Posts

Showing posts from August, 2009

Kuliah Ahad 16 Ogos 2009

Kali ini masih lagi berkisar tentang Ramadhan Kareem Sifat muslim dalam SYaaban seharusnya gembira..kerana ia hampir dengan Ramadhan Malah Rasulullah sendiri manusia yang maksum bergembira dan seringkali berdoa agar tiba pada bulan Ramadhan Muslim seharusnya gembira kerana ia merupakan satu peluang dan tawaran yang dikurniakan ALLah untuk hambanya Rejab, Ramadhan dan Syaaban punya maksud tersendiri. Rejab: bulan hadirnya Israk dan Mikraj. Satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah dan tercatat dalam surah Al Isra' Bulan tersebut menyaksikan ALLah menganugerahkan solat untuk umatnya. Penganugerahan yang menghubungkan manusia dengan ALLah.. Bukankah Rasulullah SAW, tenang, bahagia, mentadbir dan menjadi pemimpin kerana solat...hubungannnya dengan ALLah SWT. Dari Solat ALLah Taala menembusi jiwa dan sanubari kita. Dalam kehidupan seharian, seharusnya kita menjaga hubungan dengan ALLah. Yakin dan percaya. Atas dasar dan yakin dan percaya inilah, umat Islam telah memenangi pera...

Puteri Islam

Image
Ada sebuah lagu nasheed yang saya perolehi ketika saya di tingkatan 2 rasanya..ia memberi kesan yang mendalam dlm jiwa saya...malah ia menanam tekad dlm diri saya untuk menjadi seperti itu... malah ia seakan menjadi kata semangat untuk saya membina diri sebagai seorang wanita muslimah...suka akan bait2 lirik yang ada di dalamnya.. Persismu permata bernilai.....menjadi rebutan pejuang Keutuhan yang tersimpan ..... dibalik tabir yang tenang Keayuan yang terpancar.....di sinar cahaya iman Itulah muslimah harapan Gerak langkahnya yang sopan Disulam zikir diingatan Keyakinan yang mendalam menjadi tagan perjuangan Itulah muslimah harapan Muslimah puteri harapan Dikaulah harapan... Membela islam yang mulia Muslimah puteri harapan Dikaulah cahaya menjadi lambang islam yang gemilang Srikandi Islam, tetaplah kau dalam perjuangan menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan islam Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu Kau sematkan kecintaan yang mendalam terhadap tuhanmu Maru...

Saya dan kereta

Image
Finale sem di UIA...memandu kancil merah mama..Alhamdulillah kereta yg ketika itu hampir 10 tahun usianya banyak membantu saya... Tamat belajar di UIA, kerja di KL, smbung belajar di UIA...masih lg dgn kereta merah itu....dan alhamdulillah...telah banyak jasanya pada saya dn orang lain.... Di Maktab...saya masih dengan kereta merah itu....balik hujung minggu Dan bila saya mula bekerja sebagai guru...kereta merah itu jugalah yg saya guna untuk ke sekolah.... Mama selalu pesan selagi kereta tersebut boleh dimanfaatkan bukan shja untuk diri tapi untuk org lain...selagi itu mama mahu kereta tersebut digunakan...itu kereta mama yang pertama...dan itu jugalah kereta saya yg pertama...kenangannya banyak... Namun, tidak lama mengajar, saya ada kereta baru...kali ini hasil titik peluh saya sendiri...dan telah pun saya niatkan untuk memanfaatkan kereta tersebut sebaiknya....bukan shj untuk diri tapi pada siapa yg memerlukannya...mama pesan brng yg ada biar memberi manfaat kpd yg ramai.... dan sa...

Kuliah Ahad 2 0gos 2009

Kuliah kali ini disampaikan oleh Ustaz Muda: Amir Muttaqin bin Abd. Ghani dan kali ini kami sekeluarga, saya, mama dan adik2 lewat sedikit. Ceramah kali ini masih lagi menyentuh serba sedikit tentang Isra' dn mikraj... namun tajuk utama yang dibicarakan ialah: 4 golongan yang tidak akan dihisab dan akan terus masuk kedalam syurga: 1. Golongan alim ulama yang tidak jemu mencari ilmu dan mengamalkan ilmunya. Mudah untuk ditulis dan diperkatakan namun sukar untuk mengamalkan. Ustaz membincangkan betapa hari ini ramai golongan ilmuwan yang mempunyai ilmu namun masih kurang pengamalan: lihat sahaja doktor2 yang menjual MC kepada pesakit, peguambela yang adakalanya membela mereka yang salah, malah golongan beragama yang bercakap atas dasar agama tapi tiada pengamalan, malah terdapat golongan agama sendiri yang menconteng arang ke muka mereka sendiri. dan seperti biasa ustaz tidak lupa bercerita tentang pengalamannya memandikan seorang imam...sekali lagi saya tidak pandai bercerita tentan...

Kuliah Ahad 9 Ogos 2009

Kuliah kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Saodah dan tajuk kali ini berkaitan dengan 2 bulan islam yang utama iaitu rejab , syaban dan Ramadhan... Ustazah berkata ketika tiba bulan Rejab Rasulullah telah berdoa: Ya ALLah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami pada Ramadhan. Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah memperbanyakkan puasa pada bulan Sya'ban Malah ketika ditanya, apakah puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan dan Sywal? Nabi menjawab puasa dalam bulan Syaaban bagi membesarkan Ramadhan Nabi Muhammad SAW sangat sayang pada bulan Ramadhan dan banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Ada 3 perkara yang tidak boleh dn digalakkan untuk melaksanakannya iaitu i. Jangan tinggal solat dhuha ii. jgn tinggal zikir iii. puasa 3 hari sebulan Nabi tidak berpuasa penuh bulan Syaaban. Apabila hampir Ramadhan, adalah haram untuk berpuasa. Sesungguhnya Rejab itu bulan ALLah, Syaaban Itu bulan Nabi Muhammad dan bulan Ramadhan itu bulan umat....

M.i.S.T.e.R.I

Sudah masuk Ogos rupanya..Sekali lagi pantas betul masa berlalu.. dan sepantas itulah 1001 cerita yang berlaku, 1001 manusia yg melintas dan berselisihan bahu dan 1001 rasa yang dipendam dan adakalanya diluah... Misteri hidup akan terus menyelimuti manusia...dan itulah indahnya kehidupan.. Misteri hari esok yg tidak siapa yg tahu, tp Maha Suci ALLah, kita diberi kekuatan untuk merancang.. Misteri perasaan yang hadir bilamana akal berkata perasaan itu seharusnya tidak perlu ujud, namun Maha Suci ALLah yang menganugerahkan kita akal dan panduan untuk membuat keputusan... Misteri dan ajaibnya bila kita melepasi satu tahap yg tidak terduga sedangkan ketika melaluinya kita terasa terlalu lemah dan tidak berdaya, malah hilang harapan.Maha Suci Allah yang memberi kekuatan dalam diam tanpa kita sedari Misteri bila kita masih hidup, aman dan selesa biar titik noda dan dosa kian banyak membaluti hati....Maha Suci Allah yang maha pengasih dan penyayang yang tetap memberi peluang,harapan untuk kem...

Kuliah Ahad: 26 Julai 09

Penghayatan Isra' Mikraj oleh Ustaz Roslan Muhammad Kali ini lewat...menanti adik2 tersayang..hmmm ketika hadir ustaz sedang menerangkan betapa Isra' Mikraj itu merupakan kurniaan ALlah untuk menambahkan keyakina kepada Rasul junjungan bahawa dia bertuhan. Hadith Isra' dan Mikraj pula telah diriwayatkan oleh 40 orang sahabat. Tiak timbul soal samaada perjalanan tersebut berbentuk roh dan jasad kerana nyata sekali ulama muktabar menerima secara total dan mengakui bahawa perjalan tersebut berlaku dalam keadaan sedar. Malh hujah akal yang boleh diambilkira apabila org2 kafir menolak sesuatu yg disampaikan oleh Rasul, sesungguhnya ia adalah benar..bukankah org kafir itu seringkali menolak kebenaran?? Tiada yg mustahil pada ALLah. ALLah yang memperjalankan Rasulullah...dan itulah kebenarannya.. Dalam perjalanan, Nabi diberi 2 bekas. Salah satunya ialah susu dan seberkas lain adalah arak...Nabi Muhammad SAW memilih susu dan Jibrail berkata betapa Engkau Rasulullah telah memilih s...

Kuliah Ahad: 12 Julai 09

Perbandingan oleh Ustaz Dr Haron Din Kali ini Ustaz suruh jemaah berfikir... melihat dan menilai persekitaran dan perumpamaan yg ALLah lakarkan dalam Al-Quran Bukankah hidup ini saling berkait...bukankah perjalanan kehidupan ini ditulis dan dirancang oleh Yang Maha Mengetahui... dan tentunya ada rahsia pada setiap perumpamaan yg dilakar dalam Al Quran.. Nyata...Al Quran itu bukan sekadar dibaca kerana ritualnya...namun dihayati kerana ia sangat berkait dgn kehidupan kita...panduan dalam perjalanan yg kita sendiri tidak pasti bila akhirnya ALLah membandingkan org2 yg kufur itu seperti org yg berada dalam kegelapan. Analoginya seperti lampu yg semakin terang dan mereka pula memadamnya dan berada dlm kegelapan. Org yg telah diberi hidayah tetapi tidak mengaplikasikannya pula seperti org yang diberi lampu tapi tidak digunakan sebaiknya...sebaliknya dipadamkan pula... Dalam Al Quran sendiri terdapat banyak perkara untuk dilihat. Banyak perumpamaan dan bidalan untuk di nilai dgn mata hati. S...