TaHun BaRu masihi

Sempena tahun baru masihi yang bakal menjelang, saya terkenang persoalan-persoalan yang diutarakan oleh Imam Ghazali sepanjang pembacaan saya....

Apakah yang paling hampir dengan kita?
Apakah yang paling jauh dengan kita?
Apakah yang paling ringan buat kita?
Apakah yang paling berat buat kita?
Dan apakah yang paling tajam buat kita?

Yang paling hampir dengan kita adalah maut..Tahun baru ini membawa kita lebih menghampirinya...tidak kita kejar dan ia tidak berlari ke arah kita..namun ia pasti. Siapa tahu esok atau lusa...Ruginya rasa bila perjalanan ke arah sesuatu yang pasti itu kita sia-siakan...Ruginya rasa bila keindahannya tidak kita nikmati dan kepedihannya tidak kita hayati....

Yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau.....Yang berlalu akan terus berlalu...Usah bermimpi untuk mengulangi sesuatu yang telah pasti...Sejarah tidak akan berubah....dan hari ke hari kita bakal meninggalkannya tidak di hati tapi ia realiti...

Yang paling ringan buat kita adalah melakukan dosa....benar bagai apa yang dikata..Tanpa sedar adakala kita sudah terbiasa...Tanpa kemahuan adakala ia tercetus lantaran tuntutan keinginan. Syukur Tuhan tunjukkan jalan, moga taubat bakal jadi sempadan.

Yang paling berat buat kita adalah tanggungjawab.....kali ini saya terpaku seketika..tahun 2006 seiring dengan penerimaan tanggungjawab saya sebagai seorang guru......kemudian baru saya sedar..siapapun kita...kita memegang tanggungjawab sebagai Khalifah Allah....Apalah sangat jika nak dibandingkan tanggungjawab guru dengan jawatan Khalifah dimuka bumi ini.......

Dan rasanya ramai yang maklum yang paling tajam buat kita adalah yang lembut dalam diri kita...lidah...dalam diam ia menghiris, dalam senyap ia mericih dan dalam sepi luka tidak disedari.....Makanya...sempena tahun baru ini maaf saya pohon atas kata yang tidak saya sedari....mungkin bukan sahaja dari bicara tapi dari tajam lidah yang diterjemah dalam tulisan saya....atau lewat sms yang ditaip..hehehehe

Atas setiap ucapan tahun baru yang dihantar...T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H..
buat Puan Joy..guru pembimbing dan pendidikan Psikologi saya..thanks for unexpected wishes, hopes, encouragement and trust. Really appreciate it…

Akhir sekali saya kongsi kata-kata dari salah satu watak yang saya kagumi…

` hidup M.E.N.A.N.G, mati S.Y.U.R.G.A'
Akhbar: Sepi angin ke kota London

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+