Tuesday, October 03, 2017

Cikgu

.
"Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession terus membara"
page 179: Cikgu kelas sebelah: Fadli Salleh.

Done 😁 3 October 2017

Setia

Sejenis bila dah suka pada satu barang atau benda...

Guna selagi boleh


Monday, October 02, 2017

Anding Ayangan

"Reda itu sangat menguji. Sabar itu pula ibarat bermain api. Pada akhirnya, ikhlas jualah penawar untuk segala-galanya. Menjadi manusia terbaik adalah idamannya ketika ini. Walaupun menyedari manusia itu terdedah kepada dosa-dosa. Justeru, ALLAH menyediakan istighfar, membentang pengampunan dengan rahmat NYA siang dan malam..." ms 396: Anding Ayangan, Ramlee Awang Murshid...

Cuti.....
Hanyut dalam fantasi.😍

Anak....
Bila berfantasi

Pilih!
Biar fantasi itu sebahagian dari hidup kita hari ini...
Biar fantasi itu bawa kita kenal diri
Biar fantasi itu mengingatkan kita bahawa...
Hidup kita ini hanyalah mimpi
Biar fantasi bawa kita ke alam realiti..

Realiti...
Hanya ujud
bila nafas berhenti
Bila waktu tidak berdetik lagi
Bila sangkakala mula menyanyi
Dan bila kita
Menerima buku amal di tangan kanan atau kiri....

Hakikat realiti
Kita bukan hidup
Tapi masih sedang
Bermimpi.....πŸ˜ͺ😴

Thursday, September 14, 2017

Tinggal pergi atau pergi meninggalkan

Kita...bakal meninggalkan apa sahaja yang kita lakukan sekarang

Kita... bakal tinggalkan apa sahaja yang kita miliki hari ini

Maka

Tinggalkanlah
Dalam keadaan yang baik

Tinggalkanlah
Dalam keadaan menjadi kerinduan buat semua

Tinggalkan lah
Dalam keadaan penuh hikmah dan pengajaran untuk hari2 seterusnya

Tinggalkan lah
Dalam keadaan ALlah redha

Tinggalkan lah
Dan jika ada waktu
biar yang berlalu mendidik diri untuk hari depan yang masih belum pasti

Tinggalkan lah
Dan bila waktu itu berhenti
Ia jadi kenangan manis buat bekal menemui Ilahi

Tahniah buat anak2 UPSR yang telah bertungkus lumus selamat 4 hari
ALlah beri peluang untuk kalian terus berusaha menikmati hari2 muka kerana ALlah Sayang

Takziah buat waris anak2 Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terutama sekali waris  3 beradik bekas pelajar SK Jln Empat

ALlah ambil kalian kerana ALlah lebih Sayang.....

Wednesday, August 23, 2017

Seruan Haji

8 hari lagi wukuf...
Ibu rasa sungguh rindu...
Setahun rupanya sudah berlalu...

Rasa itu hadir apatah lagi bila meraikan khabar2 gembira mereka yang telah mendapat jemputan...

ALlahuakbar...sayu

Hari ini ibu khabarkan kisah sahabat ibu yang bersungguh2 mahu ke sana dalam usia yang muda...

Sahabat yang memasang impian mahu ke syurga bersama..

Saat dia terima tawaran....ibu tahu dia sungguh bersyukur...sayangnya berita gembira itu tidak kekal lama kerana suaminya yg diharapkan sebagai mahram gagal memandangkan baru sahaja mengerjakan haji 2 tahun lepas...

Ibu tahu dia kecewa..tapi dia tidak pernah putus asa...harapan dia hanya pada ALlah sahaja...

2 minggu selepas itu...suami dia mendapat panggilan telefon jemputan haji sebagai mahram...

ALlahuakbar....

Rahsianya ialah DOA..

I learnt that it is all in ALlah's Hand...

Yup....

Dan bila ditanya bagaimana dlm usia muda sudah dapat panggilan haji...

Dia jawab: sebab saya mahu....saya benar2 mahu...saya berdoa setiap kali lepas solat...saya berdoa saat bangun malam..tanpa henti...dan saya berusaha, sebab saya memang nak...

Benar anak2...kami memang berniat untuk mengerjakan haji saat usia muda..kami mahu dan kami benar2 mahu....

Anak2......
Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila...kalian ibu daftarkan untuk mengerjakan haji setelah cukup 3 bulan usia kalian dilahirkan selesai ibu habis berpantang...Alhamdulillah Abdul Muhaimin Inshaallah dpt mengerjakan haji pada usia sangat muda 30 tahun dan Nuha Salsabila pada usia 60 tahun...

Hargailah peluang yang telah ALlah buka melalui ibu untuk anak2...

Peluang untuk merasai dan memahami tujuan kehidupan kita di muka bumi ini...

Satu-satunya peluang untuk merasa sangat2 hampir dan dekat dengan kekasih2 ALlah.. dekat dengan kisah2 dimana segala-galanya bermula...

Peluang untuk merasai nikmat dan gambaran penghujung kehidupan kita...

Hargainyalah wahai anak...persiapkanlah dirimu sebaiknya....lengkapkan lah dengan ilmu..tingkatkanlah kesabaran dan pandanglah segala-galanya dalam pandangan seorang hamba yang mengakui dan meyakini bahawa ALlah itu Tuhan...

Ibu doakan agar Haji kalian mabrur...agar rasa itu kalian bawa disepanjang kehidupan hingga akhir hayat kalian...

Sahutlah seruan itu bila tiba nanti dengan cinta ilahi yang tidak berbelah bagi...Lakukan lah yang terbaik....dan sempurnakan segalanya bukan untk siapa2...tapi melaksanakan tugas sebagai hamba...

Andai nnti ada anak2 ibu yg lain membaca nukilan ini...ibu mohon maaf..saat ia ditulis ibu ada Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila..Yakinilah semua....ibu mengharapkan yg sama untuk setiap zuriat yg lahir.....

ALlahuakbar...

Dan bila waktu kalian sampai seru.....doakanlah agar kita mampu berkumpul di jannah bertemu ALlah...

Rasailah tenang, indah dan damai  dibumi haram yang diberkati, yang mungkin hanya sekelumit sahaja rasa dari tenang, indah dan damai di syurga ALlah yang abadi...

Tanam tekad, kuatkan azam...
Doakan ibu dan ayah


Sunday, July 23, 2017

Sanah helwah nenek Dan zuhaily

Ayat nenek sebelum potong kek : Abah potong kek rupa-rupanya Abah meninggal tahun tuh...
Nenek teringat arwah tok Abah....

Kami terkesima...
Dalam diam nenek mengingatkan kami semakin bertambah usia semakin dekat dengan kematian....
Anak2 ibu,  nenek tak pernah potong kek untuk sambut Hari lahir.... Tapi apa yg ibu dan adik beradik buat hanya lah untuk berkumpul dan sama2 Cuba menggembirakan hati nenek....



Anak2...
Sambutan kelahiran bukanlah satu kemestian...Masa akan terus berlalu, dan usia akan terus bertambah..
Nilailah kehidupan dari sisi seorang hamba yang akan menemui tuhan...
Jangan hitung Masa yang tinggal..jangan berkeluh kesah atas apa yang telah berlaku...

Belajarlah dari mereka yang telah hidup lama
Belajarlah dari mereka yg penuh ilmu di Dada...

Sanah helwah Nenek...
Sentiasa jadi contoh yg terbaik buat Kita semua

Diamnya..tutur katanya, penilaian Dan zuhudnya dia...

Ibu tinggalkan ayat2 nenek yang menjadi pesanan Dan panduan hidup ibu selama ini

Ibu jln kaki ke sekolah jaraknya agak jauh waktu tuh...ibu sedih sebab ibu rasa nenek Tak kisah kan ibu...jawab nenek ALlah Ada ...ALlah jaga Inshaallah

Ibu nk balik asrama Naik bas..ibu takut..ayat nenek.nak takut apa ALlah Ada..

Ibu geram dengan tindakan seseorang pada nenek, nenek kata berlapang Dada je lah kak ni...ALlah Ada..

Ayat nenek Bila ahli keluarga ibu Ada masalh...ALlah uji, ALlah duga ALlah nak ingatkan Kita

Dan ayat nenek bila ibu sering marah2: sabar Dan ingatlah ALlah...

Apa yg nenk sebut sentiasa selaras dengan tindakan yg dia buat...

Jadikan teladan wahai anak....
ALlah jaga kamu wahai ibu...

ALlah...dia ibu yang memperkenalkan kami kalimah ALlah, yang membimbing kami agar bertindak dengan landasan yg sepatutnya.. mempamerkan kami akhlak yang mulia yang perlu kami turuti..

Peliharalah dia Wahai ALlah..kasihanilah dia....sayangilah dia Dan moga namanya terkenal di atas sana...

PS: birthday nenek sama dgn PM Najib tun Razak lah... πŸ˜€



Thursday, July 06, 2017

Adab

Syawal ke 6
Ibu ambil peluang minta ayah bawa ke ikea belikan apa yg ibu rancang lama untuk beli....

Alhamdulillah..terus ambil barang dan bayar...

Terus beratur di kaunter aiskrim utk perancangan yg telah Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila buat ...

Belakang kita 3 anak2 muda yg masih remaja...

Tidak lama kemudian dengar sebutan bodoh yg berulang2

"Bukan macam tu la bodoh"
"La itu pun kau tak tahu ke bodoh"
"Itukan tempat tisu bodoh"

😢πŸ˜₯πŸ˜’πŸ˜“

Ibu rasa macam nak tutup telinga kamu Abdul Muhaimin...dlm hati ibu ni bergelora jer rasa...dan tangan menggeletar menahan amarah...

Sekali lagi

BODOH...

ibu paling belakang

Adik 😊 boleh tak berhenti cakap bodoh 

Yesss....ibu berjaya!!!

Allahuakbar..
Persekitaran yang menakutkan, iklim yang membimbangkan....

Bodoh, bangang dan babi itu seumpama kata biasa yg boleh diluahkan untuk siapa sahaja oleh anak2 muda kini...

Belum lagi kalau terkejut dan melatah sebut perkara2 lucah yang memalukan...

Anak-anak yang lahir dari rahim ibu...Amanah untuk ibu kembalikan dalam keadaan fitrah..

Namun, dunia ini sentiasa penuh dengan ujian dan cabaran, berhadapan dengan kegagalan yg dijanjikan oleh musuh ALlah.

Ibu tak mampu nak simpan dan sorok kalian dari dunia yg ada hari ini...
Ibu tidak akan bersama kalian selamanya...

Dan Ibu tidak mampu menjangka persekitaran yg mana akan kalian lalui kelak 

Tolonglah wahai anak...
Jagalah bahasamu
Peliharalah adabmu
Perhatikanlah setiap tindak tandukmu

Nilai dengan segenap petunjuk yg telah diberi Adakah ALlah redha atau sebaliknya...

Tolonglah wahai anak...
Ibu mahu kalian menjadi ahli syurga

Indah bahasanya
Sopan tingkah lakunya
Sabar dalam berbicara
Dan
Sentiasa ada ALlah dalam dadanya...

Sungguh 
Doa ibu sahaja yang mampu mengiringi kalian..walau kemana kalian pergi nanti.....

Jangan tinggalkan kerana ibu benci
Tinggalkan, lakukan kerana itu mahunya ALlah satu-satunya Rabbul Izzati

" Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang meninggalkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan salam. Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Al Waqiah : 26-27)

Beradablah wahai anak...

Monday, July 03, 2017

Birthday Ayah...


Ibu hadiahkan hasil seni ibu kat whiteboard
Abg hadiahkan rekaan yg dicipta khusus  buat ayah
Kakak hadiahkan contengan atas kertas ( dia kata dia tulis happy birthday ayah dgn gambar ayah...yg ibu nampak bulat dgn bdn yg tiga segi πŸ˜‚) Kami hadiahkan apa yg sering kami buat. ...apa yg kami suka dan ❤  mengisi waktu kami

Sebab

Kami tahu Ayah @abdrahman.abdullah sentiasa ada buat kami
Kami tahu ur the reason for us to continue enjoying our daily routine
Part of our story and  ur the one we ❤ soooooo much... Jom doa πŸ•‹
Together till jannah. InshaALlah..
Aminnnnn

Saturday, June 24, 2017

Baju baru

.
Menyelak hadiah pulang dr Haji tahun lalu...Ibu Rindu

Dan Ibu bakal Rindu buat Ramadhan yg bakal pergi.

Ibu temui persiapan buat Syawal nanti,.... MashaALlah indah sungguh Islam...indah sungguh ALlah.

Nanti bila nampak ibu atau siapa2 pakai baju baru...jangan lupa yer doa utk 😁 " kenakanlah sampai lusuh, semoga ALlah memberikan gantinya kepadamu"Tiada ganti yg paling baik selain apa yg ALlah beri. ALlahuakbar. .
" Berpakaianlah yg baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid "
Dan

dengan 😁 senang hati mengaminkannya... Inshaallah.

Saturday, June 17, 2017

Sanah helwah

 Balik terawih....Ayah cerita, abg Amin sakit perut...tidak sempat nak habiskan terawih datang pada ayah dan mengadu sakit...

Ayah : Abg sakit macamana?
Abg Amin : sakitla...tak tau nak cerita sakit macamana..

Tiba2 Abg Amin tumbuk muka ayah..terkejut jemaah lain..

Abg Amin : Ayah rasa sakit tak?
Ayah : mestila sakit
Abg Amin: macamana sakit tuh?
Ayah : macamana ayah nak cerita sakit dia sakit la
Abg Amin : Macam tuh lah macamana abg Amin nak cerita  sakit abg Amin..
😁

Dan begitulah ALlah..Dia ada, rasailah kehadirannya.

Kami belajar banyak benda dari kalian berdua...ALlahuakbar...Maafkan kami untuk serba serbi kekurangan diri kami dalam mendidik kalian...
Kalian anugerah ALlah tidak ternilai buat kami...bukan harta tapi pengajaran yg sangat bermakna
Sanah helwah kekasih2 ALah, sanah Helwah Mujahid Mujahidah, syuhada dan para soleh solehah...
 ❤❤❤

Wednesday, May 31, 2017

Saya beli harumanis ini di sekolah
..
Datang seorang guru lain bertanya harganya..
..
Terkejut dia bila saya kata RM40 sekilo
..
" Boleh buat belanja dapur Aini"
..
Terkesima saya..
Dan saya habiskan RM200 untuk mangga harumanis sahaja..
..
ALlahuakbar...saya ditegur ALlah secara tidak langsung
..
Rasanya macam mangga biasa, mungkin lebih lemak dan manis...tapi masih rasa mangga...tiada yg jauh berbeza.. Namun teguran ALlah beri buat saya terngiang-ngiang hingga kini.
...
Betul apa yang @drmaza_official tulis
..
" sedap atau tidak makanan sering terletak pada lidah yang memakannya. Walaupun resepi itu penting, namun jiwa dan lidah yang menikmati itu lebih penting. Tidakkah kita lihat orang sakit yang merasai segala makanan itu pahit dan hilang selera? Tidakkah kita lihat orang terguris dan merajuk itu hilang minat kepada hidangan yang diberikan? Demikian setiap keindahan sering bergantung kepada mata orang yang melihatnya. Orang yang melihat dunia dari jendela Tuhan dan hari Akhirat tentu tidak sama rasa dengan yang melihat dunia itu dengan kebendaan semata."

Allahuakbar..Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan..
..
Rezeki ALlah beri berbeza untuk kita..tapi kitalah yang harus bertindak atas rezeki yang kita miliki, biar sama rasa, biar sama dinikmati..biar sama tahu dan sedar diri...apa jua rezekiALlah yang beri...

Salam Ramadhan buat semua...ini hanyalah tulisan sekadar peringatan buat diri sendiri...namun moga kita sama2 memahami dan sama2 manfaatkan apa yg ALlah beri....

Friday, May 19, 2017

Makan kerana ALlah

.
Dulu dari muda sampai la anak dara...
Diet sebab nk kurus
. .
Baru sedar dan insaf kini..
ALlah beri nikmat ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab yg dia dah beri..
.
.
Mama cerita waktu arwah abah ada dulu..dia cuma demam sekali..
Mama kena kuat sebab arwah abah tak sihat..
Mama kena kuat sebab dialah supir, teman dan langkah arwah abah untuk kemana-mana...
Mama kena kuat supaya arwah abah tak patah semangat...
Mama kena kuat supaya anak2 dia yg belajar hidup ini dpt mencontohinya dgn baik..
.
.
Pada waktu yg sama
Mama tak tinggal Al Quran
Mama tahajjud tiap malam
Mama ulang mathurat pagi dan petang.
.
Saya mahu sihat..saya perlu jaga makan
Saya perlu makan yg sihat2 untuk sihat.
.
Saya mahu menikmati setiap hela nafas dgn penuh bererti
Saya mahu menyokong suami dan anak2 dlm apa jua keadaan mereka nanti.
Saya mahu sihat dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun nanti
.
Saya perlu jaga makan, agar makanan itu nnti membawa saya dekat dgn Ilahi..
.
Kerana Moga ALlah perkenankan..jika usia saya panjang dan hampir dengan mati...
Saya mahu kuat biar dahi masih dapat mencecah bumi...
Amin..amin ya Rabbal Alamin

#doajumaatkaliini

Sunday, May 07, 2017

Larian Zahran 2017

.
Sudah ibu pesan
Teruskan lah melangkah
Biar penat biar lelah
Biar kaki tidak mampu berlari
Biar lewat mahupun lambat
.
.
.
Sudah ibu pesan
Andai hati kata tiada daya
Tanam dalam jiwa
Daya itu milik ALlah jua
Dia beri banyak mana pada siapa dia suka
Melangkah dan berzikirlah..
ALlah...ALlah...ALlah...
Itu beza langkah awak hari ini dan hari awak alpa
.
.
.
Seperti itu juga perjalanan hidup kita
Tidak ALlah janjikan indah jika tidak mampu berlapang dada...
Tidak ALlah janjikan nikmat jika tiada sabar dan redha...
Bukankah Rasulullah sudah bersabda

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim]"

Melangkahlah
Bila penghujungnya syurga 
Kerana itu sungguh
ibu biar kamu terus melangkah
Belajarlah....
Satu waktu bila ibu ayah tiada
Yakin sungguh2 dlm jiwa
ALlah itu sentiasa ada..
Dekat bila kita sentiasa mengingatinya..
.
.
.
Yang pasti ibu sentiasa berdoa
Kamu pasti sampai
Kamu pasti ketemu penghujung perjalanan dlm cara terbaik dlm redha ALlah

Dalam nikmat yg bakal tidak terluah dan terlukis dgn apa yg ada di dunia

Inshaallah...

Friday, May 05, 2017

Day 4

Bekal hari ini....lunch :protein, fiber dan epal buah...πŸ˜‚ ini aje yang sempat pagi2

Thursday, May 04, 2017

Day 3

Buka puasa roti untuk fiber telur untuk protein...
Paling cepat...azan dah baru masak telur..huhuhu

Tuesday, May 02, 2017

Journey to healthly lifestyle

Perjalanan baru bermula...
Hari pertama 21 day journey to healthly lifestyle....
Puasa hari ni..buka puasa sup brokoli, bunga kobis n telur...

Monday, May 01, 2017

Buat anak dara

Anak...
Tidak salah memasang impian
Tidak salah merangka angan-angan
Dan tiba waktu...
Bila mimpi jadi realiti
Bantu ibu
Agar kuat untuk melepaskanmu
Agar kuat untuk meyakini bahawa ALlah itu sentiasa ada untukmu
Agar kuat utk terus memperingatkan diri...
Tanggungjawab ibu ada waktu untuk berganti...
Moga dia yg datang nanti
Memegangmu sebagai amanah dari Ilahi
Menjaga mu untuk dibawa kesyurga seperti impian mula2 memiliki amanah ini...
Moga dia ada angan yg tiada beza dgn kita
Ke syurga kita bersama
♥inshaallah ....

Sunday, April 09, 2017

Birthday

 Harijadi ibu dulu-dulu, saat kecil
Selalunya berlalu tanpa bunyi dan bisu...
Paling hebat pula bila tok abah dan nenek masak nasi arab...
Makan ramai2 dengan doa panjang tok abah...
Tiada kek..tiada ucapan dan tiada hadiah besar...

Dan ibu belajar.. umur akan terus berlalu..usia akan terus bertambah.. dan mati akan kian menghampiri...

Alhamdulillah....kini Allah bawa suami, anak2 dan sahabat untuk terus2 mengingatkan....
Masa lalu itu akan terus kita tinggalkan...





Terima kasih suami untuk setiap usaha, hadiah dan kasih sayang yang diberi...
Terima kasih keluarga yang menerima hamba ALlah yang serba kekurangan ini seadanya...
Terima kasih sahabat yang mahu sama membina impian kesyurga milik ilahi

Maka Nikmat tuhan yang manakah yang perlu saya nafikan lagi...

Allahuakbar...wahai anak, carilah ALlah dalam segenap kehidupan dan dia datangkan kasih sayang yang mana mungkin dapat dibeli...

Kerana mereka sama berjanji ingin ke jannah menemui Rabbul Izzati...

Moga ALlah pelihara segenap kehidupan kalian
Moga setiap doa yang kalian titipkan akan balik pada kalian jua

Saturday, April 08, 2017

Its a surprise..

Awwww...ibu blushing πŸ˜ΆπŸ™ˆπŸ™ˆ Meh ibu share doa bila dipuji orang ek : "Allahumma la tuahizni bima yaqulun, waghfirli ma la ya'lamun, waj alni khairan mimma yazunnun"

Ya ALlah, semoga Engkau tidak menghukum ku kerana apa yg mereka katakan, Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jadikanlah aku lebih baik drpd mereka perkirakan... #rumahkatapergikuburkatamari

Thursday, April 06, 2017

Pesan buat anak


Setiap anak ada ceritanya tersendiri
Setiap anak punyai keistimewaan peribadi
Setiap anak ada ruang dalam hati ibu ini

Jangan banding kisah tawa duka kalian, carilah hikmah disebalik cerita yang disusun ilahi

Jangan memandang tinggi keistimewaan diri.. bersyukur kerana segalanya ALlah yang beri

Dan..
Jangan kalian kira ruang siapakah paling besar dihati ibu ini...
Sebaliknya hitunglah setakat mana kalian masih dalam pemerhatian ALlahu Rabbi

Setiap dari kalian, Anugerah yang sungguh-sungguh tidak ternilai

Bukan milik ibu,
Pinjaman dari Ilahi...

Modul Transformasi Diri.

 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...