KULIAH AHAD: 19 APRIL 09

Kuliah ini disampaikan oleh penceramah senior yang sangat terkenal Ustaz Ismail Kamus

dan sekali lagi saya terlewat =) saat saya tiba Ustaz sedang berkata:

Biar semua makluk yang ada sujud dan taat kepada ALlah, darjat ALLah itu tetap yang tertinggi, dan sekiranya semua makhluk menentang ALLah, ia masih tidak mampu menjatuhkan ALLah malah darjatnya tidak berubah, masih lagi yang tertinggi.....

Saya suka apa ug Ustaz sampaikan...moga kita sama2 memahaminya melah mengakui kekuasaan ALLah itu....

Tajuk kali ini ialah: Tanda-tanda bagi seorang hamba ALlah.....

1. berjalan di mukabumi ini dengan merendah diri.

Ustaz kata org yang sombong itu adalah orang yang tidak berakhlak... namun ustaz memberi pengecualian kepada mereka yang sombong itu sendiri. Ustaz kata tidak mengapa untuk sombong pada orang yang sombong....

Contoh ustaz menarik: Seorang peminta sedekah meminta sedekah darikita, kita beri dia RM2...kata peminta sedekah itu: apa kelas RM2! Ustaz kata kita perlu sombong balik...ambil balik duit tuh dan jangan bagi lansung....hehehe balasan bagi mereka yang tidak bersyukur...
dan contoh orang yang sombong seperti Firaun dan Qarun

2. Apabila org lain tidak berpuas hati dan memperkatakannya, hamba ALLah berdiam diri

Jangan lawan orang yang marah kerana marah itu sebenarnya dalah penyakit gila. Malah Rasulullah sendiri menunjukkan teladan yang baik apabila berdiam diri apabila dicaci dan diperkatakan...

Ketika isi ini, ustaz turut menyentuh serba sedikit tentang taubat. Ustaz kata Taubat yang diterima ALLah ialah apabila pekerjaan jahat itu dilakukan ketika seseorang itu melakukannya dalam keadaan jahil... Ulama mentafsirkan untuk amal jahat oleh seorg muslim berlaku ketika mereka tidak beriman, dan tidak beriman itu termasuk dalam jahil... kerana

Tidak mencuri seseorang itu sekiranya ketika itu dia beriman, dan begitulah juga halnya dengan amal-amal jahat yang lain...

Maka tercabutlah iman seorang muslim pada ketika dia melakukan kejahatan..

3. Ketika orang lain tidur hamba ALlah bangun untuk solat Tahajjud...

Antara petua untuk bangun malam ialah, tidur awal =) , kurangkan makan di waktu malam dan amalkan tidur sekejap sebelum zuhur...

Sesungguhnya bangun malam untuk beribadat kepada ALLah itu, balasannya ialah syurga....
Kata Al-Balaghi: aku cari lampu untuk syurga ku dan aku temui ia dalam solat malam...

Dr Aidh berkata: solatlah tahajjud atau malam walau beberapa minit lagi hampir ke subuh...
Harus menguatkan azam, takut pada azab ALLah dan tamaklah pada pahala....biarpun tidur itu lazat namun ianya adalah lazat yang tabii..

4. Hamba ALLah itu ialah orang yang berdoa minta dilindungi dari azab api neraka.

Bimbang dan takut untuk menjejakkan kaki ke neraka...Jangan sangka amalan kita mampu untuk menjamin kita masuk syurga..... Sesungguhnya tiada jaminan syurga dengan amalan sebaliknya hanya dengan rahmat ALlah Taala. Tambahlah keazaman dan berdoa setiap hari!

5. Bila berbelanja, menderma... tidak berlebih dan tidak berkurang... bersederhana

6. Tidak berdoa dan memohon melainkan kepada ALLah SWT....

Ustaz kata ramai org yg suka hidup walaupun tidak beriman...sebaliknya ramai org yg tidk suka mati walau beriman.... panjang atau pendeknya umur seseorang itu...penghujungnya tetap sama. mati. Kepada ALLah juga kita akan dikembalikan. Sia-sialah hidup kita jika ianya hanya dipenuhi dgn amalan untuk kesenangan dunia sahaja..

Jangan cabut takdir ALLah...pohonlah hanya pada ALLah... dan....
jangan sanggup jaga orang berbanding menjaga diri sendiri...jagalah diri untuk akhirat....

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+