Thursday, November 30, 2006

T.E.R.U.J.A


Walaupun ada lima cerita yang berbeza, Cinta digarap dengan begitu baik dan bersahaja, tidak bercelaru dan bercampur aduk malah anyaman ceritanya berjaya memainkan perasaan penonton dengan cukup berkesan.
Saifullizan Tahir, Cinta: Lima Cerita dalam satu
Pancaindera, Ahad 26 Nov 2006.

Cinta, sebuah filem arahan Kair Bhatia dengan skripnya oleh Mira Mustaffa, mampu meninggalkan impak sebegitu( teringat-ingat atau terfikir-fikir mengenainya) dalam diri mereka yang menontonnya. Berita Harian: HIP, Selasa: 28 November 2006.

Puteri Gunung Ledang : Filem pertama dan terakhir (buat masa ini) yg saya tonton di Panggung wayang: …itupun jenuh teman2 yg 14 nih memujuk…akhirnya terlerailah juga rekod tak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang yg berkurun lama saya pegang..

Tempat duduk paling hadapan sekali…sakit leher jugalah dibuatnya…namun, agak puas hati…. Senang dengan sinematografi yg ada dalam filem tersebut… orang lain sibuk tengok cerita…saya sibuk tengok background….. tanah lapang, sungai, awan..semuanyalah….

Namun….
Promosi besar-besaran filem cinta kali ini buat saya agak teruja…… Apatah lagi komentar dan maklumbalas yang diberikan oleh penonton semuanya positive belaka…

Tambah mengujakan apabila lagu2 yang dimuatkan dalam filem tersebut menjadi favorite saya..terutama sekali lagu cinta nyanyian Melly dan Kris dan dinyanyikan semula oleh Jac (my fav artist ) dan Misha…

menapak jalan yg menjauh,
tentukan arah yg ku mau,
tempatkan aku pada satu peristiwa,
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

reff: cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuamu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

repeat reff
cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Hari ini tentu panggung penuh dengan hamba Allah lain yang turut teruja dengan promosi besar-besaran yg dibuat… dari segi marketing..rasanya Grand Brilliance really did a brilliant job…..
kebenarannya ..hmmm kenalah tonton cinta, sebuah kisah tentang kasih……


Isnin hari tuh, di tapak ekso MAHA…eina ada suarakan hasrat nak menonton filem tersebut...rasa-rasanya dia ingat lagi tak……nampak gayanya PGL is not the last movie… (",)


~Raikan c.i.n.t.a ~

Wednesday, November 29, 2006

Minggu Tandas Kebangsaan dan MAHA 2006

Isnin, 27 November 2006
Lapan lebih…..buka TV…tak boleh miss Malaysia Hari Ini (One of my Fav Show) topik apa ya kali nih???

Hah…..Minggu Tandas Kebangsaan!!!! Menakjubkan..rasa macam tak percaya pun ada…. Nampaknya saya dah ketinggalan zaman, ini merupakan tahun ke 2 diadakan Minggu Tandas Kebangsaan….. dan percaya atau tidak ia dikelolakan oleh PERSATUAN BILIK AIR BERKUALITI MALAYSIA…… (hehehe, bilik air setiausaha kehormat dia nih mesti tersangat bersih.…)
Wah…maklumat baru…..macam tak percaya, bilik air pun ada persatuan..agak2 ada tak persatuan untuk bilik tidur tak pun dapur ke??? Satu maklumat menarik saya ketahui hari ini……Nyatanya ia beri kita pendedahan supaya tidak mengambil mudah perkara remeh....

Usaha yang baik…. Sekurang-kurangnya ia bakal menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tandas awam yang dikongsi bersama…ialah..kalau dah namanya tandas awam, ia bukan hak milik individu. Pengguna wajar mempertimbangkan keselesaan pengguna seterusnya……

Rasanya Kempen ini juga perlu dan sangat perlu diadakan di sekolah-sekolah…sayangnya sekarang nih musim cuti sekolah pula…Ish teringat pula tandas budak2 nih..belum lagi yg tercicir-cicir kat muka pintu tandas..ahh anak-anak ini……

Tamat cerita Minggu Tandas Kebangsaan…bersiap-siap untuk MAHA..dah janji dengan eina dan mama…..Saja pilih hari ni nak mengelakkan kesesakan….

MAHA 2006: Malaysian Agriculture, Holticulture and Agro Tourism show….
Pameran 2 tahun sekali ini menakjubkan…berjaya mencatat nilai urusniaga hampir 6 juta, dan tercatat dalam Malaysia Books of Records sebagai Maha terbesar penganjurannya, 835 peserta dan 976 gerai…dan dianggarkan 113 juta pesanan dan potensi jualan, tak lupa juga lebih kurang 1 juta pengunjung termasuk saya le tuh...Tahniah Kementerian Perdagangan dan Industri Asas Tani……

Kami diantara orang yg awal tiba pagi itu, selepas menjemput eina di Putrajaya, terus ke tapak Expo…. 10 pagi, kereta dah pun memenuhi parking…

Sempat ke tapak ternakan sebelum ke tapak pesta utama….seronoknya tengok lembu yang besar-besar…..Sayang adik saya Hamdi tak ada, training di Johor...dia cukup minat benda sebegini...

Tapak ekspo utama….. tak cukup rasanya sehari berjalan . Apa yang menarik ya…mestilah pokok hiasan….nursery dan maklumat landscaping…rasa macam tak sabar nak ada rumah sendiri, nak hias laman sendiri…..cantiknya…tapi ya ampun, mahalnya……..

Kemudian jengah produk hasil tanaman…sudah pastilah produk dari tanaman koko yang jadi pilihan, kali ini keluaran tempatan..Tak pernah lihat pun jenama Hoko ni di Pasaraya, tentunya masalah kos..ialah untuk meletakkan produk disesebuah pasaraya memakan belanja yang tinggi regardless barangan yang diletakkan itu terjual atau tidak...Sekurang-kurangnya MAHA ini memperkenalkan produk tempatan seperti ini... ….beli serbuk minuman koko: HOKO, rasa dia lagi sedap dari MILO…hmm balik tu terus bancuh….. sedapnya…sayangnya tak sempat nak beli chocolate… Niat nak beli b4 balik..terlupa….tak de rezeki…..

1 tghari…Sempat menikmati mee canglung yang dikatakan dari Negeri Pahang...macam mee sup juga tapi bebola dagingnya banyak...boleh tahan la...


Kakak, kita balik sekarang yer….Shifa' tak nak miss cerita bawang putih, bawang merah hari nih……

Tak puas lagi sebenarnya, tapi tak apalah.....

Saturday, November 25, 2006

+susah hati+

Niat nak g jogging awal pagi nih....
Masuk 2 bulan tak jog.....bdn dah rasa tak sdap....

Dah bersiap pun.....
Kakak...keluar dgn mama la...mama ada apointment doktor pg ni kul 9
A ah la..mama ada appointment kul 9.. no problem apa salahnya.....

8 lebih..
Msg2 dah siap....hmm lepas hantar mama nak terus g jog la...
Pusat Rawatan tuh dekat sgt dgn Taman Tasik Cempaka tuh...


Sampai kat Pusat Rawatan...tiba-tiba mama tahan pesan suruh tunggu mama...
Kesian mama...mama mesti risau....
Mana lagi penting mama atau g jog???

Teman mama.... sebelum nama mama dipanggil..mama pesan masuk teman dia jumpa dr sekali...

Eh muka sama la...

Ish Dr nih...anak dgn mak muka mestila lebih kurang...

Dr tanya sedikit sebanyak dan mula beri nasihat....

Bila tidak ada kestabilan dan keseimbangan pd usia sebegini (mama dah 51, but she looks younger hehehehe) kena selalu buat pemeriksaan, kerana ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku...

1. Mungkin tiada apa-apa (Alhamdulillah)

2. Mungkin kerana Kanser Rahim....
Kanser rahim itu ada berbagai jenis, di antaranya kanser 'badan' rahim (corpus uteri/endometrial cancer) & kanser pangkal rahim (cervix utericancer). Selain, itu ada juga kanser indung telur (ovarian cancer).

Yang boleh meningkatkan risiko kanser 'badan' rahim itu dimulai dari kegemukan, kelebihan hormon estrogen, & keturunan, juga pada perempuanyang tidak mempunyai anak/ tidak kahwin.

Sedangkan kanser pangkal rahim boleh dikatakan disebabkan oleh infeksi HPV (human papiloma virus) yang merupakan penyakit menular seksual. Risiko kanser pangkal rahim meningkat pada perokok aktif/pasif. Untuk perempuan usia muda, yang harus diwaspadai adalah kanser pangkal rahim yang boleh menyerang pada usia 20-an.

Ciri-ciri kanser 'badan' rahim itu adalah perdarahan dari jalan lahir yang tidak normal. Itu sebabnya, selalu sarankan untuk mencatat dengan baik putaran haid, mulai dari jarak antara haid, lamanya & banyaknya. Ini memudahkan untuk menentukan usia kehamilan, juga ketika ada hal yang tidak normal yang mengarah pada suatu penyakit.

Soalnya, banyak perempuan menganggap setiap perdarahan yang keluar dari jalan lahir sebagai haid, padahal belum tentu.Sedangkan untuk kanser pangkal rahim, seringkali tanpa gejala, biasanya ditemukan dari pemeriksaan rutin. Jika ada gejala, boleh dalam bentukperdarahan sewaktu/sesudah hubungan seks, bau busuk dari jalan lahir, atau sakit pada punggung. Tapi, biasanya gejala baru muncul setelah penyakitnya parah.


3. Mungkin kerana Kanser Pangkal Rahim
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.
Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
i.Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
ii.Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
iii.Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
iv.Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.
Muka mama dah risau.... Saya lagi risau..Dr nih asyik tenung muka saya dari tadi...hmmm mungkin dia perasan yg saya pernah pergi talk dia satu ketika dulu....

Dan ada 3 perkara yang perlu dilakukan untuk menentukannya
1. Scan
2. Pap Smear:Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi? Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.

3. Ambil sample dalam dinding rahim untuk dikenalpasti.....

and i was there with my mom...

benar ini baru ujian dan tidak ada kesahihannya tapi manusia tetap manusia...risau tetap ada...

Keputusan akan keluar dalam 2 minggu lagi..buat sementara waktu mama kena makan ubat....
Muka mama risau...saya tahu......InshaALlah, ALlah akan tetapkan yang terbaik untuk hambanya...lagi-lagi orang baik macam mama....

Sebelum keluar untuk menghadiri kenduri Akmal dan Nani, mama lemparkan senyuman....lega, Moga-moga tiada apa yang buruk bakal berlaku... dan moga-moga mama tak risau lagi.....

Sunday, November 19, 2006

+update+

Pejam celik 2x saya dah cuti akhir tahun dah.....kiranya dah hampir setahun jugalah saya jadi guru...
Wah...tak sangka dah nak lepas setahun...

Hari terakhir sekolah..sempat gak la bersalam-salaman dgn beberapa org guru dan staff kat sekolah..yelah kotla cuti kang jd paper kat saya tak sempat mintak maaf....

Sempat gak la Kak Lela titipkan pesanan teman dia g shopping cuti karang lepas dapat gaji..(Shopping....hmmm, teman org shopping saya suka..shopping untuk sendiri2 tgk keadaan)..Kak Salmiah pula ajak join kelas renang (sebenarnya 4 bln pertama dulu saya ada join kelas renang, dpt sijil dah pun tapi x pandai2 lg), Kak Fatimah pula ajak join kelas jahitan....(hehehe..saya pernah jahit sepasang baju kat u dulu..buat masa ni itulah baju pertama dan terakhir yang pernah saya jahit) Ainain pula ajak skating kat pyramid (hmmm, bunyinya menarik tapi saya tak pandai langsung...tergolek terlentang kat situ kan ke susah) Ina plak ajak g jalan Tanjung Malim (ke perak lagi?)

Apapun..Alhamdulillah kehadiran saya diterima di sekolah tersebut.....Alhamdulillah juga mereka semua baik2 belaka.Memandangkan saya anak sulung, berada kat sekolah tuh merasa gak dapat kakak ramai.....abang?? pelik pula la rasanya nak panggil cikgu2 lelaki ni abang, apatah lagi yang ada pun berapa kerat jer....

Apa nak buat cuti sekolah ni yer...
hmm, hari nih je baru balik dari walimatulurus Naemah ngn Shahir.... jd pengapit...
tak pernah lg jd pengapit nih...memula tuh, mak uda bising kata pengapit nih lambat kawin, nanti jd anak dara tua la.... iyer ke? tp sian kat naem...dia siap sanggup belikan baju lagi.....lgpun jodoh ajal maut kan di tgn ALlah...

Bestnyer jadi pengapit nih dapat makan kat meja hidangan pengantin... (",) lepas tu mestilah gambar kita ada dlm kebanyakan gambar betul tak..hmmm kalau berkesempatan nanti saya download kan gambar kat cni...

tapi inilah kali pertama dan terakhir saya jd pengapit..tak mau dah lps ni...... Naem,U should be thankful n proud to have me as ur best women....

Nak buat apa yer lepas nih....

Mardi ada buat EXPO MAHA 2006 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show)..ok gak
Majlis pertunangan Reen
Walimatulurus Nani @ Ampang, Akmaluddin @ Desa Pinggiran Putra, Capt.Yana @ Sg. Petani, Walimatulurus Mila @ Kelantan, Shue @ sebelah rumah, Yati n Pian.....

Alamk dah nak akhir tahunla..kena settlekan akaun PIBG dan prepare statement plak...hmmm merasa ke cuti nih.....

Friday, November 17, 2006

be THANKFUL

The journey starts here in Hebron
The children starting their day going to school 2 b faced with a checkpoint
The soldiers prevent them from passing and give them orders to go home

The children try to challenge the soldiers and pass the checkpoint
even younger ones try but in vain


the boys try a little bit harder they got shot at,


and some arrested


They ended up having classes in the street by the checkpoint

what an amazing spirit

yet in their eyes you see DETERMINATION and DIGNITY

This is what Palestinian children go through everyday !!!!!!!
STOP THE WAR!!!! Enough is enough!!!!!

Ahha..school holiday already..gonna miss my children...hehehe however cant miss my holiday... (",)

Monday, October 30, 2006

adik


Ini gambar adik saya...salah seorang adik yang sering mengekori saya ke mana sahaja saya pergi sejak dia kecil lagi...tak serik kena marah dgn saya...banyak benda yg saya share dgn dia...bukan setakat bilik, baju, bantal, duit, seluar tapi kasih sayang ....

Ramai yang tak percaya dia nih adik saya, muka kami tak sama pun...tapi bila masing2 tgk mata kami berdua, confirm kami adik beradik..hahahaha

Adik saya nih orangnya ceria....penyabar dan berani...alamak dik tak boleh puji lebih2 la, riak jadinya...mungkin kerana kami berkongsi bilik kami jadi sangat rapat, dia kenal saya dan saya tahu siapa dia...lebih2 lagi bila dia sahaja yg tahan dgn angin tak tentu arah saya....

Hari ini: 30 Oktober harijadi dia...memandangkan lama dah tak wish2 sesape kat blog nih..rasanyer ini hari bertuah dia..

Sempena hari lahir dia....sudah pastinya saya doakan yang terbaik untuk dia...mengharapkan agar dia pandai menjaga diri, menghayati setiap detik dan pengalaman yang dilalui, mengambil teladan dari apa yang dia lihat...belajar..belajar dan belajar serta tidak putus asa.... Sempena hari lahirnya juga, saya mengharapkan agar cerianya tidak hilang, sedihnya tidak lama dan ketawanya berkekalan (tapi jgn kuat sangatla...sopan sikit ek)...dan dalam diam saya turut mengharapkan agar pegangannya kukuh dan imannya bertambah....

Selamat Hari Lahir Adik....dan percayalah walau segarang mana pun kakak sulung awak ini, sepedih mana pun kata-katanya, seteruk mana pun awak kena buli (hehehehe ada ker??) kakak tetap kakak......

can't tell how much I love u......Luv u sooooooooo much sis....take care!

Friday, October 20, 2006

+Komen Iklan RaYer+

Hmmm..nak rayer dah rupanya....2, 3 iklan raye dah pun tersiar di tv. Lagu-lagu raya pun banyak dah berkumandang di radio dan tv....

iklan apa yang best yer.... iklan rayer tv3 best juga...citer budak bndar balik kg.' ada ular tak?...ada buaya tak' cuutenyer...

Iklan apa lagi yer.....tentulah iklan petronas...kecik2 dulu saya pernah baca cerita yg terpapar tuh, cuma x de la bab lampin2 nih, itu zaman modennyer citer...Tak pernah tengok lagi ke, cuba klik http://202.71.107.161/petronas/bm/tvc2.asp . (Terima kasih En. Effandi (",) !! )

Kalau tv3 citer tentang budak cute2, petronas pula citer pasal mereka yang kita panggil warga emas... jurang yang sangat berbeza....satu merupakan permulaan pada kehidupan, dan kita maklum bahawa saat yang satu lagi adalah saat kita menghampiri penghujungnya...sangat hampir...

Ingat tak hadith Rasulullah ingatlah waktu mudamu sebelum tua...muda dan tua...

Perasan atau tidak...ALlah takdirkan anak kecil dan warga tua sebagai golongan yang sangat sensitif dgn erti kasih sayang....sangat sensitif dengan belaian..hmmm di mana warga yg sebaya dgn saya ye?....mungkin masing2 sibuk dengan urusan mencapai cita-cita...merancang kehidupan..rancangan apa yg perlu dilakukan oleh anak kecil jika mereka punya ibubapa. Cita-cita apalagi yg nak dicapai oleh si tua jika hanya menanti waktunya...

Sayangnya..mereka yg sebaya saya kdg2 leka hingga lupa nak merancang kasih-sayang untuk si kecil malahan alpa untuk mencapai impian si tua yg inginkan anaknya mengenang jasa....

Mengingatkan diri sendiri..moga saya tak termasuk dalam golongan itu...Saya bukanlah anak yang baik, walaupun org kata saya lembut tapi saya degil dan keras hati....Moga saya diberi petunjuk dan berjaya merealisasikan impian mak dan abah memperolehi anak yang solehah..Insya ALlah.....

Akhirnya, saya titipkan lirik lagu dari Ramli Sarip ini: senandung hidup berbudi...
mungkin ada benarnya...

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai

Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai
Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga
Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

'Kasihanilah anak kecil kerana ia merupakan masa silammu dan hormatilah warga tua kerana ia merupakan masa hadapan mu.....'

Friday, October 13, 2006

nostalgia



Terima mesej dari nani dlm perjalanan balik dari sekolah ptg semalam

Kwn2...hr sbtu ni on tau bbuka togthr2.aku dh book tmpt..geng2 kita je. geng2 lin x jd join. so bdgt dlm rm7 sorg. roger.

Nmpak gayanya kwn2 saya tak lupa acara tahunan yg sering kali kami jlnkan sebaik shj tamat belajar. Tahun ni dah tahun ketiga....dan setiap tahun pelbagai cerita baru serta perubahan berlaku.....Adakala kami berbuka bersama klik lin, mayb tahun nih masg2 sibuk apatah lagi lin sendiri dh kawin....

Untuk klik 14 nih pula...tak tahulah samaada acara tahunan ini bakal diteruskan lg tahun hdpan....bulan 11 ini shj naem dan nani akan jd org terawal antara kami yg menamatkan zmn bujang mereka...lepas tu yana, kemudian mila kemudian remy dan mamek........

Dan sudah pastilah naem plg beruntung...almaklumlah org pertama antara kami....

Tak sangka masa terlalu cepat berlalu...kami rapat sejak mula-mula masuk uia dan skrg dah nak kawin dh masing2.... tak sangka....

Dari pelajar nakal yg suka conquer kelas, dtg lewat ke kuliah.... selalu kena buli buat kerja bila ada programme (memandangkan most of us rajin dan berbakat...hehehe), study sampai lewat malam dan nangis2 kini ada yang dah jadi juruaudit, executive company besar2, banker, siap 2 org jd kapten tentera udara dan tak lupa juga cikgu....sayalah tu...). Bila masalah menimpa, kami ada antara satu sama lain, pjam bahu tmpat menangis, pnjamkan telinga untuk mendengar dan berada di sisi...malahan menegur bila ada kesilapan...

Rasanya....secebis harapan agar pertalian ini tidak putus.....moga ukhuwah bakal membimbing diri menjadi lebih berguna.Dan kalau boleh biarlah acara tahunan ini berterusan..hehehehe apakata kita ramai2 serbu rumah naem ramadhan next year... Friends lead to heaven.....

Tak sabar nak jumpa korang....... (",) esok !!!!!!

+gambar 1st year di UIA, juniorla katakan+

Tuesday, October 10, 2006

Kerabu Mangga 17 RamaDhan

Cuti nuzul Quran
(ops..untuk negeri Selangor, Penang Pahang, Perak, Perlis Kelantan dan Terengganu shj yer...)
Alhamdulillah hari nih sahaja dah juzuk 25
(Itupun bermula 2 bulan sebelum Ramadhan…hehehehe)
Semoga Ramadhan ini tidak sia-sia

Pagi-pagi lagi terserempak dgn mama dok kupas buah mangga yang nenek kirim balik kg hari tuh…...
Nak buat kerabu mangga untuk berbuka katanya…

Hmm sedapnya…..
Lepas kupas mangga, mama siap-siap keluar ngan abah..
Nak ambil tiket Abg Atit yg dah cuti lama kat Malaysia nih…

Sempat juga mama tanya sebelum keluar..: tau tak buat kerabu mangga…
Hmmmm..macamana yer????








2 biji mangga-diparut
1 sudu gula
2 sudu besar udang kering
2 biji cili padi
3 ulas bawang merah sedikit garam

1 biji limau nipis

Goreng udang kering dan tumbuk.cili padi dipotong halus.

bawang merah diracik. campurkan kesemua bahan dan gaul.pecahkan air limau nipis.
(boleh caya ke resepi dlm internet nih....)

Tak sabar rasanya nak berbuka 17 Ramadhan kali ini…..

Monday, October 09, 2006

FrOm SeKInCHaN with Love......


Balik Kg...

OOOOO
Balik Kampung...

Hati riang.....

Lama betul tak balik kg abah....

rindu nak tengok laut dan rindu nak tgk rumah nenek yg dikelilingi oleh padi yang menghijau....

Kedua-dua nenek saya orangnya sangat lembut (belah abah saya ada 2 nenek, seorang tuh nenek tiri) Kelakarnya.. sorang tinggal dekat dgn laut yg saya panggil nenek laut dan seorang lg dikekelilingi sawah padi yg saya panggil nenek darat.... (",)

Bermalam di rumah nenek laut..

Dihidangkan dengan juadah berbuka yang maha mewah...

Apatah lagi lauk ikan segar dari pantai...hmmm terbayang lagi ikan pari bakar yg kami ratah .....

Melawat nenek darat...
Saya tak akan lepaskan menikmati suasana kg yg ada...

Dari rumah, hinggalah ketanaman nenek dan juga hijaunya sawah padi..Dan sudah tentu nasihat dari seorg tua yg amat2 menyentuh hati....


Saat saya memandu pulang yang sarat dengan hadiah dari kampung...
terbayang wajah sedih keduanya melambai kepulangan kami..

Perjalanan selama 3 jam tidak terasa..... dan nasihat nenek masih kedengaran lagi..

dunia kian akhir zaman, hadapinya dengan sebaiknya dan S.A.B.A.R

7 - 8 October 2006

Saturday, September 30, 2006

::insaf::

~*~
Saat berbuka Ramadhan ini........

Moga ALlah kurniakan yang terbaik untuk hambanya....

Terima Kasih Ya ALlah

~*~

Saturday, September 23, 2006

+berfikir sejenak+

x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia.........
kita x pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,

x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu diganggu
walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..soalan2
bertanya kabar utk menguji...
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata

mmg susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini complicated
dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

manusia itu bersifat ikhtiariah.. .
boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal

andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah
andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.

ukhuwwah fillah abadan abada'...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya
dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu
betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berja lan lancar
dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban.. .
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa se panjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang ak an menangis.

My dear Ainain...age is just a number, dont worry and dont give up!!!!.....enjoy ur precious life!

+RamAdHaN+


Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

"Selamat Berpuasa kepada semua"...

Sesungguhnya tiga keadaan inilah, menggambarkan 3 wajah manusia yang akan berhadapan dengan Ramadhan... Manusia itu adalah kita. Dan kita adalah manusia itu. Dikedudukan manakah kita???

Kedudukan pertamakah kita... yang merasakan betapa beratnya Ramadhan. Betapa Ramadhan datang akan menyekat segala kebebasan kita. Ramadhan datang akan menjauhkan diri dari kebiasaan yang kita lalui hari-hari, Ramadhan datang dengan seribu bebanan dan kepayahan, dan dengan kesempatan bebarapa hari yang masih bersisa ini, sebelum menjelangnya Ramdhan kita menjamu selera kita sepuasnya. Itukah kita??? atau ...

Kedudukan keduakah kita... yang tidak punya apa-apa perasaan, jiwa yang kosong, Ramadhan datang atau tidak, Ramadhan pergi atau tidak, segalanya seolah tidak punya apa-apa ertipun pada kita. Kosong. Kehadirannya. .. Pemergiannya. .. tidak pernah dirasai. Tidak pernah dirai... bahkan sedikitpun tidak mencuit keimanan kita. Inikah kita??? atau...

Kedudukan ketigakah kita... Alhamdulillah. Kalau inilah kita. Sesungguhnya! Insyaallah kita adalah manusia yang terpilih. Kita adalah hambanya yang diberikan nikmat dan pengertian akan betapanya besarnya kehadiran sebuah Ramadhan. Kita, cuba sesungguh hati untuk melakukan yang terbaik demi meraikan sebuah Ramdhan. Yang terbaik... yang nilaiannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita kembali kepadanya, sujud dengan rasa kehambaan, dengan penuh pengabdian. Tanpa sedikitpun merungut dihati akan bebanan dan kesusahan yang dialami... moga Inilah kita. Amin.

Anggaplah!!! Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita, kerana sesungguhnya Ramadhan akan datang belum pasti untuk kita bertemu dengannya. Sempatkah kita, bertemukah kita, bersuakah kita dengan Ramadhan akan datang hanya Allah jua yang tahu... Dakaplah Ramadhan sesungguh hati... peluk ciumlah Ramadhan ini dengan amalan yang melimpah ruah... belailah Ramadhan ini dengan rasa kehambaan dan takwa kepadaNya, semoga andai tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang jiwa kita tidak akan merintih menyesali buat selamanya.

Tepuk dada tanyalah kepada Iman??? Bak kata seorang kawan jangan ditanya si Aiman... Sesungguhnya si Aiman tak kisah Ramadhan

Sunday, September 17, 2006

...............

Majlis Penutup Minggu Merdeka....Argh...kena pergi sekolah pagi Sabtu.....

Pagi yg sangat kalut... ..terjaga jam 4 dek sms yg entah dari siapa...
Tidur tak lena hingga pagi.... part n parcel of the crisis and tragedy in my life tis week...

Trying to be positive thinking person.. but sometimes I just need to let it go !!!!!!!

Keep on reminding myself: life never promised to be wonderfull...Luckily good news from K.Liza n birthday wishes to nani n ina did cover my feeling.....cant help smiling while portraying their happy faces in my mind....At least there are still happy moments out there.....

Di sekolah...nampak gayanya bukan saya seorg shj yg menerima sms misteri seawal 4 pg.... Berita hangat pagi itu!!!!!!

12.50 am and it is already 17 September 2006....im still having butterflies in my stomach without knowing the reason why it was there.............and here im facing my lap top hoping that it will end..... InshaALlah, it will end......when??.......ALlah knows .......

Tiada kalimah yang lebih bermakna selain dari kata-kata yang sering keluar dari mulut mama... s.a.b.a.r

" But, Holly, nobody's life is filled with perfect little moments. And if they were, they wouldn't be perfect little moments. They would just be normal. How would u ever know happiness if you'd never experienced downs?" ( Book entitled Ps, I Love You by Cecilia Ahern page 421...Thanks Anis...finished reading d book already..nice n sweet storyline... it was nice feeling having u in the 'bilik guru'...gonna miss u)

Kak Liza..saya tak sabar nak jadi makcik...... Naem, Ina and Nani: Happy birthday girls
Fadhlina..thank you for being my shoulder to cry on..appreciate it

Tak sabar nak jog kat Tasik esok pagi..... (",)

Wednesday, August 30, 2006

bumi kitakah Ini.....


Antara yang menarik sepanjang musim perayaan adalah iklan terutama sekali iklan Petronas... Saya mesti ternanti-nanti iklan terbaru syarikat gergasi ini....Merdeka kali ini tidak kurang hebatnya, selain cerita Jegang dan Aman (Iklan Proton) yang menyentuh perasaan, saya tertarik dengan sajak dari salah sebuah iklan petronas yang terbaru......Sempena Merdeka kali ini, moga kita sama-sama menghayati dan mensyukuri di samping menginsafi apa jua rahmat, nikmat dan rahsia yang tersimpan disebalik ketetapan yang telah ditentukannya... hentikan peperangan......dan Selamat Hari Merdeka Malaysia!!!!

Bumi Kitakah ini?

Pasir yang mengalir dari jari-jemari
Jatuh berderai membentuk bumi

Adakah lautan tanah ini milikku?
Mungkinkah bumi yang berjuta abad,
milik manusia yang umurnya singkat.
Sekalipun bumi ini milikku...
Mengapakah apabila aku pergi
akanku tinggalkan jasadku didalamnya....

Oh Tuhan seru sekelian alam
Bumi ini takkan jadi milikku
hanya berilah aku kesempatan
meneguk dari sungaimu
menyelami kesepian lautan
mengagumi gemuruh langit
mengikuti gelagat hambamu
dan menginsafi kekuasaan

Berikanlah aku kebijaksanaan
untuk tidak hanya menerima
tetapi jua memberi
Usaha dan titik peluhku
dengan keikhlasan dan hati dan belas kasihan

Amanah yang kuwarisi
dengan ikhlas kumanfaatkan
Semoga semua terilham jua

Semoga yang lain akan bertanya
Soalan yang sama

Mencari jawapan yang kian jelas kelihatan
Bumi kitakah ini?

Monday, August 21, 2006

+Positive Attitude+

'A long life may not be good enough, but a good life is long enough'.....Life truly is what you decide to make of it. You are the architect of your life. Life can be as 'good' as you "will" it to be!!!!

What you get by reaching your destination is not as important as what you become by reaching your destination....enjoy the journey for this is your life!!!!!

Life is 10 percent what happens to us and 90 percent how we react to it!!...isn't life great? We have been given the 'gift' of choice. We can choose how to react to the 'stuff' that happens to us. Choose to be positive!!!!!! life can be as 'good' as you "will" it to be!!!

"what lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us!"..Today is the only day you've got!! What you do with it, how you choose to enjoy it, or not is totally up to you. Life can be as 'good' as you "will" it to be!!


Congratulations to both of my adorable sisters…K.Nor already enrolled herself for Diploma in Computer Sciences at Islamic International College University Selangor...…..while my roommate and beloved sis Asma' (also my personal assistant) already registered herself at Politeknik Ungku Omar....

Best Wishes to new mom; Kak Zueraida...newly wed couples: Aida n Kamarul and Dek Ya with Dr Affendy, not 2 4get CT Nurhaliza n Dato' K (itupan kalau dia baca..hahahaha).....New PTD Officer: En Fadhil , congrate!! ,
'En Cuci Tingkap'.....nice knowing u!!!!

Glad to received all the good news...ALhamdulillah......What A beautiful life...especially when it is SCHOOL HOLIDAY!!!!

and STOP THE WAR!!!

Tuesday, July 18, 2006

+a.j.a.l+

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALlah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.....Ali-'Imran: 142

Membicarakan soal ajal dan maut menakutkan...lain rasanya berbanding berbicara tentang jodoh meskipun nyata sekali perkara tersebut di bawah pengetahuan yang Maha Kuasa....

Maha suci ALlah yang menciptakan dua misteri yang sering menjadi tandatanya...umum maklum berita jodoh yang seringkali dikaitkan dengan harapan,impian...kegembiraan hingga alpa dengan erti tanggungjawab manakala ajal dan maut penuh dengan tandatanya penerimaan ALlah ke atas diri yang bergelar hamba...penuh dengan momokan penderitaan hinggakan lupa pada janji yang benar buat orang beriman dan beramal soleh....

namun kisah kematian yang ada dihadapan kita hari ini amat menakutkan....13 Julai 2006;Israel serang Beirut

Bila sang mentari dan setiausahanya
berbuat jahat di bumi ini
begitulah juga hakimnya zalim dalam memutuskan.
Celaka, sungguh celaka, dan celakalah
bagi hakim bumi ini
kerana nanti ada hakim langit
yang menghukumnya


ALlah subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
......Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya ALlah Maha Cepat perhitunganNya.. (Ghafir:17)

nantikanlah

HENTIKAN PEPERANGAN!!!!

Nota:

Al-Fatihah buat ibubapa Azmila Othman... ur such a strong girl!! such a strong girl...................

Semoga kebahagian menjelma
semoga jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
seseorang yang paling dekat dengan kebahagian
adalah orang yang memiliki harapan

kata-kata Ali bin Jabalah tulisan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dalam buku Jangan Bersedih, setiap kesulitan pasti ada kemudahan....

Monday, July 17, 2006

+My best friend's wedding anniversary+

+ sudah tiga tahun rupanya..........+

Jangan cinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang di cari
Hanya pandai menabur janji

Jangan dirindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka


Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukarnya hidup miskin dan papa

Jangan di kasih kerana di puji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut di mamah hari
Hilang sudah puji-memuji

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu

Jangan di layan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api di hari kemudian

Wahai sahabat, wahai teman
Carilah dia kerana T.U.H.A.N
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman


Wahai sahabat, wahai teman
Cintailah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk anggaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Ingatlah janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan



~Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan~






Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...