pengorbanan

Telah 2 bulan musim hujan berlalu, Pepohon tampak menghijau kembali, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat diantara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau?" katanya

Tersentak daun hijau lalu menoleh…." Oh kamu ulat. Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali, mengapa?"

" Sudah puas aku mencari dedaun hijau sebagai makanan ku tetapi hampa. Adakah engkau sudi membantu…"

" Tentu sekali, Datanglah lebih dekat" ujar si daun sambil hati berkata: Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan sang ulat, aku akan tetap hijau Cuma badanku akan berlubang-lubang…tapi, tidak mengapalah

Setelah kenyang ulat mengucapkan terima kasih kepada daun hijau yg sanggup menjadi makanan sang ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas dalam dirinya….rasa tenang….

Tidak lama berselang, ketika musim panas dtg, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah.

Mesejnya, apa yg terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sesama kita….Daun hijau senang dan bahagia dengan apa yg dilakukan, kerana dia tahu samaada membenarkan atau tidak dirinya dimamah ulat, dia tetap akan kering dan seterusnya layu kebumi, malahan dengan mengorbankan diri menjadi makanan ulat, berkemungkinan mampu menjadikan dunia lebih indah dengan kehadiran rama-rama …

dan begitulah juga kita sebagai insan, sama-samalah kita hayati semangat pengorbanan bersempena Aidiladha ini……

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan manakala kebencian membawa kemusnahan. Mahatma Gandhi.

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+