Sepanjang 2 hari lepas…kotak mesej saya didatangi persoalan dari teman2 maktab berkaitan penempatan saya, malahan khabar gembira tentang petempatan masing-masing...
...'tak dpt info lagi' hanya itu yang saya mampu balas...
Akhirnya...lewat senja semalam jawapan yang pasti telah pun saya perolehi....
S.K Seksyen 4, Bandar Baru Bangi....
Alhamdulillah...memandangkan keluarga kami bakal berpindah ke kawasan berhampiran...ia tidak mendatangkan sebarang masalah buat saya....
Dan yang paling gembira sekali tentulah Shifa' adik bongsu saya, kerana saya juga bakal bergelar guru disekolahnya sendiri...macam-macam perancangan yang ada di kepalanya.......awal-awal lagi dia saya peringatkan untuk tidak memanggil saya kakak ketika berada di sekolah.....Cuak rasanya satu sekolah dengan adik sendiri....salah dan silap dia adalah salah dan silap saya ..tapi lebih cuak lagi bila bakal berhadapan dengan anak-anak kecil lain di sekolah tersebut dengan membawa harapan ibubapa mereka....
Anehkan...seorang dewasa punya rasa cuak berhadapan dengan anak-anak kecil....jika difikirkan secara logik apalah sangat kanak-kanak yang yang hanya tahu bermain dan baru belajar mengenal hidup itu...lebih-lebih lagi fizikal mereka tidak setanding dengan kita....jauh benar bezanya..hakikatnya tanpa disedari kita banyak belajar dari mereka.
Buat kawan-kawan maktab...walau dimana pun kalian ditempatkan tahniah diucapkan.."Life never promised to be wonderful, keep on struggling and fighting"....buat teman-teman sekelas...duit kelas masih berbaki pada saya RM 6.80...makanya...jika ada sebarang perancangan informla saya k....Moga ukhuwah tidak putus..
Hingga bertemu lagi....
He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Sunday, January 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...
1 comment:
congrate aini..
Post a Comment