Sunday, September 30, 2007

can't sleep

3 hari sakit tekak, batuk.....hari nih masuk hari ke 4.........

dan

Masuk malam ni dah 3 malam tidur saya terganggu.....
Kadang2 rasa tak tidur pun...

termasuklah sekarang nih.......................
buntunya saya.


baca quran....tak sedap asyik terbatuk2 jer
nak solat.....hmmm lebih kurang la....


enaknya dapat tidur lena walaupun sekejap..........Nikmat indah yang Tuhan ciptakan


nk tak nak disinilah saya....what is next???
maybe i should try madu + air panas sekali lagi, then turn to my holy quran back......
at least i can cover my next chapter....

Still hope that i can sleep after that..hope my sour throat will be better after tis......


Sedapnya kalau dapat Lai Chee Kang panas waktu nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 29, 2007

Belanja Raya


Saya tak kisah tentang baju raya...malah saya tidak pernah minta untuk dibelikan baju raya. Hingga hari ini saya masih boleh pakai baju yang saya guna di matrikulasi. Sewaktu kerja ditgh2 bandar kl, dua tiga kali saya menemani officemate menyelusuri jalan tunku abdul rahman, waktu tuh 10 minit sahaja jln dari opis. Sudahnya, saya jd tukang bawa plastik bag depa...saya tak beli apa pun...hahahhaa

Rezeki tahun ini, saya dapat kain pasang dari Guru besar, eina, hadiah sultan Perlis saat abah melawat Istana Perlis awal tahun dulu dan...campur pula yang mama beri sepasang, abah pun beri kain sepasang....

Hahaha, rasanya sudah tentu mereka bosan tengok saya pakai baju yg sama...Dah berapa banyak teguran yang saya terima...........nak tunggu saya beli sendiri, ish entah bila agaknya........itu belum lagi ada yang menegur tudung putih yang sering saya pakai....hahahaha my fav tudung since matrics.

Baju saya sahaja sudah enam pasang, mama sepasang, kak nor, asmak pula...tempah juga untuk mak uda dan makteh.... dan hari ini sahaja saya sudah habiskan duit untuk belanja baju raya, tudung raya dan kasut raya shifa' dan zaki.

Saya tak pernah sangka saya boleh berbelanja sebegini banyak....ini belum lagi bayar untuk kuih raya....Duit raya lagi....ish...tak pernah terfikir belanja raya boleh jadi sebanyak ini...........mujurlah baju2 saya tuh orang beri, ikut hati saya baik saya simpan duit tuh untuk kegunaan masa hadapan.....

Duit memang tak bawa mati...tapi dalam dunia nih, nak tak nak bila tak da duit memang tak boleh hidup....Saya sering berdoa banyak2 pada tuhan agar saya tidak kabur dan tidak resah dengan harta dunia ini...cukuplah dengan apa yang ada...meyakini rezeki kita ada seandainya kita sentiasa beringat.....

Moga-moga ALlah permudahkan rezeki yang halal untuk saya...malah sering membuka mata saya tentang betapa kemewahan dunia ini sebenarnya tidak kemana...

Akal itu menteri yang menasihati, hati itu raja yang menentukan, harta itu tetamu yang akan berangkat manakala kesenangan itu satu masa yang bakal ditinggalkan.........

Hmmmm....tapi, rasanya macam masih perlu beli tudung untuk ganti tudung yang ada....perlu ke tak perlu yer??? What do you think?????


Friday, September 21, 2007

Rasa Peduli dan Dunia Yang Menakutkan

Mama melanggan utusan Malaysia....

Kadang2 saya rasa takut nak baca surat khabar...dan inilah antara berita utama sepanjang minggu yang menakutkan saya

16 September 2007, Ahad

Berita Dunia
15,000 premis runtuh, musnah di Sumatera ( Muka depan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Kes Nurin terus misteri ( Dalam negeri, muka 17)

17 September 2007, Isnin

Berita Dunia
Pesawat Orient Thai Airways terbabas ketika mendarat dalam hujan lebat ( Mukadepan, Utusan Malaysia)

Malaysia
Ribut petir dijangka berterusan di Utara (Dalam Negeri, muka 8)
Pekerja asing bantu pencarian- rentetan kisah nurin (Dalam Negeri, muka 15)

19 September 2007, Rabu

Berita Dunia
Taufan Wipha: 1.6 juta dipindahkan (Luar Negara, muka 19)

Malaysia
500 rumah di Kuala Muda berendam air (Dalam Negeri, muka 7)
Pembunuh sangat kejam, tidak berperikemanusian (Dalam Negeri, muka 15)

20 September 2007, Khamis

Malaysia
Wanita suspek bunuh kerat sebelas dibebas (Dalam Negeri muka 13)
Polis cari wanita bantu kes bunuh kanak-kanak dalam beg (Dalam Negeri, muka 20)

Saya tidak menonton berita malam semalam, seharian disekolah hingga 10 malam. Tapi....dari apa yang saya dengar, berita kali ini tetap menakutkan....kenyataan yang memeritkan.....

Belum tamat lagi kisah pembunuhan kejam Altantuya, belum redha lagi trauma mangsa tsunami serta cerita disebaliknya......segalanya masih belum bertemu penamatnya...

Namun, aneh sekali...

Bila dalam situasi sebegini.....

Masih ada hati yang mati...
Masih ada yang tidak menghargai akal yang tuhan beri....
Dan masih hidup manusia yang berjiwa binatang.....

Dunia belum berakhir lagi rupanya....

Saya takut nak baca suratkhabar hari ini.....
Saya marah, saya geram, saya benci......
saya turut sedih, kasihan dan saya turut rasa peduli


Al Fatihah buat Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin.

Kita Dan apa yg Ada Di Bazar Ramadhan

Berjalan di Bazar Ramadhan sama sekali tidak menyenangkan...
Sesak, ramai...especially bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi

Tapi saya perhatikan ia masih menjadi tarikan, malah dalam keadaan yg tidak menyenangkan dan tidak selesa itu, masih ramai lagi....

Hmmmm...lama la tak makan kuih nih...wajib beli nih

Eh...sedapnya...kena ambil juga nih

Loh.....nampak sedap jer....ambil la seringgit


Sudahnya, masing2 menjinjit berbondong2 plastik bag yg penuh dengan makanan....

Saat berbuka....tidak semua makanan itu berpeluang memenuhi perut kita. Ada yang diambil secubit sahaja, malah ada yang tidak sempat dipandang langsung...dan adakalanya tersisa begitu sahaja.....

Seawalnya. sejak mula mengamati juadah itu di bazar, betapa kita terlalu menginginkannya..merasa perlu dan wajib memperolehinya...namun, setelah dimiliki, sayang sekali bila juadah itu rupanya tidaklah sepenting mana, nikmat yang dirasai tidak pula kekal selama-lamanya......bahkan adakalanya, indah rupa dari apa yang sebenarnya.

Ada pula yang mampu memenuhi kesemua juadah yang diinginkan kedalam kantung perut miliknya....Hasil jangkamasa pendek...perut sudah tentu seperti ular sawa, silap2 cirit-birit, dan tentu malas mula menjalar...Hasil jangkamasa panjang....kencing manis, darah tinggi silap2 merosakkan usus...hehehehe

Sabda Rasulullah s.a.w : "Takungan jelik yang dipenuhkan manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertigaterakhir bagi pernafasannya" (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Seharusnya Ramadhan ini menyedarkan kita betapa kita mampu memiliki apa yang orang lain tak mampu miliki...

Seharusnya Ramadhan juga menyedarkan kita betapa adakalanya kita tak dapat memiliki kesemua yang kita inginkan, idamkan malah impikan

Seharusnya Ramadhan ini melatih kita mengakui hakikat bahawa tidak semua perkara yang kita inginkan, idamkan perlu dan wajib kita perolehi

Ramadhan ini juga seharusnya memberi pengertian bahawa tidak semestinya dengan memiliki kesemua impian dan kehendak kita mampu memberi kebaikan dan membahagiakan kita

Kerana....jelas sekali Ramadhan menunjukkan betapa tidak semua perkara yang kita inginkan, dambakan itu penting, wajib buat kita...

Malah, memiliki kesemua impian dan setiap kehendak kita adakalanya mendidik diri kurang menghargai.............

Kita masih belajar dari kehidupan, moga Ramadhan kali ini membawa kebaikan....

Sabda Nabi S.A.W: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (Riwayat An-Nasai)

Tuesday, September 18, 2007

CoNgraTE Kakak!!!!!

Kali ini cerita kakak saya di Maktab perguruan Teknik...
My guardian angels kat sana...

Ingat lagi time main rounders, ada la sorang mamat nih boleh lak baling bola sampai kena betul2 kepala saya.. apalagi mengamuk la kakak yg 2 orang nih..hahahaha. Sian mamat sorang nih, kena belanja saya dan kakak2 saya nak tebus dosa...hahaha..mujurla saya baik.

lama tak contact...jahatnya saya nih....
Tiba2 rasa rindu plak..

Tup..tup, dapat message, Akak dah selamat bersalin malam tadi. Induce. 9.45 mlm, boy, 3.9 kg...

Alhamdulillah...

Congrate sis...hehehe walaupun saya tau KL dan Bangi tidaklah jauh, namun saat2 Ramadhan kali ini saya sukar nak berjalan....nanti dekat raya saya melawat sekaligus K...hehehhehe

ALhamdulillah, a new baby being born...moga2 bertambahlah anak2 yg soleh dan solehah yg bakal mewarnai dunia nih.....moga anak yang lahir bakal mengeratkan ikatan perkahwinan, memakmurkan kasih sayang malah melengkapkan sebuah keluarga......

Really happy 4 u sis!!!

do remember...

Babies are such a nice way to start people.

Saturday, September 15, 2007

Tragedi RAMADHAN itu

GEMPA LEBIH DAHSYAT

Padang, Indonesia 14 Sept- Beberapa pakar seismologi menyifatkan siri gempa bumi yang melanda Indonesia sejak tiga hari lalu sebagai petanda akan berlaku gempa bumi yang lebih dahsyat lagi di republik ini tidak lama lagi.

Walaupun tidak dapat meramalkan berapa cepat gempa bumi besar itu akan terjadi, tiga gegaran kuat dalam tempoh tiga hari lalu cukup membimbangkan mereka.

Pakar seismologi dari Institut Teknologi California, Amerika Syarikat, Kerry Sieh yang mengkaji garisan gelinciran mudah beralih dirantau asia tenggara sejak puluhan tahun lalu menjangkakan berulangnya gempa bumi kuat seperti yang mencetuskan tsunami Asia pada Disember 2004.
(Muka depan Utusan Malaysia, 15 September 2007)


TIADA ISTILAH PUTUS ASA-IBU

Kuala Lumpur 14 Sept- Walaupun hampir sebulan Nurin Jazlin Jazimin, 8, hilang namun bagi ubunya, Norazian Bistaman tiada istilah kecewa dalam meneruskan usaha mencari anak kesayanganya itu.

Sebaliknya dia dan keluarga sangat yakin anaknya itu masih hidup dan selamat.
(Dalam Negeri, mukasurat 16: Utusan Malaysia, 15 September 2007)


ALLah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa hikmah malah adakalanya menyimpan rahsia yang tersembunyi. saya percaya kedatangan Ramadhan beriringan dengan apa sahaja yang berlaku perlu dinilai dengan mata hati dan tidak mengikut rasa hati.....

Adakalanya keburukan, kejahatan malah kemalangan serta bencana yang datang memberi peluang serta kesempatan untuk kita memperolehi sesuatu yang lebih baik. Malah adakalanya, ia hanyalah tanda kecil sebagai peringatan untuk kita memperbaiki diri dan mungkin bersedia untuk sesuatu yang lebih besar.....

Bukankah ia jelas menampakkan kasih-sayang ALLah....Bencana datang saat bulan dimana kita seringkali diperingatkan untuk mengingatinya, merinduinya, mengharap dan merayu agar sentiasa dibawah perhatiannya.... Mungkin, ada manusia yang semakin lupa dan mungkin juga ALlah terlalu rindu untuk mendengar rintihan mereka....

Untung sekali harapan dan doa mereka kali ini disampaikan saat bulan yang penuh rahmat dan berkat...bulan yang mana ALLah jelas menampakkan kasih-sayangnya untuk hambanya. Mustahil ALLah akan menzalimi khalifah yang mendiami buminya.....segalanya ada alasan tersendiri....

Janji ALLah tidak pernah palsu, dia sama sekali tidak mahu menyusahkan hambanya, malah dia menyediakan yang terbaik...cuma kita tidak menilai sebagaimana seharusnya ia dinilai....malah mungkin kita juga terlalu bongkak untuk mengakui kita ini hamba yang seharusnya hidup melepasi ujian yang telah disediakan.....

Jangan buruk sangka dengan tuhan...malah jangan berburuk sangka dengan apa sahaja yang telah ditetapkannya...
Dia ada dan dia sangat hampir dengan kita...

ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Aku selalu mengikut sangkaan hamba-KU. Dan AKU sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-KU dalam dirinya, AKU pun akan mengingatinya dalam diri-KU. Jika dia mengingati-KU di hadapan orang ramai, AKU pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-KU sepanjang sejengkal, AKU akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-KU sehasta, AKU akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-KU dengan berjalan kaki, AKU akan mendatanginya dengan berlari." (Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Moga Ramadhan kali ini membina peribadi diri yang lebih teguh lagi......bukan sahaja saya tapi dia dan mereka di sana

Moga Ramadhan kali ini mengubah persepsi diri tentang betapa indahnya dunia ini sebenarnya.....bukan sahaja untuk saya tapi mungkin juga mereka yang telah kehilangan anak, isteri, rumah, harta,keluarga segalanya

Moga Ramadhan kali ini menjanjikan yang terbaik buat diri, dia, mereka....yang bergelar hamba...

Moga Ramadhan kali ini...buat saya, mereka, dia dan mungkin juga kami menyedari keinsafan dan kesilapan yang tidak disedari selama ini........

Tetapkan yang terbaik buat saya, dia, mereka dan tentunya buat kami semua.

Saya tidak baik, penuh dengan kesilapan dan kesalahan dalam diri....... tapi Ya ALLah, saya sentiasa berdoa untuk menjadi seorang yang baik...untuk diri sendiri malah untuk mereka yang hampir dengan saya....

Amin

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan n Inner Strength

~*~
Sebagai kanak2, awal Ramadhan saya didatangi dengan tandatanya, mampukah saya untuk berpuasa sebulan.....seawal tahun satu, saya diuji dengan kawan2 yg tak berpuasa, namun bila syawal tiba...rupanya saya berjaya....dalam diam tuhan beri kekuatan buat kita....


Awal pagi ini saya masih lagi didatangi dengan sms dari teman2......namun, dalam banyak2 sms saya rasa terkesan dengan satu sms yang entah dari siapa.....sudah pun bertanya siapalah tuan punyanya...tapi masih tak berjawab...jadi untuk sesiapa yang diluar sana yg menghantar sms ini.... terima kasih, kata-katanya bermakna....

Andai semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya, dan jika seluruh umur adalah dosa, maka takwa dan taubat adalahubatnya, jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan adalah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan. Mohon diberi kekuatan beramal, selamat menyambut Ramadhan al mubarak...........

Benar, Moga Ramadhan ini membina kekuatan diri untuk terus beramal...ameeen

dan moga ia bakal membentuk kekuatan diri itu agar ia kekal dalam peribadi....

~*~
We may not know we have it
till we're well into the race.
Or feel we're nearly overwhelmed
by challenges we face-


But then we look much deeper
for the power to succeed,
And find we have an inner strength
that meets our greates need


And for tis coming Ramadhan,
Wishing all of you
the inner strength to see a brighter day
And the wisdom that will guide you
every step along the way


And believe me, when Syawal rise,
And the time, when you look back
From new horizon, may you find
You've been blessed with greater courage
and a deeper peace of mind!


May tis coming Ramadhan bring us the inner strength that meets our greatest needs to face the reality and continue our Journey...May ALLah bless us...
~*~

Tuesday, September 04, 2007

d cuTE naJla!!!!!!!!










Ya ALlah, comelnya dier... (",)
suka tengok mata dia, mata hitamnya sangat besar....hehehhe

Sunday, September 02, 2007

Hari Ini............

8.15 pagi, Beranang :

Hmmm rushing selepas sarapan pagi dengan Tosey(hmmm sedapnya) yg mama beli.. ada kursus seni pengurusan jenazah di Darusyifa'....

9.05 pagi, Darusyyifa' Bangi:

Alamak, semua orang dah berkumpul...dah mula lah....
"Biasanya kalau saya mengajar pengurusan jenazah hari ini.....esok ada lah yang meninggal..."

hehehe org yg dah lambat nih sengih jer la sorang2.. dah lambat

10.30 pagi:

Rehat...mewahnya....Ada nasi lemak...ayam rempah dan kuih-muih...

10.50 pagi:

Kelas disambung kembali...kesiannya Aishah kena bungkus jadi mayat..mesti dia panas...
Tiba2 dengar ustazah dapat panggilan telefon...Ustaz Wan Bakar Wan Dagang meninggal dunia... hmmm rasanya baru jer awal2 tadi ustazah sebut...tak dan tunggu esok, hari ini sahaja dah ada org meninggal.... Macam pernah dengar lah nama ustaz tuh....siapa ye. Tak berani tanya lebih2....

Sempat tegur anak ustaz Harun Din...Kak Awe, dia nih senior saya dulu.....dia confused antara saya dgn Marina...

hehehe saya kat sekolah dulu tak glamer pun...

1.05 tghari:

Tamat kursus sehari...hmmm nak balik rumah, mama still tak ada di rumah lagi..drive kereta ke PUtrajaya....hantar rambutan Ina...Ina tak da rumah, pass kat bibi dia jer. Dia balik Kuala Selangor...hajat hati nak g pesta flora kat precint 2....tapi hujan. Nak buat apa yer...balik rumah je lah

2.15 ptg, Bangi:

Selesai solat Zohor.....sunyinya..mama ngn abah dan yg lain2 tak balik lagi..
Apa lagi...disinilah saya mengadap pc..... tulis blog.....

Sambil2 tuh sempat tengok d making of Ratatouille...hey, nampak macam best jer.....tengoklah kalau ada masa nanti....

Sambil tengok tuh....jenuh pikir nak tulis apa dalam blog..apapun....seems like the movie is interesting hahhahaah
Nak buat macam mana dah cikgu sekolah rendah...

Ehhhh....Selubung, one of my fav movie lah......watched the movie banyak kali dah...still rasa nak tengok lagi......Mastura, Halim, Zek, EJ dan tentunya Kamal...

So tis is d end of it....nak fokus kat movie nilah pulak......

Hmmm. what a wonderful life......so for u out there, hope ur having a nice weekend tis week. Enjoy it n b happy

Todays food for thought : Not everything that is faced can be changed...but, nothing can be changed until it is faced!!! Be brave! Face the reality and keep on living n struggling...

Dahlah..nak tengok mastura nih... (",) banyak pulak bebelnya...chow...heheheh

Saturday, September 01, 2007

tentang hati....

"Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan"

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan;

satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.



Hati besar akan berkata, "Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat."

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. "Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?"

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ.

Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebingungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda.

Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur.

Hati besar biasanya penuh dengan ego.

Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda,tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Juru nasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya.

Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya.

Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian.

Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apatah lagi bila suara hati itu dipandu oleh syariat, logik dan fitrah. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.

dan indahnya menjadi muslim...apabila ALLah turut sama memberi jalan untuk suara hati yang terbaik....
Atas kasih sayangnya istiharah itu dicipta.......

AhLaN Wa SaHlaN....


Actually baru balik dari melawat naem...n d cute Nagla Sofiyya ( hope the spelling is correct!)
To our new team members
Naglaa Sofiyya Mohd Shahir
27 ogos 2007


and

Ahmad Hanafi Ahmad Shahrir
25 Ogos 2007


Your adventure just begin......pray d very best from each one of you...Bless them ya ALLah!!!!

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...