Sunday, July 20, 2014

Bersaudara

Bila namanya bersaudara


Saling ada antara satu sama lain


Cuba untuk memahami biar pun berbeza


Saling menghormati tanpa mengira status dan usia


Susah senang biar bersama


Saling melengkapi, saling menasihati, saling memperbaiki diri



Bila Kasih kalian kerana ALLah yang satu
Tidak mungkin berkelahi

Bila panduan Quran dan Sunnah
Tak mungkin lari matlamat yang jitu
meski pun beza umpama Saidina Umar dan Abu Bakar

ataupun langit dan bumi....milik ALLah jua

dan jangan lupa


Palestinian, mereka di Syiria, mesir, Iraq dan negara-negara islam lain
mereka juga saudara kita

Jika ada berpeluang untuk jihad bersama
Doa ibu mengiringi agar Syurga menanti

Namun jika tidak
Doa kalian ibu harap tidak berhenti......

22 Ramadhan 1435H

Friday, July 18, 2014

+ TUHAN Sedang Menguji Kita +


Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janjinya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka beriman selagi tidak diuji.

Allah berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh Dan dengan merasai kelaparan Dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda Dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar; iaitu orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH Dan kepada ALLAH jualah kami kembali"(Al Baqarah:155-156)


17 Julai 2014 MH17 ditembak dan mengorbankan 295 nyawa... dan kisah Gaza diserang masih belum berhenti.... tenanglah wahai hati....siapapun empunya diri..yakinilah inilah ujian datang dari Ilahi...

Thursday, June 12, 2014

Muhasabah perkahwinan


Anak-anak
Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah….
Sambutan?? Kejutan??

Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami..

Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin…
Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar…..

Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga.

Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain?
Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain?
Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain?
Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini?
Ungkapan bercinta hingga syurga banyak kami terima dalam kad-kad tahniah buat kami 4 tahun lepas…
Setakat mana pula usaha kami untuk merealisasikannya?

Serius…jika ajal kami sampai…benarkah hujung jalan kami ini syurga? Bercinta di syurgakah kami kelak?
Apa sahaja yang kami lakukan sekarang, benarkah ia mampu membawa ikatan yang termetri ini ke syurga? Membawa bukti ikatan kami…kalian tentunya  ke syurga jua?
Dalam keadaan kita sekarang ini, Ke syurgakah keluarga kita ini sayang?

Oh ya…ini soalan terakhir sepatutnya…. Soalan pertengahan
Ikhlaskah kita sekeluarga?
Tahajjud, Qiamullail, taubatkah kita sekeluarga?
Jemaah kah kita sekeluarga?
Sunnah Rasullullah, itukah amalan keluarga kita hari ini?
Al Quran..Kalamullah di dada ibukah? Ayahkah? Kalian kah sayang? Dibaca hari2?
Benarkah zina dan maksiat dan yang haram itu telah ibu ayah jauhkan dari keluarga ini….dari hasilan ikatan perkahwinan ini?

Masa dan detik yang berlalu….perkataan, tindakan, perayaan….apakah telah ikatan perkahwinan ini isi dengan niat untuk kembali bertemu di syurga

ALLahu Akbar

Benar, kami telah melepasinya 4 tahun lalu…dan sekali lagi kami bahagia…Namun setakat mana bahagia itu sayang. Setakat mana gembiranya 4 tahun itu sayang….kosong atau berisi? Cantik bagai bunga api atau indah seperti purnama yang tenang, kekal dan menjadi bukti kewujudan tuhan.
Sudahkah 4 tahun ini meningkatkan kebaikan dalam diri kami?
Sudahkan 4 tahun ini meningkatkan takwa dan cinta kami buat ALLah?
Sudahkah 4 tahun ini memperbaiki kelemahan kami?
Sudahkah 4 tahun ini menampung kekurangan kami?

Dan sudahkan 4 tahun perkahwinan ini mendatangkan kebaikan dan manfaat buat agama tercinta kami?
Sayang….setakat mana pula isteri ini memegang tanggungjawabnya sebagai isteri? Setakat mana pula usaha ibu ini memastikan impian membawa mereka yg hadir dlm ikatan perkahwinan ini bertemu di syurga? Ke syurgakah pelakon tambahan ini, isteri, ibu ini?

Suami…Abdul Rahman Abdullah…kita telah melaluinya 4 tahun lalu…dan moga kita akan berjaya melaluinya lg…kali ini dan sekali lg tanpa jemu…Moga ikatan perkahwinan ini mendtngkn kebaikan buat diri kita, membentuk diri menjd org yg lbih baik dr  semalam, mampu  memperbaiki kelemahan kita, mningkatkan kecintaan dan ketakwaan kita buat Rabbul Izzati….dan tentunya memberi kebaikan buat islam deen kita….
Isteri ini mencintai suaminya kerana Allah…inshaallah moga cintanya ke syurga….

Anak-anak

Jika kalian berkesempatan untuk memperingati tarikh ini…ingatkan jua kami tujuan perkahwinan ini…apa jua bakal berlaku kelak….bantulah kami agar kita sama-sama dapat berkumpul di syrga nanti…
Doakan ibu, ayah dan ikatan perkahwinan ini…..


Salam sayang…

Kami.

Thursday, June 05, 2014

+7 Sya'ban 1435 H+

Bulan Islam, Hari ini Nuha Salsabila genap setahun...


Bidadari Ibu


Jelita ibu


puteri di hati ibu


'Aishah Humaira' ibu


Sayang dan kasih ibu buat kamu tidak ada bezanya berbanding abang....
Umpama sepasang mata, itulah ibarat kalian berdua buat ibu
Bagai sepasang tangan...demikianlah kalian di hati ibu...

Kudunglah ibu tanpa salah satu dari kalian berdua
Cacatlah ibu jika hilang satu mata.....

Nuha Salsabila...

Dalam diam ibu melakar impian dan harapan

biarpun wanita namanya lemah
tapi doa ibu agar kamu gagah

Dalam ayu dan lembutnya kamu
Ibu tahu kamu teguh
kerana di hati kamu utuh
meyakini bahawa tiada mampu siapa menyentuh
Kerana yakin kamu Tuhan itu ALlah

dengan alasan itu sayang
hati kamu tidak akan rapuh
biar seribu dugaan perasaan sayang dan cinta datang berlabuh
Tiada yang retak mahupun terbelah
Tiada sengsara mahupun gundah
bila hati benar2 milik ALLah

Simpan hati itu sayang
bukan ibu menghalang atau mengekang
tapi ibu tidak mahu kamu lemah
menangisi cinta yang tak sudah-sudah
sedangkan cinta itu cerita indah
bila ia bersama ALlah

Peliharalah dirimu sayang
Jagalah maruahmu
Binalah dinding di sekitarmu
Bukan untuk menyendiri
Namun untuk menyelamatkan diri
Menghindari diri dari jadi bahan fitnah dan sasaran

Kamu bakal punya kelebihan sendiri
Biar apapun kamu cantik dimata ibu

Doa ibu akan sentiasa mengiringi
Cinta ibu buat kamu juga tidak berhenti
Namun sekali lagi
cinta ibu kerana ALLah

Moga kita bertemu di syurga lagi...
Doa dan impian ibu setiap hari..

Thursday, May 15, 2014

+16 rejab +

Hari ini ibu tidur lewat.....

Ibu siapkan conggo bar yang akan Abg Amin bawa esok sempena sambutan hari guru dan hari ibu di playhouse...

Ibu siapkan juga hadiah untuk aunty-aunty Abg Amin di playhouse....

Baru semalam ibu berbincang dengan ayah..tentang keputusan kami menghantar Abg Amin ke playhouse pada usia yang awal.....dan hari ini, ibu baru sedar tanggal 16 Rejab Jumaat esok...Amin genap 3 tahun...

SubhanaALlah...
Tanggal 16 Rejab 3 tahun sudah ibu sedang bertarung nyawa melahirkan kamu,
16 Rejab yang lalu, ibu ternanti-nanti kehadiran kamu.....
16 Rejab itu juga...sayu hati ibu saat kamu diletakkan di atas dada ibu dgn merah darah yang masih bersisa....

16 Rejab esok...
ibu bakal menghantar kamu ke sekolah..meraikan sambutan hari guru dengan kawan-kawan lain...
namun siapa tahu kerana
16 Rejab yang bakal tiba esok..masih jadi rahsia ALlah

Ibu tidak tahu apa yang terjadi 16 Rejab tahun seterusnya
atau apa berlaku 16 Rejab 2 tahun, 3 tahun atau 5, 6 tahun akan datang.......

Ibu sungguh-sungguh tidak tahu..
Namun sayang, Ibu sungguh-sungguh yakin.....
Menadah tangan berdoa untuk anak ibu ini.....
Agar setiap 16 Rejab yang dilaluinya...
Merupakan hari untuk dia beralih kepada yang lebih baik....

Agar detik kelahiran 16 Rejab itu....
Tidak sia-sia walau sedikitpun....

Selamat Ulang Tahun Kelahiran sayang...
Benar...Masihinya kamu Lahir tanggal 18 Jun 2011
Hakikatnya ....sebagai muslim...kamu tiba kedunia tanggal 16 Rejab 1432

Membesar lah kamu sebagai muslim sayang....
Diberi kekuatan emosi, rohani dan keimanan yang teguh
Melaksanakan tindakan berpandukan Quran dan Sunnah
Melangkah kerana yakin Tuhan itu Allah...
dikurniakan Kesihatan yang baik untuk terus beribadah
Mengambil dunia sebagai jalan untuk kita bertemu di syurga...Inshaallah

dan sungguh ibu cinta kamu kerana ALLah.....
Moga ibu sentiasa diperingatkan kamu itu milik Allah jua...
Moga sayang ibu yang tumpah....berpada-pada dan kena pada tempatnya...

Monday, May 12, 2014

arjuna beta




Adakalanya kita tidak mampu meluahkan sesuatu..
Ibu pinjam lagu ini...dan ibu harapkan anakanda-anakanda ibu memahami


Sunday, April 27, 2014

+ cepat sembuh sayang +

21-27 April 2014
Awak berdua tidak sihat...masing2 demam...warded..hati ibu risau..
Kita berkampung di hospital
Alhamdulillah....
Moga Allah berikan kesihatan buat sayang-sayang ibu semua


Thursday, March 27, 2014

cerita MH370 dan 529 Ikhwanul Muslimin

Ini cerita dunia

Ini sejarah negara kita.....

Ini kisah duka mereka
Keluarga penumpang, CEO MAS, Menteri Pengangkutan, Perdana menteri Malaysia ketika itu...
dan kita




Rahsianya...masih tersembunyi...
Mereka di sana  masih mencari...
Mereka di sini terus menunggu

dan kamu wahai anak...

cerita ini ibu paparkan bukan sebagai senda gurauan

Jika satu waktu..dugaan nya sebegitu..
atau mungkin juga seakan-akan itu
atau mungkin juga bebannya berat seperti itu..
atau mungkin lebih dari itu
dan saatnya kamu semua buntu

tidak kira..

kamulah penumpangnya, atau mungkin kamu keluarga penumpang itu, atau mungkin kamu orang atasan yang berkuasa ke atasnya..atau mungkin kamu insan seperti ibu..yang memerhati dan turut sama menunggu

Teguhkan keyakinan kamu pada Ilahi...berpaut kukuh dan jangan lepas lari...
Berhati-hati dalam semua segi......
Syariat jadikan batasan diri..
Jangan biar emosi menguasa hati..
Kuatlah sebagai muslim kerana itu yang dicintai Rabbi..

Lihat sahaja cerita yang turut sama menjadi sorotan dunia
Pembalasan untuk satu kebenaran
Kenyataan yang adakalanya disembunyikan.

Lihat sahaja mereka yang masih melangkah
Biar kisah mereka umpama tidak sudah..
Biar adakalanya mereka lelah..

Lihat sahaja mereka yang kukuh bangkit berdiri..
meski hati luluh, menaruh harapan dan terus menanti...
Agar Rahsia Ilahi terbuka suatu hari nanti...

ALlahurabbi....Rahsia itu masih tersembunyi....
Moga terbuka hijab...melihat hikmah yang sedia menanti

Sayang inilah cerita dunia...
Inilah sejarah bumi....pemberian ALlah buat khalifah

Tetapkan pendirian kukuhkan kesatuan..
Yakini Tuhan dan teruskan perjalanan
Jangan lupa Alquran panduan dari Tuhan!!!
Muslim, muslimah yang kuat itulah dambaan..
dari ibu buat anak-anak kesayangan..

Jangan lupa sayang Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila sedekahkan
Alfatihah buat mereka yang terlibat dalam tragedi MH370. Doa untuk semua pejuang kebenaran seluruh Dunia...


Saturday, November 23, 2013

Ajar , mahu dan marah


Bila dengan anak…
Ibu marah nasi bersepah……tapi yang dilihat bila masak ibu sering membuang…
Ibu mahu dia dekat dgn Al Quran…..sayangnya ibu leka…Quran lama tidak dibaca
Ibu idam alhafiz dalam keluarga…surah yang ibu hafal boleh dikira itu pun yang wajib-wajib sahaja
Ibu mahu anak berilmu…..tapi sayang majlis-majlis ilmu, ibu kurang bertandang…malu
Ibu mahu anak menghadapi kenyataan dan realiti…..kenapa pula anak diajar fantasi TV..beri dan beri

Ibu mahu Rasulullah jadi ikutan…kenapa ultraman yang disebut contoh utama,
" Ultraman pakai baju…." Aneh ya bukankah Rasululullah ajar ilmu dan adab berbaju sempurna

 

Ibu marah minta-minta di pasaraya….tapi ibu kerap tanya nak apa
Ibu marah tonton tv hingga pagi..bukankah ibu pernah beri sekali kenapa tidak lagi
Ibu suruh berkata baik-baik sahaja…kenapa keburukan orang yang ibu kata ..mengata anak orang bukankah sama sahaja

Ibu pesan sabar…kenapa pula ibu marah-marah begini…
Ibu kata marah tanda sayang…..kenapa pula marah itu sakit rasanya. Kenapa perlu sakit untuk apa yang telah ibu dan ayah ajari…

Ibu ini berimpian, ibu ini mengajar dan ibu ini juga lah yang memarahi

Note untuk ibu : Anak-anak belajar dari pemerhatian…dia melihat dan ikut, sebagaimana acuan itulah bentuknya. Bentuklah diri ibu sebaiknya…Baiki akhlak, peribadi dan persepsi diri…..InshaALLah kelak bakal dicontohi.

Ingat wahai Ibu..kita tidak akan mampu baiki sekeliling kita…tapi kita mampu baiki diri dan tindakan sendiri..kelak ia langsung bakal mengubah situasi…dan segalanya bermula dengan diri…..
Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila…maaf..ibu khilaf, marah untuk apa yang telah kalian perhati dari diri ibu sendiri….Moga Allah tunjukkan jalan sekali lagi apa yang perlu ibu baiki….

Friday, November 22, 2013

Remember me, remember Allah

Ada sesetengah perkara akan mengingatkan kita pada seseorang




Ibu Rindu Tok abah

dan bila rindu


dan ibu berharap kalian akan berbuat perkara yang sama bila ibu dan ayah tiada nanti...
jadi anak yang baik kerana sahamnya akan datang pada kami.....

Selamat Pengantin Baru


Dia kesayangan arwah abah…Dia peneman, kawan, jururawat, driver dan orang kanan abah. Dia juga kawan gaduh abah. Kami adik beradik faham bila abah lebihkan dia dalam beberapa hal…Dia tidak pernah membantah, apa sahaja..hatta keluar makan kedai tengah malam saat hujan lebat turun. Dalam banyak hal abah akan sebut nama dia dahulu..Dia ambil sebahagian besar tugas adik-beradik lain sebagai anak…Terima kasih adik, meski sepatutnya status isteri bukanlah halangan untuk berbakti pada ibubapa sendiri.
Hari ini tanggungjawabnya kian bertambah, malah keutamaan sudah berubah…..
Mungkin ini alasan arwah abah tiada di sini….
Mungkin juga ini alasan untuk takdir yang telah menjadi ketetapan Ilahi
Sebagai ayah..bukannya mudah melepaskan anak yang sentiasa ada disisi…
Sebagai ayah..ragu dan sangsi untuk seseorang yang baru dikenali untuk menjaga permata hati itu tentu wujud dalam diri
Sebagai ayah..keinginan agar anaknya sempurna terjaga hati, tindakan dan perasaan tidak akan lari
Dan ALLah menetapkan segalanya agar harmoni….
Kali ini arwah abah tidak perlu menangis seperti mana tangisan anak perempuan sulungnya yang dilepas pergi
Senyumlah adik….kerana perancangan ALLah itu penuh hikmah bererti meski tersembunyi
Selamat Menempuh alam baru..
Fasa ini penuh dugaan dan cabaran..Perkahwinan tidak boleh hidup hanya atas dasar cinta dan suka. Namun ia juga tidak mampu kukuh jika hanya berlandaskan tanggungjawab dan tentunya tidak sempurna sama sekali tanpa pegangan agama.
Keputusan dan pilihan telah pun dibuat..Belajarlah untuk sama-sama menerima dan memberi. Akuilah kekurangan masing-masing dan perbaikilah kelemahan diri..dan yang paling penting, layarilah bahtera menuju Ilahi

Selamat Pengantin baru dan Jangan lupakan kami.

Monday, November 18, 2013

Pengakhiran yang indah...

Ini kisah dia

perjalanan kehidupan seorang hamba Allah


20 tahun ..dan dia menyentuh hati banyak pihak..memberi pengajaran 

 menginsafkan...


Moga hari-hari kalian...permata hati ibu..Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila akan sentiasa memberi erti...
dan moga detik akhir kita ibu....merupakan saat terindah sepanjang kehidupan kita...

Saturday, November 16, 2013

cuti sekolah 2013

Cuti sekolah bermula

dan abg amin kena campak


" Abg Amin tak demam...Abg Amin kuat"

Alhamdulillah...moga ALLah terus-terusan memberi kekuatan untuk anak-anak ibu...

Saturday, November 09, 2013

bila bersama...

Amin      : Ibu, dalam peti ais ada tepung tak?
Ibu         : Ada, kenapa?
Amin      : Ibu buatla kek....Amin nak kek


Dah lama kita tak buat kek sama-sama rupanya....Jom, kita buat sama-sama 



Kali ini kita buat sama dengan adik. Ibu kendong adik guna 'carrier'. Adik tepuk-tepuk abang. 
'Apa ni..kita kan adik-beradik'...Ibu suka ayat abang Amin yang itu...
Oh ya...dengan bertanggungjawabnya Abg amin juga tolong ibu kemas lepas masak


dan hasilnya..


Hmmm...sedapnyer...
dan 
seronoknya bila bersama.....

Wednesday, October 30, 2013

Cita-cita

 Ibu           : Abang Amin lukis apa tu?
Amin         : Abang Amin lukis api...ibu tolongla lukis bomba padamkan api ni

(Ibu lukiskan batang kayu sekali ...)

* Waktu ni kamu sangat fanatik dengan bomba..semua benda jadi hos bomba..cita-cita kamu nak jadi bomba, hari-hari pasal bomba.... apapun cita-cita mu sayang, ibu mengharapkan agar ianya adalah jalan dan bekal untuk sesuatu yang abadi dan benar-benar realiti. Lakukannya kerana ALLah....

Saturday, October 26, 2013

Nuha Demam

Balik kursus Nuha demam...selsema dan batuk


 Kesian anak ibu
Ibu tidak lena tidur, setiap jam ibu pantau suhu Nuha...memandangkan Nuha belum pun sampai setahun, ibu tak berani bagi ubat...lap bila panas, ibu sapu dengan minyak habbatussawda dan bawang putih bakar untuk hilangkan kahak... Sterimar untuk selsema.. Nuha batuk teruk dan muntah-muntah kahak... tapi Nuha kuat.... ALLah bagi kekuatan dan Nuha masih boleh tersenyum walaupun suhu hampir mencecah 39 darjah...

Reminder untuk ibu..
1. letakkan termometer di tempat yang mudah capai
2. Pastikan cool fever sentiasa ada.
3. simpan ubat demam masuk bontot untuk kecemasan

Friday, October 18, 2013

Nuha Dan Ibu

Minggu depan ibu bakal kursus lagi. Kali ini 5 hari...

Cabaran untuk ibu yang mahu menyusu badan penuh hingga 2 tahun untuk Nuha. 

Ibu hanya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu...Ibu tidak boleh mengalah, kita akan lakukannya bersama-sama sayang...








                                        ~*~

Ibu sayang Nuha sama seperti ibu sayangkan abang Amin. Ibu
sayangkan Nuha bukan kerana Nuha milik ibu, ibu sayangkan Nuha kerana ALLah. Ibu tahu, Nuha tidak pernah memilih ibu, tapi ibu telah memilih untuk ada Nuha dalam kehidupan ibu. Ibu akan cuba yang terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk kita semua. Moga ALLah permudahkan perjalanan kehidupan kita.....

                                          ~*~

Thursday, September 26, 2013

September oh September

4 September  :
ibu ada bengkel di SK Saujana Impian….pening, ada banyak benda nak kena explore dan siapkan

11 september : 
Whats up!!!! Birthday one of “14 buddies till jannah” Nani Shahbani….happy birthday dear

14 September : 
terlepas Birthday kawan baik ibu Fadhlina Zakri pada 13 September…huhu terlepas wish pd hari yg tepat…frust!!!!

16 September :
Sambutan Hari Malaysia Sekolah. Tinggalkan Amin dgn ayah, Nuha dgn Mummy
Malamnya Tahlil 100 hari arwah abah

17 September : 
Bengkel lagi, kali ni di SMK Taman Tasik Ampang…huhu until 4.30…on the way balik hujan lebat…..di kepala..nuha ..amin..nuha..amin

18 september : 
Bengkel lain pula…kali ni di SK Taman Cuepacs…pening lagi

19 September : 
Whats up 14 buddies till jannah – Birthday seorang lagi kawan baik ibu Naemah…Alhamdulillah  dah tua masing-masing

21 September: 
Sabtu yg indah dgn Kelas Tambahan tahun 4 dan 5, maaf ibu tak dapat teman jogging

22 September:  
jumpa Tok Aki di Seremban

23 September: 
Birthday one of my beloved sister Cik Napisah ;) Message sent

24 September: 
Kena present untuk latihan dalam perkhidmatan guru…balik lambat lagi 
huhu message K.Pisah x sampai…sekali lagi terlepas wish org birthday tersayang pd hari yg sepatutnya
Sampai rumah baru perasan notebook tinggal sekolah...huwaaaa...mujur ada ustazah Zarini

25 September: 
Birthday kakak idola :K. Salmiah Rahmat …
Tghari ada untuk teknik menjawab peperiksaan matematik pelajar tahun 4…
Ptg: kelas tambahan..huhu ibu terlambat 30 minit kelas dgn alasan: tidurkan baby  kepala toink!!
Ada order vits xhaklee dgn kwn ibu aida..tp x settle pmnt lg…huh kalut

26 September...hari ini: 
Alamak, microphone tghari semlm hilang…kalut cari huhu 
settle pmnt 4 vits…alamak salah bayar huhu….
check hand bag kat sekolah....Alamak lagi purse tertinggal…camana ni signal minyak keta dh kelip2
Dapat surat 3 Oktober bengkel lagi!!!

Beginilah bila ibu kalut..banyak menyusahkan orang dan tidak sempat bertanya khabar jiran sebelah, tapi Alhamdulillah..ibu sentiasa dikelilingi orang yg baik-baik dan memahami (bodek)

to all my beloved and bestest friend…sorry for d late wishes…luv each one of u soooo much. TQ ALLah for having them part of me…. 
Amin N Nuha….Alhamdulillah, kalian sangat memudahkan ibu…Amin tidak menangis bila ditinggalkan setiap pagi dan Nuha dah pandai guna putting botol susu…lega. 
Suami, Abdul Rahman Abdullah…terima kasih kerana tidak pernah merungut, terima kasih kerana banyak membantu, terima kasih kerana sudi bertoleransi…
Adik-adik, terima kasih jaga anak-anak kak ni dengan baik…terima kasih tolong sediakan makan malam….sayang korang.
Zarini..terima kasih banyak yer dik...inilah akak yg sebenarnya...
Aida: Maafla yer saya memang kalut bila kepala pening…apapun thanks a lot
Cikgu Azman: Maaf menyusahkan pasal microphone tuh apapun terima kasih sebab tak angin dgn saya
Shasha : Tidak sempat bertanya khabar...kdg2 pndng dari jauh je sha... doa saya mengiringi....

Ini adalah kehidupan…setiap kejadian berlangsung seiring dengan masa yang beredar. Cuma sesekali kehidupan ini diuji dengan 1001 cubaan.

Percayalah wahai anak,  Kita tidak akan mampu sama sekali melewatinya tanpa kekuatan yang ALLah beri, kita hilang banyak perkara andai sabar hilang dalam diri, kita tidak mampu bersama orng yg kita sayangi jika tidak belajar memahami, kita buntu bila kita lupa bahawa ALLah adalah tujuan utama kita disini…..

Yakinlah dengan ketentuan ALLah,melangkahlah dengan keputusan berlandaskan redha Ilahi, bersyukurlah  untuk apa jua keadaan dan situasi .

Nilai diri manusia itu bukan pada beratnya dugaan dan cabaran yang dihadapi sebaliknya tingginya nilai diri letaknya pada keyakinan yg tinggi pada Ilahi Rabbi dan tentunya emosi  ketika berhadapan dengan apa yg ALLah beri.. 

Moga ALLah beri kekuatan dan kukuhkan pergantungan kita semua untuk menghadapi hari-hari mendatang. Moga ALlah permudahkan setiap urusan dan yakinlah sesungguhnya ada kebaikan untuk setiap kejadian....dan maaf sekali lagi semua kerana khilaf, terima kasih kerana memahami....

Saturday, September 07, 2013

Pak Ngah dan sabar

Amin dan Nuha ingat Pak Ngah tak sayang......
Satu sifat yang ada pada dia yang sangat ibu kagumi ialah sabar.
Sabar milik pak ngah kita
tidak ternilai

Satu: dia tidak pernah tinggi suara walau sedikit
Dua: marahnya tidak kelihatan langsung..tapi dia marah
Tiga: dia suka senyum( kecuali kalau bergambar )
Empat: Dia terlepas banyak perkara sepanjang hampir 10 tahun dia di mesir


1. dia terlepas kenduri Pak Lang..adik dia sendiri
2. Dia terlepas kenduri ibu ...kakaknya sendiri
3. dia tidak sempat melihat jenazah arwah nenek dan

paling terkesan sekali bila dia tidak dapat menatap wajah arwah abah untuk terakhir kalinya. Namun SubhanaALLah Pak Ngah tenang biar pun riak wajahnya sedih. Dia Sabar, sangat sabar. Redha. Dan Aminlah yang sentiasa menemani Pak Ngah menziarahi kubur tok abah. Hari-hari bersama kita di bumi Malaysia dihiasi dengan senyuman Pak Ngah.

Pak Ngah sudah berangkat kembali ke Mesir, bumi tanah tumpah darahnya sendiri, bumi anbia yang masih lagi bergolak dalam diam. Mengulang kembali dengan izin ALLah kertas terakhir pengajiannya. SubhanaALlah dia masih lagi sabar. Tidak putus asa mahupun lelah meskipun ini adalah tahun ke 10 pengajiannya...dia tetap berusaha

Pak Ngah ...

ALLah sayang orang yang sabar : Dan ALLah mencintai orang-orang yang sabar ( Ali Imran: 146)

ALLah bersama orang yang sabar : Sesungguhnya ALLah beserta orang-orang yang sabar (alBaqarah:153)

Orang yang sabar dijanjikan pertolongan ALLah : Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya ALLah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda. (Ali Imran: 125)

dan ALlah turut memuji orang yang sabar: Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan,
sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia. ( Asy Syura: 43)

Pak Ngah disayangi ALLah, dipuji ALLah, bersama ALlah dan yakinlah akan dibantu ALLah jua..
Ada hikmah untuk setiap perkara... 9 September ini dengan izin ALlah adalah kertas terakhir Pak Ngah...teruskanlah berusaha dan bertawakallah dengan sabar....Kami doakan malahan mudah-mudahan mereka yang membaca ini mendoakan Pak Ngah selamat dan tentunya berjaya dengan Izin Yang Maha Merancang juga hendaknya..

dan pesanan untuk diri, suami, anak-anak dan semua : teladanilah Pak Ngah...bersabarlah...

Amin tidak menangis lagi


Alhamdulillah....Amin sudah tidak menangis lagi
Ibu sudah boleh pergi kerja awal..
Setelah seminggu Amin menangis setiap pagi..

Amin sudah mula memahami

Ibu : Ibu balik tengahari nanti yer..Amin jangan nangis tau
(sikit pun tak sentuh pasal dia bakal ditinggalkan)
Amin : hmmm

bila dia mula  merengek

Ibu: cuba lihat nuha, dia banyak kena tinggal..tapi dia tak nangis dia tunggu juga ibu dan ayah
Amin: Amin tunggu dengan adik nuha lah

Alhamdulillah..Amin memahami setelah kami suami isteri cuba untuk memahami

Balik kerja tumpuan kami memang untuk anak-anak
Ibu dengan Nuha dan ayah banyak uruskan Amin

Hampir 2 minggu TV kami tidak bersuara, gelap.
Handphone cuba dijauhkan sebaiknya..

Masa singkat itu adalah masa kami...
Alhamdulillah mereka mula mengerti erti berkongsi. Berkongsi masa yang terhad ini dengan tanggungjawab lain yang perlu kami laksanakan

dan kami belajar mendahulukan perkara yang perlu menjadi keutamaan...dan ia tentunya kalian

Amin dan Nuha : Ibu tidak tahu gadget apa yang bakal ada pada zaman kalian kelak..berpada-padalah sayang. Jangan sampai ibu dan ayah serta orang yang kalian sayang hilang.....

*credit untuk iklan DTAC dr thailand yg menyentuh hati.

Saturday, August 31, 2013

HUjung Minggu

Hujung minggu ibu

Hujung minggu ayah

 bersama bidadari ibu : Nuha salsabila


dan tentunya imam kesayangan bakal suami mithali : Abdul Muhaimin



Ibu dan ayah berusaha sedaya upaya mempersiapkan diri untuk jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ibu. Terubat juga rasa hati dan rindu ibu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini..dan sememangnya aura bersama penceramah-penceramah hebat cukup terasa....terasa sangat kerdil dan sangat jauh.

Terima kasih suami, Abdul Rahman Abdullah kerana sudi menemani. Sesungguhnya wahai suami anda telah pun memenuhi tuntutan perkahwinan mendidik isteri ilmu agama meskipun ilmu tersebut bukan dari anda sendiri. Sokongan dan keberadaan itu amat-amat dihargai, dicatat malaikat dan tentunya dibawah pemerhatian ALLah. Moga kita sama dapat membina keluarga yang sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat ALLah.

Sebagai ibubapa kita  tidak perlu hebat untuk lahirkan anak-anak yang hebat, kita cuma perlu memperhebatkan usaha
Sebagai ibubapa kita tidak perlu luarbiasa untuk anak yang luarbiasa, ibu dan ayah hanya perlukan usaha yang luarbiasa...

Moga jadi panduan untuk anak-anak ibu

dan ingat..
teruslah menuntut dan mencari ilmumeskipun apa fasa kehidupan yang kamu lalui
jangan jemu dan jangan berhenti menuntut ilmu...
( meskipun nanti fokus hilang dan terganggu dek sibuk dgn anak2 ketika ceramah..huhuh)

Wednesday, August 28, 2013

Kami tetap sayang!!!!

Minggu pertama bekerja setelah cuti bersalin lama, suami pula selesai bercuti hari raya:

Pagi pertama bekerja
Amin : ibu tak boleh work, ayah tak boleh work
Ibu : Ayah dan ibu memang kena pergi kerja sayang Kalau ibu tak pergi kerja, kakak2 dan abang2 anak murid ibu tidak dapat ilmu, kesian mereka semua.Ayah kena kerja sayang, kalau ayah tak kerja , kita tidak ada duit.
Amin: Amin ada duit (sambil tunjuk tabung miliknya)

Mampukah duit beli segalanya?

Pagi2 minggu pertama dipenuhi tangisan Amin..Nuha masih kecil, dia masih lagi mampu senyum bila saya cium pipi mengucapkan selamat tinggal pada setiap pagi.

Tapi Amin, dia protes sepanjang minggu itu. Keluar macam-macam perangai pelik tanda protes.

Namun protesnya semalam adalah protes paling sedih.

Semalam, saya balikagak lambat dari jam 2 tghari. Saya mencari air kotak utk program jamuan raya di sekolah hari ini. Ketika balik, Abg Amin masih lagi tidur. Saya biarkan. Tidak lama kemudian dia terjaga sambil menangis. Saya datang dekat untuk memujuk tapi katanya

"Amin tak mau ibu, amin mahu Mummy sahaja" Mummy ialah adik saya yang menjaganya. Meruntun hati saya...Saya dokong dia dan itulah yang disebutnya. Saya hantar dia pada mummynya dan saya sangat sedih...Luluhnya hati saya..

Pagi tadi : Amin menangis lagi dan ayah cuba untuk memujuk
:Ayah bagi RM5, nanti Amin beli chocolate dengan pakngah ye..

Amin senyap. Lega tp sekali lagi hati saya sedih.
Apakah kini anak kami menilai masa untuk bersama kami dengan hanya RM5 yang boleh membeli barang yg disukainya, hinggakan dia boleh terpujuk dan berhenti menangis.

Fahamilah anak, tiada nilai boleh menggambarkan kasih sayang kami, cuma masa dan waktu yang ALLah beri ini perlu kita kongsikan bersama, bukan hanya untuk diri kita tapi orang sekeliling juga..

Benar, andai ada peluang, ibu mahu sentiasa bersama kalian anak-anak ibu. Setiap saat tanpa lepas, namun harus diingat sekali lagi..Dunia ini cuma pinjaman dan bukan milik kita sepenuhnya..Jangan TAmak dan jadikanlah diri : Bermanfaat untuk orang lain. Menjadi seorang guru merupakan sumbangan kecil ibu untuk masyarakat. Satu cara untuk menjadikan ibu bermanfaat pada orang lain.

Benar, duit bukanlah segalanya sayang...malah ia tidak mampu membayar harga kasih sayang dan nilai masa. Namun, hakikatnya saat kita masih lagi bernyawa, kita perlu hidup, perlukan makanan, pakaian , tempat tinggal, dan masa kini keperluan asas itu hanya dapat dipenuhi dengan duit atau wang. Malahan beribadah juga memerlukan wang, mampukah ibu menunaikan haji, berzakat dan bersedekah tanpa wang yang mencukupi...Malah mampukah ibu memberi peluang kalian menuntut ilmu tanpa wang.

Anak-anak: Langkah ibu bekerja dipenuhi dengan rasa bersalah...Hati penuh rindu pada kalian.
Maafkan ibu dan ayah sayang. Percayalah bukan wang dan harta benda itu yang ibu dan ayah cari. Cuma tanggungjawab itu menuntut agar masa yang terhad itu dikongsikan bersama.

Dalam doa kami, ALLah akan sentiasa memelihara kalian sepanjang ketiadaan kami.

Dalam harapan kami, timbal balik sumbangan dan kecil dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab ini akan kembali kepada kalian juga...

Fahamilah kami dan maafkan kami sayang...

Wednesday, June 26, 2013

Tahnik NUHA SALSABILA

Alhamdulillah , inilah wajah tetamu dari syurga yang ibu nanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah, kamu lahir berdasarkan perancangan ALLah yang maha mengetahui mana yang terbaik. Sekali lagi sayang, sebagai ibu...tentunya kami mahu yang terbaik untuk kamu....                                            


Yang terbaik tentulah berdasarkan Quran dan Sunnah, apa yang diajar Rasulullah dan apa yang termaktub dalam kitabullah....dan ini adalah apa yang harus kalian lakukan apabila menimang cahaya mata kelak

1. Bersyukur : Maha suci ALlah, kalian Nuha Salsabila dan Abdul Muhaimin adalam lambang kekuasaan ALLah..kebesaran dan keagunganNya..Saat kalian berdua diletakkan atas dada ibu sejurus selepas lahir, tiada lafaz yang mampu mengungkapkan betapa bersyukurnya ibu dipilih ALLah untuk menerima kehadiran kalian...

2. AZan dan Iqamat : Ibu ingat lagi, ayah sebak ketika azan dan iqamat untuk abang Amin....hingga tidak dapat meneruskannya dan tersekat-sekat..saat kamu Nuha Salsabila..ayah sudah bersedia..tapi ibu yang sebak....kamu adalah lambang betapa ALLah menciptakan dan mematikan hambanya berdasarkan ketetapan dan ketentuannya.....
3.  Aqiqah : Alhamdulillah, kali ini kami dapat adakan aqiqah pada hari ke7 kelahiran Nuha. Abg Amin dulu pada hari ke 8...

4. Tahnik : moga doa ulama ini dimakbulkan ....




Saturday, June 22, 2013

Hakikat Kehidupan

Realitinya :

Yang telah pergi


yang baru kini


Abdul Muhaimin : 
Tok Abah selalu pesan katanya Amin la harapan tok Abah untuk doakan Tok Abah, hafaz Quran, ikut Tok Abah ke surau.  Sekarang kita tidak akan dengar lagi harapan tok abah, ibu pun tak pasti samaada Amin masih ingat kenangan dengan tok abah..tp yg ibu tahu bila ibu tanya kamu mana tok abah ketika ini kamu akan kata " kesian tok abah sakit, tok abah gi hospital..."

Adik Nuha Salsabila :
Nama Salsabila itu datang dari Tok Abah kamu sendiri...dia mahu kamu dinamakan sebegitu...sebelum sakit sering menyanyikan lagu Salsabila..berangan-angan berbual dengan kamu dalam bahasa arab..

Sayang, ibu rindu tok abah...In sha ALLah harapan tok abah akan ibu usahakan, bukan hanya kerana tok abah..tapi ibu merasakan ia tidak sedikit pun merugikan kalian....

Moga-moga kalian faham...

Wednesday, June 12, 2013

Ulangtahun Perkahwinan ke 3

3 Tahun lalu : 
Abah jadi wali perkahwinan saya dan suami


Semalam adik Asmak bercerita

Abah menangis lepas pernikahan kak Nee,
Kata Abah " Takpe..Asmak kan ada lagi ...."
Esoknya abah dah suruh kemas barang untuk pindah berjiran dengan Kak Nee..

Hampir 3 tahun berjiran dengan abah sendiri...

Kelmarin, abah pindah lagi......tapi kali ini sendiri...
Kami masih berjiran...walaupun bukan jasad yang kelihatan.....

Rindu Abah....

Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami ini...

"Moga-moga restu abah sentiasa mengiringi kerukunan rumah tangga kami...moga ikatan pernikahan ini dirahmati, mendatangkan manfaat dan kebaikan buat agama kami dan tentunya menambahkan kecintaan kami dan ahli keluarga kepada ALLahu rabbi...."

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...