impian dan harapan

Perhatikan bayi yang berusia setahun, fizikalnya…perlakuannya dan dirinya….betapa waktu setahun yang berlalu itu memberi perubahan yang terlalu ketara….dan bila tahun baru, tahun kedua tiba…kedua ibubapa bayi tersebut mengharapkan agar bayi tersebut bakal berjalan, bakal menuturkan panggilan paling manis untuk diri mereka, dan sudah tentunya pengalaman kesusahan, tangis si ibu melahirkan malah mengandungkan si anak menjadi kenangan terindah dalam diri…..



Masa lalu, hari ini dan esok kesemuanya cukup bererti

Januari 2007 telah tiba dan paling penting Muharam 1428 kian menghampiri….masa telah berlalu…

Saya percaya kita semua mahu meneruskan hidup ini dengan lebih bahagia……
Saya juga ingin lebih bahagia..bahagia dari segenap segi melalui tindakan yg bakal dilaksanakan berdasarkan impian dan harapan ..

kerjaya, perhubungan dan diri……

Kerjaya :
Sekali keputusan telah dibuat, ia merupakan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah…Terpulang kepada diri samaada menyesal atau benar-benar menghargai keputusan tersebut…Saya putuskan untuk bergelar guru dan saya yakini inilah ketentuan Allah.. Moga-moga saya benar2 bakal menjadi pendidik dan bukan setakat guru biasa . 2007, saya bakal sibuk…selasa malam rabu, jumaat malam sabtu dan ahad saya putuskan untuk mengajar tusyen….Moga2 ia mampu menambah kemahiran sekaligus pengalaman buat diri saya..hehehe..tak lupa juga menambah pendapatan.. moga-moga kawalan kelas saya semakin baik…..apa lagi yer..hmmm dan kali ini saya bercita-cita untuk sentiasa bersedia (",) hehehe tengah semangat nih.. ..

Perhubungan:
Keluarga-Selagi saya mampu berada disisi keluarga, saya akan bersama mereka!!!!

Teman- Hmmmm saya harap agar saya mampu jadi kawan yang baik….saya harap mereka yg saya temui tidak bencikan saya sekaligus menerima diri sebagai kawan, teman dan sahabat….Saya harap juga mereka yg baru shj berkeluarga tetap mengingati saya sebagai sahabat. Alhamdulillah, setahun yg berlalu memperkenalkan saya dgn ramai teman baru…moga tahun baru kali ini begitu juga….

Cinta- 2006, saya mendengar rintihan teman yg menerima pinangan lelaki yg tidak dicintainya..kenapa yer? Katanya, benar dia tidak mencintai lelaki tersebut, namun dia menerima dgn rasa hati mungkin inilah jodohnya..begitu juga saya, meyakini bahawa bila masanya tiba.. jodoh akan tiba juga, sprti teman saya, mgkin saya akan berkata ya meskipun dgn org yg tidak saya cintai, atau mungkin org yg tidak pernah saya temui, atau dgn insan yg plg saya benci…. Bila waktunya tiba, pasti Allah mudahkan jalannya. Moga2 tahun ini saya tidak lagi di asak dgn soalan sebegini dan moga-moga saya tidak lagi cepat melatah.

Diri :
Saya sentiasa mahu agar hidup tidak sia-sia………….yang penting saya mahu lebih bahagia bukan hanya di sini tapi….di sana….InshaALLah.

Agak2nya apalah harapan dan impian kalian…jgn kecewa untuk terus membina impian meskipun satu waktu dulu ia tidak kesampaian, bukankah itu merupakan sebahagian jalan cerita kehidupan yg cukup menarik……

Dato' Fadzillah Kamsah pernah kata tulislah impian malahan kalau boleh maklumkan pada orang lain..mungkin mereka dapat membantu memperingatkan harapan dan impian agar ia tidak terhenti di tgh jalan….

Mulakanlah langkah untuk hidup dengan membina impian dan harapan..Selamat tahun baru 2007 & 1428 Hijrah….

20 years from now you will be more disappointed by the things you didn't do then by the ones you did. Throw off the bowlines, sail away from the safe harbor, catch the trade winds in your sails….. EXPLORE…………..DREAM
-Mark Twain.

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+