Saturday, August 31, 2013

HUjung Minggu

Hujung minggu ibu

Hujung minggu ayah

 bersama bidadari ibu : Nuha salsabila


dan tentunya imam kesayangan bakal suami mithali : Abdul Muhaimin



Ibu dan ayah berusaha sedaya upaya mempersiapkan diri untuk jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ibu. Terubat juga rasa hati dan rindu ibu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini..dan sememangnya aura bersama penceramah-penceramah hebat cukup terasa....terasa sangat kerdil dan sangat jauh.

Terima kasih suami, Abdul Rahman Abdullah kerana sudi menemani. Sesungguhnya wahai suami anda telah pun memenuhi tuntutan perkahwinan mendidik isteri ilmu agama meskipun ilmu tersebut bukan dari anda sendiri. Sokongan dan keberadaan itu amat-amat dihargai, dicatat malaikat dan tentunya dibawah pemerhatian ALLah. Moga kita sama dapat membina keluarga yang sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat ALLah.

Sebagai ibubapa kita  tidak perlu hebat untuk lahirkan anak-anak yang hebat, kita cuma perlu memperhebatkan usaha
Sebagai ibubapa kita tidak perlu luarbiasa untuk anak yang luarbiasa, ibu dan ayah hanya perlukan usaha yang luarbiasa...

Moga jadi panduan untuk anak-anak ibu

dan ingat..
teruslah menuntut dan mencari ilmumeskipun apa fasa kehidupan yang kamu lalui
jangan jemu dan jangan berhenti menuntut ilmu...
( meskipun nanti fokus hilang dan terganggu dek sibuk dgn anak2 ketika ceramah..huhuh)

Wednesday, August 28, 2013

Kami tetap sayang!!!!

Minggu pertama bekerja setelah cuti bersalin lama, suami pula selesai bercuti hari raya:

Pagi pertama bekerja
Amin : ibu tak boleh work, ayah tak boleh work
Ibu : Ayah dan ibu memang kena pergi kerja sayang Kalau ibu tak pergi kerja, kakak2 dan abang2 anak murid ibu tidak dapat ilmu, kesian mereka semua.Ayah kena kerja sayang, kalau ayah tak kerja , kita tidak ada duit.
Amin: Amin ada duit (sambil tunjuk tabung miliknya)

Mampukah duit beli segalanya?

Pagi2 minggu pertama dipenuhi tangisan Amin..Nuha masih kecil, dia masih lagi mampu senyum bila saya cium pipi mengucapkan selamat tinggal pada setiap pagi.

Tapi Amin, dia protes sepanjang minggu itu. Keluar macam-macam perangai pelik tanda protes.

Namun protesnya semalam adalah protes paling sedih.

Semalam, saya balikagak lambat dari jam 2 tghari. Saya mencari air kotak utk program jamuan raya di sekolah hari ini. Ketika balik, Abg Amin masih lagi tidur. Saya biarkan. Tidak lama kemudian dia terjaga sambil menangis. Saya datang dekat untuk memujuk tapi katanya

"Amin tak mau ibu, amin mahu Mummy sahaja" Mummy ialah adik saya yang menjaganya. Meruntun hati saya...Saya dokong dia dan itulah yang disebutnya. Saya hantar dia pada mummynya dan saya sangat sedih...Luluhnya hati saya..

Pagi tadi : Amin menangis lagi dan ayah cuba untuk memujuk
:Ayah bagi RM5, nanti Amin beli chocolate dengan pakngah ye..

Amin senyap. Lega tp sekali lagi hati saya sedih.
Apakah kini anak kami menilai masa untuk bersama kami dengan hanya RM5 yang boleh membeli barang yg disukainya, hinggakan dia boleh terpujuk dan berhenti menangis.

Fahamilah anak, tiada nilai boleh menggambarkan kasih sayang kami, cuma masa dan waktu yang ALLah beri ini perlu kita kongsikan bersama, bukan hanya untuk diri kita tapi orang sekeliling juga..

Benar, andai ada peluang, ibu mahu sentiasa bersama kalian anak-anak ibu. Setiap saat tanpa lepas, namun harus diingat sekali lagi..Dunia ini cuma pinjaman dan bukan milik kita sepenuhnya..Jangan TAmak dan jadikanlah diri : Bermanfaat untuk orang lain. Menjadi seorang guru merupakan sumbangan kecil ibu untuk masyarakat. Satu cara untuk menjadikan ibu bermanfaat pada orang lain.

Benar, duit bukanlah segalanya sayang...malah ia tidak mampu membayar harga kasih sayang dan nilai masa. Namun, hakikatnya saat kita masih lagi bernyawa, kita perlu hidup, perlukan makanan, pakaian , tempat tinggal, dan masa kini keperluan asas itu hanya dapat dipenuhi dengan duit atau wang. Malahan beribadah juga memerlukan wang, mampukah ibu menunaikan haji, berzakat dan bersedekah tanpa wang yang mencukupi...Malah mampukah ibu memberi peluang kalian menuntut ilmu tanpa wang.

Anak-anak: Langkah ibu bekerja dipenuhi dengan rasa bersalah...Hati penuh rindu pada kalian.
Maafkan ibu dan ayah sayang. Percayalah bukan wang dan harta benda itu yang ibu dan ayah cari. Cuma tanggungjawab itu menuntut agar masa yang terhad itu dikongsikan bersama.

Dalam doa kami, ALLah akan sentiasa memelihara kalian sepanjang ketiadaan kami.

Dalam harapan kami, timbal balik sumbangan dan kecil dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab ini akan kembali kepada kalian juga...

Fahamilah kami dan maafkan kami sayang...

Wednesday, June 26, 2013

Tahnik NUHA SALSABILA

Alhamdulillah , inilah wajah tetamu dari syurga yang ibu nanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah, kamu lahir berdasarkan perancangan ALLah yang maha mengetahui mana yang terbaik. Sekali lagi sayang, sebagai ibu...tentunya kami mahu yang terbaik untuk kamu....                                            


Yang terbaik tentulah berdasarkan Quran dan Sunnah, apa yang diajar Rasulullah dan apa yang termaktub dalam kitabullah....dan ini adalah apa yang harus kalian lakukan apabila menimang cahaya mata kelak

1. Bersyukur : Maha suci ALlah, kalian Nuha Salsabila dan Abdul Muhaimin adalam lambang kekuasaan ALLah..kebesaran dan keagunganNya..Saat kalian berdua diletakkan atas dada ibu sejurus selepas lahir, tiada lafaz yang mampu mengungkapkan betapa bersyukurnya ibu dipilih ALLah untuk menerima kehadiran kalian...

2. AZan dan Iqamat : Ibu ingat lagi, ayah sebak ketika azan dan iqamat untuk abang Amin....hingga tidak dapat meneruskannya dan tersekat-sekat..saat kamu Nuha Salsabila..ayah sudah bersedia..tapi ibu yang sebak....kamu adalah lambang betapa ALLah menciptakan dan mematikan hambanya berdasarkan ketetapan dan ketentuannya.....
3.  Aqiqah : Alhamdulillah, kali ini kami dapat adakan aqiqah pada hari ke7 kelahiran Nuha. Abg Amin dulu pada hari ke 8...

4. Tahnik : moga doa ulama ini dimakbulkan ....




Saturday, June 22, 2013

Hakikat Kehidupan

Realitinya :

Yang telah pergi


yang baru kini


Abdul Muhaimin : 
Tok Abah selalu pesan katanya Amin la harapan tok Abah untuk doakan Tok Abah, hafaz Quran, ikut Tok Abah ke surau.  Sekarang kita tidak akan dengar lagi harapan tok abah, ibu pun tak pasti samaada Amin masih ingat kenangan dengan tok abah..tp yg ibu tahu bila ibu tanya kamu mana tok abah ketika ini kamu akan kata " kesian tok abah sakit, tok abah gi hospital..."

Adik Nuha Salsabila :
Nama Salsabila itu datang dari Tok Abah kamu sendiri...dia mahu kamu dinamakan sebegitu...sebelum sakit sering menyanyikan lagu Salsabila..berangan-angan berbual dengan kamu dalam bahasa arab..

Sayang, ibu rindu tok abah...In sha ALLah harapan tok abah akan ibu usahakan, bukan hanya kerana tok abah..tapi ibu merasakan ia tidak sedikit pun merugikan kalian....

Moga-moga kalian faham...

Wednesday, June 12, 2013

Ulangtahun Perkahwinan ke 3

3 Tahun lalu : 
Abah jadi wali perkahwinan saya dan suami


Semalam adik Asmak bercerita

Abah menangis lepas pernikahan kak Nee,
Kata Abah " Takpe..Asmak kan ada lagi ...."
Esoknya abah dah suruh kemas barang untuk pindah berjiran dengan Kak Nee..

Hampir 3 tahun berjiran dengan abah sendiri...

Kelmarin, abah pindah lagi......tapi kali ini sendiri...
Kami masih berjiran...walaupun bukan jasad yang kelihatan.....

Rindu Abah....

Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami ini...

"Moga-moga restu abah sentiasa mengiringi kerukunan rumah tangga kami...moga ikatan pernikahan ini dirahmati, mendatangkan manfaat dan kebaikan buat agama kami dan tentunya menambahkan kecintaan kami dan ahli keluarga kepada ALLahu rabbi...."

Saturday, May 25, 2013

Bila Dugaan Datang Menjengah...




Masuk hari ke 3 Tok Abah di hospital...masih di ICU
Pagi ni kita ke Azzahra check up adik...ibu sudah 36 minggu lebih ...esok cukup 37 minggu, anggaran 3 minggu lagi untuk adik tiba...

Abang Amin masih kelihatan tidak bermaya...demam
Nanti lepas check up kita bawa Abang Amin jumpa Dr Nazim k...

Tup tup...ayah hampir nak pitam.... Ayah admitted Azzahra, sempat juga ibu bawa Amin jumpa Dr Nazim...dan ibu bawa Amin pulang..
Alhamdulillah Amin tidak banyak meragam, Alhamdulillah adik dalam perut ibu tiada masalah.... Alhamdulillah ibu masih diberi kekuatan buat masa ini

ALhamdulillah kita menjadi antara yang terpilih....

Moga Ujian demi uijian dapat dilepasi..moga bertambah keimanan dan cinta dalam hati

Moga Allah beri kesembuhan untuk mereka yang ibu sayang, Tok Abah, ayah dan tentunya  kamu Abdul Muhaimin...

Sentiasa berlapang dada dengan ujian dan berbaik sangka dengan apa yang telah ALLah takdirkan...

Saturday, May 18, 2013

Ulangkaji 1 : Ajar Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak


 Sempena menyambut kelahiran adik yang bakal lahir....ibu mengulangkaji

Teringat permintaan kawan ibu Raudzhatul Fathiyah yang baru habis pantang....Apa salahnya berkongsi ilmu
Pn. Lina : mohon dihalalkan perkongsian ini.

1st lesson : Deria pendengaran

Selepas kenduri aqiqah hari yang ke 8. Ibu dan ayah resah, Abdul Muhaimin menangis tanpa henti seawal selesai isha hinggalah ke jam 5 pg dan adakalanya hingga subuh.

Ketika itu, kami belum berkenalan dengan IPN ( Islamic Parenting Network lagi ) Kami buntu..Di Office, ayah tidur di klinik office, ibu hampir-hampir tertekan...

Alternatif:  Ayah pasang player kuat2, 30 juzu' Al quran..berkumandanglah rumah dengan ayat Al Quran dari mula ayah balik kerja hinggalah ke subuhnya....khatam 1 Quran

8 bulan kemudian:
Secara kebetulan, ibu jumpa Islamic Parenting Network melalui laman sosial Facebook..Terima kasih buat Mak lang kamu....Zarita. Ibu hadiri kursus dan 1 maklumat yang sangat penting dikongsi ketika itu ialah deria pendengaran.

Satu-satunya deria yang berfungsi dari dalam kandungan ialah deria pendengaran. Lantaran itu, saranan berbual dengan bayi dalam kandungan, membaca ayat-ayat quran mahupun memperdengarkan nya ketika bayi dalam kandungan sangat2 digalakkan.
Sunnah Rasulullah : azan dan iqamat ditelinga kiri dan kanan sebaik sahaja selepas bayi dilahirkan memperlihatkan kepentingan fungsi pendengaran itu sendiri.. (huhu ibu ingat lagi, betapa sebaknya ayah saat mengazankan kamu sayang..)

Deria pendengaran perlu dirangsang secara berterusan. Seawal ia mula berfungsi hinggalah hujung akhir kematian kita..Bukankah kebiasaannya kita akan diperdengarkan kalimah tasyahud oleh orang lain saat nazak kita.
Pendengaran berkait rapat dengan penaakulan yang dilakukan oleh otak dan akal kita. Adalanya maklumat tersimpan tanpa kita sedar dan adakalanya proses tersebut berlaku melalui minda tanpa sedar yang kita miliki.


Tindakan yang boleh diambil : Perdengarkan sebanyak mana kebaikan terutama sekali ayat Al quran kepada bayi malahan ketika bayi itu sedang tidur.

Ramai ibubapa sebenarnya maklum tentang hal ini sayangnya kurang bersungguh dalam melaksanakan tindakan seterusnya menjadikannya amalan yang berterusan ( termasuklah ibu kamu ini)...

Apalagi..jom kita alunkan ayat-ayat Al Quran 24 jam di rumah kita......

Ada hikmahnya kamu menangis tanpa henti satu waktu dulu ya Abdul Muhaimin, entah macamana la adik kamu kelak.... Nanti kita sama-sama usaha mendidik keluarga kita ya..Abang Amin... (",)

Nasihat ibu untuk anak2 kesayangan  dan tentunya ibu sendiri...ALLah kurniakan kamu 2 telinga dan 1 mulut....maka perbanyakkanlah mendengar dan tentunya simbolik mulut yang satu digunakan untuk satu tujuan : berkata yang baik2 sahaja.....

Thursday, May 16, 2013

IBu N gUrU


Kenapa Ibu bekerja?
Kenapa kerja ibu itu guru ?

Sejujurnya ibu ada niat untuk berhenti seperti kawan2 ibu yang bergelar surirumah sepenuh masa...

Namun, ibu sudah mula sayang pada kerjaya ini...

dan satu yang ibu dapat kali ini....

Inilah peluang untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak ibu..Mereka yang ibu didik berkemungkinan adalah mereka yang akan kalian temui suatu hari nanti...mereka juga mungkin pemimpin dan adalah sebahagian dari pada persekitaran anak-anak ibu di masa hadapan..

Ibu mahupun persekitaran yang terbaik untuk kalian...ibu akan usaha sedaya mampu agar kalian menemui orang2 terbaik yang mampu membawa kebaikan sepanjang kehidupan kalian......

dan sebab itulah hari ini ibu bergelar guru...

Maaf jika ibu bnyak meninggalkan kalian untuk tugas2 tertentu...tapi fahamilah tiada satu yang ibu lakukan melainkan kebaikan untuk kebaikan kalian juga..anak-anak ibu sendiri


sempena hari guru ini pula..tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan anak-anak kesayangan ibu ini....

Tuesday, May 14, 2013

+ Bedtime STORY +

Abdul Muhaimin..rindu tak saat-saat ini...
Ini kali kedua ibu cerita kisah Nabi Ibrahim pada Amin.....


Lepas ni kita bercerita dengan adik pula k.....
Selamat Malam sayang ibu semua..moga mimpi indah2...

Saturday, May 11, 2013

+Celebrating 10 years Graduation & 15 years of blessed Friendship+


Ini kawan-kawan baik ibu ketika di UIA.... 14 orang semuanya..
"14 positive, cheerful, energetic and motivated best buddies"


Alhamdulillah....kami jumpa lagi 
cuma 6 orang dari 14 yang ada...


Tolong hormati mereka, kasihi mereka dan sampaikan salam ibu buat mereka....
Anak2 ibu pandai2 pilih kawan..

Sabda Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh AL Bukhari dan Muslim
" Perumpamaan teman yang salih dan teman yang indah laksana pembawa wangi-wangiandan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberimu sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi, sama ada dia membakar bajumu, ataupun anda akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk "

Monday, May 06, 2013

PRU 13


Ibu pilih untuk mengundi......biarpun hati cukup tidak senang dengan senario politik yang ada sekarang.. Mahu tidak mahu....pilihan harus dibuat.....dan ibu pilih untuk mengundi...

Bukan untuk sesiapa..tapi sejak bergelar seorang ibu...semua tindakan nampaknya sudah sinonim dengan anak-anak...dan kali ini ibu memilih atas dasar masa depan anak-anak ibu....

Alhamdulillah PRU 13 selesai... Suka post Amin Idris melalui laman sosial FB

PRU sudah tamat!Kepada sahabat-sahabat dalam BN yang menang, tahniah! it's time to walk the talk. Allah sengaja meletakkan Surah an-Nasr di dalam al-Quran agar manusia tidak lupa kemenangan pembukaan Kota Mekah disusuli dengan 'Tasbih, Tahmid dan Istighfar'. 

Saya harap ada banyak pembaharuan kepada Malaysia selepas ini terutama dalam hal pengagihan kekayaan negara dan keseimbangan media. Malah semangat prinsip 'federalisma' dilaksana dengan penuh ukhwah. Tidak ada double standard antara kerajaan persekutuan dengan negeri walaupun yang diperintah PR.

Kepada sahabat-sahabat dalam PR, kekalahan ada hikmahnya. Boleh jadi ada dosa-dosa yang Allah tidak melayakkan untuk menang lagi. Buatlah post-moterm. Perbaiki kelemahan, perkukuhkan kekuatan. Tempat yang rakyat berikan kepercayaan samada di negeri atau parlimen, tunaikanlah janji mengikut bidang kuasa kerangka perlembagaan. Jika ada kekaburan sepanjang perjalanan PRU13, kumpulkan bukti dan bawa ke mahkamah.

Allah sentiasa melihat. Rakyat sedang memerhati. Yang tidak amanah akan dihukum kalau bukan setiap 5 tahun, selepas mati itu pasti!

Ayuh! Back to business everyone!




Kata Ibu Muhaimin pula (saya la tu):

Positif dengan masa hadapan....sesungguhnya tiada suatu ketetapan yang berlaku melainkan dengan izin ALLah. Renung setiap hikmah yang tersembunyi . Sebagai muslim, parti mana pun kita, kita tetap percaya pada ALLah yang satu..maka usah lupa yang itu...Kita teruskan perjalanan, perkukuhkan keimanan dan tentunya berusaha membina dan membentuk kehidupan...( terutama sekali kehidupan bakal-bakal khalifah dlm keluarga kita.sendiri, InshaALLah)

Betul  kata Dr Muhaya dalam post FBnya :

Bukan apa yang berlaku penting tetapi respon kita terhadap apa yang berlaku yang menentukan kehidupan. Dunia dalaman menentukan dunia luaran. Semoga kita melihat diri dan sibuk memperbetulkan diri hingga tidak nampak keaiban orang lain


p/s: Tidak terlalu awal rasanya ibu nak pesan supaya jangan lupa tunaikan tanggungjawab bila sudah tiba masanya..  ('',)

Monday, April 22, 2013

Ajaibnya doa


Seorang kawan ibu pernah tanya...boleh tak kita minta sesuatu yang mungkin mustahil untuk kita perolehi?
dan ini jawapan dari mereka yang lebiha arif.....


Selamat berdoa semua...jangan putus asa dengan rahmat ALLah...dan bersyukurlah sentiasa kerana kita ada DIA!!!! :)

Sunday, April 21, 2013

hujung minggu

suka bila rumah bersih..suke suke suke

Sabtu : Ganti teacher ita untuk kelas tambahan tahun 6..
Balik rumah 12.30  ayah baru selesai basuh kereta dengan Amin...Ibu masuk dapur ayah dah kemas dapur

Sukernyer...

Petang tuh ayah basuh tandas....Tambah-tambah suke hati ibu

Ahad : Ayah dan Amin basuh kereta ibu..... Ibu senyum lebar
Ganjarannya ibu masak soto untuk makan tengahari.......

Hati rasa sangat lapang..hmmm bahagianya


"Terima kasih sayang, ayah dah memudahkan tugas ibu, meringankan kerja dan membahagiakan....ALlah permudahkan urusan ayah pula dan tentu sekali....ayah suami soleh ibu"

Thursday, April 18, 2013

1 tahun 10 bulan


Ya ALLah..berikanlah diri kekuatan untuk terus mendidik amanah Mu ini.
Ya ALlah..Moga diri mampu mengembalikan amanah Mu ini ke asalnya..tempat yang sepatutnya sebagaimana Adam dan Hawa dicipta...

Anak-anak merupakan ahli syurga yang diamanahkan kepada kita..dan tanggungjawab kita untuk mengembalikannya ke syurga jua..

Moga diri ini mampu..mari ibu-ibu semua...inilah jihad kita   :)

Sunday, April 14, 2013

Teruja

Teruja!!!!!

Boleh agak tak keputusan scan doktor buat masa nih???? Huhuhu kalau sebaliknya nasibla sayang...

Kali ini ibu sertakan doa yang ibu ambil dari buku AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ALQURAN, ASSUNNAH DAN PENGALAMAN : Ustazah Siti Nor Bahyah terbitan Telaga Biru


" Ya ALLah..peliharalah anakku selama ia dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. SesunggunyaEngkau Maha Penyembuh dan tiada smbuhan melain dengan penawar-Mu. Ya ALLah lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya ALLah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beamal soleh. Ya ALLah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

Saturday, March 16, 2013

ditinggalkan...

" Kau pernah rasa ditinggalkan orang yang kau sayang??? Soalan yang membuatkan ibu terkesima sebentar. Terdiam. Benar ibu sendiri tidak membayangkan keadan ibu andai ditinggalkan ayah atau anak-anak ibu sendiri...

Tidak tergambar perasaan ibu andai ibu merupakan salah seorang isteri kepada perajurit tanahair yang mempertahankan negara di Lahad Datu ketika ini. Kuat atau tabahkah ibu menghadapinya.

Saat minda ini masih dalam kewarasan, ibu rasa ibu perlu mempersiapkan diri untuk semua ini..tiada jalan mati di dunia ini melainkan kematian itu sendiri..maka, perlukah ibu mematikan hati dan butakan mata hanya kerana ditinggalkan.

Sayang, hati kita ini pinjaman Allah buat kita..dan ia khusus untuk kita..perlukah kita serahkan anugerah Allah yang satu ini pada yang lain..hanya kerana sayang dan kasih kita yang tidak bertepi..dan satu saat bila dia pergi..kita sendiri, patah hati dan dunia kita jadi sepi dan kosong..

Syukurlah sayang, kita dikurniakan ilahi hati kita ini..dan mengapa kita tidak pertaruhkannya untuk yang Maha memberi..Sungguh ibu bertemu ayah tanpa cinta tapi sayang ibu buat ayah kerana ALlah..ibu sayang kalian kerana ALLah..akui kalian bukan milik ibu, selamanya tidak akan jadi milik ibu - namun ibu yakin janji ALLAh bila menyayangi kerana DIA, kita pasti diketemukan disyurga..dan kalianlah yang ingin ibu temui di syurga kelak..

You know you really love someone, when out off all the people you could be in Jaannah..you just want to be with them..

Moga ibu diberi kekuatan, moga kalian turut diberi ketabahan bila tiba satu masa menjadi antara yang ditinggalkan. Teruskan kehidupan sayang, kerana dunia yang ALLah kurniakan ini terlalu banyak untuk diterokai...

Jangan membelenggu diri..hanya kerana hati sendiri yang hakikatnya bukan milik kita..

Teruskan langkah..sujud dan pohonlah pada Ilahi Rabbi agar tidak berhenti.
Ingatlah janji Iblis yang hanya mahu kita berputus asa walau seketika dengan ketentuan dan ketetapan Ilahi..

Kenanglah sejaran Nabi Allah Ayub ditinggal isteri dan anak-anaknya dibawa pergi..namun dia tidak sekali-kali berputus asa..

Jadilah hamba ALLah yang kuat sayang...Daripada Abu Hurairah Radiaallahu Anhu berkata" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai ALLah daripada mukmin yang lemah dan pada kedua-duanya terdapat masing-masing kebaikan, berusahalah melakukan amal yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada ALLah s.w.t dan jangan lemah, jika ada sesuatu yang menimpanya, maka katakanlah : Ketentuan ALLah s.w.t dan Dia Maha melakukan apa yang dikehendakinya, sesungguhnya kata "jika" membuka amal syaitan....

Kuatlah sayang walau  satu hari nanti ibu dan ayah meninggalkan kalian pergi......

Saturday, March 02, 2013

Disiplin

Dalam banyak perkara, kita seharusnya redha untuk memaksa diri sendiri melakukan perkara yang tidak kita senangi..Yang sukar dan susah untuk kita mulakan dan adakalanya menyiksa diri

Tapi..bukankah nabi ALlah Adam sendiri sukar menjalani kehidupan saat pertama kali dihantar kedunia..

Kehidupan yang indah hanya bakal dikecapi dengan memaksa diri membuat keputusan dan melaksanakan tindakan yang betul..

Tiada tindakan yang betul dalam dunia ini melainkan sesuatu yang diredhai ALLah, berlandaskan syariat biarpun berat untuk dilakukan...

Keliru dengan keputusan..paksalah diri untuk bangun bertahajud di malam hari, pohon petunjuk dan jalan

Paksalah diri untuk bersangka baik dengan ketentuan ALLah

Paksalah diri untuk mengakui kebenaran biarpun ia amat pahit untuk ditelan...

Andai keindahan dunia itu masih kabur setelah 1001 kepayahan dalam keterpaksaan .. Yakinilah wahai anak, bahawa Allah menjanjikan keindahan itu bukan di sini tapi nanti..saat kita mengadap hadapannya nanti...

Bukankah tiada keindahan yang lebih agung selain menatap Dia yang memberi peluang untuk kita terus berdiri di buminya ini...

dan hayatilah kepayahan dan keterpaksaan yang dilalui..kerana nyata sekali pengalaman itu bakal mendewasakan diri, memberi nilai yang lebih tinggi dan tentunya membentuk peribadi  yang lebih baik

" dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap "

Paksalah diri wahai anak...

Friday, February 22, 2013

masa

zaman ibu, masa berlalu sangat-sangat cepat. Laju. 1 minit bakal membawa perubahan dan macam-macam boleh berlaku. I minit ibu lewat keluar, jalan jadi sesak dan punch card ibu boleh merah.

Dulu...masa yang dipinjamkan ini sepenuhnya untuk ibu. Sekarang ibu perlu kongsi 24 jam ini dengan kesayangan ibu, tentu sekali diri ibu sendiri, suami, anak-anak, pelajar2 ibu dan tentunya buat teman2 ibu.

Pembahagian masa yang harus dilakukan dengan bijak. Tentu sekali, ibu mahu yang terbaik untuk kit semua..untuk ibu sendiri dan paling penting untuk mereka disekeliling ibu, Abdul Muhaimin, adik dalam rahim ibu sekarang ini, suami ibu, pelajar2 ibu, mereka yang hampir dengan ibu. Ibu bukan orang hebat sayang untuk melakukan itu semua....Cemburu hati ibu melihat ibu-ibu hebat yang lain....Cemburu dengan Dr. Muhaya, Dr Harlina Siraj dan tentu sekali Ibu DarwishDarwisya Puan Lina Karim....wanita yang hebat di pandangan ibu...

Ibu tidak mengimpikan sehebat itu cuma cukuplah menjadi contoh terbaik untuk zuriat dan keturunan ibu. Jika kalian ini berjaya, cantik akhlaknya, santun budinya, kukuh pegangan agamanya.....cukup buat ibu puas, dan ia cukup untuk memaklumkan yang iu tidak salah ajar dan tentu sekali tidak membiarkan masa yang kita lewati bersama sia-sia...

Untuk itu, ibu harus PAKSA DIRI. Paksa diri untuk memanfaatkan setiap detik dan waktu. Paksa diri untuk menyediakan yang terbaik untuk mereka yang ibu sayang. Bukan untuk kepentingan ibu tapi demi menunaikan amanah2 ALLAh yang dianugerahkan.

Hari ini ibu paksa diri ibu untuk menulis sesuatu buat kalian. Moga kalian mendapat kebaikan darinya.

Hargailah masa pinjaman ALLah ini dan paksalah diri kalian mengurus detik dan waktu dengan baik.

Salam sayang
dari ibu yang sedang memperbaiki diri.

terima kasih

Lama betul ibu tidak berkunjung ke sini.....ibu terasa lama tidak membebel malahan terasa lamanya tidak berbual dengan anak-anak ibu... banyak yang ingin ibu tulis dan banyak yang ingin dicatatkan sepanjang perjalanan kehidupan yang kita lalui  bersama.....sebolehnya ibu mahu rakamkan setiap saat dan catatkan dalam tulisan ibu ini untuk tatapan anak-anak ibu...sayangnya kebersamaan kita juga membataskan ibu untuk itu semua....

Bila ibu mengadap lap top atau gadget2 lain....sayu bila Amin datang dan bersuara 'nak ibu..nak ibu'...walaupun ibu sememangnya ada dihadapan kamu setiap masa.... ibu tutup note book atau sebaliknya note book akan bertukar kepada sesi pembelajaran Amin.....

Sudahnya...apa yang terakam di minda ibu...apa yang tercatat di hati ibu...ibu simpan diam-diam.....nak menulis semuanya sekali....sudah tentu tidak sama ketika saat keterujaan melalui detik-detik yang telah berlalu tersebut.....

Banyak yang telah berlaku....Alhamdulillah kita banyak menghabiskan masa bersama cuti sekolah akhir tahun 2012..walaupun ibu mabuk ketika itu....kamu Amin sangat memahami, terima kasih sayang...waktu itu orang yang paling kamu harapkan ialah ayah, seolah-olah memahami keadaan ibu. Mandi dengan ayah..tidur dengan ayah..makan dengan ayah.....dan ayah juga sangat bertolak ansur.... basuh baju, tolong kemas rumah dan ayah tidak marah bila ibu tidak masak....ibu rasa cukup terharu........

Terima kasih sayang-sayang ibu sekalian....

Wednesday, November 21, 2012

Sajak Al Fateh....

21 Oktober lepas..ibu dan ayah telah menghadiri seminar 'parenting gaya al fateh'
dan kami berdua sangat berharap agar sajak yg dibacakan ini bakal dihayati sebaiknya dalam hati kalian.



My intention is to obey Allah and fight in His cause

My aim is to crush the non-believers with my soldiers, those of God

My mind is set on achieving victory

and earning the pleasure of Allah

I use my tongue and my hand to strive in the cause of Allah

What is worthier in this life than submitting to God

I am full of enthusiasm to change this world

and become victorious with the help of Allah

I hope that the power of the state and Allah's power will prevail on Earth

I long to fight hundred thousand times in the cause of Allah

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...