anak muda dari timur itu...Ibu tidak tahu sebesar manakah kumpulan itu..namun ibu mengharapkan agar setiap zuriat ibu adalah sebahagian darinya...

Semoga kebangkitan tentera al fateh yang kukuh cintanya pada ALlah itu akan kembali berulang dan anak-anak ibu adalah sebahagian darinya...

Terima kasih Pn . Lina Karim atas impian yang tidak pernah terfikir ini...namun benar impian akan jadi angan-angan bila kita tidak berusaha...dan usaha perlu berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..Moga ibu-ibu semua akan konsisten untuk menghidupkan tentera-tentera al fateh dalam ahli keluarga kalian...dan mungkin sahaja bayangan al fateh itu sendiri... ALLahu Akbar.....

Thursday, October 25, 2012

pemuda hebat dan binaan agung

Salam Aidiladha sayang.....

Hari ini 9 Zulhijjah...hari Arafah...InshaALlah jika tidak ada aral ibu dapat tamatkan puasa hari Arafah ibu kali ini.... dan esok merupakan hari kebesaran umat Islam, Hari kebesaran kita...Eid Adha.. subhanaALlah...

Eid Adha sinonim dikaitkan dengan pengorbanan dan keikhlasan dan tentunya kisah nabi Ibrahim dan keluarganya....

dan Kaabah yang menjadi binaan agung tersebut akan menjai tumpuan ramai sempena Eid adha ini

Sebalik kisah yang kita seringkali dengar..
ibu mahu anak ibu mengambil pelajaran dari individu hebat yang sering disebut-sebut namanya bila Eid Adha menjelma.....

Bukan setakat pengorbanan yg sering diwarwarkan menjadi ibrah buat anak-anak ibu...namun kali ini yang ingin ibu tekankan tentang 'tawakal' nya seorang hamba...redha dan patuh atas ketentuan dan takdir pilihan ALLah...

Nabi ALlah Ibrahim pemuda hebat...Ketika muda, dia ditentang orang yang paling rapat dengan dirinya..Ayahnya sendiri...apalah rasanya bila kaum keluarga kita menolak apa yg kita bawa sayang...apalah rasanya bila orang yg kita sayang memilih untuk jauh dari kebenaran dan usaha kita untuk menyelamatkan dia
dianggap sia-sia...... Namun, dia redha..baginya dia hanya hamba yg patuh pada tuannya...

Bukan setakat itu, saat menikmati hari-hari bahagia berkeluarga, ALlah memisahkan Nabi ALLah Ibrahim dengan isteri dan anaknya Ismail..Atas perintah yang agung...Nabi Allah yang selama ini tidak menikmati erti keluarga yang sebenar apabila ditentang oleh ayahnya dikehendaki berpisah dengan isteri dan anak tercinta...

Suami mana yang mahu meninggalkan keluarga di tanah gersang dan kontang, namun sayang, perhatikanlah tawakalnya Nabi ALlah Ibrahim...jitunya dia dengan keyakinan terhadap ALlah yang tidak berbelah bahagi... tanpa sangka buruk dan meyakini bahawa setiap satu perintah dan ketentuan itu punya kebaikannya, punya hikmah besar tersembunyi, punya khabar gembira yang akan mengiringi.....

Setelah bertahun ditinggalkan, saat pertemuan Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail diduga dengan perintah ALlah agar Ismail dikorbankan...Sayang, ayah manakah yang sanggup mengorbankan darah anak sendiri...Anak yang ditinggalkan di tanah yang gersang dan kontang..SubhanALLah besar sungguh jiwa Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail..tingginya tawakal dan percaya mereka sehingga redha dengan ketentuan dan ketetapan ALLah...

Sayang..kisah nabi ALlah Ibrahim ini, adalah kisah pemuda yang meletakkan kehidupannya 100% hanya untuk ALlah...menjalani kehidupan sebagai satu persinggahan untuk pengakhiran yang abadi..menerima setiap dugaan dan tamparan dengan redha...

Dan pengakhirannya..lihat sahaja binaan agung Kaabah yang menjadi lambang penyatuan umat islam kini....harus diingat penyatuan umat tersebut bermula dari erti kekeluargaan yang dibina atas rahmat dan mawaddah semata-mata kerana ALlah...

selain ujian dakwahnya...Nabi ALlah Ibrahim diuji dengan dugaan ikatan kekeluargaan yg bertimpa-timpa, subhanaALlah betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dalam sebuah kehidupan, bukahkah binaan agung keluarga Nabi ALLah Ibrahim kini menjadi lambang penyatuan umat Islam diseluruh dunia....

dan lihatlah dari keturunan nabi ALlah Ibrahim ini, muncullah Utusan terakhir, kekasih ALlah Muhammad SAW....... Betapa besarnya kebaikan dan rahsia yang tersimpan, agungnya hikmah yang tersembunyi dan khabar gembira apalagi yang paling hebat yang boleh dissampaikan.......

Sayang...ambillah kisah ini sebagai pengajaran...apa sahaja yg kita lalui didunia ini merupakan ketentuan yg punya rahsia yang tersendiri...bertahanlah dan bersabarlah...berjuanglah hingga ketitisan terakhir dan yakinlah dengan ALLah....berbaik sangka dengan ALlah sentiasa sayang....

Moga kita semua mengambil iktibar sayang teguh iman dan pendirian buat tuhan....

Salam Eid Adha sayang.... ibu dah daftarkan haji Abdul Muhaimin sayang...InshaALlah usia Amin 30, Amin boleh gi haji... Ibu ketika itu berusia 61 tahun dan ayah 71 tahun...doakan ibu dan ayah sayang...

Moga dapat haji Mabrur yg Akbar... Allahu Akbar...

dan ibu tidak sabar menunggu waktu ibu..LabbaikaALlahhumma Labbaik...... ;)

Irfan Makki - Waiting For The Call (TV Alhijrah Version)

Sunday, September 16, 2012

Best Friend Forever Till Jannah II

Selamat pg sayang....

Sedang ibu baca quran pg ni terjumpa ayat ni,  teringat post ibu pg semalam : best friend forever till jannah ....memandangkan ia berkaitan cepat2 ibu post ;) 

Surah Aal-e-Imran, Verse 28: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
via iquran

Saturday, September 15, 2012

..Beraya dalam tidur...

Beria siap untk sambutan raya di taman perumahan lepas isha' ...tup2 tidur... ;-)

Selamat malam sayang...esok kita beraya lg k...


Best Friend Forever Till Jannah

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang.....

Sihat?? Dengan siapa Abdul Muhaimin ketika membaca tulisan ibu kali ini?  adik, sendirian atau mungkin dengan kawan2? kali ini ibu ingin cerita tentang kawan... Sebenarnya dah lama ibu nak pesan apa yang bakal ibu tulis ini, sejak Abdul Muhaimin membantu ibu buat kek untuk auntie eina, one of my bestest buddy 2 hari lepas lagi.....  ;)

Ibu yakin akan tiba satu waktu, Abdul Muhaimin akan menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama kawan-kawan Amin (ibu pasti rindu menghabiskan masa dgn Amin ketika itu huhu) ... itu merupakan perkara biasa dalam perjalanan hidup sebahagian kita..... semakin kita dewasa, kita akan berpeluang bertemu dengan ramai orang..... dan merekalah yang akan menemani perjalanan kehidupan kita sayang, selain tentunya ibu, ayah dan mereka yang terdekat dengan Amin...

Anak ibu, ramainya orang yang akan Amin temui, memungkinkan banyaknya pilihan untuk Amin buat dalam kehidupan.......bila ibu tiada di sisi Amin, ibu mengharapkan malah sentiasa mendoakan agar Amin akan membuat pilihan yang terbaik... termasuklah dalam memilih siapa yang harus amin dekati...siapa kawan-kawan amin dan siapa yang akan menemani perjalanan kehidupan seharian Amin......

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa Al Asya'ari r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata:
Perumpamaan teman yang salih, dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual minyak wangi, dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi, sama ada dia memberi kamu sedikit ataupun kau membeli daripadanya, ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, sama ada dia akan membakar pakaianmu, ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya....

Sayangilah teman Amin kerana ALLah..bersyukurlah andai dikurniakan teman yang baik sayang....

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim : Tiadalah dua sahabat yang saling cinta mencintai kerana Allah, melainkan siapa diantara keduanya yang lebihcinta kepada ALlah, maka dialah yang lebih mencintai sahabatnya...

Jangan marah jika sahabat menegur kelemahan kita, terimalah teman bila dia mahu menampung kekurangan kita...banyakkan lah memberi dengan penuh keikhlasan hati.....

InsyaALLah Abdul Muhaimin akan bertemu dengan sahabat yang baik ...jangan lupa kenalkan kawan-kawan Amin dengan ibu dan ayah yer..

Terima kasih sayang ' tolong ' ibu buat kek untuk birthday kawan ibu........  Dont forget to wish auntie Fadhlina Zakri every 13th September k...Mungkin nanti kita boleh buat kek untuk kawan baik Amin pula

Salam sayang dr kawan Amin dunia akhirat  :  I.B.U

Sunday, September 09, 2012

Tekanan n Inspirasi .... :)

Assalamualaikum Abdul Muhaimin sayang...
saat ibu menulis ini...Amin dan ayah masih lagi dibuai mimpi...Ibu berkali-kali cuba melelapkan mata tapi ibu masih tidak boleh tidur.....

Kerungsingan ibu sangat mengganggu.... Akhir-akhir ini ibu rasa terlalu banyak tugas yang bertangguh..dari urusan di sekolah sehinggalah urusan menjemur baju dirumah..namun ibu yakin bukan itu yang menjadi permasalahan.....  Selain itu ibu turut memikirkan anak-anak murid ibu yang bakal menghadapi peperiksaan  UPSR tidak lama kelak....Pelbagai cerita yang ibu ingin kongsikan dengan Amin tentang mereka...Adakalanya mereka buat ibu tertawa...yang pasti mereka juga banyak membuatkan ibu tertekan dalam diam...dalam kesibukan tugasan yang ibu hadapi, karenah mereka adakalanya memeningkan ibu..

Abdul Muhaimin sedang apa sekarang sayang?  Sibukkah anak ibu yang seorang ini?

Sibuk belajarkah Amin? Jika belajar tentu Amin sibuk dengan kerja-kerja rumah, tugasan sekolah atau juga tugasan dan project paper Universiti?

Jika bekerja, tentunya sibuk berhadapan dengan karenah orang ramai tidak kira orang bawahan ataupun orang atasan......

Tugasan tidak pernah selesai sayang, satu tugas habis, satu tugas yang lain akan datang.. atau mungkin juga 2 dan 3 tugas yang akan datang.ditambah pula dengan 1001 masalah yang adakalanya tanpa kita duga, apatah lagi karenah mereka yang berurusan dengan kita....Kadang-kadang ia buat dada rasa senak dan kepala sangat berat..Kalaulah boleh ibu ingin menghentikan semuanya...tapi logiknya mampukah kita menghentikan sesuatu yang akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita? Masa akan terus berjalan dan kita tentunya akan terus hidup..mampukah kita untuk terus hidup tanpa melakukan apa-apa....Tekanan, beban akan terus menghantui kita...namun kitalah yang sepatutnya menguasai tekanan dan beban tersebut...perkataan tekanan, bebanan dan tanggungjawab harus dilihat dan dinilai dari sudut positif... ALLah telah memberi peluang ini agar kita dapat berehat disyurga kelak...ALLah telah memilih kita untuk dilatih supaya menjadi hamba yang lebih kuat sayang...itupun sekiranya kita dapat menguasai dan mengawal tekanan yang dipertanggungjawab di dunia dengan baik.. Syurga lah tempat rehat paling abadi yang penuh ketenangan yang tiada tolak bandingnya.....

Sesungguhnya orng2 yg berbakti, tetap berada dalam syurga yg penuh nikmat: mereka BEREHAT di atas pelamin-pelamin sambil melihat. Engkau dapat melihat pada muka mereka : Cahaya nikmat yang mereka peroleh (Al Mutaffifin: 22-24 )

Tekanan yang ada atasilah dengan bijak..... andai ibu masih ada ketika Amin membaca tulisan ibu ini, InshaALlah ibu bersedia mendengar keluh kesah Abdul Muhaimin, InshaALLah ibu juga akan sentiasa mendoakan agar ALLah sentiasa memberi jalan keluar untuk sebarang permasalahan namun andai sebaliknya.. ...Amin ingatlah yang segalanya datang dari ALLah dan Dia jualah yang berkuasa merungkaikan segala persoalan....ALLah masih ada dan sentiasa ada sayang...

Sabar, sabar dan sabarlah sayang.....Carilah aktiviti yang bermanfaat..carilah sesuatu yang mampu memberi inspirasi agar tugas yang tertangguh dapat dilaksanakan dengan baik..berehatlah seketika untuk melepaskan lelah dan sambunglah perjalanan kehidupan Abdul Muhaimin dengan lebih bersemangat selepas itu....

Buat masa ini, ketika ibu menulis ini...Abdul Muhaimin lah inspirasi ibu........ ;)

Moga Allah permudahkan urusan kita semua ..dan moga kita sama-sama dapat berehat atas pelamin dalam syurga kelak sayang..... Amin

Tidak rugi orang-orang yang sabar.... ;)

 dari ibu Abdul Muhaimin b. Abdul Rahman

Wednesday, September 05, 2012

Syawal Muhaimin

Assalamualaikum dan salam syawal Abdul Muhaimin.....
Alhamdulillah kita Selamat menyambut aidilfitri di Pahang tahun ini. Seronok tengok Abdul Muhaimin berhari raya kali ini..Sudah boleh jalan, sudah boleh berbaju melayu dan tentunya sudah mula mengenal saudara-mara sebelah Pahang...Seronok tengok anak ibu nih bermain kehulu hilir dengan sepupunya yang adakalanya lebih dewasa dari dia....


Alhamdulillah Syawal ini membuka peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali....Itulah yang sentiasa ibu harapkan untuk Abdul Muhaimin..Menghayati Syawal dalam ertikata sebenar.... Selain dari erti kemenangan setelah berhari melatih nafsu dan mengawal perasaan, untuk anak kecil seperti Muhaimin yang tidak berpuasa ini..ibu mengharapkan ia menjadi ruang untuk anak ibu ini menyesuaikan diri dengan saudara mara sekaligus bersilaturrahim antara satu sama lain.....

Sabda Rasulullah:
Orang mukmin ialah orang yang dapat menyesuaikan diri dan dapat diikut penyesuaian dirinya. Sama sekali tidak ada baiknya orang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya serta sukar diikuti
Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani dan Hakim

Selain itu sayang, ingin ibu menegur sempena Syawal ini.......hindarkanlah dari sikap meminta-minta duit raya hatta bergurau sekalipun.....bukannya ibu marah cuma ibu suka jika Abdul Muhaimin menjadi orang yang banyak memberi dari menerima..bukankah pemberian itu dilihat pada orang yang memberi.. Orang tua-tua turut berpesan...Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima:

Rasulullah SAW ada berpesan:
ada dua budi pekerti yang dicintai ALlah s.w.t iaitu akhlak yang baik serta pemurah. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci ALLAH swt iaitu akhlak yang buruk dan bakhil. Apabila seseorang hamba itu dikehendaki oleh ALlah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh ALLah sebagai jalan untuk memenuhi keperluan orang ramai...
Riwayat Abu Mansur Dailami

Moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki Abdul Muhaimin hingga boleh memberi berbanding menerima...

Oh ya..Syawal ini juga ibu jadi risau bila satu hari abdul Muhaimin jatuh dan muntah-muntah........Alhamdulillah ALlah masih lagi memelihara Abdul Muhaimin untuk kami semua

Tiada daya dan kekuatan melainkan ALLah jua hendaknya...


Moga Abdul Muhaimin terus sihat, cergas dan bertambah ceria menghadapi hari muka.... InsyaAllah menjadi antara yang dicintai Allah..... Amiiin..

Salam Syawal 2012 dari ibu
ketika Abdul Muhaimin berusia 1 tahun 2 bulan 19 hari

Friday, August 17, 2012

+SaLaM AidilFitrI+

Syawal datang lagi.......


Salam Aidilfitri buat mereka yang sukar untuk saya temui...

istimewa sekali untuk kakak2 yg sering menjaga saya di
maktab:Kak Rosliza dan suami serta keluarga, Kak Kamarani dan suami serta keluarga, Kak Azwin dan suami sekeluarga, Kak Salmi, Kak Zuraidah,  G kawan di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kak Normah dan suami, Kak Haniza, Kak Syella dan suami, Padel yang dulu bawah saya kini Pegawai Tadbir Diplomatik (Selamat Pengantin baru walau tak baru sangat )

khas buat mereka yang ada disekeliling saya tapi tak sempat saya mohon ampun dan maaf
Cik Norhafidah Abdul Rashid yang kian berseri-seri, Kak Pisah yang sebenarnya sebelah meja saya jer, Cikgu Azman , Kak syahidah Aisyah dan tentunya Nazmin Abdullah ( tak sempat nak kata apa..huhu..nice knowing you....take care)

Teman-teman lama dan baru..
my14 mates misssh each one of sooo much, bestest buddy: Fadhlina Zakri dan suami (Congrate for your next becoming baby..i follow k ), x-officemates kekkwa dult:g, anis,asha. My senior n abg yg dihormati En. Nassar dan isteri, syamoon, fatimah, atie....Fathil, zul, norkhairi, Kak yus, Aida Normardiana, Jubaidah, Fatimah, Atie, Djho, Syamoon, Aishah, Dur

keluarga baru  dan lama saya....kakak ipar, abang dan adik-adik ipar....anak-anak buah ..untuk adik kesayangan saya Mohd Rusdy Baharuddin di bumi anbia'..kami doakan yang terbaik.... Ummi Zarita dan adik Hamdi serta Amir Munawar....InshaAllah..umur panjang dapat kita sambut raya sama...jangan sedey yer...

dan semua yang saya kenali....maafkan saya

..maafkanlah saya atas
Kata, salahlaku dan tindakan yang terlanjur, hutang yang tidak berbayar, niat yang hilang sucinya, rasa yang penuh curiga, amarah yg tidak pada tempatnya, kesilapan dek alpa dan lupa, Tindakan luar jangka, salah faham yang tercipta, kekurangan dan kesilapan diri.

 kita sama memaafkan Inshaallah...

Kasihanilah saya...jangan biarkan saya tercari-cari kalian di padang mahsyar kelak......

Masak-masak n makan-makan

Nak mengaku pandai masak..itu memalukan diri sendiri namanya..Nak kata pandai masak...saya masih boleh masak yang mudah-mudah..kiranya tidakla teruk sangat..


Tapi saya suka masak bila lihat suami saya begitu berselera makan masakan lagi..Bonus bila suami saya puji masakan saya...mulalah nak cuba macam-macam masakan...

Buku yang banyak membantu saya di dapur
Mereka bertanya kepada mu Wahai Muhammad. Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka?' Bagi menjawabnya..katakanlah" Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih bintang pemburu. (Al Maidah : 4)

Ayat surah Maidah yang ini sebenarnya lebih menekankan tentang binatang pemburuan dan cara pemburuan yang halal untuk dimakan, tapi saya suka awal ayat tersebut....Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik

Masakan saya lazat..hmm itu subjektif tapi insyaALlah berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga saya...Siapa lagi yang kan sediakan yang terbaik jika bukan saya...hmm takkan lah budak kat Mc Donald tu kot...

Mama pesan..bila masak sendiri..kita yang jaga kualitinya..kita yang olah keberkatan masakan kita...kita yang hidup suburkan ia dengan kasih sayang dan harapan agar makanan tersebut dapat mengukuhkan dan menguatkan tubuh badan keluarga kita..memudahkan anggota keluarga beribadat...dan tentunya salah satu usaha memberikan yang terbaik untuk keuarga... bukankah dengan makanan itu mampu mempertingkatkan akal fikiran yang seterusnya memandu kepada emosi yang sihat..bila emosi sihat..hidup rukun kita satu keuarga InshALlah...  :)

Selain masak-masak..saya suka makan-makan juga...

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.... Al A'raf 7:31

Sayangnya bila makanan, nikmat yang ALlah berikan buat kita dibuang....Mereka yang kenal saya tahu yang saya paling suka menghabiskan makanan yg tak habis..uish tuh yg susah nak kurus tuh..ejak bergelar surirumah pula..sayalah yang menghabiskan makanan suami dan anak..Moga-moga bila Abdul Muhaimin baca entry ibu kali ini...anak ibu ini sudah mula memahami...betapa nikmat yang ringan dan sedia ada itu perlu disyukuri sebaiknya...Jangan membazir ye nak..ambil sedikit dahulu..tak cukup baru ambil lagi yer sayang...

Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a :
Adalah Rasulullah s.a.w setelah memakan makanan, selau menjilat ketiga-tiga jarinya seraya berujar; jika terjatuhnsuapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya, dan dijauhkannya saripada menyusahkan serta hendaklah dimakannya, dan janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan

kami juga disuruh supaya memelit (agaknya melicinkan) sisa-sisa makanan dalam piring kerana Rasulullah pernah bersabda:

Kamu tidak tahu yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat.
Pendidikan anak-anak dalam islam, jilid 1 ms 521.

Pentingnya makanan itu hingga ia termaktub dalam Al Quran dan Rasulullah sendiri menggariskan adab dan sunnah bila berhadapan dengannya...

Anak-anak ibu sayang...nikmati makanan hari ini..namun jangan lupa usahlah membazir...
Tidak sabar rasanya menanti kalian besar untuk berbuka puasa dengan airtangan ibu......

Moga airtangan ibu dapat menyokong pembesaran Muhaimin dengan baik...menambah keberkatan dalam kehidupan anak ibu ini dan tentunya mempertingkatkan kesukuran dan kecintaan buat Ilahi..

Suami saya..terima kasih yer..makan masakan saya..walaupun saya tahu garamnya kurang..rasanya tidak sedap..tapi penghargaan itu mengharukan...

moga-moga keberkatan singgah dalam kehidupan kita semua... Amin

28 Ramadhan : sambil mengemas barang untuk ke Pahang.   :)

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...