Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada redha..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong ingatkan si dia, aku sayangkan dia kerana akhlaknya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri masih ragu siapa dan di mana si dia..
Moga dia umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti;
Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah..
Terimalah saya seadanya.....
25 disember 2009
He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Wednesday, January 06, 2010
1431 Hijrah & 2010 Masihi
Lama tak mengupdate blog, waktu2 terluang saya lebih banyak membaca hasil tulisan sendiri. Mengimbas apa yg telah saya tulis. Tempat saya membina kreativiti dan mengaktifkan penggunaan otak kanan dan kiri. Dari catatan kehidupan, luahan rasa dan kini saya lebih banyak menulis isi2 kuliah2 yg dihadiri.
Ada kala rasa otak tepu dan beku. Terasa perbezaan hasil tulisan dulu dan sekarang. Mungkin faktor usia menjadi alasan dan mungkin sekali diri sudah semakin kurang membaca berbanding dulu.
Kini, melalui fasa2 kehidupan mengikut ketetapan dan takdir ALlah.
Masa itu berjalan tidak mengira apa pun. Dan dari perjalanan masa itu kita melewati 1001 malah lebih ribu rencah kehidupan.
Tidak mungkin sama sekali masa akan berputar kembali..mustahil
Dulu saya awal 20 an kini hujung 20 an
Dulu belajar kini bekerja
Dulu murid kini guru
Dulu rasa selesa diam dalam rumah mama dan abah, kini teringin punya rumah sendiri
Melewati fasa kehidupan yg baru menimbulkan perasaan yg pelbagai. Teruja, kadang2 keliru, rasa kurang bersedia, adakala bersemangat, dan kadang2 rasa tidak mahu berubah, dan mungkin ada rasa mengapa perlu mengubah zon yg selesa kini... Life crisis
Seperti terujanya anak muda yg menjengah remaja, melewati fasa kehidupan yg hijau
Rasa kurang bersedia berdebarnya graduan yg biasa berhadapan dgn kertas kerja, assignment dan exm menghadapi alam pekerjaan dan dunia sosial yg baru
Ragunya seorng pemuda atau pemudi dgn pilihan kehidupannya
bersemangatnya bakal2 ibu untuk menerima kelahiran cahayamat....
Dan setiap fasa kehidupan yg kita lalui, apapun ia membawa kepada keputusan yg telah dibuat dan tentunya tanggungjawab yg bertambah satu demi satu...
Usah dibandingkan dewasa dgn anak kecil, kerana fasa kehidupannya baru bermula, sedang kita telah melalui detik dan cerita yg pelbagai. Berhadapan dgn tanggungjawab demi tanggungjawab.
Namun, indahnya fasa kehidupan itu bila
atas dasar tanggungjawab, ibu melahirkan kasih dan sayang buat si anak
atas dasar tanggungjawab juga, pemimpin mengatur langkah memenuhi kepuasan orng bawahannya
atas dasar tanggungjawab juga, seorng lelaki mengambil seorng wanita sebgai isteri
bukankah atas dasar tanggunjawab yg kita laksanakan dlm detik yg berlalu itu menjadikan dunia ini indah sebenarnya....
Yang lepas..meski terlalu indah untuk kita lepasakan atau mungkin terlalu perit saat kita menghadapinya, ia akan terus menjauhi kita hari demi hari.
Esok, yang akan datang, belum pasti apa ceritanya tapi ia tetap akan datang.
Tapi fasa kehidupan yang kita lalui hari ini, adalah peluang untuk kita menikmati apa yg kita miliki; Tanggungjawab, kasih-sayang, rakan, teman. Kerana yg semakin menghampiri dan pasti ialah mati...
Dari Ibn Umar r.a berkata, sabda Rasulullah SAW
Bila kamu berada pd waktu ptg, maka jgnlah menantikan waktu pg. Dan bila kamu berada pd waktu pg, maka jgnlah menantikan waktu ptg. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu. (Riwayat Bukhari)
Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & 2010 Masihi

Kuliah Ahad 27 Dec 2009
Penceramah untuk kuliah terakhir 2009 ialah ustaz Zulkiflee yg bersuara lunak. Kuliah kali ini bercerita tentang perlunya untuk kita sebagai hamba ALLah mencari sesuatu untuk memelihara keimanan diri kita.
Sesungguhnya pokok2 atau asas orang beriman itu
1. Beriman kepada Allah swt. Ia diterjemahkan dalam
a. ucapan
b. perbuatan
c. iktikad hati
Percaya bahawa setiap rezeki, kebaikan dan kemudaratan, segala sesuatu itu semuanya dari ALLah.
Sesungguhnya umat Islam itu sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri, betapa Allah itu sebenarnnya memelihara umat islam itu sendiri. Antara kekuatannya:
1. Geografi: kedudukan umat islam biasanya mnjadi laluan utama perdagangan malah jauh dr
gunung2 berapi.
2. Mempunyai jumlah yg ramai
3. Ekonomi : mempunyai hasil ekonomi yg baik seperti getah dan kelapa sawit
4. Sumber petroleum utama
5. Akidah yg menjadi kekuatan utama. Maka, apabila tercabut kekuatan yg satu ini maka akan tercabutlah semua kekuatan yg ada.
Imam Malik menegaskan bahawa kita tidak akan Berjaya memulihkan kepincangan umat hari ini, melainkan mengikut cara orng yg terdahulu yg kembali kepada akidah mereka.
Rasulullah SAW bersabda pula bhw agama islam lahir dgn pelik dan berakhir dgn pelik yakni terasing.
Ustaz menjelaskan kepercayaan dan beriman kpd Allah melalui kisah Abu Nu’im yg rapat dgn raja, namun terputus bekalan makanan dirumahnya. Isteri Abu Nu’im meminta beliau agar menemui raja dn mengadu perihal keadaan rumahtangganya yg terputus bekalan makanan. Abu Nu’im malu…baginya kenapa meminta dgn manusia sedangkan ALLah itu ada. Namun, isterinya terus-terusan mendesak. Lantaran itu, Abu Nu’im berjanji akan meminta kpd Raja yg sebenar.
Beliau melangkahkan kaki ke masjid dan berdoa..doanya pd Allah sngt khusus, hinggakan dikiranya berapa guni makanan yg diperlukannya. Maha Suci Allah saat dia berdoa, seorng pengawal raja terdengar rintihan dan doanya, lantas terus menemui raja dan mengkhabarkan rintihan Abu Nui’m. Raja lekas2 menyediakan keperluan seperti yg di doakan oleh Abu Nu’im.
Sesungguhnya, ALLahlah yg menentukan dan merancang segalanya.
Mengadu pada manusia tiada manfaatnya. Sebaliknya bertawakallah, berusaha keras, yakin seluruh perkara baik atau buruk itu adalah dari ALLah. Dan sesungguhnya tiada keburukan yg Allah beri. Bahagia itu dari Allah. Namun kenapa ada susah? Supaya nama Allah itu sering disebut2. Bukankah bila nama ALLah itu disebut saat derita, nilainya saat tinggi, pergantungan dan pengharapannya sangat berbeza…..sesungguhnya susah itu rezeki yg menghubungkan kembali kita dgn kasih sayang Allah…
2. Pokok ke 2 ialah mempercayai kebenaran. Meletakkan kebenaran sebagai sesuatu yg hak tabpa mebgira siapa yg kita bercakap. Malah Berjaya atas usaha dan kebenaran dan tidak kerana menindas orang lain.
Kali ini ustaz bercerita tentangnya kukuhnya seorang ulama yg duduk dipinggir mekah mempertahankan kebenaran.
Diceritakan pada suatu hari telah dating seorng yg telah dianiaya raja mengadu pada ulama tersebut. Ulama tersebut seterusnya menemui raja ketika baginda sedang mengadakan 1 perayaan. Ulama tersebut menegur raja tersebut terang-terangan. Raja tersebut malu lantas menyuruh agar ulama tersebut ditangkap. Raja berpesan agar ulama meminta maaf kpdnya. Ulama itu enggan, dan itu menambahkan kemarahn si Raja. Lantas, raja berpesan agar dikurung ulama tersebut selama tiga hari lagi. Kelak akan dilepaskan singa yg lapar selepas 3 hari.
Hari yg telah ditentukan tiba, ulama tersebut dilepaskan dlm kawasan lapang…seterusnya dilepaskan pula seekor singa yg lapar. Namun, menakjubkan sekali bila singa tersebut meluru pada ulama tersebut dan menjilat-jilat kakinya….
Raja tersentak dan mula menyedari kesilapannya. Dia berhadapan dgn ulama dan benarlah teguran ulama itu selama ini. Ditanyakan kpd ulama tersebut, apa yg difikirkannya saat singa tersebut hamper padanya dan jawabnya:
Saat itu aku hanya terfikir ayat 48 dalam surah At Tuur yg bermaksud
“ dan dengan demikian bersabarlah wahai Muhammad menerima hukum Tuhanmu (member tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan dan pengawasan kami; dan bertasbihlah dgn memuji tuhan mu semasa engkau bangun”
3. Pokok yang ketiga ialah mempercayai kehidupan yang kekal abadi. Menanam perasaan inginkan syurga dan takutkan neraka.
4. Mempercayai Qada’ dan Qadar Allah – Rezeki, ajal dr Allah. Sabar menerima musibah dan bersyukur bila menerima kesenangan.
5. Persaudaraan islam yg kukuh. Kekuatan silaturrahim yg ada pada
a. Berlapang dada
b. Melebihkan saudara dr diri sendiri
Dan ustaz bercerita lagi, cerita ketika zaman Umar.
Atas sebab salah faham, seorng kaya telah dibunuh oleh seorng lelaki badwi. Dan berdasarkan undang2 islam, balasan yg harus dikenakan ialah bunuh balas. Namun, saat hukuman mahu dilaksanakan, lelaki tersebut meminta izin untuk pulang memberitahu keluarga, isteri dan anak-anaknya tntang hukuman yg bakal dijalankan. Lelaki itu berjanji akan kembali semula dan menjalankan hukuman.
Umar agak ragu, namun beliau kemudiannya mengumumkan kpd umum agar menghadirkan seorang sukarelawan yg sanggup menjadi galang ganti dan taruhan untuk lelaki tersebut. Seandainya lelaki itu tidak pulang, maka lelaki yg menawarkan diri itu bakal dibunuh. Senyap seketika, namun tidak lama kemudian hadir Abu Dzar Al Ghafiri, salah seorng sahabat nabi menawarkan diri.
Lelaki badwi itu diberi masa 3 hari. Tiba hari ketiga dan waktu hukuman kian hampir, mereka menanti dgn sabar dan Umar penuh keresahan. Alhamdulillah saat itu lelaki badwi itu hadir untuk menjalani hukuman.
Kagum dgn kejujuran lelaki tersebut, waris pd lelaki yg dibunuh mengampunkan dosa lelaki tersebut dan terhindarlah lelaki tersebut dari hukuman qisas. Maha suci Allah, saat ditanya mengapakah lelaki badwi itu tidak melarikan diri, apakah dia tidak takut pd hukuman yg telah ditetapkan. Jawabnya “ sesungguhnya bukan kamu wahai Umar yg aku takutkan, namun ALLah SWT yg sentiasa ada memerhatikanku dan mengejarku…”
Maha suci Allah, betapa takut kpd ALLah menyelamatkan lelaki tersebut. Maha suci Allah, atas dasar silaturrahim dan kebesaran ALLah, tingginya nilai maaf yg dihulurkan waris terhadap lelaki yg membunuh bapa mereka dan yg paling utama tingginya nilai persaudaraan islam bila Abu Dzar Al Gafiri sanggup menjadi galang ganti kerana percaya pada ketulusan lelaki tersebut.
SubhanaALlah… islam itu sangat indah!!!

Kuliah Ahad 15 Nov 2009
Penceramah kali ini memulakan ceramah dgn peringatan. Barangsiapa yg mahu menemui Allah dalam keadaan sebagai islam, mukmin, maka jagalah solat dan peliharalah dengan betul.
Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang melaksanakan 5 fardhu sembahyang dengan sempurna.
Malah, pada hari kiamat kelak, solat akan menaungi kita dan menjadi
a. Naungan dari cahaya matahari
b. Mahkota dikepala
c. Cahaya yg berjalan dihadapannya
d. Menjadi pelindung
e. Hujah bg orng2 yg beriman
f. Memberatkan timbangannya
g. Pembantu menyeberangi sirat
h. Kunci untuk ke syurga
Solat itu adalah tasbih, tahmid, takdis, takzim, qiraah dan doa. Sementara seafdhal-afdhal solat itu ialah apada awal waktunya.
Ada beberapa perkara yg perlu diperhatikan ketika mendirikan solat.
Awal solat adalah ilm. Sesungguhnya amalan yg sedikit adalah lebih baik daripada amalan yg banyak tp jahil. Malah pernah diriwayatkan bahawa orng alim yg tidur lebih ditakuti daripada orng yg tidak tidur kerana ilmunya.
Janganlah kita mempelajari sesuatu sehinggalah engkau mengamalkan apa yg engkau pelajari.
yakin tidak akan hilang dgn waswas.
Dalam solat kita perlulah:
1. Tahu beza sunat dengn wajib solat
2. Tahu sunat dan wajib wudhu’
3. Tahu tipudaya syaitan sehingga dapat memerangi mereka.
Kesempurnaan wudhu’ pula ada pada
1. Bersihkan hati, diri dan jasad. Mengosongkan hati dr sifat mazmumah dan mengisi hati dgn sifat mahmudah sehingga Nampak kebesaran ALLah.
2. Suci drpd dosa- bertaubat . Sesungguhnya Allah taala itu baik dan tidak menerima kecuali yg baik2
3. Membasuh seluruh anggota sepenuhnya tanpa membazir.
Dari segi pakaian kita perlulah:
1. Tahu hukum hakam halal dan haram
2. Bersih dari najis
3. Ikut sunnah dan tidak berbangga
Dari segi waktu pula:
1. Perhatikan waktu: tunggu azan dan yakin masuk waktu
2. Telinga mendengar azan
3. Hati selalu ingatkan dan menunggu-nunggu ketibaan azan.
Kiblat untuk solat. Sesungguhnya kiblat hati pada Allah. Kiblat mata pada tempat sujud, kiblat tangan pada kiblat Allah.
1. Kita perlulah mengadap Allah SWT dengn dada dan wajah
2. Sunat mata mengadap tempat sujud
3. Mengadap Allah SWT dgn hati khusyu’ merendah diri.
Bandingkanlah diri dgn Saidina Ali yg pucat wajahnya bila mengadap Allah setiap kali solat. Diterimakah solat kita???

Kuliah ahad 8 Nov 2009
Kali ini berkisar tentg riba’ dan jualbeli. Ustaz Mohd Izwan Mahyuddin memulakan kuliah dgn bacaan ayat al-quran dari surah Al-Baqarah ayat 275 dan 276.
Beliau menghuraikan riba sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullah sebagai 1 daripada 7 dosa besar. Beliau seterusnya membacakan hadith yang mksudnya membayangkan kepada simbolik positif dan negartif dalam kehidupan. Setiap satu perkara di dunia ini ada positif dan negatifnya, dan ini termasuklah jualbeli.
Antara contoh perkara baik yg sering disebut untuk kita bawa mati ialah: anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah atau kebaikan yg berpanjangan.
Selain itu ditekankan juga bahawa setiap umat itu mempunyai fitnya tersendiri dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad SAW kini ialah harta.
Nabi Muhammad SAW berkata pada satu saat umatnya tidak terlepas dari debu2 riba.
Riba’ itu termasuk dlm bidang ilmu muamalat atau fiqh muamalat. Salah satu riba’ yg diberi nama riba’ ad duyun bermaksud lebihan dari transaksi pinjaman. Dalam islam pinjaman tidak boleh diletakkan lebihan. Sebaliknya islam yg mengamalkan Qard al hasan menetapkan bahawa pinjaman bukanlah nmedium untuk mendapat keuntungan sebaliknya merupakan satu cara untuk membantu.
Riba’ itu sama tarafnya dengan haramnya arak, zina dan babi. Allah menegaskan supaya orng beriman meninggalkan riba’ sehingga mengisytiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba’. Malah sebenarnya agama2 samawi yg lain turut mengharamkan riba termasuklah agama nasrani.
Ijma’ ulama sendiri turut mengatakan riba’ itu haram.
Bagi orang2 yg mengambil riba’ pula, tidak akan diterima amal ibadatnya.
Riba’ itu ada 73 pintu, riba’ yg paling rendah dosanya sama dengan berzina dgn ibu atau bapa sendiri.
Dan 1 dirham duit riba itu pula menyamai dosa berzina 36 kali…
Maka jauhilah dosa riba dan dosa2 besar yang lainnya…
Sesungguhnya bila riba dan zina berleluasa disebuah perkampungan, maka tunggulah bala Allah yang akan turun.
Eiiii…takutnya…nauizubillah, moga Allah pelihara diri dan keluarga.

Kuliah Ahad 1 November 2009
Kuliah kali ini khusus untuk ibu2 yg baru mendapat bayi....hmmm ustazah Kalthum memang rajin memberi petua untuk yg berkeluarga..
Tatacara membelah mulut kanak2 (tahnik) beserta doanya
1. Letakkan bayi dihadapan pelaku tahnik
2. Baca Bismillahirrahmanirrahim
3. Menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW
4. Membaca ayat 12-14: Surah Al Mu’minun
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yg berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu setitis benih pada tempat penetapan yg kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian kami ciptakan daging2 itu menjadi beberapa tulang; Kemudian Kami balut tulang2 itu dgn daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka Nyatakanlah kelebihan dan ketinggian ALLah sebaik-baik pencipta.
5. Baca Surah Al Falaq 1 kali
6. Baca Surah AN Nas 2 kali
7. Membaca doa : Aku berlindung dgn kalimah Allah yg sempurna dr setiap mata yang
tercela dan dr syaitan yg celaka. Perbaikkanlah dgn kebenaran yg sebenarnya.
Dindingkanlah ia dr seribu satu kejahatan, Tiada daya dan kekuatan melainkan dgn
kekuasaan Allah yg maha Tinggi dan Mulia.
8. Menyeru nama bayi yang baru diberi
9. Membaca surah al Fatihah sekali
10. Membaca surah Al Qadar sekali
11. Membaca surah Al Ikhlas sekali
12. Seru bayi supaya lembut hati untuk taat kepada ALLah, rasul dan kedua ibubapa, bacakan
padanya ayat2 berikut
“Dan ingatlah tatkala Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anak kesayanganku, jgnlah engkau mempersekutukan Allah dengn sesuatu yg lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yg besar” Surah luqman: 13
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jgnlah kamu sekutukan Dia dgn sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak2 yatim, dan orng2 miskin, dan jiran2 tetangga yg dekat, dan jiran2 tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orng musafir yang terlantar, dan juga hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orng2 yg sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” An Nisa’:36
“Wahai orng2 yg beriman , taatlah kamu kpd Allah dan taatlah kamu kpd Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orng2 yg berkuasa) dr kalangan kamu” Annisa’:59
“Dan tuhanmu telah perintahkan , supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa” Al Isra’:23
“Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam ini menjadi ikutan kamu. Maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan islam.” Al Baqarah:132
“wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatana mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yg demikian itu adalah dari perkara2 yg dikehendaki diambil berat melakukannya” Luqman:17
13. Doa untuk kanak2 supaya mendapat kehidupan yang baik, selamat dan tidak derhaka kepada kedua ibubapa, berilmu, matang dan termasuk doa kepada kedua ibubapa serta para hadirin.
“ Ya Allah, besarkan dia, berikan dia kehidupan yg soleh, yg berbakti dan hidupkanlah ianya kehidupan yg bersih, baik. Bahagiakanlah dia dan jadikanlah anak ini, berbakti, berjasa dengan kedua ibubapanya dan jadikanlah dia tidak derhaka. Jadikanlah dia dari orang2 yg soleh, berpengetahuan dan cukupkanlah. Hindarilah dari kejahatan mata, kejahatan hasad dengki orng, Lindungilah dia dr kejahatan makhlukmu keseluruhannya. Jangan kau hadapi dia melainkan kepada wajahmu..Ampunilah ya Allah kedua ibubapanya.
14. Seterusnya ialah panduan dari Alquran terhadap ibubapa yang menghadapi masalah anak2 kecil atau besar yang degil dan engkar. Bacakanlah doa berikut selalu selepas sembahyang fardhu atau ketika menidurkan bayi atau kanak2:
“ Dengan Al Quran itu ALLah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yg mengikut keredhaanNya, dan dengannya Tuhan keluarkan dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya iman yg terang-benderang, dgn izin Nya; dan dgn nya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yg lurus” AL-Maidah:16

Subscribe to:
Comments (Atom)
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...