Seawal 6 pagi terima sms Hari Guru dari beberapa orang teman….….
Hari nih, hari gurulah……. (“,)
Dan doa saya seawal pagi itu…
Moga saya diberi kekuatan dari ALLah untuk benar-benar bergelar pendidik…..Moga panggilan cikgu bukan hanya sekadar gelaran….. dan moga Tuhan sentiasa tunjukkan jalan….Ameen
Buat semua cikgu……dan mereka yg bergelar pendidik, saya kongsi sajak kegemaran saya nukilan sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang yg saya terima dari seorng anak murid….
Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sesebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencilnya duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Al-Fatihah buat arwah ustazah Anizah Othman, yg kisahnya ada di dada akhbar baru-baru ini….
Moga Allah berkati langkah dan setiap usahanya…dan moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yg solehah dan beriman…Ameen
He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...
No comments:
Post a Comment