2 cerita pd 10 Muharam

Ada 2 cerita hari ini.

1. Berita gempar sekolah saya masuk suratkhabar.....refer pada komen ibu prihatin, Bandar Baru Bangi Utusan Malaysia, 29 January 2007 muka 12. Rasa glamour la hari nih...

Saya yakin ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing. Saya juga mahukan yang terbaik untuk anak didik saya....Justeru itu persefahaman yang adil perlu ada antara ibubapa dan guru....Tak salah saya katakan kebanyakan guru boleh dan mampu memahami perasaan ibubapa, kerana kebanyakan mereka juga adalah ibubapa, namun sebaliknya tidak semua ibubapa boleh memahami guru kerana tidak semua ibubapa itu adalah guru. Mendidik 40 orang malahan adakalnya hingga 50 orang anak tidak sama dengan mendidik seorang anak...entahlah, saya akui sukar untuk seseorang itu memahami keadaan orng lain sekiranya ia tidak berada di situasi yang sama.....

Terpulang..namun saya yakin tuhan ciptakan manusia dengan peranannya sendiri....tidak sepatutnya kita menyalahkan peranan antara satu sama lain tanpa memikirkan cara yang sebaiknya untuk memperbaiki keadaan... Apalah salahnya mengemukakan cadangan ke sekolah atau PIBG sendiri.

Dunia ini kita sama-sama punya, bukan milik keluarga saya seorang atau keluarga awak sahaja.....

2. Cerita ke dua tentang salah seorang pelajar saya..... Minggu lepas saya pinta tiap pelajar menampal gambar keluarga dan menulis karangan berkaitan keluarga masing-masing...Hari ini, pelajar yang seorang ini datang pada saya...

Cikgu, Ayah saya marah cikgu sebab suruh tampal gambar...Buat apa nak gambar keluarga.

Tekejut saya....Tak apalah awak lukis jelah gambar keluarga awak.....

Waktu rehat, dia datang lagi......saya tak tahu lukis gambar keluarga keluarga saya...

Aik pelik...awak lukis orang lidi ajelah.Tak cantik tak apa......

Lewat petang sebelum balik....Cikgu, saya sakit dada lah...teringat ibu saya

Kenapa pula?

Saya jumpa ibu saya sabtu ahad je, isnin hingga jumaat saya tinggal dengan ayah saya...

Ibu dan ayah awak berpisah
?

Ibu ayah saya tinggal berasingan tapi tak berpisah.......

Saya terdiam.....patutlah ayahnya marah tentang gambar keluarga, patutlah dia tak tahu nak melukis keluarganya bagaimana...... :(

Ya ALlah berkati dia........

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+